Perang
Uhud dan Perang Muktah adalah dua keadaan yang berbeza sebagaimana berbezanya
peribadi Khalid bin Al-Walid. Dalam perang Uhud, beliau adalah panglima Quraisy
yang berjaya mengalahkan mujahid-mujahid Islam tetapi perang Muktah menampakkan
penampilan Khalid Al-Walid yang baru….Beliau adalah hero penyelamat di saat
ambang kekalahan tentera Islam, ini membuktikan bahawa beliau memang layak
dikurniakan anugerah tertinggi panglima tentera iaitu anugerah 'Pedang Allah'
Semasa
belum memeluk Islam, beliau adalah musuh Islam yang paling digeruni di medan
perang kerana strategi perangnya yang hebat di mana umat Islam telah mendapat
pengajaran yang cukup hebat ketika perang Uhud dahulu.
Khalid
al-Walid telah memeluk Islam pada bulan Safar tahun 8H bersama-sama Uthman b
Talhah dan Amru b Al-As. Setelah itu, beliau adalah pahlawan yang berjuang
menentang orang-orang yang menentang Rasulullah SAW.
Berbicara
tentang Khalid, tentunya tidak lengkap kalau tidak menceritakan tentang
peristiwa dalam peperangan Muktah yang memang terkenal itu.
Dalam
Perang Muktah, tentera Islam yang sedikit bilangannya telah berdepan dengan
lebih kurang 200,000 orang tentera Rom. Dalam pertempuran tersebut, tentera
Islam telah mendapat tentangan yang cukup dahsyat nyaris-nyaris menerima
kekalahan. Bendera Islam telah dipegang oleh Zaid b Harithah yang kemudiannya
gugur syahid, diambilalih pula oleh Jaafar bin Abu Thalib. Beliau turut syahid,
maka bendera tadi dipegang oleh Abdullah bin Rawahah yang juga gugur sebagai
syuhada'. Lantas bendera bertukartangan kepada Thabit bin Arqam dan
menyerahkannya kepada Khalid al-Walid. Atas persetujuan ramai, maka Khalid
al-Walidpun menjadi komandan perang dan terus mengarahkan tentera Islam
berundur ke Madinah kerana sudah terlalu ramai yang syahid dan tentera yang
tinggal tidak mampu untuk bertahan lagi.
Di
zaman Khalifah Abu Bakar, Khalid ditugaskan untuk mengahpuskan golongan murtad.
Saidina Abu Bakar telah memberi pidato semangat kepada tentera Islam yang
antara lainnya berbunyi :"Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda :
"Sebaik-baik hamba Allah dan saudara dalam satu suku iaitu Khalid b
Al-Walid, Saifullah, yang pedangnya akan dihayunkan kepada orang-orang kafir
dan munafik"
Beliau
juga ditugaskan untuk membunuh Musailamah Al-Kazzab yang mengaku sebagai nabi
dan mempunyai ramai pengikutnya. Dalam peperangan tersebut (Perang Yamamah),
ramai tentera Islam yang terkorban. Khalid All-Walid sebagai pahlawan sejati
yang pakar dalam strategi peperangan telah berjaya memberi semangat baru kepada
tenteranya dengan ucapannya yang penuh karisma. Beliau berteriak kepada
tenteranya : "Bergembiralah kerana kami akan melihat setiap orang akan
mengalami bencana masing-masing"
Dalam
Perang Yarmuk menentang tentera Rom, beliau telah berjumpa dengan panglima
musuh yang bernama Mahan yang dengan angkuhnya merendah-rendahkan moral tentera
Islam. Mahan telah berkata : "Aku tahu kamu semua meninggalkan tanah air
kerana terpaksa dan kelaparan. Jika kamu semua setuju, aku akan berikan
setiap seorang tentera 10 dinar beserta dengan pakaian dan makanan dengan
syarat mereka berangkat pulang dan tahun depan jumlah yang serupa akan dihantar
ke Madinah".
Khalid
b Al-Walid dengan tegasnya menjawab : "Kami tidak akan keluar dari negeri
kami kerana kelaparan seperti yang engkau sangkakan. Tetapi kami ialah satu
kaum yang suka minum darah dan kami tahu tidak ada darah yang lebih lazat dan
nikmat seperti darah orang Romawi, sebab itulah kami ke mari"
Setelah
itu, Khalid Al-Walid selaku komandan perang beerteriak dengan kuatnya sambil
bertakbir "Allahu Akbar" "Marilah kita berebut-rebut mencium bau
Syurga". Maka terjadilah peperangan yang amat dahsyat. Anak panah
bersimpang siur dan mayat bergelimpangan.
Tiba-tiba
seorang tentera Islam menghampiri Abu Ubaidah b al-Jarrah r.a.sambil berkata :
"Sesungguhnya aku bercita-cita untuk mati syahid, adakah engkau mempunyai
sebarang pesanan yang hendak disampaikan kepada Rasulullah SAW, kelak aku akan
sampaikan kepada baginda ketika aku berjumpanya (di Syurga)"
Jawab
Abu Ubaidah b al-Jarrah r.a : "Ya ! Katakan kepadanya : "Wahai
Rasulullah SAW ! Sesungguhnya kami telah dapati bahawa apa yang dijanjikan oleh
Tuhan Kami (Allah) adalah benar". Lalu tentera tadi bertempur dengan
hebatnya dan gugur sebagai syuhada'.
Dalam
suasana perang tersebut Khalid al-Walid bersemuka dengan seorang daripada
panglima Romawi yang bernama George lalu terjadilah dialog antara keduanya.
George bertanya
: "Wahai Khalid, hendaklah kamu berkata benar kerana
setiap orang yang merdeka tidak akan berbohong. Apakah benar bahawa Tuhanmu
telah menurunkan kepada Nabimu sebilah pedang dari langit lalu diberikan
kepadamu dan kalau dihayunkan kepada seseorang pasti dia akan kalah"
Khalid
b Al-Walid menjawab : "Tidak"
George
bertanya lagi : "Mengapa kamu disebut Pedang Allah ?"
Khalid
b Al-Walid berkata : "Bahawa Allah SWT telah mengutuskan kepada kami
seorang Rasul dari bangsa kami, tetapi ada yang mempercayainya dan ada yang
mendustanya. Aku sendiri termasuk dari kalangan orang yang mendustakannya
tetapi Allah telah membuka hatiku kepada Islam. Lalu aku mengadap Rasulullah
untuk memeluk Islam dan janji setia kepadanya. Rasulullah terus menyatakan :
"Engkau adalah sebilah pedang dari pedang Allah"
George
bertanya lagi : "Apa yang kamu dakwahkan kepada manusia"
Khalid
b Al-Walid menjelaskan : "Supaya mereka mentauhidkan Allah dan menerima
ajaran Islam"
George
seterusnya berkata : "Jika seseorang memeluk Islam sekarang seperti apa
yang telah berlaku kepadamu, adakah dia akan mendapat ganjaran ?"
Khalid
b Al-Walid menjawab : "Ya, itulah yang lebih
utama"
George berkata
: "Bagaimana yang terjadi kepadamu sebelum Islam ?"
Khalid
b Al-Walid menjawab : "Kami hidup bersama Rasul lalu kami lihat tanda-tanda
kenabian serta mukjizatnya. Kami benar-benar melihat dan mendengarnya, lalu
kami memeluk Islam dengan mudah. Tetapi kamu tidak pernah melihat dan
mendengarnya, kiranya kamu beriman dengan apa yang tidak kelihatan, maka
ganjaranmu adalah lebih besar jika kamu beriman kepada Allah dengan
jiwamu"
Akhirnya
George telah mengucap syahadah di hadapan Khalid, belajar cara solat dan sempat
solat dua rakaat. Kemudian beliau adalah seorang syuhada' perang Yarmuk. dan
tentera Islam berjaya menumbangkan tentera Rom yang berjumlah 240,00 orang.
Ramai
di kalangan tentera Islam yang syahid dan tidak kurang pula yang sakit, luka
dan cedera. Mereka yang cedera parah, apabila seorang diberikan air, lantas dia
berkata rakannya di sebelah lebih memerlukan. Lalu diberikan kepada rakannya,
tiba-tiba orang yang kedua pun bersikap serupa, lebih mementingkan rakan yang
lain..........begitulah seterusnya sehinggakan orang memberi air
berpusing-pusing di antara mereka tetapi belum ada yang sudi meminumnya. Maka,
kesemua mereka mati syahid di medang perang tersebut ! Ini
membuktikan betapa wujudnya perasaan kasih kepada saudara seperti kasih kepada
diri sendiri memang menjadi amalan mereka sebagaimana yang ditarbiahkan oleh
Rasulullah SAW
“Bukankah kamu
mengimpikan untuk mati syahid. Kita bukan memerangi manusia dengan melihat
jumlah atau kekuatan atau banyaknya mereka. Kita memerangi mereka hanya
berbekalkan dengan agama ini yang telah Allah muliakan kita dengannya. Justeru
ayuh, tidak kita dapati melainkan salah satu daripada dua kebaikan, menang
(tertegaknya agama Allah) atau mati syahid.” [Abdullah bin Rawwahah]
3,000 versus
200,000?
Perang
Mu’tah diisytiharkan kemenangannya memihak kepada tentera Islam dengan angka
terkorban syahid daripada tentera Islam seramai dua belas orang sahaja,
sedangkan jumlah tentera musuh Rom berjumlah 200,000 orang siap dengan
kelengkapan perang serba canggih.
Jumlah tentera
Islam = 3,000
Jumlah tentera Rom dengan bantuan sekutu kabilah = 200,000
Jumlah tentera Rom dengan bantuan sekutu kabilah = 200,000
Peratus tentera
Islam berbanding Rom
3,000/200,000 x 100% = 1.5%
3,000/200,000 x 100% = 1.5%
Peratus tentera
Islam terkorban berbanding jumlah tenteranya
12/3000 x 100% = 0.4%
12/3000 x 100% = 0.4%
Melihat
dengan mata kasar, kita akan mudah menganggap ianya suatu perkara mustahil
untuk Islam memenangi peperangan dalam jumlah yang tidak sampai 2 peratus
daripada jumlah tentera Rom. Bukan setakat itu, ditambah pula kekangan-kekangan
yang membelenggu tentera Islam ketika itu antaranya:
1.
Ketidakhadiran Rasulullah SAW bersama ke medan perang
2.
Tentera yang sedikit dan serba kekurangan kelengkapan senjata melemahkan
motivasi
3.
Turun ayat yang member isyarat petanda kematian panglima-panglima perang
sebelum bermulanya perang tersebut
Pelik
bukan?
Namun,
siapa tahu, Allah SWT hakikatnya ingin membenarkan ayat-Nya…
“Ketahuilah,
Sesungguhnya pertolongan Allah itu sangat dekat.”
Apakah
faktor pemangkin yang membezakan tentera Islam dengan tentera lain? Tidak lain tidak
bukan keimanan tentera-tentera Islam yang ampuh terhadap janji Allah SWT.
Mereka berperang untuk mati. Mati bertemu Tuhan mereka. Kemenangan dalam
peperangan bukanlah segala-galanya. Bahkan dalam hadith:
Abu Musa
al-Asy’ari r.a meriwayatkan bahawa seorang Badwi telah datang kepada Nabi s.a.w
dan bertanya: “Wahai Rasulallah! Ada seseorang yang berperang untuk mendapatkan
harta rampasan, ada juga seseorang yang berperang untuk disebut-sebut namanya,
dan ada pula seseorang yang berperang untuk melihat kemampuannya.Oleh itu,
siapakah di antara mereka yang berada di jalan Allah?” Rasulullah saw. menjawab
dengan sabdanya:
“Barangsiapa
yang berperang demi menegakkan kalimah Allah, maka beliaulah yang berada di
jalan Allah.”(Riwayat al-Bukhari
dan Muslim)
Hikmah di
sebalik perintah Rasulullah SAW
Rasulullah
SAW melantik Zaid bin Harithah sebagai ketua panglima angkatan tentera. Bahkan
Rasulullah SAW siap berpesan supaya menggantikan Zaid dengan Ja’far bin Abu
Talib jika Zaid terbunuh, dan menggantikan Ja’far dengan Abdullah bin Rawwahah
sekiranya ditakdirkan Ja’far pula terbunuh.
Sebelum
berangkat perang, sempat Allah turunkan ayat berkenaan petanda akan syahidnya
ketiga-tiga nama yang disebutkan Baginda SAW:
“dan tiada
seorangpun di antara kamu melainkan akan sampai kepadanya; (yang demikian)
adalah satu perkara Yang mesti (berlaku) Yang telah ditetapkan oleh Tuhanmu.” [Maryam:71]
Allah
membenarkan kata-kata kekasihNya. Ketiga-tiga panglima angkatan perang
benar-benar terbunuh setelah silih berganti memegang panji putih Islam mengikut
aturan Rasulullah SAW. Akhirnya panji Islam dipegang oleh pedang Allah yakni
Khalid al-Walid, dan takdir Allah tentera Islam menang di bawah pimpinan
beliau.
Bagaimana
Pedang Allah Menyusun Strategi
Strategi
1:
Mengubah formasi dan posisi barisan ketenteraan, dengan barisan hadapan diletakkan di belakang, sayap kanan diletakkan sebelah kiri dan sebaliknya.
Berkat
strategi ini memberikan kemenangan moral kepada tentera Islam, apabila tentera
Rom begitu takut dan terkejut melihat ‘barisan baru’ tentera
Islam seolah-olah seperti tentera Islam mendapat bantuan luar. Disebabkan
perbezaan pendapat sesama mereka, tentera Rom saling bertelagah dan bertempur
sesama sendiri.
Strategi
2:
Membawa pasukan tentera berundur sedikit demi sedikit, tanpa mengubah kedudukan formasi tentera.
Membawa pasukan tentera berundur sedikit demi sedikit, tanpa mengubah kedudukan formasi tentera.
Hal
ini menambah kegerunan tentera Rom kerana menganggap seperti tentera Islam
seolah-olah hendak memasang perangkap untuk menjerumus mereka ke dataran perang
yang tidak diketahui bahayanya. Oleh itu, tentera Rom tidak mengejar tentera
Islam.
Tentera
Rom pulang ke negeri mereka dalam keadaan kecewa kerana bingung dengan strategi
tentera Islam bahkan mereka buntu idea memikirkan taktik untuk mengejar tentera
Islam. Tentera Islam berjaya berundur dengan selamat hingga sampai ke Madinah.
Implikasi
jangka masa panjang perang Mu’tah:
1. Peristiwa yang dipandang begitu menakjubkan kerana tentera Islam yang sedikit memenangi tentera raksasa Rom. Ramai orang kehairanan dengan kesudahan perang ini.
2. Peluasan empayar Islam ke Rom. Hal ini disebabkan Rom mengakui kekuatan umat Islam yang terletak pada keimanan penganutnya, kesannya kerajaan Rom tidak mudah memandang rendah pada tentera Islam.
3. Kebenaran adanya pertolongan Allah. Allah menghantar tentera Malaikat untuk membantu tentera Islam, di samping mencampakkan rasa takut dalam hati-hati tentera musuh Rom sehingga mereka bertempur sesama sendiri
Allahuakbar!
No comments:
Post a Comment