“Hitunglah (muhasabahlah) dirimu sebelum kamu dihitung.” (Saidina Umar al-Khattab)Sebenarnya, Islam telah mengajar kita awal-awal lagi mengenai ini! Di mana?? Di dalam amalan muhasabah diri. Islam menggalakkan kita bermuahasabah diri setiap malam (ustaz-ustaz saya ajar). Sewaktu bermuhasabah diri, kita perlu fikirkan perkara-perkara berikut:
1. Apakah perkara baik yang telah aku lakukan?
2. Apakah perkara buruk yang telah aku lakukan?
3. Apakah yang perlu aku perbaiki?
4. Apakah yang aku kehendaki dari hidup ini?
5. apa-apa lagi yang releven boleh ditambah..
Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya); dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat). Dan (sekali lagi diingatkan): Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan..” (Surah al-Hasyr: ayat 18)Soalan 4 itu sebenarnya sangat berkuasa. Kuasanya ialah menetapkan pola pemikiran atau 'mindset', dan juga fokus. Orang yang berjaya ialah orang yang mempunyai 'mindset' dan fokus yang tinggi. Manusia akan selalu memerhatikan dan menyedari akan perkara-perkara yang dimahukannya. Oleh itu, jika seseorang itu jelas menginginkan kebaikan, dia akan selalu menyedari dan nampak akan peluang-peluang yang ada untuk melakukan kebaikan. Sama juga seperti mereka yang ingin melakukan kejahatan. Contohnya, dikatakan bahawa orang yang mencuri selalunya melakukan perkara tersebut apabila peluangnya kelihatan. Dan orang yang nampak peluang tersebut biasanya adalah orang yang mempunyai penyakit dalam hati dan mindanya (ingin mencuri).
“Sesiapa yang tidak memuhasabah dirinya di dunia, maka dia berada di dalam kelalaian.”(Ibun al-Qayyim)Maka, di sini muhasabah diri memainkan peranan yang penting. Bukan sahaja dalam memperbaiki diri tetapi juga untuk memastikan kita menjadi seorang yang berjaya, di dunia dan di akhirat. InsyaAllah~
"Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubah keadaannya sendiri..” (Surah ar-Ra’du: ayat 11)
Amalan yang boleh membawa kita ke syurga insyaAllah
- Berdoa sebelum apa-apa pun
- Berdoa selepas apa-apa pun
- Bersangka baik
- Bersedekah
- Berzikir
- Membaca al-Ma'thurat
- Membaca al-Quran
- Membantu orang lain
- Menasihati kawan
- Menimba ilmu yang baik
- Puasa sunat Isnin/Khamis
- Senyum
- Solat berjemaah
- Solat sunat
No comments:
Post a Comment