Tahukah kita solat 5 KALI sehari iaitu 17 RAKAAT telah berlaku 34 kali SUJUD. Di dalamnya terdapat 1001 hikmah yang terkandung.
Antaranya:-
Seorang ahli Sains saraf otak Amerika, Dr. Fidelma O’leary mendakwa bahawa beberapa saraf di otak manusia tidak boleh dialiri oleh darah dari jantung kerana posisi jantung yang berada di dada tidak cukup kuat untuk menampung pembawaannya ke otak manusia. Padahal otak amat memerlukan oksigen dan bekalan darah yang mencukupi supaya dapat berfungsi secara normal.
Beliau mengkaji dari tempoh masa yang lama untuk mencari jawapan. Dikaji dengan lebih serius akhirnya dia perolehi jawapan bahawa darah akan mengalir setiap inci ke otak manusia secara sempurna ketika seseorang itu melakukan sujud seperti yang dilakukan oleh orang-orang Islam dalam solat.
Bila perkara ini berlaku, maka otak dapat bekalan darah dan oksigen yang mencukupi lalu dapatlah menghindarkan pelbagai jenis penyakit seperti stress, migraine, stroke, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti kita (terutama ketika sujud waktu solat Subuh). Juga boleh membaiki posisi anak dalam kandungan rahim…dll.
Paling HEBAT lagi maka dia memeluk Islam…hebat tak kuasa SUJUD?
Sebenarnya:-
1. SUJUD PERTAMA tanda TAAT (PERINTAH ALLAH)
2. SUJUD KEDUA tanda SYUKUR (HAMBA KEPADA ALLAH)
Dalam khutbah Ramadhan Nabi s.a.w bersabda:,
"Punggung-punggung kalian sudah berat menanggung dosa-dosa kalian. Ringankan lah beban kalian dengan memperbanyakkan sujud".
“Hendaklah kamu bersujud kepada Allah kerana sungguh tiada sekali engkau bersujud melainkan dengannya Allah mengangkat satu darjat dan menghapuskan satu dosa (kesalahan) darimu”,
(HR Muslim)
Firman Allah SWT yang bermaksud:-
” Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar” (Surah Al-Ankabut ayat:45)
Dari Sudut Tasawuf
Sujud adalah waktu di mana seorang hamba itu paling hampir dengan Penciptanya. Pergerakan sujud itu secara lahirnya telah menunjukkan “rasa menghina dirinya” seseorang hamba itu di depan Tuhannya di dalam keadaan menyerah diri, pasrah, berikrar dan mengaku bahawa
“Ya Allah hanya Engkaulah Tuhan yang layak disembah, ditakuti, dicintai dan hanya pada-Mu sahajalah tempat berserah dan memohon pertolongan”.
Seorang sahabat Nabi SAW iaitu Huzaifah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:-
“Tiadalah keadaan seorang hamba yang paling disukai oleh Allah daripada Dia melihat hamba-Nya itu di dalam keadaan bersujud, dengan meletakkan mukanya di tanah (sebagai tamsilan tunduk, pasrah dan rasa hina seorang hamba kepada Allah)”. (Hadis Riwayat Imam Tabrani).
Firman Allah SWT yang bermaksud:-
”Sesungguhnya orang- orang yang beriman dengan ayat Kami ialah orang yang apabila diperingatkan dengan ayat-ayat Kami mereka menyungkur sujud dan bertasbih serta memuji Tuhan dan mereka tidak menyombongkan diri”(Surah As-Sajadah ayat 15).
Sujud bererti seseorang itu telah meletakkan wajahnya ditempat yang paling rendah di atas tanah ini bermakna ia telah meletakkan seluruh dirinya di atas tanah, mengingatkan dirinya terhadap punca asal kejadian manusia itu dari tanah dan mengembalikan dirinya kepada tanah.
Apabila ia telah sanggup menghantar dahinya dan juga dirinya ke tempat yang hina maka tidak mungkin ia akan bersikap sombong lagi terhadap Allah yang menciptakan dirinya dari tanah itu.
Maka setiap kali sujud sewajarnya seseorang itu sentiasa ia mengingati akan mati, apabila ia ingat akan mati maka terasa seolah-olah bahawa solatnya itu sebagai solat penghabisan kerana ia akan menghantarkan dirinya ke tanah. Ia merasakan bahawa setiap kali ia sujud seolah-olah ia tidak akan bangun lagi. Sedangkan kematian itu merupakan pintu bagi seseorang memasuki gerbang akhirat.
Dalam keadaan demikian maka hati akan merasa gerun dan merasai kebesaran Allah dan ketika itulah ia membaharui lagi di dalam hatinya untuk mensucikan Zat Allah Yang Maha Tinggi disamping lidah tidak bertulang mengucapkan,
“Subhana Rabbial-A’la wa-Bihamdih”.
P/S: Islam itu kan indah.. solat itu sempurnakan dan berikan kebaikan kepada Hambanya zahir dan batin. Bila kita sempurnakan hak Allah (solat) , Dia akan menyempurnakan hak kita sebagai hamba (hikmah dan kebaikan )
Konsep GIVE AND TAKE…
JUTAAN TERIMA KASIH SAYA UCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI MELAWAT BLOG INI,SANTAPAN ZAHIR BATIN JUGA DISEDIAKAN DISAMPING PELUANG BERNIAGA YG MUNGKIN SESUAI BUAT ANDA...HAKIKATNYA TAK KIRA SIAPAPUN ANDA. INGATLAH, ORANG YANG BERUSAHA & MENGHARGAI MASA ADALAH ORANG-ORANG YANG BERJAYA..INSYAALLAH..
Saturday, June 20, 2015
Tuesday, June 16, 2015
PERCUMA 100%
Adakah Anda Pening Kepala Dan Buntu Memikirkan Mengapa Anda Masih GAGAL Buat Duit LUMAYAN Melalui Pemasaran EMEL?
"Walaupun Anda Dah Mencuba Berbagai-Berbagai Cara Sedangkan Anda Melihat Ramai Otai Yang Berjaya Buat Duit 4 Hingga 5 Angka Dengan Mudah Dengan Hanya Menghantar Emel?”
Dapatkan Penerangan Percuma tentang Teknik Menulis Emel Memukau!
DISINI:
Saturday, June 13, 2015
Senarai Perdana Menteri pertama hingga keenam...
PERDANA MENTERI PERTAMA
NAMA: Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
TARIKH LAHIR: 8 Februari 1903
GELARAN: Bapa Kemerdekaan
TEMPOH BERKHIDMAT: 31 Ogos 1957 hingga 21 September 1970
TARIKH LAHIR: 8 Februari 1903
GELARAN: Bapa Kemerdekaan
TEMPOH BERKHIDMAT: 31 Ogos 1957 hingga 21 September 1970
JASA Tunku Abdul Rahman yang tidak boleh dilupakan apabila beliau berjaya membawa kemerdekaan kepada negara tanpa sebarang pertumpahan darah. Beliau menjadi pemimpin Umno Malaya Pertama.
Tunku menyarankan tilawah al-Quran dijadikan acara utama negara dan Pertandingan Musabaqah al-Quran peringkat antarabangsa pertama berlangsung pada 9 Mac 1961.
Tunku juga membentuk Dasar Pelajaran Kebangsaan (1956), Dasar Kebudayaan dan Akta Bahasa Kebangsaan (1963/67) yang menandakan beliau mementingkan pendidikan anak bangsanya.
Nama Tunku terus dikenang sebagai pemimpin berwibawa apabila berjaya membentuk Malaysia pada 16 September 1963 yang awalnya merangkumi Persekutuan Tanah Melayu, Borneo Utara (Sabah), Sarawak dan Singapura.
Ada pengkritik sejarah mengatakan tindakan Tunku menyingkir Singapura daripada Malaysia selepas penyertaan Parti Tindakan Rakyat (PAP) pada pilihan raya umum 1964 sehingga menimbulkan ketegangan kaum Melayu dan Cina, adalah satu kesilapan besar kerana ia menyebabkan Singapura nekad berpisah dari Malaysia pada 1965.
Tunku juga terkenal sebagai pemimpin yang mementingkan perpaduan, malah sanggup berkorban apa saja demi kesejahteraan rakyat. Namun, usahanya tidak berjaya apabila rusuhan kaum tercetus pada 13 Mei 1969.
Tunku meninggal dunia pada 6 Disember 1990 di Hospital Besar Kuala Lumpur dan disemadikan di Makam Di Raja Langgar, Alor Star.

PERDANA MENTERI KEDUA
NAMA: Tun Abdul Razak Datuk Hussein
TARIKH LAHIR: 11 Mac 1922
GELARAN: Bapa Pembangunan
TEMPOH BERKHIDMAT: 22 September 1970 hingga 14 Januari 1976
TUN ABDUL RAZAK mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 22 September 1970 ketika negara dilanda kemiskinan dan menghadapi masalah perpaduan kaum.
Menyedari ketegangan kaum berpunca daripada masalah kemiskinan orang Melayu dan perpaduan kaum yang rapuh, beliau melancarkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Rukun Negara. Falsafah pembangunan DEB yang dilancarkan pada 1970 menekankan keseimbangan antara pembangunan sosial dan perkembangan ekonomi.
Abdul Razak juga mewujudkan pelan pembangunan sistematik melalui Rancangan Pembangunan Malaysia selama lima tahun; bermula Rancangan Malaysia Pertama dan Kedua sebagai pemangkin DEB.
Beliau mencetuskan idea penubuhan Barisan Nasional selepas menyaksikan tragedi berdarah 13 Mei 1969 dengan mengembangkan Parti Perikatan yang memerintah ketika itu kepada Umno, MCA dan MIC.
Seperti Tunku Abdul Rahman, Abdul Razak serius terhadap pendidikan anak Melayu dengan menubuhkan Maktab Rendah Sains Mara pada 1972 yang turut memberi laluan dengan kuota 10 peratus kepada pelajar kaum lain.
Abdul Razak meninggal dunia pada 14 Januari 1976 di London ketika masih memegang jawatan Perdana Menteri kerana penyakit leukemia dan digantikan oleh Tun Hussein Onn.

PERDANA MENTERI KETIGA
NAMA: Tun Hussein Onn
TARIKH LAHIR: 1922
GELARAN: Bapa Perpaduan
TEMPOH BERKHIDMAT: 15 Januari 1976 hingga 16 Julai 1981
TUN HUSSEIN mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ketiga pada jam 9.30 pagi 5 Januari 1976, sehari selepas Tun Abdul Razak meninggal dunia, dengan agenda utamanya: Meneruskan pembangunan negara.
Walaupun tempoh beliau menjadi Perdana Menteri agak pendek, tetapi Hussein dikenali sebagai pemimpin konsisten dan tidak banyak menimbulkan kontroversi.
Beliau dikenang kerana jasanya menegakkan keadilan dan kejayaannya menarik kedatangan pelabur luar yang menjadi penggerak kepada perkembangan ekonomi negara.
Hussein meletak jawatan pada 16 Julai 1981 atas sebab kesihatan dan tugasnya diambil alih Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad yang mengangkat sumpah pada hari sama. Beliau meninggal dunia pada 29 Mei 1990 ketika berusia 68 tahun di San Francisco, Amerika Syarikat, kerana serangan sakit jantung.

PERDANA MENTERI KEEMPAT
NAMA: Tun Dr Mahathir Mohamad
TARIKH LAHIR: 20 Disember 1925
GELARAN: Bapa Pemodenan
TEMPOH BERKHIDMAT: 16 Julai 1981 hingga 31 Oktober 2003
TUN Dr Mahathir dilahirkan di Seberang Perak, Alor Star, Kedah. Beliau Perdana Menteri paling lama dalam sejarah negara, iaitu 22 tahun.
Pemimpin yang digelar Pencetus Minda Malaysia ke arah negara maju lantang menyuarakan pelbagai pendapat inovatif yang disifatkan mendahului zamannya. Di bawah pemerintahannya, negara melalui pelbagai proses pembangunan sehingga Malaysia dikenali di dunia.
Sejarah hitam apabila Umno diisytihar sebagai parti pemerintah tidak sah berikutan rasa tidak puas hati segelintir ahli Umno pada 4 Februari 1988, memberi kesempatan kepada Dr Mahathir menyusun strategi untuk menyatupadukan ahli parti serta berjuang habis-habisan demi kemajuan negara.
Terlalu banyak sumbangan jika hendak disenaraikan kerana beliau tidak pernah jemu memperkenalkan pelbagai dasar serta projek pembangunan seperti kempen Bersih, Cekap dan Amanah, Kepimpinan Melalui Teladan, Dasar Kependudukan 70 Juta, Dasar Pandang Ke Timur, penswastaan dan Dasar Perindustrian Negara.
Hasrat melihat Malaysia menjadi negara maju dan mempunyai rakyat yang mampu bersaing di peringkat dunia dilahirkan melalui Wawasan 2020. Sejak itu pelbagai pembangunan dilihat, termasuk pelancaran Dasar Perindustrian Negara yang menaikkan nama negara apabila berjaya menghasilkan kenderaan nasional Proton Saga dan motosikal Kriss, selain pembinaan litar Formula 1, Transit Aliran Ringan (LRT), Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Putrajaya dan Cyberjaya.
Sejarah hitam apabila Umno diisytihar sebagai parti pemerintah tidak sah berikutan rasa tidak puas hati segelintir ahli Umno pada 4 Februari 1988, memberi kesempatan kepada Dr Mahathir menyusun strategi untuk menyatupadukan ahli parti serta berjuang habis-habisan demi kemajuan negara.
Terlalu banyak sumbangan jika hendak disenaraikan kerana beliau tidak pernah jemu memperkenalkan pelbagai dasar serta projek pembangunan seperti kempen Bersih, Cekap dan Amanah, Kepimpinan Melalui Teladan, Dasar Kependudukan 70 Juta, Dasar Pandang Ke Timur, penswastaan dan Dasar Perindustrian Negara.
Hasrat melihat Malaysia menjadi negara maju dan mempunyai rakyat yang mampu bersaing di peringkat dunia dilahirkan melalui Wawasan 2020. Sejak itu pelbagai pembangunan dilihat, termasuk pelancaran Dasar Perindustrian Negara yang menaikkan nama negara apabila berjaya menghasilkan kenderaan nasional Proton Saga dan motosikal Kriss, selain pembinaan litar Formula 1, Transit Aliran Ringan (LRT), Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Putrajaya dan Cyberjaya.

PERDANA MENTERI KELIMA
NAMA: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
UMUR: 64 tahun
TARIKH LAHIR: 26 November 1939
TEMPAT LAHIR: Kepala Batas, Pulau Pinang
ISTERI: Datin Seri Endon Mahmood
ANAK: Kamaluddin, Nori
KELULUSAN: Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam, Universiti Malaya
KELMARIN, 31 Oktober 2003, rasmilah Datuk Seri Abdullah dilantik sebagai Perdana Menteri kelima. Memegang tampuk pemerintahan pada usia 64 tahun, Pak Lah dilihat cukup matang dan berkaliber bagi meneruskan perjuangan ke arah negara maju.
Pak Lah yang dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri pada 8 Januari 1999 merangkap Menteri Dalam Negeri, sebenarnya mempunyai asas politik kukuh kerana terbabit dalam pelbagai pertubuhan nasionalis sejak di universiti.
Kesetiaan Pak Lah kepada Umno tidak berbelah bagi kerana ketika Umno diisytiharkan sebagai tidak sah pada 1988 dan rakan seperjuangannya menubuhkan Semangat 46, beliau tetap teguh menyokong Dr Mahathir dalam mengembalikan kegemilangan Umno.
Sepanjang perkhidmatannya, beliau menyeliakan pelaksanaan dasar KeIslaman sejajar dengan aliran semasa dan Dasar Pandang Ke Timur yang bertujuan menyemai etika kerja yang baik di kalangan tenaga kerja Malaysia.
Beliau memainkan fungsi penting dalam program Dr Mahathir, termasuk kempen Kepimpinan Melalui Teladan, Persyarikatan Malaysia, Dasar Penswastaan dan memperbaiki perkhidmatan kaunter agensi kerajaan, selain memperkenalkan konsep pusat sehenti untuk orang awam berurusan dengan kerajaan.
Kewibawaan Pak Lah yang memiliki Ijazah Pengajian Islam dari Universiti Malaya terserlah apabila beliau mampu menghadapi suasana genting penuh emosi di Pusat Dagangan Dunia Putra sejurus selepas Dr Mahathir mengumumkan persaraannya.
Berbekalkan pengalaman 13 tahun dalam perkhidmatan awam dan 25 tahun dalam politik, Pak Lah diyakini mampu menerajui dan meneruskan agenda pembangunan seperti diharapkan rakyat, termasuk Dr. Mahathir.
Mohd Najib bin Abdul Razak
YAB Datuk Seri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak[1] (lahir 23 Julai, 1953) merupakan Perdana Menteri Malaysia terkini sejak 3 April 2009, selain sebagai Menteri Kewangan dan ahli parlimen Pekan, Pahang. Beliau adalah anak lelaki sulung kepada bekas perdana menteriMalaysia yang kedua, Tun Abdul Razak Dato' Hussein.Di peringkat akar umbi politik, beliau merupakan Presiden UMNO yang ke 7.
KELUARGA
Pada tahun 1976, Najib berkahwin dengan Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar dan mendapat tiga anak: Mohd Nizar Najib (lahir 1978), Mohd Nazifuddin Najib dan Puteri Norlisa Najib. Pada tahun 1987 beliau bercerai dengan Ku Yie dan berkahwin dengan Datin SeriRosmah Mansor dan mendapat dua anak lagi: Mohd Norashman Najib dan Nooryana Najwa Najib. Dilahirkan di Kuala Lipis, Pahang, Najib merupakan anak sulung kepada Tun Abdul Razak Hussein dan Toh Puan Rahah Mohamad Noah. Beliau juga sepupu kepada Datuk Hishamuddin Tun Hussein
PENDIDIKAN
Najib mendapat pendidikan rendah dan menengah di Institusi St. John, Kuala Lumpur, dan kemudian belajar di Kolej Lelaki Malvern di Worchestershire, England. Beliau mendapat Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam bidang Ekonomi Industri daripada Universiti Nottingham, England pada tahun 1974.
KERJAYA POLITIK
Najib mula menceburkan diri dalam arena politik setelah kematian mengejut bapanya, Tun Abdul Razak Hussein di London pada 14 Januari 1976. Beliau menang tanpa bertanding merebut kerusi Parlimen Pekan yang kosong, akibat kematian bapanya, ketika berumur 23 tahun, dan merupakan ahli parlimen termuda yang pernah dipilih ketika itu.
Najib menjadi timbalan menteri paling muda apabila dilantik sebagai Timbalan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos pada tahun 1978 ketika usia 25 tahun. Kemudian, pada tahun 1982hingga 1986, beliau menjadi Menteri Besar paling muda dalam sejarah negara apabila dilantik sebagai Menteri Besar Pahang ketika berusia 29 tahun.
Antara jawatan yang pernah disandang dalam kabinet ialah:1978-1980 - Timbalan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos1980-1981 - Timbalan Menteri Pendidikan1981-1982- Timbalan Menteri Kewangan1982-1986- Menteri Besar Pahang1986-1987- Kementerian Belia dan Sukan (Menteri Kebudayaan, belia dan Sukan)1990-1995- Menteri Pertahanan1995-1996- Menteri Pendidikan
Najib juga pernah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Penternakan (Majuternak) pada tahun 1977-1979. Kepimpinan beliau teruji dan terus diberi tanggungjawab oleh pucuk pimpinan negara. Dalam UMNO, beliau dipilih sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pekan dan ahli EXCO Pemuda UMNO pada 1976. Kemudian beliau dipilih sebagai ahli Majlis Tertinggi UMNO mulai tahun 1981.
Pada tahun 1982, Najib memenangi kerusi Naib Ketua Pemuda UMNO tanpa bertanding setelah Datuk Mokhtar Hashim mengosongkan jawatan itu.
Pada 1987, beliau diumumkan sebagai Pemangku Ketua Pergerakan Pemuda UMNO olehAnwar Ibrahim setelah Anwar didesak bertanding Naib Presiden UMNO. Beliau menjadi ketua pada 25 Mei 1988 setelah UMNO ditubuhkan semula. Pada tahun 1993 pula, beliau bertanding jawatan Naib Presiden UMNO, ekoran langkah Anwar untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO. Beliau terus mempertahankan jawatan Naib Presiden dalam pemilihan parti pada tahun 1993, 1996 dan 2000.
SENARAI YANG DI-PERTUAN AGONG MALAYSIA 2015
| YANG DI-PERTUAN AGONG KEEMPAT BELAS | |
| |
Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah
Negeri: Kedah
Tempoh: 13 Disember 2011 - Kini |
| YANG DI-PERTUAN AGONG KETIGA BELAS | |
| |
Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billal Shah
Negeri: Terengganu
Tempoh: 13 Disember 2006 - 12 Disember 2011 |
| YANG DI-PERTUAN AGONG KEDUA BELAS | |
| |
Tuanku Syed Sirajuddin ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail
Negeri: Perlis
Tempoh: 13 Disember 2001 - 12 Disember 2006 |
| YANG DI-PERTUAN AGONG KESEBELAS | |
| |
Al-Marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj ibni Al-Marhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj
Negeri: Selangor
Tempoh: 26 April 1999 - 21 November 2001 |
| YANG DI-PERTUAN AGONG KESEPULUH | |
| |
Al-Marhum Tuanku Ja'afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman
Negeri: Negeri Sembilan
Tempoh: 26 April 1994 - 25 April 1999 |
| YANG DI-PERTUAN AGONG KESEMBILAN | |
| |
Al-Marhum Tuanku Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah
Negeri: Perak
Tempoh: 26 April 1989 - 25 April 1994 |
| YANG DI-PERTUAN AGONG KELAPAN | |
| |
Al-Marhum Tuanku Sultan Iskandar ibni Al-Marhum Sultan Ismail
Negeri: Johor Tempoh: 26 April 1984 - 25 April 1989 |
| YANG DI-PERTUAN AGONG KETUJUH | |
| |
Tuanku Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri'Ayatuddin Al-Mu'adzam Shah
Negeri: Pahang Tempoh: 26 April 1979 - 25 April 1984 |
| YANG DI-PERTUAN AGONG KEENAM | |
| |
Al-Marhum Tuanku Yahya Petra ibni Al-Marhum Sultan Ibrahim
Negeri: Kelantan
Tempoh: 21 September 1975 - 29 Mac 1979 |
| YANG DI-PERTUAN AGONG KELIMA | |
| |
Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Al-Marhum Sultan Badlishah
Negeri: Kedah Tempoh: 21 September 1970 - 20 September 1975 |
| YANG DI-PERTUAN AGONG KEEMPAT | |
| |
Al-Marhum Tuanku Ismail Nasiruddin Shah ibni Al-Marhum
Sultan Zainal Abidin Negeri: Terengganu Tempoh: 21 September 1965 - 20 September 1970 |
| YANG DI-PERTUAN AGONG KETIGA | |
| |
Al-Marhum Tuanku Syed Putra ibni Al-Marhum Syed Hassan Jamalullail
Negeri: Perlis
Tempoh: 21 September 1960 - 20 September 1965 |
| YANG DI-PERTUAN AGONG KEDUA | |
Al-Marhum Tuanku Hisamuddin Alam Shah Al-Haj ibni Al-Marhum Sultan Alaiddin Sulaiman Shah
Negeri: Selangor
Tempoh: 14 April 1960 -1 September 1960 | |
| YANG DI-PERTUAN AGONG PERTAMA | |
| |
Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman Ibni Al-Marhum Tuanku Muhammad
Negeri: Negeri Sembilan
Tempoh: 3 Ogos 1957 - 1 April 1960 |
Salasilah Kesultanan Negeri Perak Darul Ridzuan
Salasilah Kesultanan Negeri Perak Darul Ridzuan
| 1. Sultan Mudzaffar Shah I 1528 - 1549 | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| 2. Sultan Mansur Shah I 1549 - 1577 | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Sultan Mansur Shah (Sultan Acheh) | 3. Sultan Ahmad Tajuddin Shah 1577 - 1584 | 4. Sultan Tajul Ariffin Shah 1584 - 1594 | 6. Sultan Mukaddam Shah 1603 - 1619 | 8. Sultan Mahmud Shah I 1627 - 1630 | Puteri | Sultan Acheh | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Raja Inu | 9. Sultan Sallehuddin Shah 1630 - 1636 | Puteri | Marhum Muda (Pahang) | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| 5. Sultan Alauddin Shah 1594 - 1603 | 7. Sultan Mansur Shah II 1619 - 1627 | Puteri | 10. Sultan Mudzaffar Shah II 1636 - 1653 | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| 11. Sultan Mahmud Iskandar Shah 1653 - 1720 | Raja Mansur | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| 12. Sultan Alauddin Mughayat Shah 1720 - 1728 | 13. Sultan Mudzaffar Shah III 1728 - 1752 | 14. Sultan Muhamad Shah 1744 - 1750 | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| 15. Sultan Iskandar Zulkarnain 1752 - 1765 | 16. Sultan Mahmud Shah II 1765 - 1773 | 17. Sultan Alauddin Mansur Shah 1773 - 1786 | 18. Sultan Ahmaddin Shah 1786 - 1806 | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| 19. Sultan Abdul Malik Mansur Shah 1806 - 1825 | Raja Inu | Raja Abdul Rahman | Raja Mandak | Raja Syed Hitam (Siak) | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| 20. Sultan Abdullah Muadzam Shah 1825 - 1830 | Raja Ahmad | 21. Sultan Shahabuddin Riayat Shah 1830 - 1851 | 22. Sultan Abdullah Muhammad Shah I 1851 - 1857 | 25. Sultan Ismail Al-Muabidin Riayat Shah 1871 - 1874 m. 1889 | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| 23. Sultan Jaafar Safiuddin Muadzam Shah 1857- 1865 | Raja Alang Iskandar | 24. Sultan Ali Al-Mukammal Inayat Shah 1865 - 1871 | 27. Sultan Yusuf Sharifuddin Mudzaffar Shah 1876 - 1887 | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| 26. Sultan Abdullah Muhammad Shah II 1874 - 1876 m. 1922 | Raja Musa (Raja Muda) m. 1906 | 28. Sultan Idris Murshidul Aadzam Shah I 1887 - 1916 | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Raja Abdul Rahman | Raja Abdul Malek | 31. Sultan Abdul Aziz Al-Mutasim Billah Shah 1938 - 1948 | 29. Sultan Abdul Jalil Nasruddin Muhtaram Shah 1916 - 1918 | 30. Sultan Iskandar Shah 1918 - 1938 | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Raja Lope Nor Rashid (mantan Raja Kechil Besar) m. 24 Mei 1977 | Raja Ahmad Hisham (mantan Raja Di-Hilir) m. 1997 | Raja Musa (mantan Raja Muda) m. 12 Mei 1983 | 32. Sultan Yussuf Izzuddin Shah 1948 - 1963 | 33. Sultan Idris Iskandar Al-Mutawakkil Alallahi Shah II 1963 - 1984 | Raja Ahmad Siffuddin (mantan Raja Muda) m. 1987 | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Raja Jaafar (Raja Muda) | Raja Ekram m. 9 Jun 1978 | 34. Sultan Azlan Muhibbuddin Shah 1984 - 2014 | Raja Izzuddin Iskandar (Raja Kechil Besar) m. 25 November 2006. | Raja Iskandar Dzulkarnain (Raja Di-Hilir) | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| 35. Sultan Nazrin Muizuddin Shah 2014 - kini | Raja Ashman Shah(mantan Raja Kechil Sulung) m. 30 Mac 2012 | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Raja Azlan Muzzaffar Shah | Raja Ahmad Nazim (Raja Kechil Besar) | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Petunjuk : Sultan Raja-Raja Bergelar (terkini)
- Untuk kedudukan terkini jawatan Raja-Raja Bergelar, sila lihat Sistem Hierarki Kesultanan Perak
Subscribe to:
Posts (Atom)





