Thursday, January 15, 2015

Tahun 2014 Meninggalkan Banyak Peristiwa Duka

Daku Amat Menyintai Mu

SESUNGGUHNYA tahun 2014 yang baru sahaja berlalu adalah tahun yang menggamit pelbagai peristiwa kepada kita sebagai rakyat Malaysia. Ia pasti dikenang sebagai tahun yang banyak meninggalkan memori duka kepada rakyat negara ini. Ujian demi ujian datang bertimpa-timpa bermula sejak awal tahun sehinggalah ke penghujung tahun 2014. 

Tahun 2014 meninggalkan banyak memori duka
Mengimbau kembali beberapa peristiwa duka 2014

Pada tahun 2014, rakyat Malaysia berdepan ujian getir iaitu nilai mata wang Ringgit susut di pasaran dunia. Krisis ekonomi sedikit sebanyak memberi kesan kepada rakyat Malaysia yang sebelum ini dibebani kos sara hidup dan harga rumah yang semakin tinggi. Mereka yang biasa ke luar negara untuk urusan bisnes pasti merasai kesan krisis ekonomi ini. 

Selain dua berita di atas, dalam tahun 2014 juga terdapat serangkaian lagi peristiwa getir yang meninggalkan memori duka yang mendalam kepada rakyat Malaysia. Ada di antara peristiwa tersebut masih menjadi perbualan hangat sehingga ke hari ini. Berikut di bawah ini daku senaraikan beberapa peristiwa tersebut : 

Daku Amat Menyintai Mu

Febuari : kemarau 

Beberapa negeri terutama Kelantan, Melaka dan Negeri Sembilan terbabit dengan kerosakan tanaman akibat penurunan paras air di sungai-sungai utama. Di Kelantan lebih 100 hektar tanaman padi musnah apabila paras air Sungai Kelantan turun mendadak. 

Daku Amat Menyintai Mu

Febuari-Mac : Catuan Air 

Tempoh selama tiga minggu merupakan tempoh yang paling sukar dan menyeksakan dalam kehidupan kebanyakkan penduduk di Lembah Klang dan Selangor. Musim kemarau yang bermula semenjak pertengahan Januari 2014 bukan sahaja tidak menunjukkan tanda-tanda akan berakhir tetapi penduduk pula dibebani dengan masalah bekalan air. 

Daku Amat Menyintai Mu

Mac : Pesawat MAS MH370 Hilang 

Pasti kita masih segar dengan tragedi MH370 yang hilang secara misteri, hinggakan bukan saja kita malah dunia juga buntu mengenai pesawat yang masih gagal dikesan hingga ke hari ini. Bolehlah dikatakan inilah tragedi yang mula-mula mendapat tumpuan sepanjang tahun 2014. Pada 8 Mac 2014 yang lalu pesawat MAS MH370 dalam perjalanan membawa 239 penumpang dan anak kapal dari Kuala Lumpur ke Beijing didapati hilang daripada radar Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) pada 1.30 pagi 120 batu nautika di timur perairan Kota Baharu, Kelantan. 

Daku Amat Menyintai Mu
MISTERI : Pesawat MH370 menyasar jauh dari laluan asal. Dihijack?

Sehinggalah Perdana Menteri, Najib Razak mengumumkan penerbangan yang diketuai juruterbang Kapten Zaharie Mohd Shah dan pembantunya Fariq Abdul Hamid telah berakhir ditengah Selatan Lautan Hindi pada 24 Mac 2014. Nasib penumpang pesawat MH370 kekal misteri sehingga hari ini dan bersamaan dengan itu juga timbul pelbagai spekulasi di media sosial. Gerakan mencari dan menyelamat (SAR) yang digerakkan adalah yang paling besar dan yang paling mahal dalam sejarah melibatkan kerjasama pelbagai negara asing. 

 Artikel lanjut : MH370 : Kronologi Dari 8 - 24 Mac 

Daku Amat Menyintai Mu

Jun : Jerebu 

Masalah cuaca kering yang melampau ditambah pula dengan kualiti udara yang makin merosot kerana jerebu menjadikan peduduk semakin rimas. Keadaan cuaca kering kali ini boleh dianggap yang paling ekstrem dalam sejarah negara. Ini kerana terdapat banyak tempat di seluruh negara yang sudah tidak menerima hujan sejak dua bulan lalu. 

Terdapat 13 kawasan yang mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat terutamanya di kawasan Selangor seperti di Banting, Kuala Selangor dan Pelabuhan Klang. Beberapa kawasan lain turut mempunyai bacaan indeks pencemaran udara tidak sihat termasuklah di Putrajaya, Nilai di Negeri Sembilan dan juga Bukit Rambai di Melaka. 

Kebakaran di Sumatera Tengah, Indonesia, punca sekali lagi Malaysia mengalami jerebu di beberapa kawasan pantai barat Semenanjung dan Lembah Klang. Menurut kenyataan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE), keadaan berjerebu dengan bacaan IPU tidak sihat dan sangat tidak sihat dipengaruhi pencemaran jerebu merentas sempadan. Peta imej satelit National Oceanic and Atmospheric Administration (NOAA) yang dikeluarkan oleh ASEAN Specialised Meteorological Center (ASMC) menunjukkan lingkaran asap jerebu sederhana dari kawasan kebakaran di Wilayah Riau, Sumatera Tengah ditiup ke arah kawasan tengah dan utara Pantai Barat Semenanjung. 

Pembakaran terbuka di dalam negara telah memburukkan lagi keadaan berjerebu. Pihak bomba sudah penat memadamkan kebakaran terbuka yang dilakukan oleh pihak atau individu tidak bertanggungjawab hingga menyebabkan kualiti udara bertambah kritikal. 

Daku Amat Menyintai Mu

Julai : Pesawat MAS MH17 Ditembak Jatuh 

Belum reda kehilangan MH370, Malaysia sekali lagi menjadi tumpuan dunia dengan insiden hiba lagi menyayat hati mengenai pesawat MH17 yang ditembak jatuh di atas ruang udara Ukraine. Lebih merobek hati dan menyentap perasaan kita apabila tragedi yang berlaku dalam bulan Ramadan itu telah mengorbankan keseluruhan 298 penumpang dan anak kapal pesawat MH17. Pesawat MAS MH17 terhempas di wilayah Donetsk, timur Ukraine yang dipercayai telah ditembak jatuh oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Namun sehingga ke hari ini masih belum ada mana-mana pihak yang tampil mengaku bertanggungjawab. Kerajaan Ukraine dan Russia yang berbalah saling menunding jari. 

Daku Amat Menyintai Mu
TRAGEDI : Pesawat MH17 ditembak jatuh di atas ruang udara Ukraine

Penerbangan pesawat MH17 dari Amsterdam, Belanda ke Kuala Lumpur menggunakan pesawat Boeing 777 berlepas 12:14 pagi waktu tempatan pada hari Khamis 17 Julai 2014iaitu 15 minit terlewat daripada jadual penerbangan asal berdasarkan rekod penerbangan. 

 Artikel lanjut : MH17 : Penerbangan Paling Emosi - Missman 

Daku Amat Menyintai Mu

Disember : Banjir Besar Di Negeri Pantai Timur 

Menjelang akhir 2014, kita disajikan dengan khabar kurang gembira. Berita banjir besar melanda tanah air, terutama negeri di Pantai Timur. Sebuah keluarga yang berkunjung ke dua negeri yang teruk dilanda banjir iaitu Kelantan dan Terengganu baru-baru ini, berkongsi pengalaman melihat fenomena bencana alam ini. Rancangan awal keluarga tersebut mahu membeli-belah di Rantau Panjang terpaksa dibatalkan apabila semua jalan menuju ke tempat popular itu ditutup kepada awam. 

Di kiri dan kanan, dia melihat rumah ditenggelami air hingga ada yang nampak atap saja. Dia juga menceritakan detik cemas terpaksa mengharungi banjir yang mengalir deras seperti air sungai ketika dalam perjalanan ke Pasir Mas. 

 Artikel lanjut : Banjir 2014 : Keadaan Terkini Di Tujuh Negeri 

Daku Amat Menyintai Mu

Penghujung Disember : Pesawat AirAsia QZ8501 Terhempas 

Pesawat AirAsia jenis Airbus A320-200 dengan nombor penerbangan QZ8501 adalah milik AirAsia Indonesia. Membawa seramai 155 penumpang dan 7 anak kapal, ia sepatutnya berlepas 5.36 pagi (waktu Indonesia) dan dijadual tiba pukul 8.30 pagi (waktu Singapura) dari Surabaya untuk menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Singapura pada28 Disember 2014. Warganegara penumpang dan anak kapal adalah dari Singapura, Malaysia, Britain, Perancis, Korea Selatan dan Indonesia. Kali akhir ia dikesan dalam saluran komunikasi dengan pihak kawalan lalu lintas udara (ATC) adalah ketika ia melintasi kawasan antara Tanjung Pandan, Pulau Belitung dan Pontianak di Kalimantan Barat. 

Daku Amat Menyintai Mu
TERHEMPAS : Pesawat QZ8501 ditemui dilaluannya di Laut Jawa

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa nahas pesawat AirAsia QZ8501 yang terhempas di perairan berhampiran Pangkalan Bun, Kalimantan Tengah masuk hari ke-5. Ketua SAR, Bambang Soelistyo mengumumkan setakat ini pasukan menyelamat telah menemui 30 jasad daripada pesawat malang berkenaan. 

 Artikel lanjut : Pesawat AirAsia QZ8501 Disahkan Terhempas 

Semoga 2015 memberi sinar dan harapan baru untuk kita semua, Insya Allah. 

No comments: