Abul Laits As-Samarqandi dalam kitab beliau Tanbihul Ghafilin atau Peringatan Bagi Yang Lupa. Menceritakan perihal Syurga.
Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Hurairah r.a. berkata: "Ya Rasullullah, dari apakah dibuat syurga itu?" Jawab Nabi Muhammad s.a.w.: "Dari air." Kami bertanya: "Beritakan tentang bangunan syurga." Jawab Nabi
Muhammad s.a.w.: "Satu bata dari emas dan satu bata dari perak, dan
lantainya kasturi yang semerbak harum, tanahnya dari za'faran,
kerikilnya mutiara dan yakut, siapa yang masuk dalamnya senang tidak
susah, kekal tidak mati, tidak lapuk pakaiannya, tidak berubah mukanya."
Kemudian
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Tiga macam doa yang tidak akan
tertolak: Imam (pemimpin, hakim) yang adil, dan orang puasa ketika
berbuka dan orang yang teraniaya, maka doanya terangkat diatas awan,
dilihat oleh Tuhan lalu berfirman: "Demi kemuliaan dan kesabaranKu, Aku
akan bela padamu walau hanya menanti masanya."
Abul-Laits
meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Hurairah r.a. berkata: Nabi
Muhammad s.a.w. bersabda: " Sesungguhnya didalam syurga ada pohon besar
sehingga seorang yang berkenderaan dapat berjalan dibawah naungannya
selama seratus tahun tidak putus naungannya, bacalah: Wa dhillin mamdud
(Yang bermaksud) Dan naungan yang memanjang terus. Dan didalam syurga
kesenangannya yang tidak pernah dilihat mata atau didengar oleh telinga,
bahkan tidak pernah terlintas dalam hati (perasaan) manusia. Bacalah
kamu: Fala ta'lamu nafsun maa ukh fia lahum min qurrati a'yunin jazza'an
bima kanu ya'malun (Yang bermaksud) Maka tidak seorang pun yang
mengetahui apa yang tersembunyi bagi mereka dari kesenangan yang
memuaskan hari sebagai pembalasan apa yang telah mereka lakukan. Dan
tempat pecut didalam syurga lebih baik dari dunia siisinya. Bacalah
ayat: Faman zuhziha aninnari wa udkhillal jannata faqad faza (Yang
bermaksud) Maka siapa dijauhkan dari api dan dimasukkan dalam syurga
bererti telah untung."
Ibn
Abbas r.a. berkata: "Sesungguhnya didalam syurga ada bidadari yang
dijadikan dari empat macam iaitu misik, ambar, kafur dan za'faran,
sedang tanahnya dicampur dengan air hidup (hayawan), dan setelah
dijadikan maka semua bidadari asyik kepadanya, andaikan ia berludah
dalam laut tentu menjadi tawar airnya, tercantum dilehernya(barangkali
seperti kalung atau lokek): Siapa yang ingin mendapat isteri seperti
aku, maka hendaklah taat kepada Tuhanku."
Mujahid
berkata: "Bumi syurga dari perak, dan tanahnya dari misik, dan
urat-urat pohonnya dari perak, sedang dahannya dari mutiara dan
zabarjad, sedang daun dan buahnya dibawah itu, maka siapa yang makan
sambil berdiri tidak sukar, dengan duduk juga tidak sukar, dan sambil
berbaring juga tidak sukar, kemudian membaca ayat: Wa dzulillat
quthufuha tadzlila. (Yang bermaksud) Dan dimudahkan buah-buahnya
sehingga semudah-mudahnya. Sehingga dapat dicapai oleh orang yang
berdiri maupun yang duduk dan berbaring.
Abu
hurairah r.a. berkata: "Demi Allah yang menurunkan kitab pada Nabi
Muhammad s.a.w. Sesungguhnya ahli syurga tiap saat bertambah elok
cantiknya, sebagaimana dahulu didunia bertambah tua."
Abul-Laits
meriwayatkan dengan sanadnya dari Shuhaib r.a. berkata: "Nabi Muhammad
s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Apabila ahli syurga telah masuk
kesyurga dan ahli neraka telah masuk keneraka, maka ada seruan: Hai ahli
syurga, Allah akan menepati janji-Nya kepada kamu. Mereka berkata:
"Apakah itu, tidakkah telah memberatkan timbangan amal kami dan
memutihkan wajah kami dan memasukkan kami kedalam syurga dan
menghindarkan kami dari neraka. Maka Allah membukakan bagi mereka hijab
sehingga mereka dapat melihatNya, demi Allah yang jiwaku ada ditanganNya
belum pernah mereka diberi sesuatu yang lebih senang daripada melihat
zat Allah."
Anas
bin Malik r.a. berkata: "Jibril datang kepada Nabi Muhammad s.a.w.
membawa cermin putih yang ditengahnya ada titik hitam, maka Nabi
Muhammad s.a.w. bertanya kepada Jibril: "Apakah cermin yang putih ini?"
Jawabnya: "Ini hari Jumaat dan titik hitam ini saat mustajab yang ada
dihari Jumaat, telah dikurniakan untuk mu dan untuk ummat mu, sehingga
ummat-ummat yang sebelumnya berada dibelakangmu, iaitu Yahudi dan
Nashara (kristian) dan saat dihari Jumaat, jika seorang mukmin
bertepatan berdoa untuk kebaikan pada saat itu pasti ia akan diterima
oleh Allah, atau berlindung kepada Allah dari suatu bahaya, pasti akan
dihindarkannya, dan hari Jumaat dikalangan kami (Malaikat) dinamakan
Yaumal Mazid (hari tambahan)."
Nabi Muhammad s.a.w. bertanya lagi: "Apakah Yaumal Mazid itu?" Jawab Jibril: "Tuhan telah membuat lembah disyurga Jannatul Firdaus,
disana ada anak bukit dari misik kasturi dan pada tiap-tiap hari Jumaat
disana disediakan mimbar-minbar dari nur (cahaya) yang diduduki oleh
para Nabi, dan ada mimbar-mimbar dari emas bertaburan permata yaqut dan
zabarjada diduduki para siddiqin, suhada dan solihin, sedang orang-orang
ahli ghurof (yang dibilik syurga) berada dibelakang mereka diatas bukit
kecil itu berkumpul menghadap kepada Tuhan untuk memuja muji kepada
Allah, lalu Allah berfirman: "Mintalah kepadaKu." Maka semua minta (Kami
mohon keridhaanMu) Jawab Allah:"Aku telah redho kepadamu, keridhoan
sehingga kamu Aku tempatkan dirumahKu dan Aku muliakan kamu." Kemudian
Allah menampakkan kepada mereka sehingga mereka dapat melihat zatNya,
maka tidak ada hari yang mereka suka sebagaimana hari Jumaat kerana
mereka merasa bertambahnya kemuliaan dan kehormatan mereka.
Dalam
lain riwayat: Allah menyuruh kepada Malaikat: "Berikan makan kepada
para waliKu.", maka dihidangkan berbagai makanan maka terasa pada tiap
suap rasa yang lain dari semuanya, bahkan lebih lazat sehingga bila
selesai makan, diperintahkan oleh Allah: "Berikan minum kepada
hamba-hambaKu." maka diberi minum yang dapat dirasakan kelazatannya pada
tiap teguk dan ketika telah selesai maka Tuhan berfirman: "Akulah
Tuhanmu telah menepati apa yang Aku janjikan kepadamu dan kini kamu
boleh minta, nescaya Aku berikan permintaanmu." Jawab mereka: "Kami
minta ridhoMu. kami minta ridhoMu." dua tiga kali. Dijawab oleh Allah:
"Aku ridho kepadamu bahkan masih ada tambahan lagi daripadaKu, pada hari
ini Aku muliakan kamu dengan penghormatan yang terbesar dari semua yang
telah kamu terima." Maka dibukakan hijab sehingga mereka dapat melihat
dzat Allah yang Maha Mulia sekehendak Allah, maka segera mereka bersujud
kepada Allah sekehendak Allah sehingga Allah menyuruh mereka:
"Angkatlah kepalamu sebab kini bukan masa beribadat." Maka disitu mereka
lupa pada nikmat-nikmat yang sebelumnya dan terasa benar bahawa tidak
ada nikmat lebih besar daripada melihat dzat Allah yang Maha Mulia.
Kemudian mereka kembali maka semerbak bau harum dari bawah Arsy dari
bukit kasturi yang putih dan ditaburkan diatas kepala mereka, diatas
ubun-ubun kuda mereka, maka apabila mereka kembali kepada
isteri-isterinya terlihat bertambah indah lebih dari semula ketika
mereka meninggalkan mereka sehingga isteri-isteri mereka berkata: "Kamu
kini lebih elok dari yang biasa."
Abul-Laits
berkata: "Terbuka hijab, bererti hijab yang menutupi mereka untuk
melihat-Nya. Dan erti melihat kepadaNya iaitu melihat kebesaran yang
belum pernah terlihat sebelumnya tetapi kebanyakkan ahli ilmu
mengertikan: Melihat dzat Allah tanpa perumpamaan."
Ikrimah
berkata: "Ketangkasan ahli syurga bagaikan orang berumur 33 tahun
lelaki dan perempuan sama-sama, sedang tingginya enam puluh hasta,
setinggi nabi Adam a.s. muda-mudi yang masih bersih halus tidak
berjanggut, bola matanya, memakai tujuh puluh macam perhiasan, yang
berubah warnanya tiap-tiap jam, tujuh puluh macam warna, maka dapat
melihat mukanya dimuka isterinya, demikian pula didadanya, dibetisnya,
demikian pula isterinya dapat melihat wajahnya diwajah suaminya, didada
dan dibetisnya, mereka tidak berludah dan tidak beringus, lebih-lebih
yang lebih kotor, maka lebih jauh."
Dalam
lain riwayat: "Andaikan seorang wanita syurga menunjukkan tapak
tangannya dari langit nescaya akan menerangi antara langit dan bumi."
Abul-Laits
meriwayatkan dengan sanadnya Zaid bin Arqam r.a. berkata: "Seorang
ahlil kitab datang kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan bertanya: "Ya
Abal-Qasim, apakah kau nyatakan bahawa orang syurga itu makan dan
minum?" Jawab Nabi Muhammad s.a.w.: "Ya, demi Allah yang jiwa Muhammad
ada ditanganNya, seorang ahli syurga diberi kekuatan seratus orang dalam
makan, minum dan jima (bersetubuh)." Dia berkata: "Sedang orang yang
makan, minum ia lazimnya berhajat, sedang syurga itu bersih tidak ada
kekotoran? Jawab Nabi Muhammad s.a.w. : "Hajat seseorang itu berupa
peluh yang berbau harum bagaikan kasturi."
Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Mu'tah bin Sumai mengenai firman Allah s.w.t.: "Thuba lahum wa husnu ma ab."
Thuba
ialah pohon pokok disyurga yang dahannya dapat menaungi tiap rumah
disyurga, didalamnya berbagai macam buah dan dihinggapi burung-burung
besar sehingga bila seorang ingin memakan burung dapat memanggilnya dan
segera jatuh diatas meja makannya, dan dapat makan sayap yang sebelah
berupa dinding(kukus, sup terlebih kurang serupa) dan yang lain berupa
panggangan, kemudian bila telah selesai ia terbang kembali."
Dari
Al'amasy dari Abu Salih dari Abu Hurairah r.a. berkata: Nabi Muhammad
s.a.w. yang bermaksud: "Rombongan pertama akan masuk syurga dari ummatku
bagaikan bulan purnama, kemudian yang berikutnya bagaikan bintang yang
amat terang dilangit, kemudian sesudah itu menurut tingkatnya
masing-masing, mereka tidak kencing dan buang air, tidak berludah dan
tidak ingus, sisir rambut mereka dari emas dan ukup-ukup mereka dari
kayu gahru yang harum dan peluh mereka kasturi dan bentuk mereka seperti
seorang yang tingginya bagaikan Adam a.s. enam puluh hasta."
Ibn
Abbas r.a. berkata: "Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya ahli
syurga itu muda semua, polos, halus, tidak ada rambut kecuali dikepala,
alis dan idep (dikelopak mata), sedang janggut, kumis, ketiak dan
kemaluan polos tidak ada rambut, tinggi mereka setinggi Nabi Adam a.s.
enam puluh hasta, usianya bagaikan Nabi Isa a.s 33 tahun, putih rupanya,
hijau pakaiannya, dihidangkan kepada mereka hidangan, maka datang
burung dan berkata: "Hai waliyullah, saya telah minum dari sumber
salsabil dan makan dari kebun syurga dan buah-buahan, rasanya sebelah
badanku masakan dan yang sebelahnya gorengan, maka dimakan oleh orang
itu sekuatnya."
Dan
tiap orang wali mendapat tujuh puluh perhiasan, tiap perhiasan berbeza
warna dengan yang lain, sedang jari-jarinya ada sepuluh cincin, terukir
pada yang pertama: Salam alaikum bima shobartum, dan yang kedua: Ud
khuluha bisalamin aminin, yang ketiga : Tilkal janatullati urits tumu ha
bima kuntum ta'malun, yang keempat: Rufi'at ankumul ahzana wal humum,
yang kelima: Albasakum alhuli wal hulal, yang keenam Zawwa jakum ul
hurul iin, yang ketujuh: Walakum fihamatasy tahihil anfusu wa taladzzul
a'yun wa antum fiha khalidun, yang kelapan: Rafaq tumunnabiyina
wassiddiqin, yang kesembilan: Shirtum syababa laa tahromun dan yang
kesepuluh: Sakantum fi jiwari man laa yu'dzil jiran."
Ertinya:
1. Salam alaikum bima shobartum (Selamat sejahtera kamu kerana kesabaran kamu)
2. Ud khuluha bisalamin aminin (Masuklah kesyurga dengan selamat dan aman)
3.Tilkal janatullati urits tumu ha bima kuntum ta'malun (Itulah syurga yang diwariskan kepadamu kerana amal perbuatanmu)
4. Rufi'at ankumul ahzana wal humum ( Telah dihindarkan dari kamu semua risau dan dukacita)
5. Albasakum alhuli wal hulal (Kami berimu pakaian dan perhiasan)
6. Zawwa jakum ul hurul iin (Kami kahwinkan kamu dengan bidadari)
7.
Walakum fihamatasy tahihil anfusu wa taladzzul a'yun wa antum fiha
khalidun (Untuk mu dalam syurga segala keinginan dan menyenangkan
pandangan matamu.)
8. Rafaq tumunnabiyina wassiddiqin (Kamu telah berkumpul dengan para Nabi dan Siddiqin)
9. hirtum syababa laa tahromun (Kamu menjadi muda dan tidak tua selamanya)
10. Sakantum fi jiwari man laa yu'dzil jiran (Kamu tinggal dengan tetangga yang tidak mengganggu tetangganya.)
Abul-Laits berkata: "Siapa yang ingin mendapat kehormatan itu hendaklah menepati lima perkara ini iaitu:
1.
Menahan dari maksiat kerana firman Allah s.w.t.: "Wa nahannafsa anil
hawa fainnal jannat hiyal ma'wa yang bermaksud "Dan menahan nasfu dari
maksiat maka syurga tempatnya."
2. Rela dengan pemberian yang sederhana sebab tersebut dalam hadis: "Harga syurga itu ialah tidak rakus pada dunia."
3.
Rajin pada tiap taat dan semua amal kebaikan sebab kemungkinan amal itu
yang menyebabkan pengampunan dan masuk syurga seperti firman Allah
s.w.t. : "Itu syurga yang diwariskan kepadamu kerana amal perbuatanmu."
4.
Cinta pada orang-orang yang soleh dan bergaul dengan mereka sebab
mereka diharapkan syafa'atnya sebagaimana dalam hadis: "Perbanyaklah
kawan kerana tiap kawan itu ada syafa'atnya pada hari kiamat."
5. Memperbanyakkan doa dan minta masuk syurga dan husnul khotimah.
Sebagaimana
ahli hikmah berkata: "Condong kepada dunia setelah mengetahui pahala
bererti satu kebodohan dan tidak bersungguh-sungguh beramal setelah
mengetahui besarnya pahala bererti lemah malas dan di syurga ada masa
istirehat tidak dapat dirasakan kecuali oleh orang yang tidak pernah
istirehat didunia dan ada kepuasan yang tidak dapat dirasakan kecuali
oleh orang yang meninggalkan berlebihan didunia, dan cukup dengan
kesederhanaan yang ada didunia.
Ada
seorang zahid makan sayur dan garam, lalu ditegur oleh orang: "Kamu
cukup dengan itu tanpa roti?" Jawabnya: Saya jadikan makanan ini untuk
syurga sedang kau jadikan untuk w.c, kau makan segala yang lazat dan
akhirnya ke w.c, sedang saya makan sekadar untuk menguatkan taat, semoga
saya sampai kesyurga."
Ibrahim
bin Adham ketika masuk ketempat permandian dilarang oleh penjaganya:
"Jangan masuk kecuali jika membayar wangnya." Maka ia menangis dan
berdoa: "Ya Allah, seorang untuk masuk kerumah syaitan tidak diizinkan
tanpa wang, maka bagaimana saya akan masuk ketempat para Nabi dan
Siddiqin tanpa upah?"
Tersebut
dalam wahyu yang diturunkan pada sebahagian para Nabi itu: "hai Anak
Adam, kau membeli neraka dengan harga mahal dan tidak mau membeli syurga
dengan harga murah." Ertinya: Adakalanya pengeluaran untuk maksiat itu
banyak dan ringan, tetapi untuk sedekah kebaikan sedikit dan berat."
Abu
Hazim berkata: "Andaikata syurga itu tidak dapat dicapai kecuali dengan
meninggalkan kesukaannya didunia, nescaya itu ringan dan sedikit untuk
mendapat syurga, dan andaikan neraka itu tidak dapat dihindari kecuali
dengan menanggung semua kesukaran-kesukaran dunia, niscaya itu ringan
dan sedikit disamping keselamatan dineraka. Padahal kamu dapat masuk dan
selamat dari neraka dengan sabar menderita satu peratus dari
kesukaran."
Yahya
bin Mu'adz Arrazi berkata: "Meninggalkan dunia berat tetapi
meninggalkan syurga lebih berat, sedang maharnya syurga ialah
meninggalkan dunia."
Anas
bin Malik r.a berkata: "Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Siapa yang
minta kepada Allah syurga sampai tiga kali, maka syurga berdoa: "Ya
Allah, masukkan ia kesyurga" dan siapa berlindung kepada Allah dari
neraka tiga kali maka neraka berdoa: "Ya Allah, hindarkan ia dari
neraka."
Semoga
Allah s.w.t. menghindarkan kami dari neraka dan memasukkan kami kedalam
syurga. Dan andaikan didalam syurga itu tidak ada apa-apa kecuali
bertemu dengan kawan-kawan nescaya itu sudah enak dan baik, maka
bagaimana padahal disyurga itu segala kehormatan dan kepuasan itu semua
ada.
Anas
bin Malik r.a. berkata: "Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Didalam syurga
ada pasar tetapi tidak ada jual beli, hanya orang-orang berkumpul
membicarakan keadaan ketika didunia, dan cara beribadat, bagaimana
keadaan antara si fakir dengan si kaya, dan bagaimana keadaan sesudah
mati dan lama binasa dalam kubur sehingga sampai ke syurga."
Abul-laits
meriwayatkan dengan sanadnya dari Abdullah bin Mas'ud r.a. berkata:
"Manusia semua akan berdiri didekat neraka, kemudian mereka menyeberang
diatas sirat (jambatan) diatas neraka, masing-masing menurut amal
perbuatannya, ada yang menyeberang bagaikan kilat, ada yang bagaikan
angin kencang, ada yang bagaikan kuda yang cepat larinya, dan seperti
lari orang, dan ada yang bagaikan terbang burung, dan ada yang seperti
unta yang cepat dan yang akhir berjalan diatas kedua ibu jari kakinya,
kemudian tersungkur dalam neraka dan sirat itu licin, halus, tipis,
tajam semacam pedang, berduri sedang dikanan kirinya Malaikat yang
membawa bantolan(seperti cemeti yang bercangkuk-cangkuk) untuk membantol
(menyeret) orang-orang, maka ada yang selamat, ada yang luka-luka
tetapi masih selamat dan ada yang langsung tersungkur kedalam api
neraka, sedang para Malaikat itu sama-sama berdoa: "Robbi sallim saliim"
(Ya Tuhan, selamatkan, selamatkan) dan ada orang yang berjalan sebagai
orang yang terakhir masuk kesyurga, maka ia selamat dari sirat, terbuka
baginya pintu syurga dan merasa tidak ada tempat baginya disyurga,
sehingga dia berdoa: "Ya Tuhan, tempat saya disini." Jawab Tuhan:
"Kemungkinan jika Aku beri kamu tempat ini lalu minta yang lainnya."
Jawabnya: "Tidak, demi kemuliaanMu." Maka ditempatkan disitu, kemudian
diperlihatkan kepadanya tempat yang lebih baik, sehingga dia merasakan
kerendahan tempat yang diberikan kepadanya, lalu ia berkata: "Ya Tuhan,
tempatkanlah aku disitu." Dijawab oleh Tuhan: "Kemungkinan jika Aku beri
kamu tempat ini lalu minta yang lainnya." Jawabnya: "Tidak, demi
kemuliaanMu." kemudian diperlihatkan kepadanya syurga yang lebih baik,
sehingga ia merasa bahawa tempatnya masih rendah, tetapi ia diam tidak
berani minta beberapa lama sehingga ditanya: "Apakah kau tidak minta?"
Jawabnya: "Saya sudah minta sehingga merasa malu." Maka firman Allah
s.w.t.: "Untukmu sebesar dunia sepuluh kali, maka inilah yang terendah
tempat disyurga."
Abdullah bin Mas'ud berkata: "Nabi Muhammad s.a.w. jika menceritakan ini maka tertawa sehingga terlihat gigi gerahamnya."
Dalam
hadis: "Diantara wanita-wanita didunia ini ada yang kecantikannya
melebihi dari bidadari kerana amal perbuatannya ketika didunia."
Firman
Allah s.w.t.: "Inna ansya'nahunna insya'a, fija'alnahunna abkara uruban
atraba li ash habil yamin." yang bermaksud: "Kami cipta mereka baru dan
Kami jadikan mereka tetap gadis yang sangat kasih dan cinta, juga tetap
sebaya umurnya, untuk orang-orang ahlil yamin."
No comments:
Post a Comment