Erti Solat
Solat ialah ibadat yang terdiri dari
perkataan dan perbuatan tertentu yang dimulai dengan takbir ( Allahu Akbar) dan
diakhiri dengan salam (Assalamualaikum)
Kedudukan Solat Dalam Islam
Solat dalam islam adalah menepati
kedudukan yang tidak dapat ditandingi oleh amal ibadat yang lain . Ia merupakan
tiang agama di mana ia tidak dapat tegak kecuali dengannya. Dalam hal ini
Rasulullah r bersabda :
رأس الامر الاسلام ، وعموده الصلاة وذروة سنامه الجهاد في سبيل الله.
“Pokok urusan ialah islam , sedangkan
tiangnya ialah solat dan puncaknya adalah berjuang di jalan Allah.”
Disamping itu solat juga merupakan
tiang agama dari semua amal perbuatan lainya, dan juga merupakan salah satu
amalan yang pertama sekali dihisab . sebagaimana hadis Rasulullah r :
أَوَّلُ مَا يُحَاسَبُ عَلَيْهِ العَبْدَ يَوْمَ القِيَامَةِ الصَّلاَةَ ، فَإِنْ صَلُحَتْ صَلُحَ سَائِرِ عَمَلِهْ ، وَإِنْ فَسَدَتْ فَسَدَ سَائِرُ عَمَلِهِ . (رواه الطبراني)
“Amalan yang mula-mula dihisab (
diperhitumgkan ) dari seorang hamba pada hari kiamat ialah solat . Jika
solatnya baik , maka baiklah seluruh amalanya sebaliknya jika buruk solatnya
,maka buruklah pula seluruh amalannya .”
TEMPAT-TEMPAT YANG DILARANG SOLAT
Kawasan perkuburan.
Gereja dan Candi/Biara.
Tempat-tempat pembuangan kotoran
binatang.
Tempat penyembelihan binatang .
Tengah-tengah jalanraya.
Tempat perteduhan binatang .
Tempat pemandian umum.
Atas atap kaabah.
SYARAT-SYARAT SOLAT
Beragama Islam
Baligh
Suci dari hadas
Suci seluruh anggota badan, pakaian
dan tempat.
Menutup aurat. Aurat bagi
wanita,seluruh tubuhnya kecualai muka dan kedua tapak tangannya. Sedangkan
aurat bagi laki-laki ialah antara pusat dan lutut.
Telah masuk waktu solat yang telah
ditentukan.
Menghadap kearah kiblat
Mengetahui mana yang termasuk rukun
dan mana yang sunat.
RUKUN-RUKUN SOLAT
Niat
Takbiratul Ihram
Berdiri tegak bagi yang berkuasa
ketika solat fardhu dan bagi yang tidak berkuasa, disebabkan sakit dan
sebagainya boleh melakukannya secara duduk, berbaring , telentang atau dengan
isyarat.
Membaca surah al-Fatihah pada
tiap-tiap rakaat.
Rukuk dengan toma`ninah.
I`tidal dengan toma`ninah
Sujud dua kali dengan toma`ninah
Duduk antara dua sujud dengan
toma`ninah
Duduk tasyahud akhir dengan
toma`ninah
Membaca tasyahud akhir
Membaca selawat ke atas nabi pada
tasyahud akhir
Membaca salam yang pertama
Tertib ertinya mengikut urutan dalam
mengerjakan rukun-rukun tersebut.
PERKARA YANG MEMBATALKAN SOLAT
Jika salah satu syarat rukunnya tidak
dikerjakan atau sengaja ditinggalkan
Terkena najis yang tidak dapat
dimaafkan .
Bekata-kata dengan tidak sengaja
walaupun dengan satu huruf yang ada pengertian
Terbuka auratnya
Makan minum walaupun hanya sedikit
Mengubah niat, misalnya ingin
memutuskan solat
Bergerak berturut-turut tiga kali
seperti melangkah atau berjalan
Membelakangi kiblat
Menambah rukun yang berupa perbuatan
seperti rukuk dan sujud.
Tertawa terbahak-bahak
Mendahului imamnya.
Murtad ( terkeluar dari agama islam).
Gerakan & bacaan dalam solat
BERDIRI TEGAK MENGADAP KE ARAH KIBLAT
Berdiri tegak mengadap kiblat
kemudian hendaklah bersedia untuk niat semasa Takbiratulihram .
Misalnya solat yang akan di
kerjakan subuh , maka niatnya itu solat
subuh (Lafaz niat akan di sebut dalam bab takbiratulihram). Begitulah
seterusnya .
NIAT
Lafaz-lafaz niat sembahyang fardhu
adalah seperti berikut :
i) Niat solat subuh
أُصَلِّى فَرْضَ الْصُبْحِ رَكْعَتَيْنِ أَدَاءً مَأْمُوْمًا / إِمَامًا ِللهِ تَعَالىَ
“Sahaja aku sembahyang fardhu subuh dua rakaat sebagai (makmum/imam
) kerana Allah Taala.”
ii) Niat Solat Zuhur
أُصَلِّى فَرْضَ الْظُهْرِ أَرْبَعَ رَكْعَاتٍ أَدَاءً مَأْمُوْمًا / إِمَامًا ِللهِ تَعَالىَ
“Sahaja aku sembahyang fardhu zuhur empat rakaat sebagai
(makmum/imam)kerana Allah Taala,
Allahu akbar.”
iii) Niat Solat Asar
أُصَلِّى فَرْضَ الْعَصْرِ أَرْبَعَ رَكْعَاتٍ أَدَاءً مَأْمُوْمًا / إِمَامًا ِللهِ تَعَالىَ
“Sahaja aku sembahyang fardhu asar empar rakaat sebagai
(makmum/imam) kerana Allah Taala.”
iv) Niat solat Maghrib
أُصَلِّى فَرْضَ الْمَغْرِبِ ثَلاَثَ رَكْعَاتٍ أَدَاءً مَأْمُوْمًا / إِمَامًا ِللهِ تَعَالىَ
“Sahaja aku sembahyang fardhu maghrib tiga rakaat sebagai
(makmum/imam) kerana Allah taala,
Allah Akbar.”
v) Niat Solat Isya`
أُصَلِّى فَرْضَ الْعِشَاءِ أَرْبَعَ رَكْعَاتٍ أَدَاءً مَأْمُوْمًا / إِمَامًا ِللهِ تَعَالىَ
“Sahaja aku sembahyang fardhu isya` empat rakaat sebagai
(makmum/imam)kerana Allah taala ,
Allah Akbar”.
TAKBIRATUL IHRAM
Selepas kita berdiri tegak sambil
mengadap ke arah kiblat, maka mulailah kita sekarang melakukan takbir, yakni dengan mengangkat kedua tangan
separas bahu dengan jari-jari terbuka agak rapat antara satu sama lain kecuali
ibu jari berdampingan dengan telinga dihadapkan kearah kiblat sambil
mengucapkan ALLAHU AKBAR ( Allah maha besar) yang disertakan dengan niat. Niat
ini adalah perbuatan hati . Adapun bagi orang perempuan hendaklah ianya tidak
diangkat terlalu tinggi ( sebagaimana dlm gambarajah).
Takbir permulaan ini di namakan
TAKBIRATUL IHRAM sedangkan takbir-takbir yang lain TAKBIR INTIQAL = takbir
untuk perpindahan dari satu gerakan ke
satu gerakan solat yang lain dan takbir ini sebagai pemberitahuan . Dalam
keadaan yang seperti ini kita harus menundukkan muka ke arah sajadah (tempat
sujud).
TANGAN BERSEDAKAP
Selepas kita melakukan takbiratul
ihram, kedua belah tangan disedekapkan, iaitu tangan kanan diletakkan di atas
tangan kiri, antara pergelangan tangan kiri .
Dalam keadaan yang demikian kita membaca doa iftitah (doa pembukaan)
BACAAN DOA IFTITAH
اَلله أَكََْبَر كَبِيْرًا وَالحَمْدُلِلَّهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ الله بُكْرَةً وَأَصِيْلاً . إِنِّي وَجَّهْتُ وَجْهِيَ لِلَّذِيْ فَطَرَ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضَ حَنِيْفًا مُسْلِمًا وَمَا أَنَا مِنَ المُشْرِكِيْن . إِنَّ صَلاَتِي وَنُسُكِيْ وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْن لاَ شَرِيْكَ لَهُ وَبِذَلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَا مِنَ المُسْلِمِيًن.
“Allah maha beasr lagi sempurna
kebesaranya segala puji bagi Allah dengan pujian yang banyak . maha suci Allah
sepanjang pagi dan petang , sesungguhnya aku menghadapkan mukaku kepada zat
yang menciptakan langit dan bumi dengan keadaan lurus dan berserah diri dan
bukannya aku termasuk dalam golongan musyrik , sesungguhnya sembahyangku
ibadatku , hidupku dan matiku hanya untuk Allah semesta alam . Tiada sekutu
baginya kerana itu aku rela diperintah dan kau ini adalah golongan orang Islam.”
MEMBACA SURAH AL-FATIHAH
Selepas membaca doa Iftitah
diteruskan dengan membaca surah al-Fatihah, iaitu :
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ( 1 )
الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ( 2 ) الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ ( 3 )
مَلِكِ يَوْمِ الدِّينِ ( 4 )
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ( 5 )
اهدِنَا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ ( 6 )
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ ( 7 )
MEMBACA SURAH-SURAH YANG PENDEK
Selepas membaca surah al-fatihah, di
teruskan dengan membaca surah-surah Al-Quran yang pendek bagi solat berjemaah
dan bagi yang solat sendirian disunatkan membaca surah-surah yang panjang .
Adapun surah –surah yang dibaca sesudah al-fatihah itu ialah antara lain :
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
قُلْ يَاأَيُّهَا الْكَافِرُونَ ( 1 ) لاَ أَعْبُدُ مَا تَعْبُدُونَ ( 2 )
وَلاَ أَنْتُمْ عَابِدُونَ مَا أَعْبُدُ ( 3 )
وَلاَ أَنَا عَابِدٌ مَا عَبَدْتُمْ ( 4 )
وَلاَ أَنْتُمْ عَابِدُونَ مَا أَعْبُدُ ( 5 )
لَكُمْ دِينُكُمْ وَلِيَ دِينِ ( 6 )
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ ( 1 ) اللَّهُ الصَّمَد ( 2 ) لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُوًا أَحَدٌ ( 3 )
RUKUK
Setelah selesai membaca surah-surah
yang pendek , kemudian lakukan rukuk iaitu dengan mengangkat tangan setinggi
telinga sambil membaca ALLAAHUAKBAR, kemudian diteruskan dengan badannya
membongkok, tangannya memegang lutut dan ditekankan supaya antara punggung dan
kepala rata. Sedangkan mata tetap memandang kearah sejadah.(tempat sujud)
Dalam keadaan rukuk ini kita
hendaklah membaca tasbih sebanyak tiga kali iaitu:
سُبْحَانَ رَبِّيَ الْعَظِيْمِ وَبِحَمْدِهِ
I'TIDAL
Sesudah selesai melakukan rukuk di
teruskan dengan I`tidal iaitu bangkit berdiri tegak dengan mengangkat kedua
tangan sampai ke telinga dengan jari-jari terbuka seperti ketika
TAKBIRATULIHRAM seraya membaca TASMI’ iaitu
سَمِعَ اللهُ لِمَنْ حَمِدَه
Ketika berdiri tegak seperti ini,
maka tetap ditujukan ke arah sujud .(tempat sujud) dan membaca :
رَبَّنَا وَلَكَ الْحَمْدُ
SUJUD
Selepas kita melakukan I`tidal serta
selesai membaca bacaan-bacaanya , kemudian kita melakukan sujud , iaitu dengan
mengucapkan takbir intiqal : ALLAAHU AKBAR sambil meletakkan dahi dan hidung ke
lantai . Mula-mula kedua lutut dijatuhkan ke lantai disusul kedua tapak tangan
terbuka kemudian diikuti dahi dan hidung juga di lantai sementara letak kedua
tangan direnggangkan bagi lelaki dan dirapatkan bagi perempuan.
Hendakhlah membaca di dalam sujud ini
sebanyak tiga kali tasbih yang berikut :
سُبْحَانَ رَبِّيَ اْلأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ
DUDUK ANTARA 2 SUJUD
Setelah sujud , kita mengangkat
kepala sambil mengucapkan takbir intiqal ALLAAHU AKBAR, kemudian terus duduk
dengan tenang . Duduk ini dinamakan duduk antara dua sujud , sebab masih ada
duduk yang lain lagi.
Ketika duduk sebegini , kedua tapak
tangan berada di atas lutut sambil memegang hujung bahagian lutut seolah-olah
mengengamnya. Duduk antara dua sujud ini dinamakan duduk IFTIRASY , kerana
tapak kaki yang kiri diduduki, tapak kaki yang kanan ditegakkan di atas lantai
sementara hujung jarikaki mengadap kearah kiblat (duduk bersimpuh).
Ketika duduk seperti ini kita membaca
:-
رَبِ ّاِغْفِرْلِيِِْ وَارْحَمْنِيْ وَارْفَعْنِيْ وَاجْبُرْنِيْ
وَارْزُقْنِيْ وَاهْدِنِيْ وَعَاِفِنيْ وَاعْفُ عَنِّيْ
“Ya Allah ! ampunilah dosaku , belas
kasihanilah aku , dan angkatlah darjatku dan cukuplah segala kekuranganku dan
berilah rezeki kepadaku , dan berilah aku petunjuk dan sejahterakanlah aku dan
berilah keampunan padaku..”
SUJUD KEDUA
Setelah kita duduk antara dua sujud ,
kita sujud yang kedua kalinya seperti sujud yang pertama dengan mengucapkan
takbir intiqal “ALLAHUAKBAR” membaca tasbih seperti pada sujud yang pertama.
Sampai pada sujud kedua ini , kita
telah mendapat satu rakaat .
Jadi yang disebut satu rakaat ini
terdiri dari :
Berdiri dengan tangan bersedekap di
dada.
Rukuk.
I'tidal
Sujud
Duduj di antara dua sujud, dan
Sujud Kedua
DUDUK TASYAHHUD AWAL
Dalam solat fardhu yang mempunyai
jumlah rakaatnya tiga atau empat , maka dalam rakaat kedua kita duduk untuk
membaca tasyahhud / tahiyyat awal. Ketika duduk tasyahhud awal ini telapak kaki
kiri diduduki, sedangkan kaki kanan ditegakkan.
Disebut tasyahhud kerana pada bacaan
tahiyyat ada dua kalimat syahadat, , manakala disebut tahiyyat kerana dimulai
dengan kata-kata ATTAHIYYATU, yang beerti penghormatan . Tasyahhud ada dua
jenis , iaitu tasyahhud awal dan tasyahhud akhir.
التَّحِيَّاتُ الْمُبَارَكَاتُ الصَّلَوَاتُ الطَّيِّبَاتُ ِللهِ ، السَّلاَمُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكاَتُهُ السَّلاَمُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللهِ الصَّالِحِيْنَ . أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ الله وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ الله. اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّد .
TASYAHHUD AKHIR
Tasyahhud akhir dilakukan ketika
duduk tasyahhud akhir (penghabisan) . Duduk tasyahhud akhir ini berlaku pada
rakaat yang ketiga ( untuk solat maghrib) atau rakaat ke empat pada solat zuhur
, asar dan isyak dan rakaat kedua untuk
sembahyang subuh.
Ketika duduk tasyahhud akhir ini
punggung didudukkan di atas lantai , kaki kiri dimasukkan ke bawah kaki kanan
dan kaki kanan ditegakkan .
Adapun bacaan tasyahhud / tahiyyat
akhir ialah seperti berikut :
التَّحِيَّاتُ الْمُبَارَكَاتُ الصَّلَوَاتُ الطَّيِّبَاتُ ِللهِ ، السَّلاَمُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكاَتُهُ السَّلاَمُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللهِ الصَّالِحِيْنَ . أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ الله وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ الله. اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّد وعلى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّد كَمَا صَلَّبْتَ عَلَى سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدَنَا مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ فِيْ الْعَالَمِيْنَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْد
Selepas itu disambung dengan membaca
doa di bawah ini:
اَلْلَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُبِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ وَمِنْ عَذَابِ القَبْرِ وَمِنْ فِتْنَةِ المَحْيَا وَالمَمَاتِ وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ المَسِيْحِ الدَجَّالِ. يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوْبِ ثَبِّتْ قُلُوْبَنَا عَلَى دِيْنِكَ وَعَلَى طَاعَتِكَ .
SALAM
Setelah selesai membaca tahiyyat
akhir, kemudian kita memberi salam , iaitu dengan memalingkan kepala ke kanan
sehingga ke pipi kanan nampak seluruhnya dari arah belakang sambil mengucapkan
kata salam, iaitu :
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ الله
Selanjutnya di susuli dengan salam
kedua iaitu menoleh ke kiri, sehingga pipi yang kiri juga kelihatan jelas dari
arah belakang sampai mengucapkan salam:
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ الله
DOA QUNUT
Sekiranya kita melakukan solat SUBUH
maka ianya disunatkan membaca doa qunut selepas bangkit dari ruku` pada rakaat
yang kedua.
اللَّهُمَّ اهْدِنِي فِيْمَنْ هَدَيْتَ ، وَعَاْفِنِي فِيْمَنْ عَافَيْتَ ، وَتَوَلَّنِيْ فِيْمَنْ تَوَلَّيْتَ ، وَبَارِكْ لِي فِيْمَا أَعْطَيْتَ ، وَقِنِي شَرَّ مَا قَضَيْتَ ، فَإِنَّكَ تَقْضِيْ وَلاَ يُقْضَىعَلَيْكَ ، فَإِنَّهُ لاَ يَذِلُّ مَنْ وَالَيْتَ ، وَلاَ يَعِزُّ مَنْ عَادَيْتَ تَبَارَكْتَ رَبَّناَ وَتعَالَيْتَ , فَلَكَ الْحَمْدُ وَلَكَ الشُّكْرُ عَلَى مَا قَضَيْتَ , فَنَسْتَغْفِرُكَ وَنَتُوْبُ إِلَيْكَ , وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّم
No comments:
Post a Comment