Monday, April 8, 2013

Tempat mustajab berdoa di sekitar Mekah


Tempat mustajab berdoa di sekitar Mekah


1.Hajar Aswad (batu dari syurga).

2.Multazam / Hateem

3.Tempat Jibril mengimami Nabi Muhammad SAW.

4.Tempat Asal Makam Nabi Ibrahim.

5.Binaan Makam Nabi Ibrahim Sekarang. Berdoa di antara azan Subuh hingga Iqamat (minta kebahagiaan keluarga).

6.Pintu Bani Syaibah (tempat masuk Nabi Muhammad SAW).

7.Telaga Zam-zam. Antara azan Maghrib hingga Iqamat (minta ilmu makrifat).

8.Hijir Ismail. Selepas Asar hingga Maghrib (minta kekayaan harta benda).

9.Mizab Rahmah (Pancuran Rahmat).

10.Mustajaar (Pintu keluar Kaabah – ditutup).

11.Rukun Yamani

12.Tempat bermulanya Tawaf (penjuru Hajar Aswad).

13.Mihrab Nabi Muhammad SAW di Madinah (bertentangan dengan pancur emas Kaabah).

Subhanallah, fenomena misteri Batu Hajar Aswad

Neil Amstrong telah membuktikan bahwa kota Mekah adalah pusat dari planet Bumi. Fakta ini telah diteliti melalui sebuah penelitian Ilmiah.

Ketika Neil Amstrong untuk pertama kalinya melakukan perjalanan ke luar angkasa dan mengambil gambar planet Bumi, dia berkata: "Planet Bumi ternyata menggantung di kawasan yang sangat gelap, siapa yang menggantungnya?."
Para angkasawan telah mendapati bahawa planet Bumi memancar seperti radiasi, secara rasmi mereka mengumumkannya di Internet, tetapi sayang nya 21 hari kemudian website tersebut ghaib yang sepertinya ada asalan tersembunyi di sebalik penghapusan website tersebut.
Setelah melakukan kajian lebih lanjut, ternyata radiasi tersebut berpusat di kota Mekah, tepatnya berasal dari Kaabah. Yang mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat infinite (tiada penghujung), hal ini terbuktikan ketika mereka mengambil gambar planet Mars, radiasi tersebut masih berlanjut terus. Para penyelidik Muslim mempercayai bahawa radiasi ini mempunyai ciri-ciri dan menghubungkan antara Kaabah di planet Bumi dengan Kaabah di alam akhirat.

Di tengah-tengah antara kutub utara dan kutub selatan, ada suatu kawasan yang bernama 'Zero Magnetism Area', ertinya adalah apabila kita mengeluarkan kompas di kawasan tersebut, maka jarum kompas tersebut tidak akan bergerak sama sekali kerana daya tarik yang sama besarnya antara kedua-dua kutub .

Itulah sebabnya jika seseorang tinggal di Mekah, maka ia akan hidup lebih lama, lebih sihat, dan tidak banyak dipengaruhi oleh banyak kekuatan graviti. Oleh sebab itu lah ketika kita mengelilingi Kaabah, maka seakan-akan diri kita di-charged ulang oleh suatu tenaga misteri dan ini adalah fakta yang telah dibuktikan secara ilmiah.

Penelitian lain mendedahkan bahawa batu Hajar Aswad merupakan batu tertua di dunia dan juga boleh mengambang di air. Di sebuah muzium di Britain, ada tiga buah potongan batu tersebut (dari Kaabah) dan pihak muzium juga mengatakan bahawa bongkahan batu-batu tersebut bukan berasal dari sistem suria kita.

Dalam salah satu sabdanya, Rasulullah SAW bersabda, "Hajar Aswad itu diturunkan dari surga, warnanya lebih putih daripada susu, dan dosa-dosa anak cucu Adamlah yang menjadikannya hitam. [Jami al-Tirmidzi al-Hajj (877)]

- sumber dari unikaneh.com

Misteri sebalik pecahnya Batu Hajar Aswad

Misteri Dibalik Pecahnya Batu Hajar Aswad
Hajar Aswad atau batu hitam merupakan satu tapak suci bahkan sebelum masuknya Islam. Namun, terdapat satu misteri di sebalik kesucian batu hitam yakni pecahnya batu menjadi lapan batu kecil.

Profesor Umm Al-Qura University, Ahmad Moraei mengatakan tidak ada yang tersisa dari batu hitam kecuali serpihan kecil. Batu hitam saat ini bukanlah batu utuh ketika Nabi Ibrahim membina kabah. "Kejadian alam dan perbuatan manusia turut andil dalam pecahnya batu hitam," papar dia seperti dikutip alarabiya.net, Kamis (16/8).

Sejarah mencatat Bani Qarmati menyerang dan merompak Kaabah. Mereka mencuri batu selama 22 tahun pada tahun 317 Hijiriah. Beberapa fargmen dikembalikan ke tempat asalnya, tapi pecahan lain masih hilang. "Kumpulan yang dipimpin Ahmad Al-Qarmati datang ke Masjidil Haram, dan mereka menyerbu Kaabah. Mereka bunuh lebih dari 70 ribu orang," ungkap Moraei.

Saat itu, lanjut dia, Al-Qamarati mengatakan Allah yang Maha Kuasa memberi kehidupan kepada setiap orang, Lalu, ia turun batu hitam guna dibawa ke kota Ahsa selama 12 tahun.

Cerita lain, batu hitam itu berasal dari syurga yang dibawa oleh malaikat Jibril untuk diberikan kepada Nabi Ibrahim yang ketika itu tengah mencari tanda bagi jamaah saat mengelilingi Kaabah. Hingga saat ini, batu itu masih berada pada kedudukan 1.1 meter di atas tanah Masjidil Haram.

"Jamaah yang mengelilingi Kaabah berebut kesempatan mencium batu hitam. Namun, dengan jumlah jemaah yang demikian besar peluang untuk mencium sangat kecil sehingga mereka yang tidak berjaya cukup melafazkan Allah Maha Besar," ungkap Penasihat Urusan Masjid Nabawi Mohammed Al-Assaf. 
sumber republika.co.id

No comments: