Friday, August 30, 2013

Amalan Zikir Asmaul Husna (99 Nama-nama Allah)



Salam semuanya....
kali ni saya nak share dengan anda semua tentang kebaikan zikir Asmaul Husna.....
 zikir ni untuk tatapan semua pembaca..... semuga kita semua mendapat keberkatan dengan mengamalkan zikir ini......terima kasih..

Amalan Zikir Asmaul Husna (99 Nama-nama Allah)

Bismillahhirrahmaanirrahim..

Bahawasanya Allah SWT mempunyai 99 nama. Barangsiapa yang menghafalnya nescaya akan dimasukkan ke dalam syurga (Hadis Riwayat Imam Bukhari)




Katakanlah: Serulah Allah atau serulah Ar-Rahman (yang Maha Pengasih). Dengan
nama yang mana saja kamu seru. Dia mempunyai Asmaul Husna (nama-nama yang baik).
Al-Isra': 110
Dialah Allah. Tiada tuhan melainkan Dia. Dia mempunyai asmaul husna. Thaha:8
Allah mempunyai asmaaul husna maka bermohonlah kepadaNya dengan menyebut asmaul
Husna. Al-A'raf:180

Apabila berzikir dengan nama-nama Allah hendaklah dibaca dengan dimulai dengan perkataan Yaa (Wahai). Contohnya: ar-Rahman menjadi Ya Rahman.
Allah:
Nama yang Maha Agung dan Mulia. Pemilik utama segala pujian. Di baca 5000x dengan khusyuk, tertib dan dengan kebersihan rohani untuk dekat dengan Allah setiap hari.
Ar Rahman (Maha Pengasih): 100x selesai solat 5 waktu, insyaAllah sesiapa yang membacanya akan menjadi seorang yang pengasih, terang hatinya dan tidak mudah menjadi pelupa.
Ar Rahim (Maha Penyayang): 100x setiap hari. InsyaAllah akan di jadikan orang tersebut penyayang dan di sayangi orang dan di beri kemudahan.
Al Malik (Maha Menguasai): 121x setiap hari selepas fajar, insyaAllah akan di kayakan Allah dengan bersebab atau dengan pintu yang di bukakan Allah.
Al Quddus (Maha Suci): 100x setiap hari setelah tergelincir matahari. InsyaAllah hari-harinya akan bersih dengan kesombongan, iri hati dan hasad dengki.
As Salaam (Maha Sejahtera): 160x setiap hari, insyaAllah penyakit yang di deritai akan sembuh atau bila di bacakan kepada pesakit akan sembuh selagi belum sampai ajal.
Al Mu'min (Maha Pemelihara Keamanan): 136x setiap hari insyaAllah akan aman diri dan hartanya daripada kejahatan.
Al Muhaimin (Maha Menjaga): Sebanyak-bayaknye setiap hari, insyaAllah akan sentiasa di awasi Allah dan di bersihkan zahir & batinnya. Juga bercahaya hatinya.
Al Aziz (Maha Mulia): 40x setiap hari selesai solat subuh selama 40 hari, insyaAllah akan di kurniakan Allah kekayaan dan di muliakan oleh Allah. Tidak akan dia mengharap atau berhajat sesuatu selain daripada Allah.
Al Jabbar (Maha Perkasa): 226x setiap pagi dan petang, insyaAllah tidak berdaya orang yang memusuhi untuk menganiayakannya. Akan tunduk mereka semua dengan pertolongan Allah.
Al Mutakabbir ( Maha Megah): 662x setiap hari, insyaAllah akan terlindung daripada musuh dan tunduk orang yang takabbur. Jika di baca saat bersama isteri, insyaAllah akan di kurniakan anak yang soleh dan sihat.
Al Khaliq (Maha Pencipta): 5000x insyaAllah akan di temui harta, kekasih atau keluarga yang hilang. Jika di baca di waktu malam Allah akan mengirimkan malaikat untuk membantu menempuh hidup di atas jalan yang benar.
Al Bari (Maha Membebaskan): 100x pada siang hari, insyaAllah akan terhindar dan selamat dari kesulitan dan kebinasaan.
Al Musawwir (Maha Pembentuk): 336x, insyaAllah segala perbuatan dan pekerjaannya akan menjadi baik.
Al Ghaffur (Maha Pengampun): 100x dalam keadaan menunggu solat Jumaat di dalam Masjid; dosa-dosa yang terdahulu akak diampun kan Allah SWT, insyaAllah.
Al-Qahhar (Maha Pemaksa/Maha Menguasai): Di baca setiap malam secara terus-menerus sebanyak-banyaknya; insyaAllah akan mendapat ketenangan batin dan bebas daripada kehidupan yang sukar.
Al-Wahhab (Maha Pemberi): 300x setiap hari atau selepas selesai solat 5 waktu; insyaAllah akan dan mendapat kekayaan, kehebatan dan kebesaran.
Ar-Razzaq (Maha Pemberi Rezeki): Baca berulang-ulang kali insyaAllah segala usaha kita akan berjalan lancar serta sentiasa dikurniakan rezeki yang mencukupi.
Al-Fattah (Maha Membebaskan/ Maha Membukakan): di baca 71x setiap selesai fardhu subuh sambil meletakkan tangan di atas dada; insyaAllah akan bercahaya hatinya dan dipermudahkan segala urusannya.
Al-Alim (Maha Mengetahui): 100x sesudah solat 5 waktu, insyaAllah akan memperoleh ilmu ma'rifat dan kasyaf serta iman yang sempurna.
Al-Qabid (Maha Penggenggam): Sebanyak-banyaknya; insyaAllah akan terlepas daripada ancaman jahat.
Al-Basit (Maha Meluaskan): Baca 10x setelah solat Dhuha, insyaAllah akan dikurniakan rezeki yang tidak putus-putus dan di luaskan ilmunya.
Al-Khafid (Maha Mnejatuhkan): 500x dengan khusyukk dan tawadhuk; insyaAllah akan terlindung daripadanya perbuatan dan maksud jahat serta di kabulkan hajatnya.
Ar-Rafi' (Maha Meninggikan): 100x setiap hari, insyaAllah akan ditinggikan darjatnya oleh Allah SWT.
Al-Muiz (Maha Memuliakan): 140x seepas solat isya' setiap Isnin dan Jumaat, insyaAllah akan dipandang mulia oleh orang.
Al-Muzill (Maha Menghinakan): 75x , akan dijauhkan Allah SWT daripada bahaya orang-orang yang berbuat jahat dan memudaratkan.
As-Sami' (Maha Mendengar): 100x setiap khamis setelah selesai solat zuhur tanpa pengetahuan orang lain akan termakbul doanya, insyaAllah.
Al-Basir (Maha Melihat): 100x sebelum solat Jumaat; Allah akan membuka hati dan fikirannya, insyaAllah.
Al-Hakam (Maha Menetapkan hokum): Dibaca sebanyak-banyaknya selepas tengah malam, insyaAllah akan dikurniakan ilmu rahsia dan hikmah agama.
Al-'Adl (Maha Adil): 104x setiap selesai solat 5 waktu; insyaAllah akan dikurniakan Allah sifat yang adil dan diperlukan pula untuk mengadili orang lain.
Al-Latif (Maha Penyantun / Maha Lemah-Lembut): 133x setiap hari, insyaAllah akan di peroleh taufiq dan hidayah daripada Allah SWT. Akan berhasil dalam perniagaan dan sentiasa dilimpahi rezeki.
Al-Khabir (Maha Bijaksana): Zikir sebanyak-banyaknya; insyaAllah akan berhenti dari segala tabiat buruknya dan akan terhindar dari perbuatan khianat orang-orang zalim.
Al-Halim (Maha Penyantun/ Maha Penyabar): 88x setiapkali selesai solat sunat fardhu; insyaAllah akan kekal berpangkat kedudukannya dan akan bertambah baik kedudukannya, insyaAllah.
Al-'Azim (Maha Agung): 7000x setiap hari dan setiap malam selama sebulan: insyaAllah akan naik darjatnyadan memperoleh kelebihan dan kesenangan yang banyak dalam kehidupan dunia.
Al-Ghafur (Maha Pengampun): Zikir sebyanyak-banyaknya setiap malam: insyaAllah akan dilenyapkan segala kesukarannya dan diampunkan dosa bagi mereka yang bertaubat.
As-Syakur (Maha Mensyukuri): Zikir sebanyak-banyaknya; insyaAllah akan di jernihkan hatinya dan disembuhkan penyakit yang di alaminya.
Al'Aliy (Maha Tinggi): Zikirlajh sebanyak-banyaknya; insyaAllah akan terbela nasib mereka yang membaca nya dan terarah matlamat hidupnya dan jika sedang mengembara akan selamat sampai ke destinasinya, insyaAllah.
Al-Kabir (Maha Besar) 100x setiap selesai solat fardhu,; insyaAllah akan dibukakan Allah pintu makrifat baginya. Jika ia berhutang insyaALlah akan berkemampuan melunaskan hutangnya.
Al-Hafiz (Maha Memelihara): 16x setiap hari: insyaAllah akan terselamat daripada malapetaka.
Al-Muqit (Maha Mencukupkan): bacalah sebanyak-banyaknya kedalam segelas air dan diberi minum kepada anak yang buruk perangainya; insyaAllah akan berubah perangai anak itu kepada baik.
Al-Hasib (Maha Menghisab): Zikir setiap hari: insyaAllah akn terhindar daripada bahaya dan bebas daripada rasa takut.
Al-Jalil (Maha Luhur): 75x setiap pagi `kira-kira 2.30 pagi setiap hari; insyaAllah usahanya dan kedudukannya akan meningkat dengan tidak diduga.
Al-Karim (Maha Pemurah): 280x setiap kali hendak tidur, insyaAllah akan lapang reqzekinya dan mendapat kemuliaan dan kehormatan dalam hidupnya.
Ar-Raqib (Maha Mengawasi): 50x dengan niat agar Allah memelihara hartanya; insyaAllah akan terpeliharalah.
Al-Mujib (Maha Mengabulkan): 55x setiap selesai solat subuh; insyaAllah akan di kabulkan permohonannya oleh Allah SWT.
Al-Wasi' (Maha Luas): 127x setiap hari; insyaAllah akan di anugerahkan Allah SWT kehidupan yang mencukupi serta jalan keluar daripada segala kesempitan hidup.
Al-Hakim (Maha Bijaksana): Biasakan zikir ini setiap hari; insyaAlllahtidak akan mengalami kesukaran dalam menjalankan segala tugas dan pekerjaannya.
Al-Wadud (Maha Mencintai): 1000x setiap hari; insyaAllah akan diperbaiki segala urusan dunia dan di akhirat.
Al-Majid (Maha Mulia): 99x setiap hari selepas solat subuh dan kemudian ditiupkan ke telapak tangan dan di sapukan ke mukanya; insyaALlah akan dapat kemuliaan dan kasih saying dari keluarganya.
Al-Ba'its (Maha Membangkitkan): 100x sebelum tidur dengan meletakkan kedua-dua tangan di atas dadanya; insyaAllah akan diterangkan hatinya dan di beri ilmu hikmat dan makrifat.
As-Syahid (Maha Menyaksikan): 319x setiap malam; insyaAllah akan meninggalkan segala perbuatan tidak baik dan akan kembali ke jalan yang benar.
Al-Haqq (Maha Haq/Maha Benar): Zikirlah setiap hari; insyaAllah akan tetap hatinya dan keimanannya kepada Allah SWT.
Al-Wakil (Maha Memelihara): 1000x; insyaAllah akan Allah redakan hujan lebat yang berbadaikan taufan dan akan pula dibukakan pintu rezeki oleh Allah.
Al-Qawi (Maha Kuat): Bacalah Yaa Qawiyyul Matiin 1000x setiap malam; insyaAllah akan kembali bertenaga seperti yang di perlukan bagi mereka yang lemah jasmani dan rohani.
Al-Matiin (Maha Kukuh): Sebanyak-banyaknya dengan hati yang ikhlas dan rendah diri; insyaAllah akan lenyap segala kesulitan yang di hadapi.
Al-Waliyy (Maha Melindungi): 1000x pada malam Jumaat, insyaAllah alan diberi Allah satu wilayah dan apabila dihisab di padang mahsyar akan di hisab dengan cara yang amat mudah.
Al-Hamid (Maha Terpuji): 100x setiap kali selepas solat 5 waktu; insyaAllah akan terhindar daripada tabiat buruk akan akan menjadi orang yang soleh.
Al-Muhsi (Maha Menghitung): 1000x, insyaAllah akan mendapat kemudahanpada hari perhitungan nanti.
Al-Mubdiyy (Maha Memulai): setiap hari dengan hati yang khusyuk; insyaAllah akan di jernihkan hati dan fikirannya.
Al-Mu'id (Maha Mengembalikan): Zikir sebanyak 124x sebeum mengerjakan solat 5 waktu; insyaAllah barang yang hilang akan di jumpai kembali.
Al-Muhyi (Maha Menghidupkan): 68x setiap selesai solat 5 waktu; insyaAllah akan terkeluar dari badannya segala jenis penyakit.
Al-Mumit (Maha Mematikan): Zikir sebanyak-banyaknya sebelum tidur; insyaAllah sesiapa yang tiada kekuatan melawan nafsunya akan berupaya mengawal nafsunya.
Al-Hayy (Maha Hidup): Zikirlah sebanyak-banyaknya; insyaAllah akan diberi hati yang terang dengan cahaya tauhid dan iman. Akan terhindar daripada sifat keji dan mungkar.
Al-Qayyum (Maha Tegak/Berdiri dengan SendiriNya): Zikirlah Yaa Hayyu Yaa Qayyum sebanyak 1000x setiap hari; insyaAllah hartanya akan bertambah, di turuti orang perkataannya, dikasihi dia oleh semua dan ditinggikan martabatnya.
Al-Wajid (Maha Mengadakan): Di bacakan sebanyak-banyaknya setiap hari; insyaAllah akan Allah kurniakan kekayaan batin dan kemantapan jiwa.
Al-Majid (Maha Luas Kemuliaan): 400x setiap hari; insyaAllah di jernihkan hati & fikirannya.
Al-Wahid (Maha Esa): zikir secara berulang-ulang kali di tempat sunyi; insyaAllah akan bebas daripada ketakutan.
As-Samad (Maha Diperlukan): 313x dalam waktu 3 hari dan disertai dengan puasa 3 hari juga; insyaAllah akan di kabulkan hajatnya.
Al-Qadir (Maha Kuasa): Di baca sebanyak 305x setiap hari; insyaAllah akan tercapai segala maksud serta hajatnya dan tercapai cita-citanya.
Al-Muqtadir (Maha Menentukan): 20x setiap kali bangun tidur; insyaAllah di permudahkan segala urusan dan pekerjaannya.
Al-Muqaddim (Maha Mendahulukan): 124x setiap hari; insyaAllah akan maju di dalam apa yang di usahakannya.
Al-Muakhir (Maha Mengakhirkan): 100x setiap hari; akan mendapat rahmat dan redha Allah dan di terima taubatnya; insyaAllah.
Al-Awwal (Maha Awal): 40x setiap hari selama 40 hari; insyaAllah akan di kurniakan anak lelaki. Jika di baca sebanyak 1000x selama 40 hari ; insyaAllah akan di mudahkan hidupnya.
Al-Akhir (Maha Akhir): 200x setiap selesai solat 5 waktu dan di amalkan selama sebulan ; insyaAllah akan dibukakan pintu rezeki yang halal baginya oleh Allah.
Az-Zahir (Maha Nyata): Zikir Ya Zahir sebanyak 1106x setiap selesai solat 5 waktu dan di amalkan selama sebulan; insyaAllah akan di terangi hatinya dan di buka rahsia dari ilmu yang sukar.
Al-Batin (Maha Tersembunyi): 300x setiap selesai solat 5 waktu; insyaAllah akan di bukakan kepadanya keberanian yang sejati.
Al-Waliyy (Maha Menguasai): 10,000x pada waktu siang dan 10,000x pada waktu malam insyaAllah akan di bukakan pintu makrifat baginya; insyaAllah.
Al-Muta'ali (Maha Suci/Terpelihara): 541x setiap hari; insyaAllah akan mendapat hasil yang baik dan di tinggikan martabatnya.
Al-Barr (Maha Dermawan): Di baca 7x kepada anak yang baru lahir; insyaALlah akan terlindung anak tersebut daripada bahaya sehingga akil baligh.
At-Tawwab (Maha Penerima Taubat): Sebanyak mungkin; insyaAllah akan di permudahkan untuk kembali ke jalan yang benar dan di redhai.
Al-Muttaqim (Maha Menyeksa): Zikir sebanyak 690x setiap kali selesai solat 5 waktu atau 6900x pada waktu malam; insyaAllah akan mendapat pertolongan untuk mengalahkan musuh.
Al-'Aff (Maha Pemaaf): Baca sebanyak-banyaknya; insyaAllah akan di ampunkan dosanya.
Ar-Rauf (Maha Mengasihani): Sesispa yang selalu membaca doa ini akan di kasihi Allah SWT. Akan di limpahi rahmat dan tidak pula dia sengsara di dalam hidupnya.
Al-Malikul Mulk (Maha Menguasai Kerajaan): Zikir sebanyak 212x atau lebih setiap hari; insyaAllah akan di anugerahkan harta dan kekayaan kepadanya.
Dzul Jalaali wal Ikram (Maha Memiliki Kebesaran dan Kemuliaan): Baca sebanyak 1065x setiap hari selama sebulan maka Alllah akan memakbulkan hajat dan doanya.
Al-Muqsit (Maha Mengadili): Di baca sebanyak 700x dengan niat; insyaAllah di kabulkan niatnya.
Al-Jami' (Maha Mengumpulkan): Baca sebanyak-banyaknya; insyaAllah akan jumpa barang yang hilang dan keluarga yang jauh akan di ketemukan semula.
Al-Ghani (Maha Kaya): Di baca sebanyak 1007x setiap hari; insyaAllah akan di anugerahkan kepadanya kekayaan zahir & batin dan juga di permudahkan jalan hidupnya.
Al-Mughni (Maha Mengkayakan): Zikir sebanyak 1,000x; insyaAllah akan menjadi kaya dengan kurnia Allah.
Al-Mani' (Maha Menolak/Melarang): Baca sebanyak 164x sebelum solat subuh; insyaAllah akan di kurniakan kehidupan kekeluargaan yang baik dan terhindar daripada kezaliman.
Ad-Dharr (Maha Memudharatkan): 1001xsetiap hari ; insyaAllah akan sembuh daripada penyakit yang telah lama tidak dapat di sembuhkan.
An-Nafi' (Maha Pemberi Manfaat): setiap hari sebyak-banyaknya: insyaAllah segala penyakit dan kesusahannya akan hilang.
An-Nur (Maha Bercahaya): sebanyak 256x setiap hari; insyaAllah akan terang hati nurani dan jiwanya untuk makrifat kepada Allah SWT.
Al-Hadi (Maha Pemberi Petunjuk): Sesiapa yang selalu menyebut asma' ini; insyaAllah akan memperoleh ilmu kerohanian.
Al-Badi' (Maha Pencipta Yang Baru): Di baca yaa Badi' as Samawaati wal Ardh sebanyak 70x; insyaAllah akan bebas dia dari sebarang kesulitan.
Al-Baqi (Maha Kekal): 1000x; insyaAllah akan hilang segala dukacitanya dan kemudharatan.
Al-Warith (Maha Mewarisi): 707x setiap malam; insyaAllah akan memperoleh kejayaan di dalam bidang kehidupan yang di ceburi.
Ar-Rashid (Maha Pemberi Petunjuk): zikir sebanyak 1000x antara Maghrib dan Isya'; insyaAllah segala kesusahan dan kepayahannya akan hilang.
As-Sabur (Maha Penyabar): Zikirlah sebanyak 3000x; insyaAllah akan hilanglah penderitaan dan kesusahan yang sedang di hadapi.
Note to Self: Bagus sungguh amalan ini;
Dahulu, semasa mengejar kareer di dunia; saya sangat suka membaca Ya Razaq sebagai amalan zikir setiap waktu terluang; hasilnya, saya sentiasa mendapat rezeki dengan mudah. Alhamdulillah, sasaran jualan senang di capai dan komisyen yang di terima agak lumayan juga. Saya terlalu asyik dengan dunia.
Semasa sakit hingga kini, saya lebih menumpukan kepada amalan-amalan zikir seperti;
 Ya Rahmaan, Ya Rahiim, Ya Dharr, Ya Nafi', Ya Salaam, Ya Hafiz serta beberapa asmaulhusna yang lain. Selain untuk mendekatkan diri kepadaNya dan memohon agar disembuhkan Allah daripada segala penyakit .
Semoga mereka yang bermasaalah juga boleh mencuba mengamalkan zikir-zikir ini. Semoga amalan kita di terima Allah.


Doa-doa Yang Makbul:

1. Orang yang terdesak.
2. Orang yang teraniaya/dizalimi.
3. Anak yang berbuat baik terhadap kedua ibubapanya.
4. Doa seorang Muslim yang tidak berbuat zalim & tidak memutuskan silaturrahim.

Tanda-tanda Doa Yang Makbul:
1. Terasa sesuatu yang menakutkan.
2. Menangis tatkala berdoa.
3. Terasa menggeletar.

Cara-cara Berdoa:

1. Bersungguh-sungguh semasa berdoa. Rasulullah s.a.w pernah bersabda:
"Sesungguhnya Allah amat menyukai orang yang bersungguh-sungguh semasa
ia berdoa"

2. Menghadirkan diri kpd Allah dengan penuh kekhusyukkan kerana Allah
tidak menerima doa dari hati yang lalai.

3. Hendaklah makanan, minuman, pakaian dan sebagainya dari harta yang
halal kerana sesungguhnya Allah itu baik & menerima melainkan yang
baik belaka.

4. Doa itu bukan bertujuan untuk melakukan dosa, khianat, memutuskan
silaturrahim & jangan sesekali memohon SEGERA dimakbulkan doa
tersebut.

5. Digalakkan memperbanyakkan menyebut Asmaul Husna, dimulai dengan
bertaubat, istighfar, hamdalah serta selawat ke atas Rasulullah s.a.w
& para sahabat.

6. Sebelum berdoa, bersedekahlah terlebih dahulu (al-fatihah dan sebagainya).


KATA-KATA NASIHAT IBNU QAYYIM

Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali
menerima kehendak Allah swt.

Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali
berjinak dengan dengan Allah swt

Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali
seronok mengenali Allah swt

Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai
kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya

Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali
redha dengan suruhan dan laranganNya serta qadha dan qadarNya serta
kesenantiasaan sabar sehingga menemuiNya

Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali
kecintaan kepadaNya dan bermohon kepadaNya.

Kesentiasaan berzikir kepadaNya adalah keikhlasan sebenar kepadaNya. .
. . . . Andai dunia dan isinya diberikan kepada manusia masih tidak
lagi dapat membendung hajat hati si hamba itu.

Sekian.. Wassalam




No comments: