Friday, October 4, 2013

Bagaimana nak tahu jika kita terkena sihir


SEJARAH SIHIR

Sihir telah difirmankan oleh Allah s. w. t. di dalam kitab suci Al Quran di mana ia wujud sejak zaman Nabi Musa a. s. Sihir
juga ada diriwayatkan di zaman Nabi s. a. w.

ADAKAH NABI PERNAH TERKENA SIHIR

Persoalan ini telah menjadi pertikaian para ulama Islam. Maka dalam hal ini kita merujuk kepada Hadis Sahih riwayat Bukhari dan
Muslim yang bermaksud:

Dari
Aisyah: "Nabi pernah disihirkan sehinggalah Baginda menyangkakan bahawa
ia telah mendatangi mereka (isteri-isteri) sedangkan ia tidak
mendatangi mereka" (Bukhari dan Muslim)

Ulama-ulama
yang menafikan hal ini memberi alasan bahawa ini merupakan sesuatuyang
mengaibkan martabat Ar-Rasul s. a. w., akan tetapi menurut Qadhi Iyadh,
katanya"(kejadian sihir) ini tidak mencacatkan kebenaran Baginda kerana
telah jimak bahawaNabi dipelihara dari sudut itu. Cuma yang berlaku
hanyalah di bidang yang harusberlaku di atasnya, di bidang duniawi
semata-mata".Juga Qadhi "Iyadh menegaskan: "Dan sihir adalah merupakan
satu daripada penyakitpenyakit".

Dengan
ini jelas bahawa adalah tidak mustahil bagi seseorang itu ditimpa
penyakit yang disebabkan oleh sihir, akan tetapi hendaklah diingat
bahawa ia berlaku atas keizinan Allah s. w. t. Sihir adalah sejenis
ilmu yang dikuasai oleh golongan jin dan syaitan. Oleh itu bagi manusia
yang mengamalkan ilmu bererti mereka akan memperalatkan dan
bekerjasamadengan syaitan bagi tujuan-tujuan tersebut

TANDA-TANDA TERKENA SIHIR

Tanda-tanda gejala sihir begitu banyak, antaranya:-

1. Seseorang yang baru berkahwin tidak mempunyai nafsu terhadap isterinya.

2.
Seseorang itu merasa kadangkala terlalu panas dan kadangkala terlalu
sejuk sehingga ia sanggup " meminum air yang mendidih.

3. Suami dan isteri yang tiba-tiba sahaja merasa tidak aman, benci-membenci antara satu dengan lain
walaupun sebelumnya mereka sangat berkasih-sayang.

4. Kebiasaannya gejala penyakit yang disebabkan oleh sihir lebih menonjol sewaktu senja.

5. Juga banyak dari penyakit-penyakit baik fizikal atau kejiwaan yang
tidak dapat disahkan puncanya oleh doctor-doktor yang pakar.

CARA MENGHADAPI SIHIR

Orang-orang
yang beriman dengan Allah mempunyai banyak kelebihan di dalam
menghadapi sihir. Pertamanya mereka mempunyai tempat pergantungan dan
tempat berlindung yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa iaitu Allah "Azza
Wajalla. Imam Ibnu Qaiyim telah berkata, "Ubat yang paling bermanfaat
untuk penyakit sihir ialah Al Adahihiyah Al Ailahiyah (penawar
Ketuhanan) iaitu dengan banyak berzikir, membaca Al-Quran dan berdoa.

Seseorang
yang beriman itu menganggap bahawa sihir yang menimpanya sebagai satu
ujian dari Allah. Sekiranya ia melalui ujian ini dengan cara yang betul
sepertimana yang dikehendaki oleh Allah maka Insya Allah bertambahlah
imannya. Kaifiat penghadang sihir ini seperti yang diamalkan oleh
Rasulullah s. a. w. telahpun dijelaskan di dalam tajuk Tibb Nabawi.

Orang-orang
yang beriman hendaklah meyakini bahawa kuasa Allah s. w. t. mengatasi
segala-galanya baik yang ada di langit mahupun yang ada di bumi dan
bahawa interaksi dengan Ayat-Ayat Allah (Al-Quran) itu sebesar-besar
penawar; oleh itu mereka tidak perlu berubat dengan cara-cara yang
memudaratkan aqidah seseorang seperti dengan berlindung dengan jin dan
syaitan melalui perantaraan bomoh atau dukun dan jin-jin yang tidak
beramal dengan petunjuk Allah s. w. t.

Imam As Syafie
mengharuskan penggunaan jin (Jin Islam-pen) di dalam perkara melawan
sihir sahaja. Manakala Imam Hanafi, Hambali dan Maliki tidak
mengharuskannya sama sekali. Oleh yang demikian kita dapati di
Nusantara Melayu yang rata-rata bermazhab Syafie ramai sekali kedapatan
amalan ini. Akan tetapi perlu diingatkan seperti yang dijelaskan dalam
tajuk yang terdahulu (Masalah Berubat Dengan Perantaraan Jin), terdapat
bahaya-bahaya yang banyak terutama bagi mereka yang jahil apabila
meminta pertolongan dengan jin seperti pandangan Syeikhul Islam Ibnu
Taymiyah.

RASUKAN

Satu
lagi cirri-ciri sihir ini ialah yang menyebabkan si penghidap dirasuk
oleh satu kuasa hingga tidak sedarkan diri, mungkin menjerit-jerit,
meronta-ronta dan lain-lain. Kuasa di sebalik kejadian itu ialah
daripada golongan jin dan syaitan. Imam At-Tabrani telah meriwayatkan
hadis dengan asnad yang Hassan bahawa Nabi s. a. w. bersabda yang
maksudnya:

"Jin itu tiga golongan, satu golongan yang mempunyai sayap yang boleh terbang di angkasa, satu golongan berupa ular dan
satu lagi golongan yang bertempat dan berpindah".

Di
dalam Al-Quran juga disebut jin dalam bangsa-bangsa yang disebut jin,
ifrit dan syaitan. Bangsa-bangsa jin yang memegang peranan penting itu
amatlah banyak, antaranya:-

1. Iblis - bapa segala jin

2. As Syaitan - syaitan

3. Al Muraddah - peragu (pewas-was)

4. Al Afariit - Ifrit (penipu-penipu)

5. Al A"wan - penolong-penolong (khadam)

6. Al-Ghawasuum- penyelam-penyelam

7. Atthiaruun - penerbang-penerbang

8. Attawabi" - pengikut-pengikut

9. Al Qarna" - pengawan-pengawan

10. Al "Ammar - pemaa"mur-pemaa"mur

PENGALAMAN MUJAHIDIN AFGHAN

Diriwayatkan
dalam kisah perjuangan Muhahidin Afghan bahawa pernah berlaku salah
Seorang daripada Mujahidin telah dirasuki jin. Kemudian
sahabat-sahabatnya telah Membacakan ayat-ayat suci Al-Quran kepada
sahabat mereka yang sedang dirasuk itu. Akan tetapi bahawa jin yang
merasuknya menjawab bahawa ia juga beragama Islam dan bahawa ayat-ayat
Al Quran itu tidak akan memberi kesan apa-apa kepadanya. Maka apabila
tiba Amir Muhahidin yang lebih arif, beliau lalu melaungkan azan dan
seketika itu juga jin tadi telah gentar dan mengaku kesalahannya.
Barulah jin itu menjawab ia sebenarnya beragama Nasrani dan bahawa ia
adalah salah seorang daripda 5,000 jin yang dihantar oleh Pope untuk
merosakkan bumi Mesir dan memporak-perandakan hubungan suami isteri.
(Sejauh mana benar dakwaan jin ini wallahu"alam).

Dari peristiwa ini dapat
diambil kesimpulan bahawa tindakan yang paling berkesan terhadap mereka
yang dirasuki jin kafir ialah dengan melaungkan azan.

No comments: