Rasulullah
memulakan makan dengan menyebut 'bismillah ...'
Dari
'Aisyah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda, "Apabila seorang
daripada kamu hendak makan, sebutlah nama Allah (yakni: 'Bismillah' ). Jika dia
terlupa menyebut nama Allah pada awal (mula makan), maka sebutlah 'Bismillahi
awwalahu wa akhirahu' (Dengan nama Allah yang memulai dan yang mengakhiri).
" (Hadith Riwayat Abu Dawud dan atTirmidzi.)
Dari
'Amr bin Abu Salamah radhiallahu 'anhuma, katanya: "Rasulullah s.a.w.
bersabda kepadaku: "Ucapkanlah Bismillah dan makanlah dengan tangan
kananmu serta makanlah dari makanan yang ada di dekatmu." (Muttafaq
'alaih)
Dari
Umayyah bin Makhsyi as-Shahabi r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. (pada
suatu ketika) duduk di situ ada seorang lelaki yang makan lalu tidak
mengucapkan Bismillah, sehingga makanannya tidak tertinggal melainkan sesuap
saja. Setelah orang itu mengangkatkan sesuatu yang tertinggal tadi di mulutnya,
tiba-tiba dia mengucapkan: Bismillahi awwalahu wa akhirahu." Kemudian Nabi
s.a.w. ketawa lalu bersabda: "Tidak henti-hentinya syaitan tadi makan
bersama orang itu. Tetapi setelah dia ingat untuk mengucapkan nama Allah (yakni
setelah membaca Bismillah), maka syaitan tadi memuntahkan seluruh makanan yang
telah ada dalam perutnya. (Riwayat Abu Dawud dan nasa'i)
Dari
Aisyah radhiallahu'anha, katanya: "Rasulullah s.a.w. (pada suatu
ketika) hendak makan sesuatu makanan bersama enam orang sahabat-sahabatnya.
Lalu datanglah seorang A'rab (penghuni pedalaman negeri Arab), kemudian makan
makanan itu dalam dua kali suap saja. Rasulullah s.a.w. lalu bersabda:
"Sesungguhnya saja andaikata orang ini suka membaca Bismillah (sebelum
makannya tadi) nescaya makanan itu dapat mencukupi engkau semua pula (kerana
adanya keberkahan dalam makanan itu)." (Diriwayatkan oleh Imam
Tirmidzi dan dia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan shahih).
Membaca
Basmalah sebelum makan insyaAllah boleh mengelakkan penyakit. Kerana bakteria
dan racun ada membuat perjanjian dengan Allah s.w.t, apabila Basmalah dibaca
maka bakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan itu.
Baca
doa sebelum makan
اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْمَا رَزَقْتَنَا وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
Maksudnya
: "Ya Allah berkatilah kami pada apa yang telah Engkau rezekikan kepada
kami dan jauhkanlah kami dari azab neraka."
Gunakan
tangan kanan (tangan kiri dilarang)
Dari
Salamah bin al-Akwa' r.a., seorang lelaki sedang makan dengan tangan kirinya
berhampiran dengan Rasulullah s.a.w. Maka Baginda berkata: "Makanlah
dengan tangan kananmu". Lelaki itu berkata: "Aku tak boleh".
Baginda menjawab, "Engkau tidak boleh!? Tidaklah yang menghalangnya
kecuali sifat bongkak!! Kemudian tidak dapat diangkat tangannya ke mulut."
(Hadith Riwayat Muslim)
Dari
Jabir r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Jangan engkau makan
dengan (tangan) kirimu, sesungguhnya syaitan itu makan dan minum dengan
(tangan) kirinya." (Hadith Riwayat Muslim)
Makan
garam secubit sebelum makan
Mengikut
cara Rasulullah s.a.w, sebelum baginda makan, baginda s.a.w akan mengambil
sedikit garam menggunakan jari kecilnya, lalu Rasullah s.a.w akan menghisap
garam itu.
Kemudian
barulah Rasulullah makan makanan tersebut. Mengapa?
Kerana
kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim, tetapi konsentrasi di
tangan kanan kurang sedikit dari yang kiri. Ini adalah kerana enzim yang ada di
tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman
(digestion), ia merupakan proses pertama penghadaman.
Mengapa
menghisap garam?
Kerana
garam adalah sumber mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan kita. Dua cecah
garam dari jari kita itu adalah sama dengan satu liter air mineral. Kita
berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg
paling berkhasiat untuk kita.
Kenapa
garam? Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalah penawar
yang paling mujarab bagi keracunan. Mengikut Dr, di hospital-hospital, kaedah
rawatan mula-mula bagi keracunan adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu
GARAM. Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin
mengganggu manusia.
Mula
makan dari tepi (pinggir)
Dari
Ibn Abbas r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Keberkatan terdapat di
tengah-tengah makanan, maka mulakan makan dari tepi dan jangan mulakan makan
dari tengah" (Hadith Riwayat Abu Dawud dan Tirmidzi)
Makan
yang berhampiran.
Sabda
Rasulullah s.a.w.: "Dan makanlah dari apa-apa yang ada di dekatmu."
(Muttafaq 'alaih)
Dari
Umar bin Abi Salamah r.a. berkata, aku merupakan hamba di rumah Rasulullah
s.a.w., dan pernah tanganku menjalar-jalar ke serata hidangan (ketika hendak
makan). Maka Rasulullah s.a.w berkata: "Wahai budak, ucapkan 'Bismillah',
makanlah dengan tangan kananmu dan makanlah apa yang hampir denganmu."
(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
Galakan
guna tiga jari.
Dari
Ka'ab bin Malik r.a., "Aku melihat Rasulullah s.a.w. makan menggunakan
tiga jari..(ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah)" (Hadith Riwayat
Muslim)
Kunyah
makanan banyak kali
Rasulullah
akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat
agar perut kita senang memproses makanan itu.
Larangan
mencela makanan dan sunat memuji makanan
Dari
Abu Hurairah r.a. berkata: "Tidak sekali-kali Rasulullah s.a.w mencela
makanan. Jika Baginda menyukainya, maka Baginda makan. Jika Baginda tidak
menggemarinya, maka Baginda tidak makan" (Hadith Riwayat Bukhari dan
Muslim)
Dari
Jabir r.a. bahawasanya Nabi s.a.w. meminta lauk pauk kepada keluarganya, lalu
mereka berkata: "Tidak ada yang kita punyai melainkan cuka. Beliau s.a.w.
lalu memintanya dan mulailah beliau makan serta bersabda: "Sebaik-baik
lauk pauk ialah cuka, sebaik-baik Iauk pauk ialah cuka." (Riwayat Muslim)
Makruh
bersandar ketika makan
Dari
Abu Juhaifah iaitu Wahab bin Abdullah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w.
bersabda: "Aku tidak pernah makan sambil bersandar (muttaki')."
(Hadith Riwayat Bukhari)
Al-Khaththabi
berkata: Almuttaki' di sini ialah orang yang duduk sambil bersandar pada alas
sandaran yang diletakkan di bawahnya." Katanya: "Orang itu bukannya
berkehendak akan duduk di atas alas sandaran atau bantal-bantal seperti
kelakuan orang yang menghendaki untuk memperbanyakkan makanan, tetapi dia duduk
tegak lurus dan tidak bersandar, juga makannya itu secukupnya belaka. Inilah
yang diucapkan oleh al-Khaththabi.
Selain
al-Khaththabi mengisyaratkan bahawasanya muttaki' ialah orang yang miring
duduknya pada lambungnya yang sebelah. Wallahu a'lam.
Dari
Anas r.a., katanya: "Saya melihat Rasulullah s.a.w. makan kurma sambil
duduk berjongkok." (Hadith Riwayat Muslim)
Almuq'i
atau duduk berjongkok itu ialah merapatkan kedua punggungnya ke bumi dan
mendirikan kedua betisnya.
Maka
kandungan dari hadith larangan makan sambil bersandar di atas, adalah sunnah
makan sedikit dan tidak melampaui batas yang diperlukan, tawadhu' ketika makan
dan tidak boleh menyerupai orang kafir, serta dilarang makan sambil bersandar.
Dari
Anas r.a dia berkata, "Aku pernah menyaksikan Rasulullah s.a.w duduk
bertinggung sambil makan kurma." (Hadith Riwayat Muslim)
Maka
diperbolehkan makan sambil duduk bertinggung.
Kutip
makanan yang terjatuh.
Dari
Jabir r.a., Sabda Rasulullah s.a.w., "Apabila jatuh sebahagian (kecil)
makanan seorang dari kamu, ambil dan buang bahagian yang terkena kotoran dan
makanlah ia, dan jangan tinggalkan ia untuk syaitan, dan jangan dia menyapu
tangannya dengan kain sehingga dia menjilat jarinya dahulu kerana dia tidak
mengetahui pada makanannya, bahagian mana yang terdapat keberkatan"
(Hadith Riwayat Muslim)
Jilat
jari setelah selesai
Dari
Ibn Abbas r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda, "Apabila seorang
daripada kamu telah selesai makan makanan, maka jangan disapu jari-jari
sehingga dijilat (terlebih dahulu) atau menyuruh orang lain melakukannya"
(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dari
Ka'ab bin Malik r.a., katanya: "Saya melihat Rasulullah s.a.w. makan
dengan menggunakan tiga jari. Kemudian setelah beliau selesai lalu
menjilatinya." (Riwayat Muslim)
Dari
Jabir r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. menyuruh untuk menjilati jari-jari dan
piring dan beliau bersabda: "Sesungguhnya engkau semua tidak mengetahui di
makanan yang manakah terletaknya keberkahan itu." (Riwayat Muslim)
Doa
selepas makan
Dari
Abi Umamah r.a., "Adalah Nabi s.a.w. apabila selesai makan menyebut,
'Alhamdulillahi katsiran toyyiban mubarakan fih, ghaira makfiyyin wa la
muwaddi'in'. wa la mustaghnan 'anhu rabbana' " (Hadith Riwayat Bukhari)
الْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيرًا طَيِّبًا مُبَارَكًا فِيهِ
غَيْرَ مَكْفِيٍّ وَلاَ
مُوَدَّعٍ وَلاَ
مُسْتَغْنًى عَنْهُ
رَبَّنَا
Maksudnya
: "Sebanyak-banyak pujian bagi Allah pujian yang elok lagi berkat, tiada
yang lebih baik, tempat berserah yang paling baik, yang paling kaya daripadaNya
iaitu Tuhan kami."
Dari
Muad bin Anas r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sesiapa yang
selesai makan, kemudian menyebut, 'Alhamdulillah- illazi ath'amani haaza, wa
razaqanihi min ghairi haulin minni wa la quwwatin', akan diampunkan
dosa-dosanya yang telah lalu." (Hadith Riwayat Tirmidzi)
الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَطْعَمَنِي هَذَا الطَّعَامَ وَرَزَقَنِيهِ مِنْ غَيْرِ
حَوْلٍ مِنِّي وَلاَ
قُوَّةٍ
Maksudnya
: "Segala puji bagi Allah yang memberiku makan makanan ini dan memberi
rezeki daripadanya tanpa daya dan upaya dariku."
Juga
boleh baca doa berikut
اَلْحَمْدُ ِللهِ
الَّذِيْ أَطْعَمَنَا وَسَقَانَا وَجَعَلَنَا مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ
Maksudnya
: "Segala puji bagi Allah Yang telah memberi makanan dan minuman kepada
kami, dan telah menjadikan kami tergolong dalam orang-orang Muslim."
Meramaikan
orang untuk makan bersama
Dari
Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: "Makanan
untuk dua orang itu dapat mencukupi tiga orang sedang makanan untuk tiga orang
itu dapat mencukupi empat orang." (Muttafaq 'alaih)
Dari
Jabir r.a., katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Makanan untuk seorang itu dapat mencukupi dua orang dan makanan dua orang
itu dapat mencukupi empat orang, sedang makanan empat orang itu dapat mencukupi
lapan orang." (Riwayat Muslim)
Galakan
bercakap
Dalam
al-Adzkar, Imam Nawawi mengatakan, “Dianjurkan berbicara ketika makan.
Berkenaan dengan ini terdapat sebuah hadits yang dibawakan oleh Jabir r.a.
sebagaimana yang telah kami kemukakan dalam “Bab memuji makanan”. Imam Abu
Hamid al-Ghazali dalam kitab al-Ihya mengatakan bahawa termasuk etika makan
ialah membicarakan hal-hal yang baik sambil makan, membicarakan kisah
orang-orang yang shalih dalam makanan.” (al-Adzkar hal 602, edisi terjemah cet.
Sinar baru Algen Sindo)
Menurut
al-Hafidz dan Syeikhul Islam Ibn al-Qayyim rh, pendapat yang benar ialah Nabi
s.a.w bercakap dan berbual semasa makan. Dalam kitabnya alZaad (2/397), ada
kalanya Nabi bertanya apakah menu pada hari ini dan memuji menu tersebut
(Hadith Riwayat Muslim: 2052), ada kala Nabi s.a.w mengajar adab dan susila
makan kepada kaum keluarganya (Hadith Riwayat alBukhari: 5061) dan ada ketika
Nabi sentiasa menggalakkan tetamu beliau supaya menambah lauk-pauk dan minuman
(Hadith Riwayat alBukhari 6087). Adalah tidak benar meja makan menjadi tempat
yang kaku dan senyap sepi dari perbualan.
Tetapi,
jangan sampai bercakap itu apabila makanan penuh di dalam mulut.
Diterjemahkan
dari sumber cahayafm.net, Wallahu'alam bissawab
والله
أعلمُ بالـصـواب
Rasulullah
disihir Yahudi
Benarkah Rasulullah pernah disihir. Bukankah Rasulullah itu maksum
yang terpelihara daripada kejahatan manusia dan jin?
Soalan
1. Saya
mendengar dakwaan sesetengah pihak, mengatakan Nabi Muhammad s.a.w sendiri
pernah dishir betulkah ini berlaku? Tidakkah Nabi Muhammad maksum yang
terpelihara daripada kejahatan manusia, adakah wujud keterangan dalam al-Quran
atau as-Sunnah tentang perkara ini?
2. Apakah
hikmah Islam melarang keras pekerjaan atau amalan sihir?
3. Bolehkah
saya mengunakan memakai tangkal untuk menghalang kejahatan atau hasad dengki
manusia?
Jawapan dari Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din
Jawapan 1
Nabi
Muhammad s.a.w memang maksum, seperti Firman Allah yang mafhumnya, “Wahai
Rasul, sampaikanlah apa yang diperturunkan kepadamu dari Tuhan kamu dan jika
tidak kamu kerjakan apa yang diperintahkan itu, bererti kamu tidak menyampaikan
amanat-Nya. Allah akan memelihara kamu daripada (kejahatan) manusia,
sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir.”
(Surah al-Maaidah, 67).
Perkataan
maksum jelas disebut daripada makna perkataan ‘ya’tsimuka’ (Memelihara kamu).
Dalam tafsir yang muktabar, tidak ada orang yang boleh membunuhnya. Ia juga
bermakna Nabi Muhammad maksum, dipelihara sehingga tidak berlaku sesuatu
kemaksiatan ke atasnya. Nabi tidak melakukan kesalahan yang mendatangkan dosa.
Adapun
makna keselamatan umum, sepeti Nabi disakiti sehingga pernah luka kaki baginda
dibaling batu oleh kanak-kanak upahan di Taif atau terluka (mengalami berbagai
kesakitan) dalam Perang Uhud, sakit kepala, demam dan sebagainya pernah berlaku
ke atas baginda.
Semua
ini bukan bermaksud maksum, yang dipelihara Allah S.W.T kerana baginda sebagai
manusia biasa yang menerima wahyu, baginda juga berlapar, rasa dahaga, sakit
dan sebagainya.
Merujuk
kepada dakwaan Nabi disihir, jika diteliti huraian di atas, bermakna sihir
memang boleh berlaku. Di sebut dalam hadis sahih, Daripada A’ishah r.anha:
“Kata A’ishah, telah disihir Rasulullah s.a.w oleh seorang lelaki daripada Bani
Zuraiq dikatakan lelaki itu ialah Labid bin al-A’sam al-Yahudi. Rasulullah
s.a.w berasa tidak keruan, perkara yang telah dilakukan, baginda merasa ragu
sudah dilakukan atau tidak. Nabi bertanya A’ishah, “Wahai A’ishah, apakah kamu
tahu bahawa Allah S.W.T telah melakukan sesuatu ke atas diriku? Nabi menyambung
dengan katanya, “ada dua orang laki-laki datang kepada ku ketika aku sedang
tidur, maka salah seorang berada disisi kepalaku, seorang lagi berada disisi
kakiku, maka seorang daripadanya bertanya kepada kawannya, ‘apakah sebenarnya
yang dideritai oleh Muhammad ini? Maka seorang lagi menjawab, dia telah
disihirkan orang. Ditanya lagi, siapakah yang telah mensihirnya? Dijawab lagi,
sihirkan oleh Labid bin al-A’sam. Ditanya lagi dengan apakah dilakukan sihir
itu? Jawabnya, digunakan sikat rambutnya, dengan satu ikhtiar lain (sihir).
Ditanya, di manakah diletakkan barang-barang tersebut? Dijawabnya, ditanam
dalam sebuah perigi namanya Perigi Darwan. Maka ditanya lagi, dengan apakah
kita akan merawatkan Muhammad ini? Maka dibacakan beberapa ayat dari al-Quran.
Nabi Muhammad s.a.w sedar dari tidurnya maka diberitahu kepada A’ishah,
“Bahawasanya, Allah S.W.T telah menyembuhkan aku dan aku tidak mahu hal ini
menjadi fitnah di kalangan manusia dan aku telah sembuh.” (Hadis riwayat
Bukhari dan Muslim).
Hadis
sahih ini sekurang-kurangnya memberikan kefahaman kepada kita bahawa
musuh-musuh Islam, terutamanya Yahudi, akan melakukan apa sahaja untuk memenuhi
kehendak mereka. Ulama bersepakat bahawa berpandukan kepada hadis sahih ini,
memang ada percubaan oleh insan yang kenali melakukan sesuatu yang dipanggil
sihir.
Nabi
s.a.w memerintahkan sahabat, turun ke dalam perigi mencari barang-barang sihir
tersebut, dikeluarkan dan Nabi telah sembuh seperti biasa.
Peristiwa
ini tidak boleh disamakan dengan manusia di zaman kita yang terkena sihir
sehingga hilang pertimbangan kewarasan, menderita kesakitan memanjang dengan
menggangu ibadat, malah menganggu daripada melakukan kerja harian, ini semua
tidak menganggu Nabi.
Nabi
Muhammad cuma terasa ada sesuatu yang tidak kena berlaku dalam dirinya. Tiada
siapa yang mengetahui, A’ishah pun tidak mengetahui sehingga Nabi memberitahu
tentang dua orang lelaki (malaikat) datang untuk mengubat baginda dengan
ayat-ayat al-muawwiyat, ayat pelindung penyakit sihir.
Sekaligus,
ia merupakan panduan kepada umatnya untuk melindungi diri daripada penyakit.
Seterusnya,
jelas bahawa Nabi sendiripun bila disihirkan orang, baginda sendiri tidak
mengetahui, melainkan selepas Jibril a.s memberitahu bahawa baginda telah
matbub (disihirkan).
Jika
Nabi sendiri tidak mengetahui baginda disihirkan, bagaimana orang yang datang
untuk berubat, mengadu kesakitan, tiba-tiba orang yang hendak mengubat tersebut
mengatakan ‘kamu telah kena sihir?’ Datang pesakit lain, kita mengatakan pula,
‘kamu telah kena buatan orang.’
Ada
yang lebih ke hadapan mengatakan, ‘kamu telah disihir fulan bin si fulan.’
Bagaimana
insan biasa boleh mengetahui sihir yang kena kepada orang lain? Bukan kena
kepada kepada dirinya, dengan membuat keputusan orang itu kena sihir, inilah
masalah yang kita hadapi.
Tidak
sepatutnya berlaku sedemikian kerana hanya Allah S.W.T sahaja mengetahuinya dan
tidak ada orang yang boleh tahu hal sebenarnya.
Pengubatan
disyariatkan, tetapi jangan sampai kita mendakwa orang itu kena sihir atau
menuduh serta menuding jari kepada orang yang didakwa melakukan sihir.
Jawapan 2
Pekerjaan
dan amalan sihir adalah sesuatu yang pada kebiasaannya mengagungkan makhluk
halus sama ada yang bernama iblis, jin, syaitan dan sebagainya. Makhluk ini
sememangnya bertugas sepenuh masa menyesatkan anak Adam dan menjauhkan mereka
dari rahmat Allah S.W.T.
Mereka telah dilaknati Allah S.W.T, maka mereka berusaha untuk menyesatkan manusia supaya dijauhkan rahmat Allah. Salah satu caranya adalah menggunakan sihir sebagai satu profesion mereka mengajar manusia melakukan kerja jahat tersebut.
Mereka telah dilaknati Allah S.W.T, maka mereka berusaha untuk menyesatkan manusia supaya dijauhkan rahmat Allah. Salah satu caranya adalah menggunakan sihir sebagai satu profesion mereka mengajar manusia melakukan kerja jahat tersebut.
Manusia
akan mudah terpengaruh apabila seorang manusia mampu melakukan perkara yang
ganjil pada pandangan manusia lain. Atau seolah-olahnya ada kelebihan khusus
kepada orang tertentu, yang mengetahui penyakit orang lain tanpa diberitahu.
Atau mungkin boleh membaca fikiran orang lain.
Hal
sedemikian ini ada kemungkinan boleh berlaku dengan bantuan makhluk halus,
dapat mengagak atau makhluk halus mengetahui daripada percakapan mereka kepada
diri atau kawan-kawan.
Perkara
ini merangsang manusia mendampingi dan mendapatkan khidmat ahli sihir untuk
menyampaikan sesuatu maksud mereka.
Bila
sihir dilakukan, maka berlaku perkara negatif, yang paling besar sekali adalah
kerosakan aqidah. Dalam beberapa hadis Rasulullah s.a.w (mafhumnya),”Sesiapa
yang mendatangi ahli sihir maka sesungguhnya dia telah mensyirikkan Allah
S.W.T.” (Riwayat Imam Muslim).
Hadis
lain menyebut (mafhumnya), “Sesiapa yang mendatangi seorang yang mendakwa
mengetahui perkara ghaib, lalu mempercayai dakwaan tersebut, sesungguhnya dia
telah kufur dengan al-Quranul Karim yang diturunan kepada Nabi Muhammad.”
Dengan
amalan sihir juga membuka jalan kepada seseorang mempercayai apa sahaja yang
dikatakan ahli sihir kepadanya. Kata-kata seperti, ‘penyakit itu berpunca
daripada orang yang terdekat kepadanya’, kadang-kadang menamakan orang tertentu
(sama ada ahli keluarga atau kawan karibnya), terus dipercayai tanpa menyiasat
dengan terperinci.
Hal
ini boleh menimbulkan permusuhan yang berpanjangan sehingga perkara yang tidak
sepatutnya berlaku, dilakukan. Lebih buruk apabila, dibalas balik dengan sihir
juga.
Dalam
al-Quran, Allah S.W.T menyebut (mafhumnya), “Sesungguhnya syaitan-syaitan itu
mengkehendaki supaya berlakulah di kalangan kamu, permusuhan dan benci-membenci.”
(Surah ali-Imran, 91).
(Surah ali-Imran, 91).
Jelas
bahawa peluang yang terbuka kepada orang yang mendatangi ahli sihir ini,
syaitan mengambil kesempatan menimbulkan permusuhan antara dua orang yang
berkasih, menimbukkan kebencian yang amat sangat antara anak beranak.
Ilmu
sihir merupakan perantaraan yang boleh menimbulkan caca merba dalam masyarakat.
Peluang ini digunakan oleh orang yang bukan ahli sihir, tetapi mendakwa boleh
melakukan hal-hal sedemikian untuk mendapat keuntungan duniawi sehingga
mengenakan bayaran yang tidak tertanggung oleh pesakit.
Oleh
kerana itu maka Islam sebagai agama salam sejahtera, menyelamatkan manusia dari
hal-hal yang tidak baik, khasnya menjaga aqidah supaya tidak rosak, memelihara
harta benda dari pemerasnya dan untuk manusia kembali kepada pertolongan Allah
S.W.T.
Islam
melarang dengan sekeras-kerasnya menggunakan sihir sebagai medium menyampaikan
sesuatu maksud.
Jawapan 3
Di
zaman permulaan Islam amalan memakai tangkal digunakan ramai masyarakat
jahiliyyah. Raslullah s.a.w telah mengharamkan pengunaan tangkal dan
menggantikan dengan pengunaan ayat al-Quran dan doa, khususnya memohon daripada
Allah S.W.T menghindari dari sesuatu yang tidak diingini.
Dakam
hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam musnadnya, juzuk ke 4 halaman 156
disebut hadis yang mafhumnya, “Sesiapa yang menggantung tangkal, maka
sesungguhnya dia telah melakukan perkara syirik.”
Hadis
ini merupakan hadis umum. Berlaku suatu ketika apabila sahabat-sahabat menerima
ayat al-Quran daripada Rasulullah s.a.w, diamalkan untuk menghindari ganguan,
menulis ayat tersebut dikertas dan menggantungkan kepada anak-anak mereka yang
belum boleh membaca al-Quran.Bila dirujuk kepada Rasulullah, baginda tidak
melarangnya.
Ada
sebahagian pendapat jika tangkal tersebut diperbuat daripada ayat-ayat
al-Quran, maka ia diharuskan.
Pandangan
ulama-ulama muktabar yang dipetik daripada Kitab al-Fatawa az-Zahabiyyah
(Fatwa-fatwa yang amat berharga) pada halaman 253 bagi soalan seperti
dikemukakan ini, dijawab bahawa, “Adapun penulisan ayat-ayat al-Quran dan
nama-nama Allah S.W.T untuk dijadikan tangkal, maka ulama-ulama berselisih
pendapat di kalangan ulama-ulama salaf ada yang mengharamkannya secara mutlak
dan ada sedikit yang mengharuskannya, dengan syarat-syarat khusus. Yang paling
sahih, bahawasanya penggunaan tangkal-tangkal sama ada al-Quran atau tidak,
dilarang dalam hadis-hadis terdahulu. Tentang keharusan yang Rasulullah berikan
kepada beberapa orang sahabat, itu adalah pada permulaan Islam. Apabila iman
sudah tertanam dalam diri dan untuk mengelak daripada keburukan-keburukan yang
boleh menjejaskan iman, maka, dilarang sama sekali penggunaan tangkal, walaupun
menggunakan ayat al-Quran kerana, 1; mencegah daripada keburukan yang lebih
besar, 2; menjaga kesucian al-Quran dari terbawa dalam tandas dan 3;
membulatkan keyakinan bahawa Allah Taala sahaja yang melindungi manusia
daripada segala-galanya.”
Wallahu’alam….
Sumber
dari hasnulhadiahmad.com
No comments:
Post a Comment