Assalamualaikum.. Semalam, saya
tidak bercadang kemana-mana ekoran seharian menahan sakit akibat gout. Sekitar
jam 11 malam, sahabat lama saya (Fadli) datang ke rumah bersama adiknya. Tujuan
mereka datang adalah kerana pinta saya ikhtiarkan mengubati Pak Cik mereka yang
mengalami masalah sihir.
Kalau orang lain memang saya akan
menolak. Tapi bila mengenangkan si Fadli ni kawan lama saya sejak dari darjah 1
dan kami pernah susah-senang bersama ketika bujang dulu, maka saya terima
perlawaannya. Diringkaskan cerita, saya pulang ke rumah jam 3:10 pagi.
Lapar pulak perut saya bila sampai
di rumah. Maka saya ajak isteri menemani saya makan di luar, di restauran yang
hanya 2 kilometer dari kediaman kami. Sekitar jam 4 pagi, kami sudah ada di
rumah. Mungkin kerana terlampau penat, saya terus lena sebaik saja kepala menghempas
bantal.
Sebelum tidur, memang saya selalu
bacakan Al-Kautsar 11 kali dan kemudian nyatakan seperti ini, “Ya Allah, kalau
ada sesuatu untukku / pesakitku / penyakitku / apa saja, kau tunjukkanlah.”
Entah kenapa malam tu saya terniat MH37O……
Saya melihat 2 pesawat terbang di
udara. Sebuah adalah MH370 dan saiz kapal yang satu lagi lebih kecil berbanding
MH370 tetapi bukan jenis kapal terbang tempur. Kapal terbang yang satu lagi itu
juga bukan jenis pesawat komersial. Pada pendapat saya yang tidak arif tentang
model kapal terbang, saya andaikan itu adalah pesawat persendirian.
Kedua-dua kapal itu terbang rendah
di persisiran pantai yang kedudukan geografinya berbatu-batu besar. Saya kira
pantai sebegitu bukan destinasi pelancongan kerana persisirannya membahaya
untuk didiami..
Saya kemudian diperlihatkan suasana
yang berlaku dalam kapal terbang MH370. Dari ruang penumpang, saya lihat
masing-masing cemas di tempat duduk masing-masing. Melilau saya berjalan di
dalamnya mencari krew penerbangan. Rupanya pramugari dan pramugara duduk di
ruang belakang dan ruang depan berdekatan almari simpanan makanan. Ada dua bayi
yang saya lihat menangis sambil ditenangkan ibu masing-masing. Mereka
seolah-olah diberi amaran untuk tidak beralih dari tempat duduk. Wajah mereka
ketakutan sama sekali.
Saya berjalan menuju ke ruang
kemudi. Memang pelik bila saya lihat Kapten kapal dan pembantunya berhempas
pulas menekan suis-suis yang ada dan cuba memusing stereng kawalan. Sepertinya,
kapal terbang itu dikawal secara auto. Cemas wajah kedua-dua juruterbang
tersebut.
Tiba-tiba, saya rasakan kapal
terbang itu melencong ke kiri dan naik tinggi secara mendadak. Berhempas pulas
Kapten cuba mengawal stereng pandu namun tiada apa-apa kesan. Tidak semena-mena
kapal itu turun menjunam, kemudian terbang stabil membelah lautan. Saya
terdengar suara di corong radio.
“You don’t ever try to change the
route. There are no chance to turn back to your country. We control everything,
we knew what you done inside”
Pemandangan saya ditarik keluar dari
luar kapal terbang MH370. Saya seperti terbang di awan-awangan melihat
kedua-dua pesawat di permukaan lautan yang saya tidak tahu namanya. Tiba-tiba,
saya lihat pesawat yang satu lagi melepaskan sesuatu ke depan yang kemudian
turun menjunam ke air sehala laluan MH370.
Kemudian, ruang air yang ditimpa
‘benda’ itu membuahkan letupan yang amat besar. Kapal terbang MH370 kemudian
melalui ruang tersebut dan disedut ke dalam air dari ekor pesawat. Kelihatan
ruang air di bawahnya berputar. Kapal terbang MH370 menjunam ke dalam air dari
bahagian ekornya. Beberapa kali ia berpusing sebelum hilang dari pandangan.
Pesawat yang satu lagi melencongkan
arahnya ke kiri dan terbang membelah awan. Saya masih di situ, memerhati
kejadian yang tak pernah saya lihat dalam hidup. Sebaik saja air pusaran
hilang, saya lihat dua serpihan besi terapung-apung di permukaan air. Serpihan
itu terumbang ambing mengikut gelombang ombak yang ganas.
Saya tidak tahu apa yang berlaku
pada nasib penumpang di dalam MH370.. Menitis air mata bila melihat kejadian
itu. Tiba-tiba saya tersedar dari tidur… Termenung saya memikirkan mimpi yang
dialami.
Saya berharap itu semua hanyalah
mainan tidur dan sangat-sangat berharap kesemua penumpang di dalam MH370 masih
hidup.. Sama-samalah kita berdoa akan keselamatan mereka..
Amin. – USTAZ DARUL MANZIL
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
MH370: MIMPI NGERI KEDUA USTAZ
BERTEMU PENUMPANG PESAWAT DI SEBUAH PULAU
#MH370: LAGI MIMPI NGERI USTAZ BERTEMU PENUMPANG PESAWAT DI SEBUAH PULAU
Mereka kemudiannya dipisahkan antara
jantina dan tangan mereka diikat dengan Cable-Tight di belakang. Seluruh tubuh
mereka diperiksa dan barang yang ada termasuk duit syiling dirampas. Tiada
seorang pun yang berani bersuara.
Mimpi MH370 – Petunjuk Ke-2: Back to
the Past
(Baca Sahaja…. Percaya Jangan… Hanya
Mainan Tidur…)
Assalamualaikum.. Semalam (malam
Jumaat), saya tersedar sekitar jam 3:15 pagi. Mungkin sebab rasa panas kerana
penghawa dingin sengaja tidak dipasang. Anak saya seramai 5 orang semuanya
diserang demam dan batuk selsema. Atas nasihat doktor petang kelmarin, penghawa
dingin jangan dibuka selagi mereka belum sembuh untuk mengelak serangan penyakit
berulang dan mudah merebak.
Oleh kerana mata tidak pula mahu
lelap, saya membuka FB di laptop saya. Macam biasa, selepas viral MIMPI MH370,
ada saja ‘friend request’. Saya hanya memerhati post dan komen yang ada.
Kira-kira setengah jam selepas itu, saya menutup laptop saya dan mandi.
Walaupun kata orang tak elok mandi lewat malam, tapi kerana keadaan badan yang
panas berpeluh, maka saya teruskan juga niat tersebut.
Selesai mandi dan berpakaian, saya
baring di katil. Puas dicuba, saya tetap tidak rasa mengantuk. Tiba-tiba saya
rasa berdebar. Saya tertanya-tanya dan cuba mencari punca. Nampaknya masih
tiada jawapan yang saya dapat. Debaran semakin kuat…..
Maka, saya ambil bauan ros merah dan
saya bacakan surah Az-Zumar:23 beberapa kali. Alhamdulillah, saya rasa tenang
dan mata mula mengantuk…
Saya dikejutkan dengan bunyi
beberapa buah kenderaan. Bila saya membuka mata, saya berada di belakang sebuah
jip yang terbuka. Ada beberapa lagi kenderaan yang sama di depan dan di
belakang saya. Kesemua jip ini menuju ke arah sebuah kapal terbang yang masih
belum dimatikan enjinnya. Walaupun saya berada di dalam jip tersebut, pemandu
dan penumpang semuanya seakan-akan tidak dapat melihat saya. Mereka semuanya
berceloreng warna biru lengkap dengan senjata.
Bila dekat dengan kapal terbang
tersebut, hati saya melonjak gembira.. “MH370..!!!!!!! Tapi sekarang ni di
mana?” Hati saya bertanya sendiri.
Setelah diletakkan tangga besi,
pintu kapal terbang terbuka. Mula-mula saya lihat hanya seorang yang keluar sambil
mengangkat kedua-dua tangan kanannya. Orang yang dimaksudkan tak lain tak bukan
adalah Kapt. Zaharie. Perlahan-lahan dia menuruni tangga dan berjumpa dengan
orang yang paling dekat dengan tangga tersebut. Saya kira orang itu pegawai
atasan kerana melihat banyak lambang di sisi kanan serta kiri bahunya.
Setelah bercakap yang saya kira
lebih kurang 10 minit (perbualan nampak tegas, Kapten jelas ketakutan di
wajahnya). Di mengisyaratkan agar ke semua penumpang turun. Dimulai dengan
Co-Pilot, krew dan seluruh penumpang. Kesemua mereka nampak terkejut dan
ketakutan.
Kesemua mereka saya lihat dipaksa
berjalan kaki dengan pengiring bersenjata ke sebuah dewan. Bila dilihat macam
hangar tempat simpanan kapal terbang. Apa yang saya hairan, ada lagi 3 buah
kapal yang sama jenis, warna dan bertulis MALAYSIA di situ….
Mereka kemudiannya dipisahkan antara
jantina dan tangan mereka diikat dengan Cable-Tight di belakang. Seluruh tubuh
mereka diperiksa dan barang yang ada termasuk duit syiling dirampas. Tiada
seorang pun yang berani bersuara.
Kemudian, mereka dipisahkan lagi
kepada kumpulan yang lebih kecil. Kepala mereka diselubung dengan kain dan
dibawa dengan jip secara berperingkat. Kumpulan terakhir yang dibawa adalah
kumpulan Kapten Zaharie. Saya turut sama naik di belakang jip untuk mengetahui
kemana kumpulan ini di bawa.
Mereka dibawa ke sebuah bilik
berdinding zink. Di dalamnya tiada sebarang lampu dan suhunya amat membahang.
Mereka diberi amaran untuk tidak bercakap sesama sendiri semasa mereka masih di
situ. Ada seorang lelaki dalam kumpulan itu cuba minta izin untuk ke tandas,
tapi bukan izin yang dapat, di dimarahi dan di acu senapang ke dahinya. Lelaki
itu angkat tangan sambil menangis. Mujurlah tiada apa yang berlaku.
Dari dalam bilik tersebut, sesekali
saya mendengar bunyi kicauan burung-burung. Ada juga kedengaran bunyi
helicopter yang terbang rendah di udara. Saya menjenguk ke luar bilik dan lihat
banyak sekali burung-burung berwarna putih terbang berkicauan..
Selama 2 hari saya berada di situ,
saya lihat kumpulan Kapten Zaharie tidak di apa-apakan. Mereka diberi makan
pada waktu pagi, tengah hari dan petang. Mereka juga dibekalkan 1 gelen air
basuhan. Untuk keluar dari bilik adalah dilarang sama sekali. Kumpulan lain
saya tidak tahu dimana mereka berada.
Tepat tekaan saya bila saya
mengambil keputusan untuk melilau di tempat itu. Ia adalah sebuah pulau kecil
yang diubah suai. Di situ adalah tempat pendaratan kapal terbang dan MH370
masih di situ sebagaimana hari ia tiba. Saya ke sana bila melihat ada 2 buah
jip terletak berdekatan tayar belakang. Saya masuk melalui ruang tayar tersebut
dan nampak beberapa orang lelaki sedang membuat penyambungan litar. Mereka
sambungkan dengan 1 kotak berlampu yang juga mempunyai wayar.
Saya keluar dari pesawat bila
mendengar ketibaan jip dari luar. Dari situ, saya lihat mereka memunggah
beberapa kotak kayu masuk ke dalam jip dan beredar.
Saya kembali ke kumpulan Kapten
Zaharie. Sedih saya tengok suasana mereka. Walaupun tiada seksaan fizikal, saya
percaya mental mereka menderita. Mereka nampak lesu dan murung.
Sekitar waktu hampir Subuh, kesemua
mereka dikumpulkan bersama di dewan (tempat sama di hari pertama). Mereka
dipaksa beratur dan masuk dalam bilik sementara (bilik yang hanya ditutup
dengan tabir papan plywood). Bila saya intai apa yang berlaku dalam bilik
tersebut, rupanya mereka di cucuk dengan sejenis cecair ke lengan mereka. Apa
yang saya dengar dari perbualan ‘tukang’ cucuk dengan kawan-kawannya, mereka
guna ubat nama TOLUENA… Saya pun tidak tahu apa tujuan mereka.
Kesemua penumpang MH370 di kerah
untuk naik semula ke kapal terbang mereka. Maka sekali lagi mereka terpaksa
berjalan dan menaiki MH370. Sebelumnya, ada suara mengatakan seorang penumpang
(katanya duduk di kerusi depan) tidak ada. Pihak baju biru yang memeriksa buat
macam tidak dengar aduan mereka.
Kapal terbang itu berlepas pergi dan
disusuli sebuah pesawat yang lebih kecil mengekori mereka. Selepas itu terjadi
peristiwa sebagaimana MIMPI MH370 yang pertama……
Saya dibawa semula ke tempat awal.
Di sini, saya termasuk sebuah bilik yang dalamnya ada banyak komputer dan
radio. Ada sebuah peta dunia yang besar di dinding. Tertarik pula untuk saya
amati lebih dekat pada peta tersebut. Terkejut saya bila ada tanda ‘X’ berwarna
merah di beberapa negara yang saya kenal…
Saya tersedar..
Memang tak pernah saya rasa begitu
takut dalam hidup…. Tapi misteri sepenuhnya belum terjawab.. Adakah saya masih
diberi peluang oleh-Nya..? Wallahu’alam..
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
PERINGATAN…!!
Ini hanya MIMPI… Benar atau Tidak,
jawapannya bukan pada saya. Pandanglah dengan mata hati sahabatku… Sekian..
Ustaz Khairul Syakirin bin Abdul
Wahab.
Pengasas Pusat Rawatan Islam Darul
Manzil
Umur: 32 Tahun
Link: Mimpi ke2