Disini sy mula kan dgn tajuk dimana satu tempat unik yg berada di Ipoh perak telah berubah wajah..
Tasik Cermin
Tanyalah kebanyakan orang
Ipoh sendiri, rata-rata tidak tahu akan kewujudan dan lokasi sebenar Tasik
Cermin ini. Laluan untuk sampai ke Tasik Cermin ini agak mencabar kerana anda akan
melalui kawasan jalan yang tidak berturap, berbatu kelikir dan penuh debu serta
berlopak jika hujan.
Tasik Cermin tersebut
dikelilingi dan dilindungi oleh bukit-bukit yang tinggi. Terdapat gua sepanjang
50 meter yang dijadikan sebagai pintu masuk ke tasik cermin tersebut seumpama
pintu masuk ke dunia yang lain.
Bolehkah anda bayangkan
perasaan gemuruh apabila berjalan dalam gua yang gelap dan ada cahaya dihadapan
dan anda tahu yang anda bakal termui tasik yang cantik dan sangat berbeza dari
sebelum pintu masuk gua tadi?
Setibanya anda di Tasik
Cermin, anda boleh berehat di kawasan pelantar yang didirikan untuk pengunjung
yang dahagakan ketenangan dari kesibukan bandar Ipoh.
Macam tak percaya lokasi
Tasik Cermin yang indah suatu ketika dahulu kini telah bertukar wajah menjadi
lokasi yang boleh dikatakan amat menyeramkan sekarang.
Lokasi Tasik Cermin ini
terletak di dalam kawasan Gunung Rapat dan jika anda ingin lawatinya, anda
boleh gunakan koordinat sebenar yang diberikan ini ( N4° 33.560′ E101° 07.210′
) sebagai untuk disetkan kepada gps untuk google map untuk ke lokasi tersebut.
Lihat perbezaan gambar
pada tarikh yang tertera:
08/05/2016 vs 12/10/2017 :
08/05/2016
---------------------------------------------------------------------------
mmg menyeramkan kini lokasi tasik cermin
12/10/2017
Diharapkan pihak yang berkenaan dapat memelihara serta berbuat
sesuatu agar keunikan tasik cermin ni akan menjadi salah satu tarikan bagi
pelancongan dalam dan luar Negeri Perak.
sekadar satu perkongsian info..
No comments:
Post a Comment