MASALAH JIWA
“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA,
AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU
ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG
ÐAN TEKANAN PERASAAN.”
“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU
KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU
KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH
SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN
PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”
Amal doa pagi, petang atasi masalah jiwa
Assalamualaikum warahmatullah,
Dalam satu laporan dikatakan, bilangan pesakit yang menerima rawatan bagi
masalah kesihatan mental di hospital kerajaan sepanjang tahun lalu meningkat
15.6% atau sebanyak 400,227 orang. Menurut Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow
Tiong Lai berkata, angka itu mencatat peningkatan 15.6% berbanding tahun 2009.
Dan, menjelang tahun 2020, salah satu daripada gangguan mental iaitu kemurungan
dijangka menduduki tempat kedua dari segi beban penyakit selepas penyakit
jantung. (rujuk entry Bilangan pesakit mental meningkat)
Dalam entry yang disenaraikan di bawah ini juga jelas menunjukkan kesihatan
mental di negara ini semakin bertambah serius :
Fantasi seks penghidap parafilia
Lelaki cenderung mengalami
gangguan mental
Psikosis penyakit kronik
Mengapa orang sekarang lebih banyak yang mengalami gangguan jiwa daripada
orang dulu? Sedangkan orang sekarang, boleh dikatakan mereka sudah memiliki
harta yang banyak. Ada yang mengatakan mereka sudah memiliki segala-galanya,
namun jiwa masih terasa kosong.
apakah yang dikatakan penyakit jiwa?
Penyakit jiwa adalah satu istilah yang merangkumi gangguan-gangguan jiwa
yang mengakibatkan perubahan ragam, tingkah laku dan pemikiran seseorang.
Perkataan ‘gila’ adalah satu ungkapan hodoh dan tidak sesuai digunakan untuk
pesakit-pesakit jiwa dan memberi gambaran seorang yang ganas dan merbahaya.
Walhal keganasan lebih kerap dilakukan oleh orang mabuk jika dibandingkan
dengan pesakit jiwa.
Kita semua mempunyai gangguan emosi dalam menjalani liku-liku hidup ini
tetapi mampu mengatasinya mengikut arus masa. Kerana beberapa sebab tertentu
sebilangan daripada kita tidak mampu berbuat demikian dan ini akan memberi
kesan terhadap kefungsian sosial di tempat kerja atau di rumah. Jika ini
berlanjutan, golongan ini memerlukan bantuan dan mungkin menghidapi sejenis
penyakit jiwa.
Apakah yang menyebabkan perkara sebegini berlaku?
Lazimnya tidak ada suatu punca khusus yang menyebabkan penyakit jiwa. Biasanya
sebab-sebab penyakit ini berpelbagai dan saling berkaitan. Antara lain
mungkin:-
1. Sebab-sebab fizikal
Contoh-contoh termasuk meminum terlalu banyak arak, salah guna naji dadah,
kemalangan dan ketidakseimbangan biokimia dalam otak kita.
2. Keturunan
Sebahagian penyakit jiwa mungkin diwarisi misalnya; terdapat 1:100 peluang
untuk mengidap penyakit skizofrenia dalam masyarakat umum dibandingkan dengan
nisbah 1:10 peluang jika salah seorang daripada orang tua anda mempunyai skizofrenia.
Apakah jenis-jenis penyakit jiwa?
Terdapat beberapa jenis penyakit jiwa dengan kelangsungan masing-masing.
Ada yang boleh sembuh seperti sediakala dan ada yang memerlukan rawatan
sepanjang hayat.
1. Kegelisahan (Neurosis)
Rasa mudah naik darah, tidak boleh menumpukan perhatian, tidak dapat tidur,
merasa takut atau fobia, resah, gentar, sejuk tangan dan gejala-gejala badan
yang lain.
2. Penyakit kepiluan (Depression)
kadangkala kita merasa sedih, tidak berminat dalam aktiviti-aktiviti biasa,
merasa lemah, sukar tidur dan tidak lalu makan, menangis tanpa sebab dan
mungkin menyimpan rasa hendak bunuh diri terutama apabila mengalami kegagalan
yang teruk atau kehilangan (misalnya kematian orang yang disayangi).
Jika ini berlaku keterlaluan atau muncul tanpa sebab dan memberi kesan
terhadap kefungsian harian kita, kita memerlukan bantuan.
3. Psikosis
Ini merupakan yang paling teruk. Walaubagaimanapun ianya jarang berlaku
jika dibandingkan dengan jenis-jenis penyakit jiwa yang lain. Dalam kes ini,
pesakit hilang perhubungan dengan alam nyata dan hidup di dalam alamnya yang
tersendiri serta berkelakuan ganjil. Misalnya, dia mungkin mempunyai
kepercayaan-kepercayaan yang tidak berasas, mendengar suara-suara yang tidak
wujud, bersikap mundur atau bertutur tidak menentu. Biasanya pesakit tidak
sedar bahawa dia sakit dan tidak mungkin mencari bantuan secara persendirian.
Apakah yang harus dilakukan jika kita mempunyai tanda-tanda masalah
jiwa/emosi?
Pertama, hadapilah sendiri masalah berkenaan, cuba cari puncanya. Jika
ianya masalah yang dapat diatasi sendiri, teruskan.
jika tidak, jangan merasa malu. Dapatkan pertolongan daripada seseorang
yang sanggup mendengar seperti rakan, ahli keluarga, ahli agama atau perunding
cara. Dengan meluahkan masalah sudah dapat mengurangkan sebahagian bebannya.
Jika ini gagal atau anda merasakan bahawa masalah berkenaan adalah di luar
keupayaan anda, mungkin doktor keluarga nada boleh membantu. Jika dia merasa
bahawa anda memerlukan bantuan lanjut anda mungkin akan dirujuk kepada Pakar
Sakit Jiwa di hospital-hospital berdekatan dengan tempat tingga anda. Rawatan
mungkin di dalam bentuk kaunseling, terapi rundingan, pengubatan, terapi
gerakan elektrik atau tinggal buat seketika di hospital sehingga tanda-tanda
sakit beransur hilang.
Masalah jiwa menurut Islam
Menurut ustaz Zahazan Mohamed, Imam Muhammad Mutawalli Asy-Sya’rawi
menjelaskan dalam kitab beliau Anta Tas’alu wa Islaamu Yujiibu seperti berikut:
“Orang beriman menghadapi tiap persoalan kehidupan dunia dengan memohon
pertolongan Allah dan bertawakal kepada-Nya. Apabila ia gagal mencapai apa yang
dicita-cita, ia tidak susah hati dan bersedih meskipun ia sedar bahawa
kegagalan itu adalah kerana persediaan yang kurang sempurna.”
Orang yang tidak beriman bergantung nasib dalam usahanya kepada
kesempurnaan persediaan. Apabila gagal, dia gelisah, fikirannya terganggu,
hatinya risau, takut yang menyebabkan sakit jiwa dan akhirnya bunuh diri.
Keadaan seperti ini banyak kita jumpa di negara maju bukan Islam. Negara
seperti ini ramai rakyatnya terkena gangguan jiwa.
Lalu orang pun bertanya mengapakah di negara maju berlaku ramai yang
menghidap gangguan jiwa? Bukankah yang sepatutnya kena adalah masyarakat di
negara yang sedang berkembang atau negara yang mundur?
Mereka iaitu orang yang mengabdikan diri dengan ilmu pengetahuan dan
membuang agama dari diri. Apabila keimanan lenyap dari jiwa manusia, akan
lenyaplah ketenangan, ketenteraman, kebahagiaan dan rasa reda.
Apabila jiwa kosong dari iman, lalu ia terjun ke dalam perjuangan hidup
untuk memiliki kekuasaan dan ia gagal, maka mudah saja ia terkena gangguan jiwa
dan menjadi gila. Seorang Muslim yang tidak memiliki iman yang kuat, mudah
terkena penyakit itu. Dalam kesibukannya ia lupa kepada Allah SWT lalu Allah
SWT pun melupakannya.
Yang dikerjakan dan diusahakannya hanyalah mengumpul harta dan hidup mewah.
Apabila lupa itu dibiar berlarutan tanpa cuba diatasi, ia akan membawa kepada
kufur akan nikmat Allah, lalu ia akan lupa diri, hilang kebahagiaan atau mudah
sakit jiwa.
Amal doa pagi dan petang untuk mengatasi masalah jiwa
Rasulullah SAW menyuruh umatnya agar mengamalkan doa pagi dan petang bagi
mengatasi masalah jiwa, antaranya seperti diriwayatkan oleh Abu Daud, daripada
Abu Sa’id al-Khudri r.a iaitu: “Allahumma inni a’uzubika minal hammi walhazan.
Wa’a’uzubika minal ‘ajzi wal kasal wa’a’uzubika minal jubni wal bukhli, wa ‘a’uzubika
min ghalabatid daini waqahrir rijaal (yang bermaksud: Ya Allah aku berlindung
kepada-Mu daripada rundungan sedih dan duka. Aku berlindung kepada-Mu dari
sifat lemah dan malas. Aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan
kedekut. Aku berlindung kepada-Mu dari beban hutang dan penindasan orang).”
Kedua, hendaklah mendekati al-Quran dengan membaca, memahami dan berusaha
mengamalkannya dalam kehidupan nescaya anda akan menemui kebahagiaan bukan saja
di dunia tetapi juga di akhirat.
Al-Quran adalah penyembuh yang paling berkesan mengubat penyakit jiwa
seperti firman-Nya dalam surah Yunus ayat 57 yang bermaksud: “Wahai umat
manusia! Sesungguhnya sudah datang kepada kamu al-Quran yang menjadi nasihat
pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit
batin yang ada di dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk
keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang yang beriman.”
Semoga dengan amalan ini, kita dapat menghindari daripada mengalami masalah
jiwa.
Wallahua‘lam.
No comments:
Post a Comment