Sunday, January 11, 2015

BRIM 2015




Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 2015) akan dilaksanakan secara berperingkat kepada pemohon baru dan penerima sedia ada jika permohonan mereka diluluskan
Setiap permohonan dan maklumat kemaskini yang dikemukakan oleh pemohon baru dan penerima sedia ada, akan disemak dengan beberapa agensi yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia bagi memastikan maklumat diberikan itu menepati syarat kelayakan dikehendaki
PEMBAYARAN BR1M 2015
Bagi setiap pemohonan yang diluluskan dan berjaya akan mendapat manfaat nilai BR1M seperti berikut
Kategori Isi Rumah
RM950
Pendapatan Kasar BulananRM3000 dan kebawah (termasuk warga emas)
Cara Pembayaran DiterimaDibayar sebanyak tiga kali setahun iaitu
  • RM300 : 28 Januari dan 28 Mei
  • RM350 : 28 September
RM750
Pendapatan Kasar BulananRM3,001 hingga RM4,000 (termasuk warga emas)
Cara Pembayaran DiterimaDibayar sebanyak tiga kali setahun iaitu
  • RM200 : 28 Januari dan 28 Mei
  • RM350 : 28 September
Kategori Individu Bujang 21 Tahun Keatas
RM350
Pendapatan Kasar BulananRM2,000 kebawah
Cara Pembayaran DiterimaDibayar sekali gus mulai 28 Januari 2015
DUIT MASUK DALAM AKAUN BANK PENERIMA
Pembayaran akan dibuat mulai tarikh yang dinyatakan menerusi akaun bank penerima berdasarkan maklumat nombor akaun simpanan diberikan oleh penerima semasa melengkapkan maklumat permohonan baru atau kemaskini
CARA BUAT SEMAKAN PERMOHONAN
Untuk mengetahui permohonan diluluskan atau tidak, pemohon boleh membuat semakan melalui kaedah berikut
Semakan secara online
Hubungi Talian Bantuan
Menghubungi talian bebas tol 1800-88-2716 (LHDNM) atau 03-8882 4565/4566 (Kementerian Kewangan) ataupun emel ke br1m@treasury.gov.my
Keputusan permohonan pemohon juga akan dimaklumkan melalui surat jawapan yang akan dihantar ke alamat kediaman seperti terdapat dalam rekod


Pautan sumber : http://www.mysumber.com/bila-duit-br1m-2015-dapat-dan-masuk-akaun.html#ixzz3OVhdP3un

No comments: