Saturday, July 5, 2014

Bersyukur Menikmati Nikmat

Assalamualaikum... Semoga anda semua sihat sejahtera dan ceria selalu. Alhamdulilah...
Jadilah insan yang bersyukur kerana terlalu banyak nikmat yang kita nikmati.
Di kala ini pun sedang menikmati nikmat. 
Nikmat dapat melihat, membaca, mendengar, bernafas dan sihat.
Nikmat dapat mempunyai komputer/smartphone, mempunyai talian internet dan dapat melayari internet.
Nikmat dapat berblogging, menulis, bercerita, berkongsi ilmu dan emosi.
Nikmat persahabatan, ber"blogwalking" dan beroleh pelbagai cerita, ilmu, pedoman, hiburan dan berita.
Bersyukurlah...kerana tidak semua orang dapat menikmati nikmat yang anda nikmati disaat ini.
Syukur... Alhamdulillah.
Syukur juga kerana anda sudi singgah di sini...di Relaks Minda, dalam perjalanan anda ber"blogwalking" dari satu blog ke satu blog hinggalah di kala ini anda sedang berhenti seketika di sini...
syukur nikmat keindahan alam

syukur nikmat keindahan alamsyukur nikmat keindahan alam
syukur nikmat keindahan alam
Tarik nafas...dan tenangkan fikiran anda. 
Santaikan diri dan syukuri akan segala nikmat yang diberi.
syukur nikmat keindahan alam

syukur nikmat keindahan alamsyukur nikmat keindahan alam
syukur nikmat keindahan alam
Andai anda di timpa musibah dan kesakitan, bersyukurlah.
Ianya hanyalah ujian yang kecil berbanding nikmat yang diterima.
Hikmah di sebaliknya adalah rahmat yang paling besar nikmatnya.
Bersyukurlah kerana ianya memberi kesan positif dan kekuatan dalaman untuk anda redha serta bersemangat untuk mengarungi dan membuka minda dalam mencari jalan penyelesaian.
syukur nikmat keindahan alam

syukur nikmat keindahan alamsyukur nikmat keindahan alam

syukur nikmat keindahan alam
Sebelum anda meninggalkan blog ini... bersyukurlah.
Dialah yang memberi dan mengurniakan nikmat dan rahmat ini
Lafazkanlah : 
syukur menikmati nikmat
Selamat menjalani ibadah puasa di samping memperbanyakkan beramal ibadat. 
Bulan Ramadhan ini mengajar dan menguji kita untuk melawan dan mengawal nafsu.
  
Sebelum anda meninggalkan blog ini... Satu renungan untuk kita fikirkan sejenak.. 
syukur menikmati nikmat
Terima kasih kerana bersama Relaks Minda... "Dalam relaks perlu ada pengisian...Alhamdulillah"

No comments: