Sunday, October 19, 2014

Syaitan di dalam al-Qur'an


Syaitan adalah daripada golongan manusia dan jin. Ia musuh bagi tiap-tiap Nabi. Tidak seperti Nabi, yang menyampaikan kepada manusia apa yang diwahyu Allah kepadanya, golongan syaitan pula menyampaikan wahyunya yang tersendiri, yang berupa ucapan palsu tetapi indah-indah belaka. Tujuannya adalah untuk menipu manusia, misalan, dengan mengada-adakan sesuatu dalam agama. Terhadap mereka, Allah menasihatkan manusia supaya meninggalkan mereka. Firman-Nya,
"Kami mengadakan bagi tiap-tiap Nabi suatu musuh, syaitan-syaitan daripada manusia dan jin, yang mewahyukan ucapan palsu yang indah-indah kepada satu sama lain, untuk menipu; dan sekiranya Pemelihara kamu menghendaki, tentu mereka tidak membuatnya. Maka tinggalkanlah mereka dan apa yang mereka mengada-adakan." (6:112)
Ia juga musuh bagi manusia, dan sentiasa harus diambil sebagai musuh. Musuh ini bersifat nyata dengan seruan supaya golongannya menjadi orang-orang yang tinggal di Neraka, selama-lamanya. Firman-Nya,
"Sesungguhnya syaitan adalah musuh bagi kamu; maka ambillah ia sebagai musuh. Ia menyeru golongannya hanya supaya mereka menjadi di kalangan orang-orang Menyala." (35:6)
"ia (syaitan) adalah musuh yang nyata bagi kamu." (2:208)
Doa
Kerana ia musuh yang sentiasa mengganggu, maka manusia harus berdoa, memohon perlindungan Allah daripada kejahatannya. Doa itu baik dilafazkan dari sejak lahir lagi. Seperti ibu Mariam yang telah memohon perlindungan selepas melahirkannya. Doa ibu tersebut, terhadap Mariam dan keturunannya, berbunyi:
"'Pemeliharaku, aku telah melahirkannya, seorang anak perempuan. .... Dan aku menamakan dia Mariam, dan melindungkannya kepada Engkau dengan keturunannya, daripada syaitan yang direjam.'" (3:36)
Selanjutnya, Allah mengajar manusia suatu doa yang amat sesuai untuk berlindung pada-Nya daripada cadangan-cadangan jahat syaitan, berbunyi:
"Wahai Pemeliharaku, aku berlindung pada Engkau daripada cadangan-cadangan jahat syaitan-syaitan, Dan aku berlindung pada Engkau, wahai Pemeliharaku, daripada mereka hadir padaku." (23:97-98)
Doa tersebut tentu baik juga dipakai apabila membaca al-Qur'an, atas suruhan Allah agar manusia memohon perlindungan-Nya apabila mereka membaca Kitab tersebut. Firman-Nya,
"Apabila kamu membaca Al-Qur'an, mohonlah perlindungan kepada Allah daripada syaitan yang direjam." (16:98)
Goda
Manusia turut diingatkan Allah supaya tidak membiarkan syaitan menggoda mereka. Ibu bapa mereka telah berjaya digodanya, dengan melanggar larangan Allah terhadap suatu pohon yang dilarang untuk didekati. Ia dan sukunya dikatakan melihat manusia dari mana manusia tidak melihat mereka. Firman-Nya,
"Wahai Bani Adam, janganlah syaitan menggoda kamu sebagaimana ia mengeluarkan ibu bapa kamu dari Taman, dengan melucutkan daripada mereka pakaian mereka, untuk memperlihatkan kepada mereka bahagian-bahagian aib mereka. Sesungguhnya ia melihat kamu, ia dan sukunya, dari mana kamu tidak melihat mereka." (7:27)
Petunjuk
Godaan utama syaitan adalah ke atas petunjuk yang diberi Allah. Petunjuk Allah adalah satu-satunya pelindung untuk mengelakkan diri daripada disesatkan oleh syaitan. Itu janji Allah sejak Adam dan isteri dikeluarkan-Nya dari Taman. Firman-Nya,
"Turunlah kamu, kedua-dua kamu bersama-sama, keluar darinya .... tetapi jika datang kepada kamu petunjuk daripada-Ku, maka sesiapa yang mengikuti petunjuk-Ku, tidak akan sesat, dan tidak juga dia menjadi sengsara." (20:123)
Golongan syaitan pun tahu tentang janji itu. Justeru, ia akan menghasut manusia sehingga menjadi tidak percaya kepada Petunjuk yang diturunkan Allah. Akan tetapi, selepas manusia menjadi tidak percaya, ia akan berlepas diri daripada mereka, kerana takut kepada Allah. Firman-Nya,
"Persamaan syaitan, apabila ia berkata kepada manusia, 'Jangan percaya'; kemudian apabila dia tidak percaya, ia berkata, 'Sesungguhnya aku berlepas diri daripada kamu. Sesungguhnya aku takut kepada Allah, Pemelihara semua alam.'" (59:16)
Sesetengah manusia digoda, oleh makhluk daripada golongan manusia dan jin yang jahat itu, setelah mereka mendapat petunjuk, lalu menjadi kebingungan walaupun mereka mempunyai kawan yang menyeru kepada Petunjuk Allah yang benar, serta tunduk patuh kepada-Nya. Firman Allah,
"'adakah kita akan dikembalikan di atas tumit-tumit kita setelah Allah memberi petunjuk kepada kita? Seperti orang yang digoda hingga kebingungan di bumi oleh syaitan-syaitan, walaupun dia mempunyai teman-teman yang menyerunya kepada petunjuk, "Datanglah kepada kami!"' Katakanlah, 'Petunjuk Allah ialah petunjuk yang benar, dan kita diperintah supaya tunduk patuh kepada Pemelihara semua alam,'" (6:71).
Sementara yang lain, dikuasainya pula sehingga melupakan Peringatan Allah, lantas tergolong dalam golongannya (syaitan), di samping terdapat yang lain yang dihasutnya sampai menjadi murtad setelah Petunjuk menjadi jelas. Firman-Nya,
"Syaitan telah menguasai mereka, dan menjadikan mereka melupakan Peringatan Allah. Mereka itu golongan syaitan; sesungguhnya golongan syaitan, merekalah orang-orang yang rugi!" (58:19)
"Orang-orang yang kembali (murtad) ke belakang mereka setelah petunjuk menjadi jelas bagi mereka, syaitanlah yang menghasut mereka, dan memanjangkan angan-angan mereka." (47:25)
Dengan itu difahamkan bahawa golongan syaitan mempunyai angan-angan yang panjang, mungkin mengenai Syurga, bidadari, mahligai dan sebagainya.
Menyesatkan
Sesungguhnya, syaitan menyesatkan manusia daripada Peringatan, atau ayat-ayat al-Qur'an, yang datang kepada mereka. Sebagai ganti, dipenuhinya mereka dengan khayalan, seperti apa yang diangan-angankan dengan panjang tadi. Firman-Nya,
"Sesungguhnya dia menyesatkan aku daripada Peringatan setelah ia datang kepadaku; syaitan adalah pengabai manusia." (25:29)
"Dan sungguh, aku akan menyesatkan mereka, dan memenuhi mereka dengan khayalan," (4:119).
Pengabai manusia itu juga menyesatkan orang-orang yang tidak menghakimkan menurut apa yang diturunkan Allah dalam perselisihan mereka, namun, mendakwa percaya kepada ayat-ayat-Nya. Firman Allah,
"Tidakkah kamu merenungkan orang-orang yang mendakwa bahawa mereka percaya kepada apa yang diturunkan kepada kamu, dan apa yang diturunkan sebelum kamu, menghendaki untuk berhakimkan kepada Thagut dalam perselisihan mereka, dan sungguh, mereka diperintah supaya tidak mempercayainya, tetapi syaitan menghendaki untuk menyesatkan mereka dalam kesesatan yang jauh." (4:60)
Mengundang syaitan
Tindakan manusia yang tidak wajar terhadap ayat-ayat Allah, seperti mencampakkannya atau membutakan diri terhadapnya, akan mengundang kehadiran syaitan, yang akan mengikutinya, atau menjadi teman yang dipercayai, untuk menghalang mereka daripada jalan Allah. Di samping itu, mereka menyangka diri-diri mereka sudah mendapat petunjuk. Firman-Nya,
"Dan bacakanlah kepada mereka berita orang yang kepadanya Kami telah memberikan ayat-ayat Kami, tetapi dia mencampakkannya, dan syaitan mengikutinya, dan dia menjadi antara orang-orang yang bersalah." (7:175)
"Sesiapa yang membutakan diri daripada Peringatan Yang Pemurah, kepadanya Kami menentukan syaitan untuk menjadi teman yang dipercayai, Dan mereka menghalangi mereka daripada jalan, dan mereka menyangka bahawa mereka mendapat petunjuk," (43:36-37).
Tindakan membantah mengenai Allah dengan tanpa pengetahuan, seperti membantah ayat-ayat-Nya tanpa membaca al-Qur'an, adalah sebenarnya mengikuti setiap syaitan yang derhaka. Firman-Nya
"Dan antara manusia ada orang yang membantah mengenai Allah tanpa pengetahuan, dan mengikuti setiap syaitan yang derhaka." (22:3)
Dan, tindakan manusia untuk tidak mengikuti dapatan para penyelidik yang berpengetahuan, turut mengundang kehadiran syaitan yang akan menjadi ikutan dalam sesuatu perkara. Firman-Nya,
"orang-orang antara mereka yang ditugaskan untuk menyelidikinya, tentu akan mengetahuinya. Dan sekiranya tidak kerana pemberian Allah kepada kamu, dan pengasihan-Nya, tentu kamu akan mengikuti syaitan, kecuali sedikit." (4:83)
Para penyelidik yang dimaksudkan itu adalah mengenai ketenteraman awam. Sekiranya mereka tidak dituruti maka syaitanlah yang ditaati.
Nabi dan Rasul
Nabi dan Rasul diganggu syaitan. Tatkala mereka berkhayal, syaitan menyelitkan sesuatu pada khayalan mereka. Tentu sekali khayalan itu adalah atas ayat-ayat Allah, kerana Dia seterusnya mengatakan tetap akan menentukan ayat-ayat-Nya. Firman Allah,
"Kami tidak mengutus seseorang rasul, dan tidak juga seseorang Nabi sebelum kamu, melainkan bahawa apabila dia berkhayal, syaitan melemparkan ke dalam khayalannya; tetapi Allah menghapuskan apa yang dilempar syaitan, kemudian Allah menentukan ayat-ayat-Nya; Allah Mengetahui, Bijaksana." (22:52)
Antara mereka yang diganggu syaitan, menurut cerita daripada al-Qur'an, adalah Adam dan isteri, dan dua orang Nabi. Adam dan isteri berjaya digelincirkannya dari Taman. Firman Allah,
"Kemudian syaitan menggelincirkan mereka daripadanya, dan mengeluarkan mereka dari dalam apa yang mereka berada." (2:36)
Nabi Yusuf telah dipisahkan daripada keluarganya oleh syaitan, dan ketika baginda di penjara, syaitan telah membuat orang yang diselamatkan daripada hukuman lupa untuk menyebut mengenainya, lalu baginda tinggal di penjara dengan masa tambahan. Firman-Nya,
"dan Dia mendatangkan kamu dari gurun setelah syaitan menyelisihkan antara saya (Nabi Yusuf) dan saudara saya." (12:100)
"Kemudian dia (Nabi Yusuf) berkata kepada orang yang dia menyangka bahawa dia akan diselamatkan antara keduanya, 'Ingatkanlah (sebutlah) aku kepada pemelihara kamu.' Tetapi syaitan menjadikan dia lupa untuk menyebutkannya kepada pemeliharanya, supaya dia tetap di dalam penjara selama beberapa tahun." (12:42)
Dan Nabi Ayub, disentuh syaitan dengan keletihan dan azab. Firman-Nya,
"Dan ingatlah akan hamba Kami, Ayub; apabila dia memanggil Pemeliharanya, 'Sesungguhnya syaitan menyentuhku dengan keletihan dan azab.'" (38:41)
Bapa-bapa disentuh syaitan
Sedangkan Nabi disentuh syaitan apatah lagi bapa-bapa atau nenek moyang manusia hari ini. Sesetengah mereka, setelah disentuh syaitan, dapat ditundukkan pula. Namun, keturunan mereka masih berdegil dan terus mengikuti agama mereka (yang dicemari syaitan), sambil menolak apa yang diturunkan Allah. Firman-Nya,
"Dan apabila dikatakan kepada mereka, 'Ikutlah apa yang Allah menurunkan', mereka berkata, 'Tidak, tetapi kami mengikuti apa yang kami mendapati pada bapa-bapa kami.' Apa? Walaupun syaitan menyeru mereka kepada azab yang menyala?" (31:21)
Kaum dihancurkan
Makhluk daripada golongan manusia dan jin yang jahat itu telah menghancurkan beberapa kaum pada zaman dahulu. Antara yang selalu disebut di dalam al-Qur'an adalah Ad dan Tsamud, yang amalan buruk mereka dijadikan indah dipandang, walaupun mereka telah melihat ayat-ayat-Nya dengan jelas. Firman Allah,
"Dan Ad, dan Tsamud - telah menjadi nyata bagi kamu daripada tempat-tempat tinggal mereka; dan syaitan menampakkan indah bagi mereka amalan-amalan mereka, dan menghalangi mereka daripada jalan, walaupun mereka adalah orang-orang yang melihat dengan jelas." (29:38)
Menghalangi
Kaum Ad dan Tsamud telah dihalang daripada jalan Allah, atau ayat-ayat-Nya. Lantaran itu, Allah berpesan agar syaitan tidak diberi peluang untuk menghalangi manusia daripada jalan tersebut, dan daripada mengingati-Nya, dan solat. Firman Allah,
"Janganlah syaitan menghalangi kamu; ia, bagi kamu, musuh yang nyata." (43:62)
"Dan mereka (syaitan) menghalangi mereka daripada jalan, dan mereka menyangka bahawa mereka mendapat petunjuk," (43:37)
"Syaitan hanya menghendaki ..... dan untuk menghalangi kamu daripada mengingat Allah, dan daripada solat. Mahukah kamu berhenti (daripada arak)?" (5:91)
Cubaan
Apa yang syaitan datangkan adalah cubaan, terutama bagi orang-orang yang di dalam hati ada penyakit (seperti ragu-ragu terhadap ayat-ayat Allah), dan mereka yang keras hati (terhadap ayat-ayat Allah). Firman-Nya,
"Supaya Dia membuatkan, apa yang syaitan melemparkan, satu cubaan bagi orang-orang yang di dalam hati mereka ada penyakit, dan orang-orang yang hati mereka keras," (22:53).
Perbuatan syaitan
Kejahatan syaitan terhadap ayat-ayat Allah, seperti membuat manusia tidak percaya kepadanya, melupakannya, dan menghalanginya sudah dimaklumkan. Perbuatan syaitan selanjutnya adalah banyak. Daripada semakan ke atas ayat-ayat yang mengandungi perkataansyaitan di dalam al-Qur'an, enam belas lagi perbuatan syaitan dapat dikesan, seperti berikut:
1. Cadangan jahat:
"Wahai Pemeliharaku, aku berlindung pada Engkau daripada cadangan-cadangan jahat syaitan-syaitan," (23:97).
Beberapa contoh cadangan jahat syaitan turut dinyatakan dalam senarai ini.
2. Meyucuk orang tidak percaya:
"Tidakkah kamu melihat bagaimana Kami mengutus syaitan-syaitan terhadap orang-orang yang tidak percaya (kepada ayat-ayat Allah) untuk menyucuk mereka, dengan cucukan?" (19:83)
3. Menyuruh pada kesumbangan dan mungkar:
"sesungguhnya ia (syaitan) menyuruh pada kesumbangan dan mungkar," (24:21).
4. Menyebabkan permusuhan dan kebencian:
"Syaitan hanya menghendaki untuk menyebabkan permusuhan dan kebencian antara kamu dalam arak dan judi." (5:91)
5. Menghasut dan memanjangkan angan-angan:
"Orang-orang yang kembali (murtad) ke belakang mereka setelah petunjuk menjadi jelas bagi mereka, syaitanlah yang menghasut mereka, dan memanjangkan angan-angan mereka." (47:25)
6. Provokasi:
"Jika suatu provokasi daripada syaitan memprovokasikan kamu, berlindunglah pada Allah; sesungguhnya Dia Mendengar, Mengetahui." (7:200)
Provokasi yang dibuat oleh syaitan adalah seperti mengucapkan perkataan yang tidak baik.
"Dan katakanlah kepada hamba-hamba-Ku, bahawa mereka berkata perkataan yang lebih baik. Sesungguhnya syaitan membuat provokasi antara mereka, dan syaitan adalah musuh yang nyata bagi manusia." (17:53)
7. Makanan dan minuman:
"Wahai manusia, makanlah apa yang di bumi, yang halal dan baik, dan janganlah mengikuti langkah-langkah syaitan; ia adalah musuh yang nyata bagi kamu." (2:168)
Satu daripada langkah syaitan dalam hal makanan adalah mengharamkan apa yang tidak diharamkan Allah. Atau, menghalalkan sejenis minuman kotor, yang menjadi amalannya.
"Wahai orang-orang yang percaya, arak, dan judi, dan berhala-berhala, dan ramalan anak-anak panah, adalah kotoran, sebahagian daripada amalan syaitan; maka jauhilah ia agar kamu beruntung." (5:90)
8. Riba (sila rujuk di sini):
"Orang-orang yang memakan riba tidak akan berdiri lagi, melainkan semasa dia berdiri, dia ditundukkan dengan sentuhan syaitan," (2:275). 
9. Pembicaraan rahsia:
Untuk membuat orang-orang yang percaya kepada ayat-ayat Allah menjadi sedih, golongan syaitan akan mengadakan pembicaraan rahsia.
"Pembicaraan rahsia adalah daripada syaitan, supaya orang-orang yang percaya bersedih; tetapi ia tidak memudaratkan mereka sedikit pun, kecuali dengan izin Allah, dan kepada Allah hendaklah orang-orang mukmin mempercayakan (tawakal)." (58:10)
10. Mengubah ciptaan Allah:
Syaitan mewahyukan pelbagai suruhan untuk diamalkan manusia, termasuk mengubah ciptaan-Nya.
"Dan sungguh, aku akan menyesatkan mereka, dan memenuhi mereka dengan khayalan, dan aku akan menyuruh mereka dan mereka akan memotong telinga binatang ternak; aku akan menyuruh mereka dan mereka akan mengubahi ciptaan Allah," (4:119)
11. Mengajar sihir:
"Dan mereka mengikuti apa yang syaitan-syaitan membacakan semasa kerajaan Sulaiman. Sulaiman bukan tidak percaya (kafir) tetapi syaitan-syaitanlah yang tidak percaya, dengan mengajar manusia sihir," (2:102).
12. Peperangan:
Dalam peperangan, syaitan membuat manusia lari daripadanya, menakut-nakutkan mereka, dan mengaku jiran tetapi melarikan diri setelah melihat musuh, kerana takut kepada Allah.
"Orang-orang antara kamu yang berpaling pada hari dua kumpulan bertemu, syaitan menggelincirkan mereka kerana sebahagian apa yang mereka mengusahakan," (3:155).
"Itu adalah syaitan yang menakut-nakutkan wali-walinya (sahabat-sahabatnya), maka janganlah takut pada mereka, tetapi kamu takutilah Aku, jika kamu orang-orang mukmin." (3:175)
"Dan apabila syaitan menampakkan amalan-amalan mereka indah bagi mereka, dan berkata, 'Pada hari ini, tiada manusia akan menang terhadap kamu kerana aku jiran kamu.' Tetapi apabila kedua-dua pasukan berlihat-lihatan, ia berundur di atas tumit-tumitnya, dengan berkata, 'Aku berlepas diri daripada kamu, kerana aku melihat apa yang kamu tidak melihat. Aku takut kepada Allah; dan Allah keras dalam pembalasan sewajarnya.'" (8:48)
13. Janji:
Syaitan berjanji dengan banyak kepada manusia supaya mereka berkhayal. Ada juga yang ditakutkan menjadi miskin jika bernafkah (berbelanja di jalan-Nya). Semua janji syaitan adalah tipuan sahaja. Firman-Nya,
"Syaitan menjanjikan kamu kemiskinan (dalam memberi nafkah), dan menyuruh kamu pada kesumbangan, tetapi Allah menjanjikan kamu keampunan-Nya dan pemberian-Nya; dan Allah Merangkumi, Mengetahui." (2:268)
"Ia menjanjikan mereka, dan memenuhi mereka dengan khayalan, tetapi tiadalah yang syaitan menjanjikan mereka melainkan tipuan." (4:120)
Di akhirat, syaitan mengaku memungkiri janjinya kerana ia tidak berkuasa. Katanya, ia menyeru sahaja, tetapi manusia menyahutinya pula. Firman Allah,
"Dan syaitan berkata, apabila perkara telah diputuskan, 'Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kamu satu janji yang benar; dan aku menjanjikan kamu, kemudian aku memungkiri kamu, kerana aku tidak ada kuasa terhadap kamu, melainkan aku menyeru kamu, dan kamu menyahuti aku.'" (14:22)
14. Nampak indah:
Makhluk yang jahat daripada golongan manusia dan jin itu, yang menjadi pelindung manusia pada hari ini, mampu untuk membuat amalan buruk manusia menjadi indah dipandang, kerana manusia bersifat tidak merendahkan diri dan keras hati terhadap ayat-ayat-Nya. Firman-Nya,
"Kalaulah, apabila bencana Kami datang kepada mereka, mereka merendahkan diri! Tetapi hati mereka keras, dan syaitan menampakkan indah bagi mereka apa yang mereka buat." (6:43)
"Demi Allah, sesungguhnya Kami telah mengutus kepada umat-umat yang sebelum kamu, tetapi syaitan menampakkan indah bagi mereka amalan-amalan mereka; ia adalah wali (pelindung) mereka pada hari ini, dan bagi mereka, azab yang pedih." (16:63)
15. Sangka dapat petunjuk:
Manusia yang mengambil syaitan sebagai wali atau sahabat akan menyangka mendapat petunjuk. Seperti itu pun orang-orang yang membutakan diri daripada ayat-ayat Allah. Firman-Nya,
"Segolongan Dia memberi petunjuk, dan segolongan wajar dengan kesesatan; mereka mengambil syaitan-syaitan sebagai wali-wali (sahabat-sahabat), selain daripada Allah, dan mereka menyangka bahawa mereka mendapat petunjuk." (7:30)
"Sesiapa yang membutakan diri daripada Peringatan Yang Pemurah, kepadanya Kami menentukan syaitan untuk menjadi teman yang dipercayai, Dan mereka menghalangi mereka daripada jalan, dan mereka menyangka bahawa mereka mendapat petunjuk." (43:36-37)
16. Lupa:
Kisah syaitan membuat orang lupa di dalam al-Qur'an ada beberapa, termasuk Nabi Musa yang melupakan ikannya, atau Nabi Yusuf yang telah disebut terlebih dahulu. Ayat di bawah pula menyentuh mengenai orang-orang yang mempermainkan ayat-ayat Allah yang Dia menyuruh supaya dipalingkan, dan tidak duduk bersama mereka. Syaitan mampu membuat manusia melupakan suruhan tersebut.
"Apabila kamu melihat orang-orang yang terjun pada ayat-ayat Kami, berpalinglah daripada mereka sehingga mereka terjun pada hadis (pembicaraan) yang lain; dan, jika syaitan menjadikan kamu lupa, janganlah duduk setelah teringat bersama kaum yang zalim." (6:68)
Sahabat syaitan
Syaitan mempunyai ramai sahabat di kalangan manusia. Orang-orang yang tidak percaya kepada ayat-ayat Allah dan yang membutakan diri daripadanya adalah antara lima yang disenaraikan di bawah ini:
1. Tidak percaya:
"Kami membuatkan syaitan-syaitan wali-wali bagi orang-orang yang tidak mempercayai," (7:27)
2. Membutakan diri:
"Sesiapa yang membutakan diri daripada Peringatan Yang Pemurah, kepadanya Kami menentukan syaitan untuk menjadi teman yang dipercayai," (43:36)
3. Nafkah untuk menunjuk-nunjuk:
"Orang-orang yang menafkahkan harta mereka untuk menunjuk-nunjuk kepada manusia, dan mereka tidak mempercayai Allah dan Hari Akhir. Sesiapa yang mempunyai syaitan untuk teman yang dipercayai, maka ia adalah teman dipercayai yang jahat," (4:38).
4. Boros:
"Orang-orang yang boros adalah teman syaitan, dan syaitan tidak berterima kasih (kafir) kepada Pemeliharanya." (17:27)
5. Penyamar:
Penyamar di dalam ayat berikut adalah pendusta yang mendengar ayat-ayat Allah, mengaku percaya, tetapi sebenarnya tidak.
"Bolehkah aku memberitahu kamu, kepada siapakah syaitan-syaitan turun? Mereka turun kepada tiap-tiap penyamar yang bersalah. Mereka mendengar, tetapi kebanyakan mereka adalah pendusta-pendusta." (26:221-223)
"Apabila mereka berjumpa dengan orang-orang yang percaya, mereka berkata, 'Kami percaya', tetapi apabila mereka menyendiri kepada syaitan-syaitan mereka, mereka berkata, 'Kami bersama kamu; kami hanyalah orang-orang yang berolok-olok.'" (2:14)
Langkah syaitan
Setelah mengetahui langkah-langkah syaitan, atau perbuatan-perbuatannya, Allah melarang manusia daripada mengikuti mereka. Larangan Allah diambil berat. Firman-Nya,
"Wahai orang-orang yang percaya, masuklah ke dalam kesejahteraan kesemua kamu, dan janganlah mengikuti langkah-langkah syaitan; ia adalah musuh yang nyata bagi kamu." (2:208)
Wali
Makhluk yang jahat itu diambil pula sebagai wali, atau pelindung, untuk menggantikan Allah, oleh sesetengah manusia. Firman Allah,
"ia (syaitan) adalah wali (pelindung) mereka pada hari ini, dan bagi mereka, azab yang pedih." (16:63)
"Sesiapa yang mengambil syaitan untuknya sebagai wali (pelindung), menggantikan Allah, dia menderita satu kerugian yang nyata, serugi-ruginya." (4:119)
Mungkin ada yang tidak menyedarinya, sebab tidak mengetahui bahawa syaitan itu adalah manusia juga, tetapi dianggap suci oleh sesetengah orang, lalu mereka mengambilnya sebagai wali.
Ditaati, disekutu, diseru, disembah
Yang direjam itu seterusnya didapati ditaati serta disekutukan dengan Allah, diseru, dan disembah oleh manusia. Firman-Nya,
"dan jika kamu mentaati mereka (syaitan-syaitan), kamulah orang-orang yang menyekutukan." (6:121)
"Tiadalah yang mereka seru selain daripada Dia melainkan perempuan; dan tiadalah mereka seru melainkan syaitan yang derhaka," (4:117).
"Tidakkah Aku membuat perjanjian dengan kamu, wahai Bani Adam, bahawa kamu tidak menyembah syaitan - sesungguhnya ia musuh yang nyata bagi kamu," (36:60).
Mentaati syaitan bermakna menyekutukan Allah. Sekutu Allah diseru dan sembah, sama ada disedari atau tidak. Pada Hari Kiamat, terdapat antara mereka yang tidak percaya telah dipersekutukan dengan Allah oleh pemuja-pemujanya. Firman Allah,
"Aku tidak percaya kepada persekutuan aku dengan Allah daripada kamu dari dahulu." (14:22)
Direjam, dipanggang
Syaitan tidak boleh pergi jauh di langit kerana akan direjam. Kerana itu, mereka ditutup daripada rahsia-rahsia yang tersembunyi di sana. Di akhirat, mereka disediakan azab yang Menyala dan dipanggang bersama golongan manusia yang memandang rendah kepada Ar-Rahman sepertinya, setelah kesemua manusia dan syaitan diarak di sekeliling Jahanam. Firman-Nya,
"Dan Kami menghiasi langit dunia dengan pelita-pelita, dan membuatnya untuk merejam syaitan-syaitan; dan Kami menyediakan bagi mereka azab yang Menyala." (67:5)
"Demi Pemelihara kamu, sungguh Kami akan mengumpulkan mereka (manusia), dan syaitan-syaitan, kemudian Kami mengarakkan mereka di sekeliling Jahanam dengan melutut. Kemudian Kami menarik keluar daripada tiap-tiap golongan sesiapa antara mereka yang sangat keras dalam memandang rendah kepada Yang Pemurah. Kemudian Kami sangat mengetahui orang-orang yang paling patut dipanggang di dalamnya." (19:68-70)
Takwa
Kunjungan syaitan dapat dikesan oleh orang-orang yang bertakwa, iaitu yang takut kepada Allah dengan menuruti ayat-ayat-Nya, dan satu-satunya golongan yang akan masuk Syurga. Apabila mereka disentuh syaitan, mereka ingat, dan kemudian, mereka nampak (kejahatannya). Firman-Nya,
"Orang-orang yang bertakwa, apabila kunjungan syaitan menyentuh mereka, mereka ingat, dan kemudian melihat." (7:201)
Lantas, manusia berlumba-lumba untuk menjadi orang-orang yang ingat dan bertakwa. (Sila rujuk Syurga dan Orang Bertakwa. Terima kasih.)
Isi kandungan tajuk syaitan di sini berdasarkan ayat-ayat al-Qur'an yang mengandungi perkataan syaitan. Ayat-ayat tersebut tidak datang dari syaitan kerana ia tidak membawanya turun, dan lagi, al-Qur'an adalah bukan ucapan syaitan yang direjam. Demikian kata-kata Allah:
"Tidaklah oleh syaitan-syaitan ia (al-Qur'an) dibawa turun," (26:210).
"Dan ia (al-Qur'an) bukanlah ucapan syaitan yang direjam." (81:25)
Ayat kedua di atas adalah yang terakhir mengandungi perkataan syaitan di dalam al-Qur'an. Dengan peringatan yang terkandung di dalam ayat tersebut, maka pengenalan kepada syaitan yang sebenar, di sini, berakhir.

Penulis Bacaan
Oktober 2003
Sila rujuk:
Kalimat syaitan di dalam al-Qur'anBacaan tambahan:
Respon artikel "JIN" yang mengandungi
sedikit lagi penjelasan mengenai syaitan.

PENGERTIAN SAKA DAN RASUK JIN?


Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh...

 APAKAH SAKA DAN RASUK JIN?

Ringkasnya ‘saka’ adalah jin atau jin-jin yang diwarisi daripada seorang manusia kepada seorang manusia lain sama ada secara disedari atau tidak, biasanya melibatkan keturunan.

Sebenarnya, apa saja jin/ jin-jin yang diwarisi adalah saka tidak kira jin keturunan, segala hantu-hantu seperti hantu raya, jin silat, jin tariqat, jin perubatan/ perbomohan, jin nenek moyang dan sebagainya.

Namun bagi masyarakat Melayu, ‘saka’ lebih difahami sebagai jin/ nenek moyang yang turun daripada orang tua (datuk, nenek, bapa, bapa saudara dll) kepada orang yang lebih muda yang ada pertalian darah dengannya (seperti anak, cucu, anak saudara dsb).

Dan lebih khusus lagi ia disebut ‘saka’ apabila jin itu mengganggu anak cucu kerana ada perkara-perkara tertentu yang sepatutnya berlaku tetapi tidak berlaku. Jika tiada kekecohan, maka masyarakat Melayu jarang menyebutnya sebagai saka.

Jin-jin silat/ seni beladiri dan perubatan tradisional tidak disebut saka oleh kebanyakan masy. Melayu. Jin-jin yang soleh dan jin Islam juga biasanya tidak disebut saka.

Manusia zaman dahulu suka mengambil jin-jin sebagai pembantu mereka untuk menjaga rumah, keluarga, ladang, perubatan, persilatan dsb. Sudah menjadi budaya bahawa setiap keluarga zaman dahulu mendapatkan pembantu dari kalangan jin, kalau tak ada seolah-olah tak lengkap.

Umur jin lebih panjang drpd umur manusia, ada yang ratusan (yang umur pendek) dan biasanya ribuan tahun. Oleh kerana telah ada persetujuan antara jin dengan tuan punya jin tadi, maka jin itu akan terus mendampingi tuannya buat selamanya selagi tidak dibuang (dinamakan buang saka). Setelah tuan punya tadi meninggal, jin itu akan mendampingi pula keturunannya sampailah entah berapa keturunan selagi jin itu tidak mati atau dibuang. Sekiranya jin itu jenis yang banyak atau beranak-pinak, maka selagi tak dibuang selagi itulah mereka akan mendampingi keluarga tersebut.

Jadi, saya percaya (berdasarkan bentuk soalan yg dikemukakan) bahawa ‘saka’ yang dimaksudkan oleh yang bertanya ini adalah saka sebagaimana yang difahami oleh kebanyakan masyarakat Melayu. Maka saka jenis itulah yang akan saya “hi-lite” kan. Jika tersilap faham harap dimaafkan.

TANDA-TANDA SAKA

Saka yg disedari- biasanya keturunan itu akan memelihara adat-adat tertentu seperti membuat kenduri pada masa-masa tertentu, melakukan upacara-upacara tertentu pada masa-masa tertentu, menyimpan barang pusaka khas (seperti kain berwarna, alat perhiasan, barang kemas, senjata dsb), yakin diri dan keluarga mereka masih dalam penjagaan nenek moyang (walaupun nenek moyang itu tinggal jauh ataupun telah meninggal dunia), ada mentera tertentu ataupun lain-lain.

Saka yg tak disedari-tiba-tiba ada anggota keluarga yang terkena penyakit teruk, atau penyakit ganjil, atau mimpi yg menakutkan… kemudian dibawa berubat, kemudian diberitahu oleh perawat bahawa itu semua akibat saka/ nenek moyang/ jin keturunan.

ADAKAH ORANG YANG ADA SAKA BOLEH MEMBERI KESAN KEPADA RUMAH ATAU ORANG YANG DIZIARAHINYA?

Kesimpulannya- boleh memberi kesan sama ada secara langsung mahupun tidak langsung bergantung kepada jenis saka.

Orang yg tahu dia ada saka dan mampu menggunakan sakanya- dia boleh menyuruh sakanya berbuat sesuatu (biasanya yang tidak baik). Ini adalah kesan secara langsung dan sering berlaku.
Orang yang tahu dia ada saka tetapi tidak tahu cara memanupulasikannya- rumah atau orang yang diziarahinya boleh terkena sesuatu akibat perbuatan saka secara tidak langsung, tetapi ini jarang berlaku.
Org yang tak tahu dia ada saka- biasanya tak memudaratkan orang lain.

Saka boleh memberi kesan atas keizinan Tuhan, bukan bermaksud si saka itu ada keupayaan sendiri sejak azali.

Samalah seperti tuan anjing, dia boleh mengarahkan anjingnya memudaratkan orang lain. Begitu juga dengan tuan saka, ia boleh menyuruh sakanya memudaratkan orang lain. Bezanya anjing itu nampak sementara saka itu ghaib-tak nampak. Cara beroperasi sama saja.

Di sini kita kena beriman dengan perkara-perkara ghaib. Antaranya percaya jin itu wujud, ia mampu bergerak pantas, ia mampu memudaratkan manusia, ia berusia panjang, jasad kasarnya lemah dsb dan semua itu dengan keizinan Tuhan.

BAGAIMANA MERAWAT MASALAH INI?

Bagi yang tahu dan menjaga saka- tak perlu dirawat kerana biasanya saka itu tidak mendatangkan masalah kepadanya.

Bagi yang tahu tetapi tak mahu lagi saka itu- kena melalui proses pembuangan saka atau rawatan.

Bagi yang tak tahu- apabila dah tahu biasanya tak mahu, maka kena lalui proses pembuangan atau rawatan

Cara rawatan pastinya melalui kaedah tradisional. Rawatan doktor moden setahu saya tak mampu menghilangkannya (boleh jadi ada kajian terbaru yang membuktikan boleh). Namun ada juga sedikit-sebanyak kaedah rawatan sains moden (bukan ilmu kedoktoran) yang berupaya membuang saka seperti melalui getaran, pernafasan, kuasa minda dan seumpamanya, *****a kaedah ini belum popular di kalangan masyarakat awam.

Kaedah tradisional:

Antaranya menggunakan khidmat pawang, bomoh, pakar perubatan tradisonal, tabib, sami dan seumpamanya. Golongan ini biasanya ada jin pendamping mereka sendiri. Jika jin mereka lebih kuat daripada jin saka, maka mudahlah diusir dengan cara-cara tertentu. Tapi ada juga jin saka yang agak kuat di mana mereka boleh kembali- berjaya dijauhkan buat sementara saja.

Jika jin saka lebih kuat, biasanya ia tidak berjaya dihalang daripada terus mendekati si sakit/ org yang nak buang. Malah mampu memudaratkan si perawat pula.

Ada perawat yang berpendamping melibatkan sama cara rawatan menggunakan doa dan ayat-ayat Al Quran. 2 dalam 1.

Ada juga perawat yang berpendamping menggunakan ayat Quran dan doa sbg “cover” shaja tetapi sebenarnya dia bergantung sepenuhnya kepada kekuatan jin/ jin-jin pembantunya sahaja.

Ada juga perawat yang berpendamping tapi tidak menggunakan pendampingnya, dia menggunakan ayat Quran, doa dan petua .

Ada pula perawat yang sepenuhnya bergantung kepada ayat suci, doa dan petua semata-mata.

Saka/ jin yang kuat sangat sukat untuk dibuang. Terutamanya jika yang ‘perjanjian’ dengan tuan punya saka yang mula-mula membuat perjanjian yang berat.

Jin jenis hantu raya boleh dibuang dengan tipu helah. Jenis pelesit juga mudah dibuang. Jenis bajang agak sukar. Jin jenis Ifrit lagi sukar kerana ia kuat. Jenis polong saya kurang pasti. Jenis toyol jarang dijadikan saka kerana ia lebih digunakan untuk kerja-kerja mencuri. Banyak lagi jenis-jenis jin yang dipanggil dengan pelbagai nama ‘hantu’ oleh masyarakat Melayu.

Yang penting, barang-barang tumpangan saka itu seperti alat perhiasan, kain berwarna, adat-adat/ upacara tertentu, mentera-mentera . sebarang bacaan dan seumpamanya mestilah dibuang. Tapi tak boleh dibuang sembarangan, kena ada ahli yang tahu cara-caranya. Jiak dibuang sembarangan ditakuti saka itu akan mengamok pula, lagi teruk.

HIPNOTERAPI AURASHIFA BISA MENGATASI GANGGUAN N SAKA DAN SIHIR

(Artikel Harian Utusan Malaysia)

SEORANG gadis yang mengadu sering sakit kepala diminta duduk dan memejamkan mata. Setelah disuruh bertenang dan mengosongkan fikiran, dia dibimbing secara lisan untuk cuba tidur dalam kiraan tiga berserta petikan jari. Gadis itu kemudiannya terlena.
“Dia sebenarnya masih dapat mendengar arahan saya dan boleh mengatasi sendiri masalahnya,” terang pakar terapi minda Aura Syifa’ dari Bandung, Indonesia, Rachmat Setiawan.
Selepas memberi arahan khusus tentang sesuatu, gadis tersebut dilihat merapatkan kedua tangannya seperti hendak menangkap sesuatu di belakang kepalanya. Kemudian dia membuat pergerakan tangan seperti mencampakkan sesuatu ke hadapannya.
Dahinya tidak lagi berkerut selepas itu. Dia lebih tenteram dan kemudian dikejutkan semula dalam kiraan tiga dan petikan jari.
Ini adalah apa yang diberitahu gadis itu kepada Jurnal: “Saya terlihat ada seekor burung besar yang mencengkam kepala dan tengkuk saya. Saya telah membuangnya ke laut. Selepas itu, sakit kepala saya beransur-ansur reda.
“Sebagai cabang ilmu hipnosis, itu adalah antara kaedah rawatan yang boleh anda temui dalam teknik terapi minda.
“Selalunya, sebarang bentuk gangguan kesihatan boleh diatasi sendiri oleh pesakit sementara pengamal kaedah ini hanya memberi bimbingan,” kata Rachmat yang meminta penulis mengetepikan dahulu spekulasi tentang bayangan burung besar itu.
Lazimnya, masyarakat kita terlalu cepat mengaitkan masalah kesihatan dengan gangguan entiti atau jin, hingga ramai yang ‘tunduk’ padanya tanpa mengetahui bahawa sesiapa pun mampu mengatasinya sendiri.
Melalui teknik seperti ini, penyelesaian bukan milik mutlak pengamal terapi. Keyakinan dan penaakulan logik pesakit dipertingkat ketika pesakit diprogram semula dalam keadaan alpha iaitu minda bawah sedar.

“Kita sering mendengar ahli paranormal yang melakukan pelbagai ritual pelik, mereka-reka cerita yang menakutkan serta kemudiannya mengenakan bayaran yang melampau. Dan kita mempercayai mereka,” ujarnya yang hadir ke pejabat Aura Syifa’ Malaysia di Shah Alam, Selangor.
Beliau juga tidak bersetuju dengan ahli paranormal yang berselindung di sebalik imej alim ulama seperti berserban, bercelak atau membawa tasbih di tangan tetapi ‘menipu’ apabila mengubati pesakit. Imej itu, kata Rachmat hanya akan memburukkan lagi pemahaman tentang Islam.
Kaedah rawatan di Aura Syifa’ bukan sahaja boleh digunakan untuk menangani masalah jiwa dan ‘gangguan’ makhluk halus. Malah, pendekatannya boleh membantu individu membina keyakinan diri, mencetus potensi rohani dan jasmani, seterusnya diperkembangkan dalam realiti hidup dan dunia kerjaya.
Rachmat dan rakan pakar terapi di cawangan Malaysia itu, Noor Azizan Abdul Majid, pernah digegaskan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Lumpur, Kuantan, untuk menawarkan khidmat mereka ketika kes histeria kronik mengganggu ketenteraman guru dan pelajar sekolah itu.
“Individu yang dirasuk atau histeria tidak dapat dirawat hanya dengan membacakan zikir atau ayat al-Quran sebagai kaedah utama. Ikhtiar lain perlu disertakan,” kata Rachmat.
Bersetuju dengan pendapat Rachmat, Noor Azizan menambah bahawa bacaan zikir dan ayat-ayat suci tidak dapat diproses oleh seseorang pesakit yang terlalu hanyut dibawa emosi akibat pengaruh ‘entiti’ tersebut.
“Ayat-ayat suci al-Quran bersifat preventif sebelum berlakunya sebarang kecelaruan jiwa yang mungkin disebabkan oleh gangguan entiti,” kata Noor Azizan.
Tetapi ketika dirasuk, tindakan dan pendekatan lain perlu segera diambil. Pemikiran manusia pula perlu ‘dibersihkan’ melalui kaedah terapi minda.
“Contohnya, sebuah komputer yang terjejas fungsi akibat jangkitan virus tidak akan pulih jika pengguna sekadar mengulang salin data antivirus yang sama.
“Komputer itu perlu diprogram semula dan dimasukkan paten antivirus baru. Barulah menampakkan hasil,” jelas Rachmat.
Tambahnya, rawatan hadir dalam pelbagai sumber dan cara yang boleh disepadukan. Selain pemantapan rohani melalui konsep ibadah, seseorang perlu mencapai status minda yang ideal melalui terapi. Jika perlu, rawatan perubatan termasuk rujukan pakar psikiatri.
Tidak mengapa tinggal serumah dengan entiti
Mengulas tentang kes individu atau keluarga yang mengadu tentang kehadiran entiti dalam kediaman mereka, Rachmat menerangkan bahawa ia perkara yang boleh diatasi.
“Mereka boleh dibimbing untuk berdialog dengan entiti tersebut. Kami yang akan menyelia sebarang maklum balas daripada apa yang ‘dilihat’ oleh mereka ketika minda mereka dilaras ke keadaan bawah sedar,” terang Noor Azizan.
Namun tidak dinafikan terdapat entiti degil yang melambatkan proses pengusiran atau berkeras tidak mahu berpindah. Jika itu berlaku, pemikiran manusia dalam rumah itu akan diprogram semula menggunakan teknik terapi minda untuk memutuskan semua hubungan komunikasi di antaranya.
“Ini bermakna, entiti masih berada dalam rumah itu bersama keluarga manusia. Masing-masing menjalani kehidupan tersendiri tetapi kedua-dua pihak tidak bertembung atau mempunyai sebarang medium komunikasi,” terangnya.
Menurut Rachmat, orang yang sentiasa ceria mempunyai semangat yang kuat dan sihat. Kesihatan minda dan tubuhnya tidak mudah mengalami gangguan.
“Sebaliknya, mereka yang suka bersendiri, penyedih, sugul, pemarah, berprasangka atau sering rasa terpinggir dan tidak disayangi, akan berhadapan dengan masalah. Ketika itulah, entiti akan cuba mempengaruhi minda bawah sedar,” ulasnya.

18 Sebab Kenapa Jin Merasuk Manusia

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

18 Sebab Kenapa Jin Merasuk Manusia

Rasulullah s.a.w yang telah diriwayatkan oleh Sayidah Syafiyyah binti Huyay , bahawa Rasulullah pernah bersabda yang maksudnya :
"Sesungguhnya Syaitan ( Jin ) itu berjalan dalam tubuh anak Adam sebagaimana darah yang mengalir dalam tubuhnya".
Biasanya jin akan merasuk kaum wanita saja dan kaum lelaki nie jarang kena rasuk jin. Kenapa pula jin nie suka sangat merasuk wanita ? Hal ini kerana, wanita suka sangat nak bersolek dan suka berpakaian yang mendedahkan aurat. Oleh itu, mudahlah para jin-jin ini untuk memikat korang dan menjadi sasaran utama golongan jin. So, wanita dekat luar sana kena ambil tahu tentang perkara ini.

Golongan jin ini bukannya merasuk secara suka-suka dan main 'hentam' saja nak rasuk orang. Jin nie pun pandai juga siapa yang akan menjadi mangsanya. Jin akan merasuk mereka yang tiada pendirian dan lalai dengan perintah Allah.

Jin boleh memasuki badan manusia samada di pinta sendiri oleh manusia atau tanpa di sedari oleh manusia itu sendiri.

Tapi kita kena ingat ada juga golongan manusia yang menggunakan khidmat jin sebagai khadamnya untuk melakukan pengkhianatan kepada orang lain.

Di sini ada 18 sebab jin merasuk manusia, iaitu:

1. Apabila manusia meringankan solat dan tidak mentaati perintah Allah.
2. Terdapat alat muzik atau alat melalaikan didalam rumah
3. Meninggikan suara dalam bilik air
4. Menangis dan merintih sebelum tidur
5. Membuang air panas ke dalam bilik air
6. Melompat tinggi tanpa membaca Bismillah
7. Memasuki tempat gelap yang ditinggalkan
8. Perasaan terlalu takut dan terlampau gembira, seperti ketawa berlebihan
9. Selalu bertengkar suami isteri
10. Terlampau marah
11. Mengikut hawa nafsu
12. Terdapat gambar lukisan manusia dan anjing di dalam rumah
13. Terdapat lambang salib pada lantai, sejadah atau langsir
14. Menghadiri majlis yang melekakan tanpa menyebut kalimah Allah
15. Perempuan suka bersolek
16. Berlaku sihir perjanjian di antara jin dan tukang sihir
17. Jin jatuh cinta pada manusia
18. Suka membaca buku cerita hantu dan buku berunsur sihir.

Terdapat beberapa tanda manusia dirasuk jin, antaranya sukar tidur malam, hati berdebar-debar terutama pada waktu senja atau perasaan resah tidak menentu.

Mimpi berulang mengenai perkara yang menakutkan seperti melihat anjing hitam, kucing, ular, manusia pelik, dibawa ke kubur atau diusung ke tempat mengerikan juga dikaitkan dengan gangguan jin.

Selesema berpanjangan juga dikaitkan dengan gangguan makhluk halus selain malas berzikir dan solat.

Selain itu, manusia dirasuk jin merasa sakit pada sesetengah anggotanya tapi sukar dikesan oleh doktor.

Lain-lain tanda ialah pening berpanjangan terutama pada waktu senja, otak lemah, tidak sedar diri serta telinga berdesing atau mendengar kata-kata suruhan tertentu.

CARA MENGUSIR GANGGUAN JIN 

Cara yang digunakan oleh Rasulullah SAW untuk mengusir gangguan Jin:- 

  • Melaknat Iblis dengan Laknat Allah SWT.
  • Ditepuk punggungnya dan berdoa yang ertinya " Keluarlah kau wahai musuh Allah dan Aku Melaknat-mu dengan Laknat Allah"
  • Membaca Ayat2 Ruqyah : 
  • Al-Fatihah, Al-Baqarah 1-4, Al-Baqarah 163-164, Al-Imran 18, 
  • Al-Hasyr 1-3,Ash-Shaffat 1-10, Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas.

Cara selepas Zaman Rasullulah SAW 

Zaman Imam Ahmad: 
Membaca Al-Fatihah, Al-Hasyr 1-3, Ash-Shaffat 1-10, Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas. Dituliskan, dicelupkan serta diminumkan airnya.

Membacakan Ruqyah pada orang yg terkena gangguan jin.

Hal dalam menangani gangguan Jin.

Langkah-langkah Pencegahan Mengikuti Perintah dan Menjauhi larangan Allah SWT serta mengikuti Sunnah Rasulullah SAW. 

Contoh : 
- Solat Berjamaah 5 waktu di masjid & Solat Sunnat 
- Tilawah Qur'an 
- Ta'alim 
- dsb

Langkah-langkah Bertahan/Defensif 

Berdo'a: 

Contoh: Al-Mu'minun 97-98 
"Ya Tuhanku aku berlindung kepada Engkau dari bisikan-bisikan syaitan. Dan aku berlindung (pula) kepada Engkau ya Tuhanku, dari kedatangan mereka kepadaku." 
Rasulullah SAW membaca do'a diatas pada saat hendak solat, selesai solat dan hendak tidur 

Membaca do'a Al-ma'tsurat Rasulullah pagi dan petang.

Langkah-langkah Melawan Gangguan/Offensif 

Surat Fathir: 6 
" Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagimu, maka anggaplah ia musuh (mu), kerana sesungguhnya syaitan-syaitan itu hanya mengajak golongannya supaya mereka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala." 

Tanamkan sikap permusuhan & rasa benci dengan Syaitan. 
  • Laknat Syaitan tersebut dengan Laknat Allah. 
  • Mencari penyebab gangguan Jin pada tubuh manusia

  • wallahualam

MENCARI KETENANGAN HATI…

tasawuf-21Ketenangan itu dicapai melalui zikrullah. Namun zikrullah yang bagaimana dapat memberi kesan dan impak kepada hati? Ramai yang berzikir tetapi tidak tenang. Ada orang berkata, “ketika saya dihimpit hutang, jatuh sakit, dicerca dan difitnah, saya pun berzikir. Saya ucapkan subhanallah, alhamdulillah, Allah hu Akbar beratus-ratus malah beribu-ribu kali tetapi mengapa hati tidak tenang juga?”
Zikrullah hakikatnya bukan sekadar menyebut atau menuturkan kalimah. Ada bezanya antara berzikir dengan “membaca” kalimah zikir. Zikir yang berkesan melibatkan tiga dimensi – dimensi lidah (qauli), hati (qalbi) dan perlakuan (fikli). Mari kita lihat lebih dekat bagaimana ketiga-tiga dimensi zikir ini diaplikasikan.
Katalah lidah kita mengucapkan subhanallah – ertinya Maha Suci Allah. Itu zikir qauli. Namun, pada masa yang sama hati hendaklah merasakan Allah itu Maha Suci pada zat, sifat dan af’al (perbuatannya). Segala ilmu yang kita miliki tentang kesucian Allah hendaklah dirasai bukan hanya diketahui. Allah itu misalnya, suci daripada sifat-sifat kotor seperti dendam, khianat, prasangka dan sebagainya.
  • Dimensi kata, rasa dan tindakan
Jika seorang hamba yang berdosa bertaubat kepada-Nya, Allah bukan sahaja mengampunkannya, malah menghapuskan catatan dosa itu, bahkan menyayangi dan memberi “hadiah” kepadanya. Firman Allah:
“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya, mudah-mudahan Allah akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai…”At Tahrim 8
Firman Allah lagi:
“… Sungguh, Allah menyukai orang yang taubat dan menyukai orang yang menyucikan diri” al baqarah 222.
Sifat ini berbeza sekali dengan kita manusia yang kekadang begitu sukar memaafkan kesalahan orang lain. Dan segelintir yang mampu memaafkan pula begitu sukar melupakan – forgive yes, forget not! Hendak memberi hadiah kepada orang yang bersalah mencaci, memfitnah dan menghina kina? Ah, jauh panggang daripada api! Begitulah kotornya hati kita yang sentiasa diselubungi dendam, prasangka dan sukar memaafkan. Tidak seperti Allah yang begitu suci, lunak dan pemaaf. Jadi, apabila kita bertasbih, rasa-rasa inilah yang harus diresapkan ke dalam hati. Ini zikir qalbi namanya.
Tidak cukup di tahap itu, zikrullah perlu dipertingkatkan lagi ke dimensi ketiga. Hendaklah orang yang bertasbih itu memastikan perlakuannya benar-benar menyucikan Allah. Ertinya, dia melakukan perkara yang selaras dengan suruhan Allah yang Maha Suci dan meninggalkan apa yang dilarang-Nya. Yang halal, wajib, harus dan sunat dibuat. Manakala yang haram dan makruh ditinggalkannya. Zina, mengumpat, mencuri, memfitnah dan lain-lain dosa yang keji dan kotor dijauhi. Bila ini dapat dilakukan kita telah tiba di dimensi ketiga zikrullah – zikir fikli!  
Sekiranya ketiga-tiga dimensi zikrullah itu dapat dilakukan, maka kesannya sangat mendalam kepada hati. Sekurang-kurang hati akan dapat merasakan empat perkara:
  • Rasa kehambaan.
  • Rasa bertuhan.
  • Memahami maksud takdir.
  • Mendapat hikmah di sebalik ujian.
Hati adalah sumber dari segala-galanya dalam hidup kita, agar kehidupan kita baik dan benar, maka kita perlu menjaga kebersihan hati kita. Jangan sampai hati kita kotori dengan hal-hal yang dapat merosak kehidupan kita apalagi sampai merosak kebahagiaan hidup kita di dunia ini dan di akhirat nanti. Untuk menjaga kebersihan hati maka kita juga perlu untuk menjaga penglihatan, pendengaran, fikiran, ucapan kita dari hal-hal yang dilarang oleh Allah SWT. Dengan menjaga hal-hal tersebut kita dapat menjaga kebersihan hati kita. Dengan hati yang bersih kita gapai kebahagiaan dunia dan akhirat.
  • Rasa kehambaan.
Rasa kehambaan ialah rasa yang perlu ada di dalam hati seorang hamba Allah terhadap Tuhan-Nya. Antara rasa itu ialah rasa miskin, jahil, lemah, bersalah, hina dan lain-lain lagi. Bila diuji dengan kesakitan, kemiskinan, cercaan misalnya, seorang yang memiliki rasa kehambaan nampak segala-galanya itu datang daripada Allah. Firman Allah:
“Katakanlah (Muhammad), tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah pelindung kami, dan hanya kepada Allah bertawakal orang-orang yang beriman.” At Taubah: 51
Seorang hamba akan pasrah dan merasakan bahawa dia wajar diuji. Bukankah dia seorang hamba? Dia akur dengan apa yang berlaku dan tidak mempersoalkan mengapa aku yang diuji? Kenapa aku, bukan orang lain? Ini samalah dengan mempersoalkan Allah yang mendatangkan ujian itu. Menerima hakikat bahawa kita layak diuji akan menyebabkan hati menjadi tenang. Jika kita “memberontak” hati akan bertambah kacau.
Imam Ghazali rhm pernah menyatakan bahawa cukuplah seseorang hamba dikatakan sudah “memberontak” kepada Tuhannya apabila dia menukar kebiasaan-kebiasaan dalam hidupnya apabila diuji Allah dengan sesuatu yang tidak disukainya. Misalnya, dia tidak lalu mahu makan-minum secara teratur, tidak mandi, tidak menyisir rambut, tidak berpakaian kemas, tidak mengemaskan misai dan janggut dan lain-lain yang menjadi selalunya menjadi rutin hidupnya. Ungkapan mandi tak basah, tidur tak lena, makan tak kenyang adalah satu “demonstrasi” seorang yang sudah tercabut rasa kehambaannya apabila diuji.
Bila ditimpa ujian kita diajar untuk mengucapkan kalimah istirja’ – innalillah wa inna ilaihi rajiun. Firman Allah:
“…Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-nyalah kami kembali.” Al baqarah 156
Mengapa kita diperintahkan mengucapkan istirja’? Kalimah ini sebenarnya mengingatkan kita agar kembali merasakan rasa kehambaan. Bahawa kita adalah hamba milik Allah dan kepada-Nya kita akan dikembalikan. Kita layak, patut dan mesti diuji kerana kita hamba, bukan tuan apalagi Tuhan dalam hidup ini.
  • Rasa bertuhan.
Rasa kehambaan yang serba lemah, miskin, kurang dan jahil itu mesti diimbangi oleh rasa bertuhan. Bila kita rasa lemah timbul pergantungan kepada yang Maha kuat. Bila kita rasa kurang timbul pengharapan kepada yang Maha sempurna. Bila miskin, timbul rasa hendak meminta kepada yang Maha kaya. Rasa pengharapan, pengaduan dan permintaan hasil menghayati sifat-sifat Allah yang Maha sempurna itulah yang dikatakan rasa bertuhan.
Jika rasa kehambaan menyebabkan kita takut, hina, lemah sebaliknya rasa bertuhan akan menimbulkan rasa berani, mulia dan kuat. Seorang hamba yang paling kuat di kalangan manusia ialah dia yang merasa lemah di sisi Allah. Ketika itu ujian walau bagaimana berat sekalipun akan mampu dihadapi kerana merasakan Allah akan membantunya. Inilah rasa yang dialami oleh Rasulullah SAW yang menenteramkan kebimbangan Sayidina Abu Bakar ketika bersembunyi di gua Thaur dengan katanya, “la tahzan innallaha maana – jangan takut, sesungguhnya Allah bersama kita!”
Rasa bertuhan inilah yang menyebabkan para nabi dan Rasul, mujaddid dan mujtahid, para mujahid dan murabbi sanggup berdepan kekuatan majoriti masyarakat yang menentang mereka mahupun kezaliman pemerintah yang mempunyai kuasa. Tidak ada istilah kecewa dan putus asa dalam kamus hidup mereka. Doa adalah senjata mereka manakala solat dan sabar menjadi wasilah mendapat pertolongan Allah. Firman Allah:
“Dan pohonlah pertolongan dengan sabar dan solat.” Al Baqarah.
Dalam apa jua keadaan, positif mahupun negatif, miskin ataupun kaya, berkuasa ataupun rakyat biasa, tidak dikenali ataupun popular, hati mereka tetap tenang. Firman Allah:
“Dialah Tuhan yang menurunkan ketenangan ke dalam hati orang yang beriman, supaya keimanan mereka makin bertambah daripada keimanan yang telah ada. Kepunyaan Allah tentang langit dan bumi, dan Allah itu Maha Tahu dan Bijaksana.” Al Fathu 4.
Bila hati tenang berlakulah keadaan yang dijelaskan oleh Rasulullah SAW melalui sabdanya:
Maksudnya: Amat menarik hati keadaan orang beriman, semua pekerjaannya baik belaka, dan itu ada hanya pada orang beriman: Jika memperoleh kesenangan, dia bersyukur. Dan itu memberikannya kebaikan (pahala). Jika ditimpa bahaya (kesusahan), dia sabar dan itu juga memberikannya kebaikan.” – Al Hadis.
  • Memahami maksud takdir Allah.
Mana mungkin kita mengelakkan daripada diuji kerana itu adalah takdir Allah SWT. Yang mampu kita buat hanyalah meningkatkan tahap kebergantungan kita kepada Allah di samping berusaha sedaya upaya menyelesaikan masalah itu. Ungkapan yang terkenal: We can’t direct the wind but we can adjust our sail – kita tidak mampu mengawal arah tiupan angin, kita hanya mampu mengawal kemudi pelayaran kita.
Kemudi dalam pelayaran kehidupan kita hati. Hati yang bersifat bolak-balik (terutamanya bila diuji) hanya akan tenang bila kita beriman kepada Allah – yakin kepada kasih-sayang, keampunan dan sifat pemurah-Nya. Dalam apa jua takdir yang ditimpakan-Nya ke atas kita adalah bermaksud baik sekalipun kelihatan negatif. Baik dan buruk hanya pada pandangan kita yang terbatas, namun pada pandangan-Nya yang Maha luas, semua yang ditakdirkan ke atas hamba-Nya pasti bermaksud baik.
Tidak salah untuk kita menyelesaikan masalah yang menimpa (bahkan kita dituntut untuk berbuat demikian), namun jika masalah itu tidak juga dapat diselesaikan, bersangka baik kepada Allah berdasarkan firman-Nya:
“Ada perkara yang kamu tidak suka tetapi ia baik bagi kamu dan ada perkara yang kamu suka tetapi ia buruk bagi kamu, Dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan kamu tidak mengetahuinya”
Surah Al Baqarah : 216
Seorang ahli hikmah, Ibn Atoillah menjelaskan hakikat ini menerusi katanya, “barang siapa yang menyangka sifat kasih sayang Allah terpisah dalam takdir-Nya, maka itu adalah kerana pen¬deknya penglihatan akal dan mata hati seseorang.”
Siapa tidak inginkan kekayaan, malah kita dituntut mencari harta. Namun jika setelah berusaha sedaya upaya, masih miskin juga, bersangka baiklah dengan Tuhan… mungkin itu caranya untuk kita mendapat pahala sabar. Begitu juga kalau kita ditakdirkan kita tidak berilmu, maka berusahalah untuk belajar, kerana itulah maksud Allah mentakdirkan begitu.
Kalau kita berkuasa, Allah inginkan kita melaksanakan keadilan. Sebaliknya, kalau kita diperintah (oleh pemimpin yang baik), itulah jalan untuk kita memberi ketaatan. Rupanya cantik kita gunakan ke arah kebaikan. Hodoh? kita terselamat daripada fitnah dan godaan. Ya, dalam apa jua takdir Allah, hati kita dipimpin untuk memahami apa maksud Allah di sebalik takdir itu.
Jadi, kita tidak akan merungut, stres dan tertekan dengan ujian hidup. Hayatilah kata-apa yang ditulis oleh Ibnu Atoillah ini:
“Untuk meringankan kepedihan bala yang menimpa, hendak dikenal bahawa Allah-lah yang menurunkan bala itu. Dan yakinlah bahawa keputusan (takdir) Allah itu akan memberikan yang terbaik.”
Tadbirlah hidup kita sebaik-baiknya, namun ingatlah takdir Tuhan sentiasa mengatasi tadbir insan. Jangan cuba mengambil alih “kerja Tuhan” yakni cuba menentukan arah angin dalam kehidupan ini tetapi buatlah kerja kita, yakni mengawal pelayaran hidup kita dengan meningkatkan iman dari semasa ke semasa. Kata bijak pandai: “It’s not what happens to you, but it’s what you do about it. It is not how low you fall but how high you bounce back!”
  • Mendapat hikmah bila diuji.
Hikmah adalah sesuatu yang tersirat di sebalik yang tersurat. Hikmah dikurniakan sebagai hadiah paling besar dengan satu ujian. Hikmah hanya dapat ditempa oleh “mehnah” – didikan langsung daripada Allah melalui ujian-ujian-Nya. Ra¬sul¬ullah s.a.w. bersabda, “perumpamaan orang yang beriman apabila ditimpa ujian, bagai besi yang dimasukkan ke dalam api, lalu hilanglah karatnya (tahi besi) dan tinggallah yang baik sahaja!”
Jika tidak diuji, bagaimana hamba yang taat itu hendak mendapat pahala sabar, syukur, reda, pemaaf, qanaah daripada Tuhan? Maka dengan ujian bentuk inilah ada di kalangan para rasul ditingkatkan kepada darjat Ulul Azmi – yakni mereka yang paling gigih, sabar dan berani menanggung ujian. Ringkas¬nya, hikmah adalah kurnia termahal di sebalik ujian buat golongan para nabi, siddiqin, syuhada dan solihin ialah mereka yang sentiasa diuji.
Firman Allah: Apakah kamu mengira akan masuk ke dalam syurga sedangkan kepada kamu belum datang penderitaan sebagai¬mana yang dideritai orang-orang terdahulu daripada kamu, iaitu mereka ditimpa kesengsaraan, kemelaratan dan ke¬goncangan, sehingga Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya merintih: “Bilakah datangnya pertolongan Allah?”
(Surah al-Baqarah: 214)
Pendek kata, bagi orang beriman, ujian bukanlah sesuatu yang negatif kerana Allah sentiasa mempunyai maksud-maksud yang baik di sebaliknya. Malah dalam keadaan ber¬dosa sekalipun, ujian didatangkan-Nya sebagai satu peng¬ampunan. Manakala dalam keadaan taat, ujian didatangkan untuk meningkatkan darjat.
Justeru, telah sering para muqarrabin (orang yang hampir dengan Allah) tentang hikmah ujian dengan berkata: “Allah melapangkan bagi mu supaya engkau tidak selalu dalam kesempitan dan Allah menyempitkan bagi mu supaya engkau tidak hanyut dalam kelapangan, dan Allah melepaskan engkau dari keduanya, supaya engkau tidak bergantung kepada sesuatu selain Allah.
Apabila keempat-empat perkara ini dapat kita miliki maka hati akan sentiasa riang, gembira dan tenang dengan setiap pekerjaan yang dilakukan. Sentiasa melakukan kerja amal, tolong menolong, bergotong royong, sentiasa bercakap benar, sopan dan hidup dengan berkasih sayang antara satu dengan lain.
Marilah kita bersihkan hati kita dari segala kotorannya dengan memperbanyak zikrullah. Itulah satu-satunya jalan untuk mencari kebahagiaan di dunia dan di akhirat nanti. Manusia perlukan zikir umpama ikan perlukan air. Tanpa zikir, hati akan mati. Tidak salah memburu kekayaan, ilmu, nama yang baik, pangkat yang tinggi tetapi zikrullah mestilah menjadi teras dan asasnya.
Insya-Allah, dengan zikrullah hati kita akan lapang sekalipun duduk di dalam pondok yang sempit apatah lagi kalau tinggal di istana yang luas. Inilah bukti keadilan Allah kerana meletakkan kebahagiaan pada zikrullah – sesuatu yang dapat dicapai oleh semua manusia tidak kira miskin atau kaya, berkuasa atau rakyat jelata, hodoh atau jelita. Dengan itu semua orang layak untuk bahagia asalkan tahu erti dan melalui jalan yang sebenar dalam mencarinya. Rupa-rupanya yang di cari terlalu dekat… hanya berada di dalam hati sendiri!