Thursday, April 25, 2013

KELEBIHAN SELAWAT NABI SAW

1) MEMPEROLEHI PERHUBUNGAN YANG RAPAT DENGAN NABI S.A.W

Hadis yang diriwayatkan oleh sahabat Ausin r.a, katanya Nabi s.a.w bersabda:

"Perbanyakkanlah olehmu sekalian membaca selawat untukku pada hari Jumaat kerana sesungguhnya selawatmu itu ditampakkan/disampaikan kepadaku.


2) MENDAPAT PELUANG MEMASUKI & MENJADI PENGHUNI SYURGA
Sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abdul Rahman bin Auf bahawa Nabi s.a.w bersabda:

"Telah datang kepadaku Malaikat Jibril & berkata:

"Hai Muhammad, tidak seorangpun yang membaca selawat untukmu kecuali (semuanya) dibacakan selawat oleh 70,000 malaikat & barangsiapa yang dibacakan selawat oleh para malaikat, maka dia tergolong ahli syurga."


3) MENGHILANGKAN KESUSAHAN

Sabda Nabi Muhammad s.a.w:

"Barangsiapa membaca selawat untukku tiap-tiap hari 500 kali maka dia tidak akan fakir/miskin buat selama-lamanya.
"


4) SENTIASA BERSAMA MALAIKAT RAHMAT

Nabi s.a.w bersabda:

"Barangsiapa yang membaca selawat  untukku kerana mengagungkan (menghormati) aku maka Allah menciptakan dari selawat itu satu malaikat yang mempunyai 2 sayap; satu sayap di timur & satu sayap di barat, sedang 2 kakinya di bawah bumi ketujuh & lehernya sampai ke Arasy & Allah berfirman kepada malaikat tersebut,

"Bacalah selawat, mohonkanlah  kesejahteraan untuk hamba-Ku ini sebagaimana dia telah membaca selawat untuk Nabi-Ku Muhammad s.a.w".

Maka Malaikat itupun membaca selawat (memohonkan kesejahteraan) untuknya sehingga hari kiamat.

5) BERKESEMPATAN MINUM DI TELAGA NABI S.A.W

Nabi Muhammad s.a.w bersabda:

"Sesungguhnya akan dikembalikan ke telagaku nanti pada hari kiamat suatu kaum yang aku tidak mengetahui mereka kecuali kerana mereka banyak membaca selawat untukku."

6) MENGABULKAN SEGALA HAJAT

Diriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda:

"Sesungguhnya Allah mempunyai para malaikat sebanyak 70 yang sentiasa berjalan/bertebaran di muka bumi serta menyampaikan kepadaku salam daripada umatku. Apabila ada seseorang umatku yang membaca selawat untukku dalam sehari 100 kali, maka Allah mengabulkan 100 hajatnya; 70 di antara hajat itu di akhirat & 30 di dunia."

7) MENJADI SINAR (CAHAYA) PADA HARI KIAMAT

Dari Abi Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:

"Barangsiapa membaca selawat 100 kali untukku pada hari Jumaat, maka pada hari kiamat kelak dia datang dengan bersinar; sekiranya sinar itu dibahagi-bahagikan kepada semua makhluk nescaya mencukupi."


8) TERHINDAR DARIPADA SIFAT-SIFAT MUNAFIK

Anas r.a berkata bahawasanya Nabi s.a.w bersabda:

"Barangsiapa membaca selawat untukku sekali maka Allah memberikan kepadanya 10 selawat. Barangsiapa membaca selawat untukku 10 kali maka Allah memberikan kepadanya 100 selawat & barangsiapa membaca selawat untukku 100 kali maka Allah memcatat pada 2 matanya (baginya) 2 kebebasan;

Terhindar daripada sifat munafik & terhindar dari neraka."


9) MENDAPAT KEUTAMAAN PADA HARI KIAMAT

Nabi s.a.w bersabda:

"Sesungguhnya orang yang paling utama pada hari kiamat bagiku adalah yang paling banyak selawatnya untukku."

10) MALAIKAT MENOLONG MEMOHONKAN AMPUN DOSANYA

Nabi s.a.w bersabda:

"Barangsiapa menulis selawat untukku (menulis lafaz selawat) dalam sebuah kitab, maka para malaikat tetap memohonkan keampunan baginya selama namaku masih tertulis di dalam kitab."

No comments: