Alhamdulillah. Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW dapat lagi kita menjalani kehidupan pada hari ini dan seterusnya dengan nikmat-nikmat yang tidak terkira dan tidak terhingga diatas nikmat kesihatan yang dikurniaNya.
Selawat syifa adalah salah satu selawat yang sering dikatakan mempunyai pelbagai fadhilat dan kelebihan dan salah satu daripadanya adalah berkaitan dengan kesihatan dan penyembuhan penyakit.
Walaupun pernah dikatakan selawat ini boleh mendatangkan syirik, tapi ianya berlaku bila selawat ini disalahertikan dalam penterjemahannya. Menurut Dato’ Dr. Haron Din, memang terdapat sedikit kekeliruan sekiranya ianya diterjemahkan terus 'ayat by ayat'. Apa yang penting adalah kita perlu ingat bahawa segala penyakit dan musibah yang datang semua dari Allah SWT dan penyembuhnya juga dari ALLAH SWT.
Segala ubat adalah sebagai pengantara atau asbab,dan usaha kita sebagai hambaNYA yang tetap yakin Allah SWT adalah musabab dan penentu diatas kesembuhan seseorang dan insyaAllah selawat syifa' juga boleh dijadikan salah satu amalan untuk menyembuhkan penyakit.
SELAWAT SYIFA'
SELAWAT MUNJIYYAH
Salam Pembaca Budiman,
Jika sangat berhajat, eloklah dibaca selawat ini sebelum memulakan doa-doa yang lain. Kita digalakkan untuk selalu berselawat dan berdoa. Berdoa tidak semestinya selepas sembahyang sahaja. Terdapat banyak selawat yang boleh diamalkan dan Selawat Munjiyyah adalah salah satu darinya akan lebih mudah dimakbulkan Allah SWT.
Ertinya:
"Ya Allah, selawat sejahtera ke atas penghulu kami Nabi Muhammad yang dengan berkat berselawat keatasnya akan menyelamatkan kami daripada seluruh kesukaran dan kebinasaan dan menyempurnakan semua hajat kami,juga membersihkan dengannya daripada semua kejahatan dan mengangkat kami dengannya di sisi-Mu setinggi darjat dan membolehkan kami mencapai tinggi matlamat semua kebajikan ketika hidup juga selepas mati. Selawat sejahtera juga keatas keluarga, sahabat baginda dan kesejahteraan yang banyak kepada mereka semua dengan rahmat-Mu wahai Tuhan yang Maha Mengasihani daripada segala yang mengasihani.
Wasallam.
No comments:
Post a Comment