Kedua-dua tanggungjawab ini (sebagai khalifah Tuhan dan hamba-Nya) hendaklah difahami, diyakini dan dilaksanakan dengan sebaik-baiknya sesuai dengan kehendak ALLAH, selaras dengan isi Al Quran dan Sunnah Rasulullah SAW. Sekiranya berjaya kita melaksanakannya, ianya akan diredhai. oleh ALLAH SWT. Bila ALLAH redha, kita akan selamat dari api Neraka dan kita akan ke Syurga. Tapi kalau kedua-dua tanggungjawab ini kita cuai laksanakan dengan sebaik-baiknya, maka kemurkaan ALLAH yang kita akan dapat bukan redha-Nya. Bila hidup tanpa keredhaan ALLAH, kiranya kita mati, bukan Syurga tempat kediaman kita tetapi Neraka. wal’iyazubillah. Kita tidak akan memperkatakan tentang peranan manusia sebagai khalifah ALLAH. Tetapi sebaliknya kita akan memperkatakan peranan manusia sebagai hamba ALLAH yang hidupnya mengabdikan diri kepada ALLAH SWT. Ada tiga tugas yang mesti difahami, diyakini dan dilaksanakan oleh setiap hamba ALLAH.
Seorang hamba itu mesti melaksanakan seluruh perintah ALLAH SWT. Perintah ALLAh ini terlalu banyak. Ada yang berbentuk fardhu ain dan ada yang berbentuk soal-soal fardhu kifayah. Ada yang berbentuk sunat muakad, ada yang berbentuk sunat ghairu-muakad. Ada perkara-perkara harus yang sebaik-baiknya dijadikan ibadah asalkan boleh menempuh lima syaratnya. Sekiranya kita berjaya menegakkan segala perintah
ALLAH ini bermakna secara tak langsung kita telah berjaya menegakkan amal soleh. Antara perintah- perintah ALLAH untuk dilaksanakan oleh setiap hamba-Nya ialah sembahyang, puasa, zakat, haji, ji- had, berkorban, berukhuwah, belajar, mengajar, menutup aurat, berziarah, bertolong bantu dalam perkara kebaikan, berdakwah, bermesyuarat, bermaaf-maafan dan lain-lain lagi.
Setiap hamba ALLAH hendaklah menjauhi apa yang dilarang oleh ALLAH SWT. Perkara-perkara yang dilarang oleh ALLAH juga ribuan banyaknya. Ada yang berbentuk dosa-dosa besar, ada yang berbentuk dosa-dosa kecil. Ada yang berbentuk makruh dan ada yang berbentuk haram. Sekiranya kita gagal menjauhi larangan-larangan tersebut bermakna kita akan menjadi hamba ALLAH yang derhaka. Antara perkara-perkara yang menjadi larangan ALLAH yang mesti ditinggalkan ialah zina, liwat, riba, minum arak, judi, bergaul bebas lelaki perempuan, mendedahkan aurat, berakhlak jahat, hasad dengki, pemarah, pendendam, tamak, riyak, suka puji, suka dimuliakan, putus asa dan ego.
Setiap hamba ALLAH itu mesti mengekalkan rasa kehambaan kepada ALLAH SWT. Perkara inilah yang akan kita perkatakan secara terperinci di dalam tulisan ini. Seseorang itu dia tahu yang dirinya seorang hamba, tidak sama dengan dia merasa dirinya hamba. Dia tahu yang dirinya hamba; ini adalah kesedaran akalnya sahaja. Akalnya tahu yang dirinya hamba ALLAH. Memang tidak ada manusia secara sedar, tidak mengaku dirinya hamba ALLAH. Seseorang itu bila dia rasa dirinya hamba ALLAH, sebenarnya hatinyalah yang merasakan demikian. Kesedaran akal yang dia tahu dirinya seorang hamba ALLAH tidak membuat seseorang itu bersifat hamba ALLAH. Ia berlainan sekali kalau seseorang itu hatinya merasa dirinya hamba ALLAH. Ini membuatkan seseorang itu dapat bersikap dan memiliki sifat hamba. Perbahasan kita ialah rasa kehambaan; bukan tahu dirinya hamba. Tahu diri hamba tidak sama dengan rasa dirinya hamba. Tahu berpusat pada akal, rasa berpusat pada hati. Pada akal seseorang itu di katakan ‘alim pada hati dikatakan ‘arif.
Sebagai hamba ALLAH, dia wajib mengekalkan rasa kehambaan itu walau di mana sahaja dia berada. Dia mesti merasa hamba ketika berjalan, semasa duduk, bercakap, semasa berjuang, waktu bekerja, ketika bersendirian ataupun ramai. Namun untuk mengekalkan rasa kehambaan ini bukanlah mudah. Ia bermula di dalam hati yang melibatkan soal rasa yang sangat seni, sangat maknawi, bersifat rohaniah (bersifat kejiwaan) dan halus. Apa yang selalu terasa dalam hati manusia ialah rasa sebaliknya, iaitu rasa ketuanan. Manusia selalu merasa dirinya besar dan berkuasa serta menganggap dirinya tuan kepada orang lain. Sedangkan rasa ketuanan itu adalah hak mutlak ALLAH SWT. Bukan hak makhluk dan bukan hak manusia. Malah lebih berat daripada itu, kalau dia mempunyai rasa ketuhanan. Ia merasa dirinya Tuhan walaupun sebenarnya dia adalah hamba. Sebab itu rasa ego, rasa takbur, rasa gagah, dan lain-lain rasa ketuhanan berakar umbi dalam hati manusia hari ini.
Seseorang hamba itu mesti merasakan dirinya hamba yang sifatnya mesti dibawa ke mana-mana. Apakah rasa sifat kehambaan itu? Sifat-sifat hamba itu terlalu banyak. Antaranya ialah rasa malu, rasa takut, rasa hebat kepada ALLAH, rasa kurang, rasa lemah, rasa harap, rasa bersalah, rasa hina dan rasa diri selalu diawasi. Bila sifat ini dapat menjadi pakaian hati maka dengan sendirinya akan terkikislah rasa ketuanan, lebih-lebih lagi rasa ketuhanan. Sebab manusia yang berjuang dan berjihad, berkuasa, berpangkat besar dan pandai, kalau rasa kehambaan ini tidak ada, maka dia akan rasa dirinya tuan. Bila ada rasa ketuanan, dirinya akan rasa angkuh, sombong dan ego. Dia akan merempuh siapa saja yang hendak dirempuh; menyalahgunakan kuasa, berani melakukan bermacam-macam lagi keangkuhan, keingkaran, kedurjanaan dan kemungkaran di atas muka bumi ini. Tetapi sebaliknya kalau rasa kehambaan ini bertapak di hatinya, dia tidak akan melakukan kesalahan dan kesilapan kerana dia mendapat pimpinan dari ALLAH SWT. Maka kuasa yang ada di tangannya dijadikan alat untuk berbakti kepada ALLAH, harta yang banyak dijadikan alat untuk dikorbankan pada perintah ALLAH. Begitu juga dengan tenaga, ilmu pengetahuan dan ftkiran akan dihalakan atau digunakan untuk ALLAH SWT.
Semuanya ini akan menyelamatkannya di dunia dan di Akhirat. Rasa kehambaan ini boleh membentuk keperibadian kita selaras dengan kehendak Al Quran dan Sunnah. Rasa malu, jika dapat dibawa ke mana-mana, akan dapat menjadi perisai diri daripada melakukan dosa. Rasa malu juga akan menghalang manusia daripada menyalahgunakan nikmat ALLAH, dan bertindak sewenang-wenangnya. Malah dengan rasa malu kita akan redha dengan ketentuan Allah dan akan bersabar bila berhadapan dengan ujian-ujianNya. Rasa takut dan hebat kepada ALLAH jika diresapkan kedalam jiwa akan menghindarkan seseorang hamba (manusia) daripada melakukan dosa. Ini akan menjadi pendorong kuat bagi seseorang untuk melaku kan kebaikan dan sekaligus menghilangkan rasa hebat dengan diri sendiri. Rasa lemah diri jika ada pada seseorang hamba pula akan mengikis rasa diri lebih (super) dari orang lain, rasa diri berkuasa, lebih kuat, lebih gagah yang dengan itu akan menimbulkan sifat takbur dalam pergaulan kerana dia sering memandang rendah pada orang lain. Dirasakan orang lain bodoh dan dia sahaja yang bijak, dia sahaja yang mampu melaksanakan apa jua kerja atau tugas. Rasa harap yang ada di dalam hati seorang hamba akan menghilangkan perasaan putus asa dan kecewa dalam hidup. Dia akan sentiasa yakin bahawa suatu ketika nanti ALLAH pasti membantunya.
Firman ALLAH: Jangan engkau termasuk orang- orang yang putus harapan (dari rahmat ALLAH). Firman Allah : Orang yang putus harapan dari rahmat Allah itu hanya orang yang sesat. (Al Hijr: 56)Rasa diri serba kekurangan akan dapat menghilangkan rasa ujub, takbur, sombong, ego, rasa luar biasa pada kebolehan dan kemampuan diri sendiri serta rasa diri ada kuasa. Sedangkan walau bagaimana besar sekalipun kuasanya, hakikatnya dia tidak berkuasa. Kerana kuasa itu ALLAH yang beri. Bila- bila masa saja ALLAH boleh menghapuskan sifat ‘keakuan’ yang menjadi punca kepada persengketaan dalam masyarakat. Rasa bersalah jika sentiasa beitapak dalam jiwa dan dibawa ke mana-mana akan menghilangkan rasa diri suci atau diri bersih dari dosa. Sebaliknya akan timbul rasa ingin bertaubat kepada ALLAH SWT. Sedangkan sebagai manusia biasa, kita tidak dapat tidak mesti terlibat dengan dosa. Sama ada dosa besar atau kecil, dosa lahir mahupun batin, secara sedar atau tidak. Oleh itu rasa diri bersih daripada dosa adalah sikap yang bahaya kerana ini akan menjerumuskan kita ke dalam Neraka. Jangan anggap orang lain sahaja yang kotor, yang berdosa dan yang bersalah sebaliknya kita tidak. Kita tidak boleh mengaku diri kjta sahaja yang bersih, tidak berdosa dan tidak bersalah. Ini bukan sifat seorang hamba. ALLAH mengingatkan kita dalam Al Quran: Apakah kamu tidak dapati orang yang menganggap diri bersih? Bahkan sebenamya ALLAH yang membersihkan sesiapa yang Ia kehen daki. (An Nisa’: 49)
Ayat ini jelas menunjukkan hanya ALLAH yang layak membersihkan diri kita dan siapa yang Ia kehendaki. Kita tidak boleh sekali-kali mengaku diri sudah bersih dan tidak berdosa.
Rasa hina jika dimiliki boleh menghilangkan sifat-sifat kibir, sombong, ego atau angkuh. Sombong dan angkuh boleh merenggangkan rasa ukhuwah dan persaudaraan. Ia juga akan berani melakukan penyelewengan dengan nikmat yang ALLAH telah kurniakan kepadanya. Dia akan menyalahgunakan kuasa dan harta, tidak boleh ditegur, tidak boleh meneri- ma kebenaran kerana terasa dirinya ada kelebihan. Satu lagi rasa kehambaan yang mesti ada dalam hati manusia ialah merasa diri sentiasa diawasi oleh ALLAH. Firman ALLAH: Sesungguhnya ALLAH SWT itu atas tiaptiap sesuatu sentiasa nwmerhati. (Al Haj: 17)
Sifat ini juga jika dapat ditanam di dalam jiwa akan dapat melahirkan rasa takut untuk membuat kesalahan, takut berlaku cuai, takut melakukan dosa dan takut untuk derhaka kepada ALLAH SWT. Inilah antara rasa-rasa kehambaan yang patut bertapak dalam hati seorang hamba. Rasa-rasa kehambaan ini mesti selalu disuburkan kerana dengan itu sahajalah kita dapat berbakti dan tunduk kepada ALLAH SWT dalam ertikata yang sebenarnya. Inilah yang dikehendaki oleh Rasulullah dalam Sabdanya: Hendaklah kamu takut kepada ALLAH di mana sahaja kamu berada. (Riwayat Ahmad, At tarmizi dan Al Baihaqi)
Firman ALLAH: Orang-orang yang sentiasa mengingati ALLAH ketika berdiri, duduk dan berbaring. (Ali Imran: 191) Rasulullah SAW telah bersabda: Hendaklah kamu menyembah ALLAH seolah-olah kamu melihat-Nya, tetapi jikalau kamu tiduk dapat melihat ALLAH muka hendaklah kamu rasakan bahawa ALLAH sedang melihat kamu. (Muslim)Tegasnya apa yang dikatakan ihsan itu sebenarnya ialah rasa kehambaan, yang dapat dirasakan setiap ketika, walau di mana sahaja. Sifat kehambaan mestilah dibawa di dalam perjuangan, ibadah, mencari rezeki, belajar, mengajar dan lain-lain lagi. Jika rasa itu sentiasa bersama hati kita, insyaALLAH, perjuangan kita akan tepat, ibadah kita akan diterima, rezeki kita akan diberkati malah apa sahaja ysng kita usahakan akan mendapat keredhaan ALLAH. Hanya dengan ini sahajalah kita akan dapat mengawal diri kita daripada melakukan kesalahan dan dosa.
Bila rasa kehambaan itu dapat dikekalkan, seseorang itu akan dapat merasakan kesan-kesanyang tertentu pada dirinya. Apakah kesan rasa kehambaan kepada diri seseorang? Apabila dia mendapat kejayaan, dirasakan bukan dia yang menjayakan, tetapi ALLAH-lah yang menjayakannya. Jika dia berilmu, dirasakan ilmu itu bukan dari usahanya tetapi ALLAH SWT-lah yang memjadikan dia berilmu.
Sebaliknya bila dia gagal, dia merasakan kegagalan adalah disebabkan oleh kesalahannya. Dia tidak sakit jiwa untuk menyalahkan orang lain, lebih-lebih lagi dia tidak akan menyalahkan ALLAH SWT. Bila seseorang hamba itu mendapat kemajuan, dia rasa ALLAH-lah yang memberi dia kemajuan. Kalau seorang hamba itu pandai, dia rasa dia tidak pandai sendiri, tapi kepandaian itu pemberian ALLAH. Kalau ia dapat kekuatan dan kemenangan, dia tidak rasa kagum pada diri sendiri, rasa angkuh, ego, sombong dan dia tidak bermegah. Kerana dia sedar bahawa kekuatan dan kemenangan adalah anugerah ALLAH padanya. Bila seorang hamba itu berpangkat, maka dia rasa ALLAH-lah yang memberi. Maka tidak ada rasa sombong dan ego pada dirinya lagi. Ertinya dia menafikan segala-gala yang ada pada dirinya. Dia tidak nampak dirinya, pandai, dirinya berkuasa, diri- nya berilmu, dirinya berjaya, dirinya kuat, sebaliknya yang dia nampak hanyalah ALLAH SWT. Dia nampak, ALLAH… ALLAH… ALLAH… ALLAH semata-mata. Dia tidak nampak dirinya lagi. Dirinya sudah tenggelam, yang ada hanya ALLAH. Dan ALLAH amat jelas pada mata hatinya. “La maujud illa A llah”. Tiada yang ada melainkan Allah. Tetapi perkara sebaliknya akan berlaku jika sifat kehambaan tidak ada dalam hati seseorang. Kalau dia berjuang dan mengatur masyarakat, maka dia terasa dirinya tuan.
Lebih merbahaya lagi kalau mengaku dirinya Tuhan. Kemungkaran, penganiayaan, penzaliman, keingkaran serta penyalahgunaan kuasa, harta, ilmu dan apa saja nikmat yang ALLAH kurniakan akan berleluasa di muka bumi ini. Masing-masing bertindak sewenang-wenangnya tanpa rasa malu, takut dan hormat kepada ALLAH. Apalagi kepada sesama manusia. Maka akan kacau-bilau, porak- peranda dan punah-ranahlah dunia ini. Inilah yang dikatakan ‘neraka’ dunia sebelum Neraka di Akhirat. Inilah punca kerosakan di muka bumi ALLAH ini. Firman ALLAH: Lahirlah kerosakan di lautan dan di daratan yang disebabkan usaha perbuatan munusia itu sendiri (Ar Rum: 41)
Akibat daripada itu, manusia akan menderita di dunia lagi, sebelum menderita di Akhirat yang kekal abadi. Sebenarnya dengan mengekalkan sifat kehambaan, inilah rahsia keamanan dan kedamaian hidup. Juga, inilah rahsia untuk menyelesaikan segala masalah, rahsia untuk membangunkan ummah dan menumpaskan segala penyakit masyarakat. Huru-hara, kacau-bilau, peperangan dan krisis yang sedang dideritai oleh dunia hari ini ialah kerana manusia telah hilang rasa kehambaan. Bila hamba tidak terasa hamba. Tunggulah kebinasaan dan kehinaan. Inilah petaka yang melanda dunia sekarang.
No comments:
Post a Comment