Friday, September 13, 2013

SaiDiNa HaMzaH biN aBDuL MutaLLib



 
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Hamzah bin Abdul Muttalib lahir diperkirakan hampir bersamaan dengan Nabi Muhammad S.A.W. Beliau merupakan anak kepada pasangan Abdul Muttalib dan Haulah binti Wuhaib dari Bani Zuhrah.
Menurut riwayat, pernikahan Abdul Muttalib dan Abdullah bin Abdul Mutallib terjadi bersamaan waktunya, dan ibu dari Nabi, Aminah binti Wahab, adalah sepupu  kepada Haulah binti Wuhaib. Tubuhnya tegap dan suka memakai bulu burung di topi kepalanya.
Hamzah merupakan seorang ahli sukan, pakar memanah dan pakar menunggang kuda. Kerana karismanya, beliau begitu dihormati di kota Makkah termasuk salah seorang kawan rapatnya yang juga saudaranya Abu Jahal. Dia juga dikenali sebagai Asadullah atau Singa Allah kerana keberaniannya.
Hamzah terlibat dalam dua peperangan iaitu Perang Badar dan Perang Uhud. Ketika peperangan di Badar, Hamzah berjaya membunuh dua orang bangsawan Quraisy. Salah seorang daripadanya bapa kepada Hendon, isteri Abu Sufian.
Pada waktu peperangan di Uhud, Hamzah terkorban syahid akibat rejaman lembing yang dilemparkan oleh Wahsyi, seorang hamba berkulit hitam. Wahsyi telah diupah oleh Hendon untuk mebunuh Saidina Hamzah demi membalas dendam atas kematian ayahnya dalam Peperangan Badar. Dadanya telah dirobek oleh Hendon lalu hatinya dikunyah. Namun Hendon tidak dapat menelan hati Saidina Hamzah.
Kita sebagai umat Islam HARUS SEMESTINYA mengambil pegajaran terhadap PENGORBANAN yang telah ditunjukkan oleh Saidina Hamzah yang sanggup berkorban. Beliau sanggup menggadai nyawanya demi merelakan Islam tertegak di muka bumi ini….
Perang Uhud
Perang Uhud ini berlaku pada tahun ketiga Hijrah antara tentera Islam dengan tentera kafir Quraisy. Perang Uhud adalah platform untuk orang Quraisy membalas dendam terhadap kekalahan mereka ketika Perang Badar. Dinamakan Perang Uhud kerana ia berlaku di sebuah tempat yang dikelilingi Bukit Uhud.
Pihak Quraisy keluar dari Makkah dengan gerombolan tentera seramai 3000 orang termasuk para penyokongnya. Pihak Muslim pula keluar dari Madinah di bawah seliaan Nabi Muhammad s.a.w seramai seribu orang sahaja. Walau bagaimanapun, Abdulah bin Ubai (ketua suku Khazraj) bersama tiga ratus orang yang lain telah menarik diri di tengah perjalanan mereka.
Di Bukit Uhud, 50 orang yang terdiri daripada pasukan memanah telah diperintahkan untuk mengadakan kubu pertahanan di atas bukit dan diperintahkan agar tidak meninggalkan bukit itu sama ada kalah atau menang sehingga diberitahu kelak.
Pertempuran bermula dan mula menyaksikan kegoyahan tentera Quraisy. Tentera musyrik mula berundur dan tentera Muslim mula nampak kejayaan mereka dan ketika itu, tentera yang bertahan di atas bukit mula meninggalkan tempat itu untuk memungut harta yang tertinggal dan menguasai medan kemenangan. Sebaik mereka meninggalkan bukit tersebut, Khalid al-Walid bersama tentera berkudanya serta beberapa pimpinan perang untuk mula menyerang dari belakang iaitu menerusi bukit tersebut.
Serangan tersebut memecah-belahkan tentera Muslim dan melemahkan pertahanan mereka. Ketika itulah muncul pelbagai dakwaan dan propaganda yang turut mengatakan bahawa Muhammad telah terkorban. Itu menyebabkan kebanyakan tentera Muslim menjadi lemah dan tidak bersemangat sehingga berpecah kepada kumpulan yang ingin meneruskan perang dan yang ingin lari. Walau bagaimanapun, Muhammad s.a.w. bersama Abu Bakr as-Siddiq, Umar ibni al-Khattab dan Ali bin Abi Thalib masih selamat. Ubai bin Khalaf ketika itu muncul untuk membunuh baginda dan baginda mengambil lembing terus menikam Ubai sehingga mati. Ini merupakan pembunuhan yang pertama dilakukan baginda.
Baginda turut jatuh ke dalam lubang yang digali oleh Abu Amar Ar-Rahab dan dikurung baginda di dalamnya. Ia menyebabkan kedua-dua belah lutut baginda tercedera, cedera pipi, gigi patah dan baginda turut pitam di dalamnya. Kemudian, muncul Fatimah bersama Ali membasuh luka baginda. Tidak kurang juga tentera Muslim yang lain. Jika tidak terkorban, kebanyakannya tercedera dengan hebat. Serangan bertubi-tubi dilakukan oleh tentera Quraisy dengan penuh dendam.
Lebih 70 orang tentera Muslim terkorban manakala hanya 23 orang tentera Quraisy yang terkorban. Hamzah bin Abdul Mutalib iaitu salah seorang panglima Islam turut dibunuh oleh lelaki Habsyi bernama Wahsyi. Dadanya pula kelihatan telah ditebuk dan hatinya telah dikunyah oleh Hind iaitu isteri Abu Sufyan. Baginda memerintahkan agar mereka yang syahid itu dikebumikan bersama pakaian mereka.
Setelah pulang ke Madinah, tentera Muslim mendapat penangan yang hebat apabila diejek oleh Yahudi dan Munafik Madinah dengan mengatakan yang mereka pasti terselamat jika tidak bersama berperang. Peristiwa ini memberi pengajaran kepada para sahabat dan umat Islam seluruhnya bahawa kita perlu taat kepada ketua selain Allah dan rasul-Nya.

 
Ketika terjadi perang Uhud , mayat-mayat bergelimpangan di segenap penjuru . Tidak ada satu pun yang hidup . Di pihak syuhada Muslimin, korban-korban mirip bangkai-bangkai yang dimakan binatang buas . Sungguh mengerikan.

Pihak musih dipimpin dua panglima Quraisy yang gagah perkasa, Khalid bin Walid dan Ikrimah bin Abi Jalal yang mengamuk bagaikan harimau-harimau gurun yang dahagakan darah. Rasullulah telah terluka . Saidina Hamzah, bapa saudara rasullulah saw telah ditikam oleh Wasya. Wasya bukan hanya telah membunuh pahlawan utama kaum muslimin itu, bahkan mengorek jantung Saidina Hamzah untuk diberikan kepada majikannya, Hindun . Jantung Saidina Hamzah telah dikunyah mentah-mentah oleh Hindun demi membalas dendam lama atas kematian Abu Sufian .

Saidina Ali bin Abi Talib dalam pertarungan dengan seorang panglima musyrik yang kuat . Dia seorang yang cekap dan pandai menggunakan pedang, baik di atas kuda maupun di atas padang yang pansa terik .

Darah Saidina Ali telah membasahi sekujur tubuhnya . Pakaiannya telah koyak rabak, perisainya terlempar jauh . Kehebatan pedang lawan menyambar-nyambar bagaikan kilat mahu mengancam jiwanya. Saidina Ali benar-benar dalam bahaya yang sangat genting .
Dalam suatu kesempatan, Saidina Ali berjaya menangkis pedang lawan yang mengarah ke lehernya, dan dengan cepat dia berjaya memotong kaki panglima musyrik itu .

Orang kafir itu menjadi terkejut dia tidak menduga akan mendapat serang macam itu, maka dia terguling jatuh dan pedangnya terlepas segera ditendangg jauh oleh Saidina Ali . Kemudian panglima muslim muda itu dengan pantas melompat ke atas tubuh lawannya . Dicabutnya pisau pendek di pinggangnya, serta tangannya  terangkat tinggi siap untuk menghunjamkan pisaunya ke jantung musuh yang sudah tidak berdaya .

Namun tiba-tiba tatkala dalam beberapa detik lagi pisau Saidina Ali yang berkilat-kilat ditimpa sinar matahari untuk menghabiskan nyawa panglima musyrik itu . Panglima Musyrik itu meludah muka Saidina Ali tepat mengenai mata,hidung dan mulutnya .

Saidina Ali menghentikan niatnya . Tangannya yang memegang pisau di turunkan kembali . Dia sangat jijik dan marah, wajahnya merah padam dadanya nyaris meledak kerana marah . Ludah orang musyrik itu bukan main busuknya, sehingga hampir menyebabkan Saidina Ali muntah .


Yang menghairankan , dalam keadaan darahnya yang bergolak panas kerana merasa dihina dan direndahkan, Saidina Ali justeru melemparkan pisaunya lalu dia segera berdiri dan menyuruh lawannya pergi. Orang musyrik itu menjadi hairan dan kebingungan.

"Mengapa engkau melepaskan diriku? Kenapa engkau tidak jadi membunuhku? Gilakah dirimu , padahal seandainya tadi kedudukanku sepertimu, pasti kau sudah mati!" kata orang musyrik itu dengan nada tidak percaya.

"Untuk membunuhmu boleh diselesaikan lain kali," jawab Saidina Ali seraya mengusap debu yang menempel di bajunya. "Tetapi , kalau aku membunuhmu sekarang , itu bukan kerana Allah semata-mata, melainkan kerana aku marah kerana kau meludahiku . Berbeza dengan sebelumnya waktu aku benar-benar bertempur dengan dasar keyakinan untuk membela agama yang benar . Aku tidak mahu mengotori tangan dan perjuanganku dengan darah manusia kerana alasan hawa nafsu, betapa pun besarnya kemarahanku kerana kau hina dengan perbuatanmu meludahi wajahku tadi."

Petikan :

Himpunan Kisah Para Sufi
Halaman 13-15
Muhammad Ibrahim Salim 

No comments: