Monday, April 8, 2013

Misi Iblis


Misi Iblis

Iblis adalah makhluk dari golongan bangsa jin (QS 18: 50). Sebagaimana kita ketahui, dia tidak mahu melaksanakan perintah Tuhannya untuk sujud kepada nabi Adam (QS 7: 11). Ia enggan turut bersama malaikat untuk sujud (QS 15: 31). Sehingga Allah SWT bertanya kepadanya, "Hai iblis, apakah yang menghalangimu untuk sujud kepada yang telah Ku-ciptakan dengan kedua tangan-Ku ini?" Kata Iblis: 

Misi Iblis

"Aku lebih baik darinya, sebab Engkau ciptakan aku dari api, sedangkan dia Engkau ciptakan dari tanah "(QS 38: 75-76).

Itulah iblis, makhluk pertama pembangkang perintah Allah SWT. Kelancangan yang tak layak dinampakkan di hadapan Sang Pencipta. Dan, apapun alasannya itu menjadikan ia terusir dari syurga (QS 38: 77). Jadi ia hina (QS 7: 13), terkutuk (QS 15: 34), sesat (QS 15: 39), dan bahkan termasuk golongan kafir (QS 2: 34).

Usai pembangkangan, iblis berdoa supaya tetap hidup hingga hari kiamat (Surah 7: 14). Harapannya, agar dapat menyesatkan seluruh manusia (Surah 38: 82). Tentu saja, semua tipu daya dijalankan. Segala rupa misi dilaksanakan, asalkan tercapai targetnya, iaitu menjadikan manusia sesat.

Mari, kita tengok apa saja misinya:
1. Menyeru manusia agar menjadi kafir (QS 59: 16).
2. Menghalang-halangi manusia dari jalan Allah SWT yang lurus (QS 7: 16).
3. Membisikkan fikiran manusia agar melanggar ketetapan Allah SWT (QS 7: 20).
4. Bersumpah atas nama Allah SWT agar manusia berbuat ingkar (tafsir Ibnu Katsir QS 7: 21).
5. Menjadikan bahawa tidak percaya kepada Allah SWT itu dipandang baik (QS 15: 39).
6. Menghasut, memberi janji / iming-iming, dan menipu (QS 17: 64).
7. Mampu membuktikan sangkaannya menjadi pembenaran (QS 34: 20).
8. Memutarbalikkan data dan fakta (-Allah SWT tidak menyuruh manusia apa-apa yang dikatakan iblis-) (QS 7: 20).
9. Menakut-nakutkan manusia dengan kemiskinan dan (-sehingga-) menyuruh perbuatan jahat (-curang, licik, segaka cara dilakukan seperti: ribawi, rasuah, korupsi, nepotisme, dan kecurangan lain-) (QS 2: 268).
10. Membangkitkan angan-angan kosong dan tipu daya semata-(QS 4: 120).
11. Menggiring, memujuk, menipu, dan memerangkap (QS 7: 22).

Itulah sebahagian misi iblis. Ternyata, Allah SWT mengabulkan doanya iblis (QS 15: 37), agar dia tetap hidup di dunia hingga manusia dibangkitkan (QS 38: 79). Dengan harapan, dapat menyesatkan semua manusia dari jalan Allah SWT yang lurus (QS 7: 16). Tidak hanya itu, Allah SWT berfirman kepada Iblis dengan: "Hasutlah siapa yang kamu sanggupi di antara mereka dengan ajakanmu, dan kerahkanlah terhadap mereka pasukan berkuda (kavaleri) dan pasukan yang berjalan kaki (infantri) dan berserikatlah dengan mereka pada harta (menyusup dalam urusan kewangan) dan anak-anak (keluarganya) dan berilah janji (diiming-imingi) mereka. (Surah 17: 64).

Luar biasa! Benar-benar luar biasa! Tak terbayang memang, Allah SWT memberikan kebebasan-mencabar-iblis untuk memperbanyak menjadi pengikutnya. Memang, benar-benar luar biasa! Memberikan leluasa kepada musuh yang nyata bagi kita (QS 7: 22). Dan, tidak ada yang mampu melepaskan jeratannya iblis kecuali hamba-hamba Allah SWT yang mukhlis (QS 15: 40, 38: 83).

"Dan jika kamu ditimpa sesuatu godaan syaitan (iblis) maka mintalah perlindungan kepada Allah: A'udzubillahi minasy-syaithaanir-rajiim." (Surah 7: 200).


Oleh: Akhmad Arifin

Kesombongan Iblis

 
"Ana khairun minhu", saya lebih baik dari dia. Itulah kata-kata iblis ketika Tuhan menanyakan alasan mengapa ia tidak mahu melaksanakan perintah, sujud kepada Adam. Iblis menambah, "khalaqtani min nar wa khalaqtahu min tin", Engkau menciptakan aku dari api dan menciptakan dia (hanya) dari tanah. (Surah al-A'raf 12). Itulah kesombongan iblis, merasa diri lebih mulia kerana asal kejadian.

Kesombongan iblis rupanya adalah sebuah penyakit yang juga boleh menular kepada manusia. Bahkan, iblis secara aktif menularkannya kepada anak cucu Adam. Pernyataan dan sikap ana khairun minhu sekarang bahkan lebih banyak digunakan oleh manusia.

Jika iblis merasa diri lebih baik kerana asal penciptaannya, manusia juga dijangkiti kesombongan kerana keturunan seperti itu. Itu sebabnya Nabi Muhammad SAW mengingatkan kita dengan sabda beliau, "Semua kalian berasal dari Adam dan Adam (diciptakan) dari tanah. Tidak ada kelebihan orang Arab dari yang bukan Arab, kecuali kerana takwa. "

Sabda Nabi tersebut hendak menyedarkan kita agar tidak menjadi angkuh kerana keturunan. Kemuliaan hanya boleh dicapai dengan takwa. "Sesungguhnya yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah yang paling bertakwa." (QS al-Hujurat: 13).

Lebih mencengangkan lagi, ternyata manusia mengembangkan prinsip ana khairun minhu hampir dalam semua lapangan kehidupan. Dengan prinsip itu, manusia kemudian saling bersaing tidak sihat, lalu saling membenci, saling bermusuhan, saling menjatuhkan, bahkan ada yang sampai saling membunuh.

Ketika manusia memperebutkan sebuah jabatan, misalnya, masing-masing menggunakan jurus ana khairun minhu itu. Pelbagai teknik digunakan untuk mempengaruhi pendapat orang bahawa dialah yang lebih baik. Oleh kerana itu, dia lebih layak untuk dipilih. Baliho, spanduk, brosur, pelekat, iklan, dan pelbagai macam teknik komunikasi massa digunakan untuk menyatakan ana khairun minhu, saya lebih baik dari dia.

Sebenarnya, untuk meraih prestasi, manusia boleh saja, bahkan dianjurkan untuk menjadi yang terbaik, menjadi the best. Manusia perlu menunjukkan prestasi yang terbaik atau produk kerja terbaik. Tapi, berusaha menjadi yang terbaik tidak sama dengan merasa yang paling baik. Yang pertama adalah sebuah usaha positif, yang kedua adalah sebuah kesombongan.

Lebih berbahaya lagi ketika kesombongan ana khairun minhu itu digunakan oleh seorang penguasa. Ia tidak akan suka dikritik. Ia selalu ingin dipuja-puja. Ia memudahkan hidupnya dengan pelbagai kemewahan. Ia tidak mahu melihat ada orang lain yang lebih unggul yang boleh menggantikan kedudukannya. Ia lalu menggunakan pelbagai cara dan muslihat untuk mempertahankan

Demikian sedikit gambaran betapa kesombongan Iblis telah merasuki manusia sehingga menggerus nilai-nilai kemanusiaan. Kesan negatifnya boleh semakin meluas dan merosakkan jika tidak segera disedari. Kerana itu, kita harus sedar dan menyelamatkan diri dari proses dehumanisasi akibat penyakit iblis tersebut. Wallahu a'lam

- sumber dari republika.co.id

No comments: