Friday, June 10, 2016

Cara Terbaru Dan Termudah..


Cara Terbaru Dan Termudah Sekali Untuk Buat Duit Di Internet DenganHanya Beberapa Klik Sahaja Bagi Menjana Pendapatan Berterusan Tanpa Modal Walaupun Sesen! Itu Janji Saya...

http://www.BuatDuitInternet.com/?aff=easy2u
    

            BuatDuitInternet.com

Dua Ayat Akhir Surah Al-Baqarah

Keutamaan Dua Ayat Akhir Surah Al-Baqarah
Daripada Ibni Mas’ud, berkata Ia : Bersabda Junjungan Nabi s.a.w.:
“Barangsiapa yang membaca dua ayat daripada akhir surah Al-Baqarah pada malam hari nescaya mencukupi keduanya akan dia.”
Adapun dua ayat tersebut ialah :
1. Firman Allah Ta’ala : ( Aamanar rasuulu bimaa unzila llaihi mir rabbihi wal muminuun. Kullun aamana billaahi wamalaaikatihi wakutubihii warusulihii laa nufarriqu baina ahadim mir rusulihii waqaaluu sami’naa wa atha’naa ghufraanaka rabbanaa wailaikal mashiir).
285. Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya”. Mereka berkata lagi: “Kami dengar dan kami ta’at. (Kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali”.
2. ( Laa yukallifullaahu nafsan illaa wus’ahaa lahaa maa kasabat wa’alaihaa maktasabat. Rabbanaa laa tu aakhiznaa in nasiinaa au akhtha-naa, rabbanaa walaa tahmil ‘alainaa ishran kamaa hamal tahuu ‘alal ladziina min qablinaa. Rabbanaa walaa tuhammilnaa maa laa thaaqata lanaa bih. Wa’fu ‘annaa waghfir lanaa warhamnaa, anta maulanaa fanshurnaa alal qaumil kaafiriin.)
286. Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang di usahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdo’a dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami terlupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan ma’afkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir”.
Surah Al-Baqarah (Ayat 285-286)

Makna mencukupi keduanya bagi sesiapa yang membacanya ialah mencukupi kepadanya daripada melakukan ibadah pada malam hari, atau daripada melakukan bacaan Al-Qur’an, ataupun dapat menolak keduanya kejahatan dan bencana syaitan atau manusia dan jin, atau mencukupi untuk menambah kekuatan iqtikadnya, kerana dua ayat itu ada mengandungi makna iman dan amal secara ringkas.

Tuesday, June 7, 2016

Pilihan Untuk Anda Menjana Pendapatan..


Menggunakan "Rahsia Ajaib Luar Biasa"
Saya Dapat Antara RM1,000 hingga keRM2,000
SEHARI Dengan Hanya Tengok Syiling Atau
Hanya Tenung Langit Sahaja!

Tidak percaya? Sila klik bawah untuk lihat bukti-bukti
kukuh yang teknik ini benar-benar menjadi. I
ngat hanya tenung dinding dan duit akan masuk
akaun bank begitu sahaja!
======================================================================


KHAS UNTUK ANDA
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ini RAHSIA Uber yang saya telah jumpa dan tidak di gunakan oleh sesiapa di Malaysia! Gunakan Teknik Sekelip Mata Saya Yang 100% Halal & Menurut Undang-Undang Malaysia!
--------------------------------------------------------------------------------------------------------


RM50,000 Sebulan Dengan Komputer Sahaja


Saturday, May 28, 2016

Kisah 70.000 Malaikat menghalangi matahari


Ada sebuah cerita yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik RA Disuatu pagi Rasulullah SAW berbarengan dengan sahabatnya Anas bin Malik RA saksikan satu keanehan. Bagaimana tidak, matahari terlihat sekian redup dan kurang bersinar seperti umumnya.

Selang beberapa saat Rasulullah SAW dihampiri oleh Malaikat Jibril.

Lantas Rasulullah SAW kemukakan pertanyaan pada Malaikat Jibril : “Wahai Jibril, mengapa Matahari pagi ini terbit dalam keadaan redup? Walaupun sesungguhnya tak mendung? ”

“Ya Rasulullah, Matahari ini tampak redup karena demikian banyak sayap sebagian malaikat yang menghalanginya. ” jawab Malaikat Jibril.

Rasulullah SAW kemukakan pertanyaan lagi : “Wahai Jibril, berapakah jumlah Malaikat yang menghalangi matahari saat ini? ” “Ya Rasulullah, 70 ribu Malaikat. ” jawab Malaikat Jibril.

Rasulullah SAW kemukakan pertanyaan lagi : “Apa sangkanya yang menjadikan Malaikat menutupi Matahari? ”

Lantas Malaikat Jibril menjawab : “Ketahuilah wahai Rasulullah, sesungguhnya Allah SWT sudah mengutus 70 ribu Malaikat supaya membacakan shalawat pada satu di antara umatmu. ”

“Siapakah dia, wahai Jibril? ” ajukan pertanyaan Rasulullah SAW.

“Dialah Muawiyah…!!! ”jawab Malaikat Jibril.

Rasulullah SAW kemukakan pertanyaan lagi : “Apa yang telah ditangani oleh Muawiyah hingga saat ia wafat dapatkan kemuliaan yang sekian mengagumkan ini? ”
Malaikat Jibril menjawab : “Ketahuilah wahai Rasulullah, sebenarnya Muawiyah itu semasa hidupnya banyak membaca Surat Al
Ikhlas di saat malam, siang, pagi, saat duduk, saat jalan, waktu berdiri, bahkan juga dalam tiap-tiap keadaan selalu membaca Surat Al
Ikhlas. ”

Malaikat Jibril melanjutkan penuturannya : “Dari itu Allah SWT mengutus sebagian 70 ribu malaikat untuk membacakan shalawat pada umatmu yang bernama Muawiyah itu. "
Subhanallah, sungguh besar kekuasaan Allah SWT Maha Pengasih lagi Maha Penyayang......

Silahkan Like and share jika dirasa bermanfaat.....




Mai lihat dulu..


Sunday, May 15, 2016

Adakah Berbaloi Kita Mengejar Dunia?

Adakah Berbaloi Kita Mengejar Dunia? 
Kelihatan cantik tetapi tidak sebenarnya cantik.
Menginginkan sesuatu tetapi tiada penghujungnya. Semakin kita mendekat, dia semakin menjauh.

Sebagai usahawan saya cekap dalam mengira untung dan rugi. Saya selalu melatih diri agar membuat kira-kira serta analisa agar kita boleh menentukan sasaran pendek dan juga sasaran jangka masa panjang.

Majoriti daripada kita terlalu beria-ia mengejar dunia. 

Jika kita buat perkiraan, kita hidup di dunia ini sekadar 50-60 tahun sahaja. Di media sosial sekarang kita boleh lihat seorang demi seorang kenalan kita yang pergi bertemu Tuhan pada umur yang cukup muda.

Transit Di Alam Kubur
Alam ini berada di antara mati dan bangkit daripada mati. Apabila berada di dalam kubur, kita akan disoal oleh dua malaikat yang bernama Munkar dan Nakir mengenai amalan yang dilakukan semasa hidup di dunia.Ensiklopedia Islam: 3/8-9
Selepas alam dunia, kita akan transit sebentar di alam kubur sebelum dibangkitkan pada hari pembalasan. Kalau kita lihat nenek dan moyang kita di dalam kubur, mereka tidur mungkin telah mencecah ratusan tahun. Lebih lama dari jangka hayat mereka hidup di dunia.

Entah sampai bila mereka berada di dalam kubur sebelum tibanya kiamat dan dibangkitkan untuk hari pembalasan. Mungkin beratus tahun lagi atau ribuan tahun lagi.

Sayangnya, kelak kita tidur di dalam kubur bukan sekadar tidur. Sebagai orang beriman kita percaya kepada azab dan seksa kubur. Ustaz kata, lubung kubur kita nanti akan jadi sama ada lubang neraka ataupun syurga.

Bangkit Di Alam Mahsyar
Iaitu masa ditiup sangkakala, lalu kamu (bangkit hidup) serta datang berpuak-puak (ke Padang Mahsyar)Surah An-Naba’ 78:18

Tidak terhenti disitu, kita juga akan melalui alam mahsyar yang disebut dengan pelbagai nama. Di antara nama lain bagi alam mahsyar ialah hari pembalasan, hari penyesalan, hari kebenaran dan sebagainya.

Seluruh umat manusia dari zaman Nabi Adam sehingga keseluruhan umat Nabi Muhammad s.a.w akan bangkit dalam situasi yang sangat dahsyat sekali. Digambarkan ada yang peluh sampai ke telinga, bersesak-sesak, menangis-nangis dan macam-macam lagi.

Padang Arafah ialah bayangan kita di mahsyar kelak. 

Ketika ini terputus semua perhubungan di dunia. Tiada lagi hubungan di antara ibu bapa dan anak, guru dan murid, majikan dan pekerja dan sebagainya. Masing-masing ingin menyelamat diri sendiri sahaja.

Hanya mereka yang beriman dan bertakwa sahaja melalui saat ini dengan tenang. Entah berapa lama pula kita di mahsyar. Setelah selesai dihisab oleh Tuhan maka akhirnya kita ditentukan sama ada ke Syurga ataupun Neraka. Akhirat jugalah yang kekal abadi.

Alam Dunia Hanya Sebentar
Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh). Sehingga kamu masuk kubur. Al-Takaathur: 1-2

Jika kita telusuri proses ini, dunia ini adalah tempah yang sangat singkat tetapi cukup penting untuk menentukan nasib hidup kita selepas ini. Rugi dan terpedayalah mereka yang bermati-matian 50-60 tahun (atau kurang!) yang diberikan ini untuk mengejarkan dunia semata-mata.

Sedangkan di dunia ini tipu daya belaka. Kelihatan cantik tetapi tidak sebenarnya cantik. Menginginkan sesuatu tetapi tiada penghujungnya. Semakin kita mendekat, dia semakin menjauh. Akhirnya terasa seperti dipermainkan sahaja, diperbodohkan. Itulah dunia.


Saturday, May 14, 2016

Rahasia Uber..

Rahsia Uber..

Jana RM60,000 SEBULAN Dengan UBER Tanpa Perlu Membawa Kereta Dan Boleh Buat Duit Dari Rumah Dalam Sekelip Mata Sahaja!
Mai lihat dulu..
Ini RAHSIA Uber yang saya telah jumpa dan tidak di gunakan oleh sesiapa di Malaysia! Gunakan Teknik Sekelip Mata Saya Yang 100% Halal & Menurut Undang-Undang Malaysia!
Tawaran RAHSIA Khas Kepada Sahaja!....



Free je masuk akaun
Hanya yg betul-betul nak tambah duit poket sahaja
Jom join team buat duit di sini 

Sunday, April 17, 2016

ORANG SOMBONG TIDAK AKAN MEMBACANYA


Kisah yang diceritakan oleh seorang Hamba ALLAH tentang mimpi Seorang Wali Ditanah Perkuburan ,di dalam mimpi wali itu, wali tu ternampak roh ahli-ahli kubur sedang kais-kais rumput seperti mencari sesuatu. Tetiba beliau terlihat ada seorang roh ahli kubur yg sudah berusia sedang duduk berehat diatas kuburnya sendiri . Beliau mengambil keputusan untuk bertanyakan kepada roh orang tua tersebut.

Wali : Pakcik, kenapa pakcik sedang duduk berehat dgn tenang sedangkan ramai ahli kubur yg lain sedang mengais-gais rumput disitu.

Roh Org tua itu : Jikalau kau nak tahu jawapannya, esok kau pergi ke pasar dan cari penjual daging yg masih muda di pasar. Penjual daging itu ialah anak aku sendiri.

Wali tersebut pun beredar daripada situ dan terjaga dari mimpinya. Keesokan harinya. Wali tu pun menjumpai penjual daging muda di pasar tersebut. Beliau hanya memerhati dari jauh kelakuan penjual daging tersebut. Selepas penjual daging tersebut menjual dagingnya, dia sambung membaca Al Qur'an. Wali tadi terkejut lalu mengambil keputusan untuk berjumpa dengan pemuda tersebut.

Wali: Assalammualaikum orang muda, saya ada beberapa soalan untuk orang muda.

Penjual daging: waalaikummussalam, ya boleh. Apakah soalannya itu?

Wali: Adakah kamu ada seorang ahli keluarga yang meninggal dunia yang mempunyai kubur di kampung ini?

Penjual daging: Ya ada. Itu ialah bapaku.

Wali: Aku terlihat Roh ayahmu dalam mimpi ku. Beliau tenang disana. Apa yg kau lakukan untuk ayah kau wahai anak muda?

Penjual daging: Aku membaca Al-Qur'an dan aku berdoa kpd Allah. Jika bacaan aku itu terdapat pahalanya, aku sedekahkan nya kepada ayahku.

* Iktibar dari Kisah ini
Kenapa Roh ahli kubur yang lain sedang mengais-gais rumput di situ?
Jawapannya, mereka sedang mencari tempias-tempias doa yang didoakan oleh orang ramai dan lafaz "Ala kulli muslimin wal muslimat, wal mukminin wal mukminat". Manakala roh pakcik tua yg hanya duduk berehat tersebut kerana doa anaknya hanya khas untuknya.

Pesanan: Perbanyakkan berdoa untuk kedua ibu bapa kita, saudara mara kita untuk kesenangan mereka di alam barzakh. Doa seorang anak akan terus sampai kepada ibu bapanya, terutamanya anak lelaki yang mana syurganya dibawah redha ibunya....

Jom laksanakan 7 Sunnah Hebat ini.

Tujuh sunnah Nabi Muhammad SAW itu adalah:

Pertama:
Solat Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada solat tahajjudnya. Pastinya doa akan mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah SWT.

Kedua:
Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.

Ketiga:
Hadirkan diri ke masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkatan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah SWT .

Keempat:
Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.

Kelima:
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.

Keenam:
Jaga wudhu terus menerus kerana Allah SWT menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhuk senantiasa ia akan merasa selalu dalam keadaan solat walaupun ia belum lagi solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, Malaikat berdoa untuknya iaitu "ampuni dosanya dan sayangi dia ya Allah SWT ”.

Ketujuh:
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Sebarkanlah ilmu ini, dan anda tidak akan rugi sedikitpun, sebarkan, semoga ianya memberi manfaat pada semua.

SEMOGA YG MENULIS "AAMIIN" DI KOMENTAR DIJAUHKAN DARI SEGALA PENYAKIT, DILANCARKAN SEMUA URUSAN, DAN DIBERI REZEKI YANG BERLIMPAH..AAMIIN
#mohon Share