Surah Taha
adalah surah yang ke 20, juzuk 16. Surah yang baik untuk melembut hati
yang keras terutama sekali dibacakan kepada ahli keluarga yang keras
hati, malas dan degil untuk beribadat kepada Allah SWT. Boleh diamalkan
sebagai ayat pendinding diri. Ayat 1 hingga 5 yang dibaca oleh Saidina
Umar Al-Khattab r.a yang pada masa dan ketika itu belum lagi memeluk
Agama Islam, tersentuh hatinya dan beliau terus memeluk agama Islam pada
hari itu juga dihadapan Nabi Muhammad SAW.
Beliau seorang
yang berani semasa kafir dan bertambah berani sesudah beriman. Sifat
berani dan garang sehingga iblis atau syaitan pun tidak berani melintas
dihadapan beliau lari lintang pukang jika bersua dengan Saidina Umar,
inikan pula kita yang lemah semangat.
Semasa Nabi
Muhammad s.a.w. mula menyebarkan Islam secara terang-terangan, Saidina
Umar mempertahankan ajaran tradisi masyarakat Quraisy. Saidina Umar
ialah antara orang yang paling kuat menentang Islam pada masa itu.
Menurut ahli
sejarah Islam, semasa Saidina Umar dalam perjalanan untuk membunuh
Rasulullah s.a.w., beliau bertembung dengan seseorang yang mengatakan
bahawa beliau haruslah membunuh adik perempuannya dahulu memandangkan
adiknya telah memeluk Islam.
Saidina Umar
pergi ke rumah adiknya dan mendapati adiknya sedang membaca Al-Quran.
Dalam keadaan yang marah dan kecewa beliau memukul adiknya. Apabila
melihat adiknya berdarah, beliau meminta maaf dan sebagai balasan beliau
akan membaca secebis ayat Al Quran kepada adiknya. Beliau berasa
terharu apabila membaca dan mendengar ayat-ayat Al Quran yang begitu
indah sehinggakan beliau memeluk Islam pada hari itu juga. Itulah
kelebihan Surah Taha yang dibaca oleh beliau.
Selepas
peristiwa terbabit, beliau berjanji akan melindungi Islam sehingga ke
titisan darah terakhir. Dia menjadi khalifah kedua Islam pada 23 Ogos
(633-644) bersamaan 22 Jamadilakhir tahun 13 Hijrah dan merupakan salah
satu khalifah di dalam Khulafa al-Rasyidun.
Sebuah hadith dari Ibnu Abbas yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah bahawa Rasulullah SAW berkata:
"Apabila Umar memeluk Islam, Jibril pun datang dan berkata: "Ya Muhammad, sesungguhnya seluruh makhluk langit bergembira dengan islamnya Umar"
Setelah memeluk
Islam, Rasulullah SAW telah mengelarnya sebagai Al-Faruq kerana dapat
membezakan di antara perkara yang benar dan bathil. Ketika ditanya oleh
para sahabat bagaimana dia mendapat gelaran tersebut, Saidina Umar
menjawab : "Pada suatu hari, Aku bertanya kepada Rasulullah SAW : "Ya
Rasulullah SAW, adakah kita dalam kebenaran ?"
Jawab Rasulullah SAW: "Benar"
Aku berkata lagi: "Kenapakah kita beribadah secara sembunyi ?"
Kemudian kami
masuk ke Masjidil Haram membuat dua syaf, satu saya dan satu lagi
Saidina Hamzah (berjemaah). Maka semua orang KAFIR Quraisy melihat ke
arah kami berdua dengan perasaan yang sangat marah yang tidak pernah
mereka terjadi sebelum ini, lalu Rasulullah SAW mengelarkan aku
Al-Faruq!
Dengan islamnya
Umar, maka umat Islam yang sebelum itu sentiasa ketakutan menjadi kuat.
Mereka telah berani solat secara terang-terangan di BaitulLah khususnya
setelah peristiwa di atas. Di samping itu juga, orang Quraisy juga
tidak berani menganggu orang Islam yang sedang beribadah kerana takut
kepada Umar.
Maksudnya:
- Taa. Haa.
- Kami tidak menurunkan A-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan.
- Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut yang melanggar perintah Allah.
- Al-Quran diturunkan dari tuhan yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi.
- Ia-itu Allah Ar-Rahmaan,yang bersemayam diatas 'Arasy.
Bacaan Untuk Anak/Suami Yang Degil Yang Tak Mahu Solat
Baca doa ini 3 x
dan dihembuskan semasa anak/suami anda sedang tidur pada hidungnya
semasa ia sedang menarik nafas masuk. Lakukan sekurang-kurangnya 7 malam
semasa anak /suami sedang tidur nyenyak. InsyaAllah...
dipetik dari syurgajamila.blogspot.com
No comments:
Post a Comment