Monday, July 29, 2013

Selawat Fatih

  ِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Selawat Fatih ini mampu membukakan asrar (rahsia) ajaib yang menghairankan oleh akal sesiapa yang dapat membacanya seratus kali setiap hari. Ramai yang mempertikaikan selawat ini tetapi mengejar sesuatu fadhilat itu tidak salah.
Sememangnya naluri manusia inginkan sesuatu sebagai imbuhan, umpamanya pahala dan fadhilat membaca sesuatu selawat. Itulah hikmah diwujudkan fadhilat.
Rasulullah SAW bersabda bahawa ulama itu pewaris Nabi. Tidaklah menjadi kesalahan kalau nak diamalkan kerana ia masih lagi ibadat dan tidak ada pula isi yang berunsurkan apa-apa yang menentang Al-Quran dan As-Sunnah.
.
Selawat Fatih dari  As-Sayyid Abul Makkkarim Asy-Syeikh Muhammad Syamsuddin;
http://shafiqolbu.files.wordpress.com/2011/10/selawat-fatih1.png?w=570
.
.
.
Huraian Makna Selawat Fatih:
.
Ustaz Haji Ahmad Tunggal, Pengerusi Jamaah Wirid Khaujakan Johor, menulis dalam bukunya “Amalan Kecemerlangan Rohani” (1993) seperti berikut:
.
Yang membuka apa yang tertutup – Dunia ini asalnya tidak ada dan masih tertutup. Maka dijadikan dunia ini adalah disebabkan wujudnya Nabi Muhammad  SAW. Kalaulah tidak ada Nabi Muhammad SAW tidaklah akan wujud dunia ini. Allah menjadikan Nabi Muhammad SAW sebagai rahmat bagi sekalian alam. Rahmat dan kenabian bagi sekalian makhluk termasuk manusia, jin dan binatang. Hati manusia juga pada mulanya tertutup dengan syirik, tertutup dengan kezaliman dan kejahilan.
.
Iman, Islam dan akhlak tertutup, semuanya itu dibuka oleh Nabi Muhammad SAW dengan dakwah yang berpandukan kitab Al Quran. Terbukalah kebenaran akidah dan syariat Islam, terbukalah akhlak dan budi pekerti yang luhur, terbukalah keadilan sosial dan terbukalah sebuah negara Islam yang dipimpin oleh Nabi Muhammad SAW yang membuka apa yang tertutup.
.
Dan penyudah (penamat) apa yang telah lalu – Tidak ada Nabi lagi sesudah Nabi Muhammad SAW Juga sebagai penutup berlakunya peristiwa Israk dan Mikraj  dan penutup kitab suci Al Quran.
.
Dan yang menolong kebenaran dengan kebenaran – Pertolongan Nabi Muhammad SAW yang benar ialah Al Quran. Di dalamnya mengandungi segala kelengkapan termasuk akidah, syariat, akhlak, ibadat, bermasyarakat bernegara, falsafah dan mistik. Manusia tidak akan mengetahui kebenaran tersebut tanpa pertolongan Nabi SAW .
.
Dan yang menunjukkan jalan-Mu yang lurus – lalu yang ditunjukkan oleh Nabi SAW adalah jalan yang lurus, betul dan tegak. Ertinya jalan yang lurus itu adalah ialah jalan Islam, jalan selamat sejahtera dan bahagia. Mustakim selain dari makna lurus boleh diertikan yang tetap dan teguh pendirian dalam melaksanakan perintah Allah. Selain dari Nabi SAW  penolong kebenaran ia juga memimpin. Memipin ke jalan yang lurus sejahtera dan selamat.
..
.
Kelebihan Dan Fadhilat Selawat Fatih:
.
Selawat Fatih juga mempunyai keistimewaan yang tersenidiri seperti mana yang telah disusun oleh para ulamak terdahulu. Antara kelebihan Selawat Fatih ialah :
.
1.  Berkata sebahagian ulamak Maghribi, berselawat sekali dengan Selawat Fatih menyamai10 000 atau 600 000 yang lain.
.
2.  Dibaca 11 kali selepas solat fardhu, Allah akan mengampunkan dosa-dosa kecil dan aman tenteram jiwanya.
.
3.  Dibaca 21 kali setiap hari, luas rezeki dan keluarganya selamat dari kesusahan.
.
4.  Sesiapa beristiqamah berselawat Fatih 40 hari, dosanya akan diampuni Allah.
.
5.  Sesiapa mengamalkan  dengan istiqamah, nescaya akan terbuka rahsia keajaiban, menghilangkan dukacita, mendapat hidayah dan tercapai segala hajat. Dan akan menjadi ahli syurga, walaupun hanya membaca sekali seumur hidup.
.
6.  Kebanyakan daripada arifin menyebut bahawasanya selawat ini dapat membukakan asrar (rahsia) ajaib yang terhairan oleh akal sesiapa yang dapat membacanya 100 kali setiap hari,
.
7.  Sesungguhnya sesiapa yang tekun membacanya setiap hari 100 kali dibukakan baginya banyak daripada hijab. Dan hasil baginya daripada anwar. Dan ditunaikan segala keinginannya; dengan qadar yang tidak diketahui melainkan oleh Allah Ta’ala.
.
8. Selawat ini bermanfaat kepada orang Mubtadi, Mutawassith dan Muntahi.
.
9. Sesiapa yang berselawat dengan Selawat Fatih ini sekali dalam hidupnya nescaya tidakakan dijilat api neraka.
.
10. Sesiapa membacanya 1000 kali pada malam Khamis dan Jumaat atau Isnin akan dihimpunkan bersama-sama Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam.
Caranya adalah membacanya selepas bersolat 4 rakaat,
1) Baca surah al-Qadr,
2) Baca al-Zalzalah,
3) Baca al-Kafirun,
4) Baca Ma-’uzatain.
Seeloknya diasapkan dengan gaharu ketika membaca Selawat Fatih.
.
Oleh kerana banyaknya fadhilat Selawat Fatih ini, maka marilah kita amalkan membacanya secara istiqamah.
.
.
Wallahu A’alam Bissowab


والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته

SELAWAT FATIH


http://t0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcTrOri9EMpu1pLH6UspakZ75dW-QPillg-Blm-U2PmAQFNxAJDY6A


اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّد اَلْفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ وَالْخَاتِم لِمَا سَبَقَ والنَّاصِرِ الْحَقِّ بِالْحَقِّ وَالْهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ الْمُسْتَقِيم وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ الْعَظِيْمِ


TerjemahanNya
Ya Allah, Rahmatilah & berilah kesejahteraan serta berkatilah penghulu kami Muhammad, pembuka bagi barang apa yang ditutup dan penamat bagi apa yang telah sudah, penolong bagi yang hak, penunjuk ke arah jalan yang lurus. Allah berselawat ke atasnya, ahli keluarga & sahabat-sahabatnya sebagaimana selayak untuknya sesuai dengan darjat dan kedudukannya yang tinggi dan besar
Selawat Fatih adalah pembuka atau kata lain merungkaikan kepada perkara-perkara yang sulit dalam sesuatu urusan. Begitu juga seperti selawat Syifa' sebagai penyembuh kepada penyakit. Selawat Fatih selalu diamalkan oleh golongan-golongan sufi dan salafus solihin yang hebat-hebat umpamanya Syeikh Abdul Qadir Jailani. Walaubagaimana pun sebagai hambaNya yang serba serbi kurang dalam ibadah digalakkan mengamalkan. 
Memang ada hadis berkenaan bida'ah. Rasulullah S.A.W bersabda bahawa ulama itu pewaris Nabi. Tidaklah menjadi kesalahan kalau nak diamalkan kerana ia masih lagi ibadat dan tidak ada pula isi yang berunsurkan apa-apa yang menentang Al-Quran dan As-Sunnah.

Fadhilatnya.
1. Barang siapa membaca selawat ini 11 kali setiap selepas sembahyang 5 waktu, segala dosa2 kecilnya diampuni Allah s.w.t dan tenteram hati dan jiwanya.
2. Barang siapa membacanya 21 kali setiap hari, Allah akan melapangkan rezeki dan selamat keluarga dari kesusahan serta dijauhkan dari azab neraka.
3. Jika dibaca 100 kali setiap hari akan memudahkan seseorang mendapat jodoh.
Mengejar fadhilat tidak salah. Sebagai hambaNya, nalurinya inginkan sesuatu sebagai imbuhan, umpamanya pahala dan fadhilat. Itulah hikmah diwujudkan fadhilat. Umpamanya seorang yang mengamalkan Surah Al-Waqiah untuk menjadi kaya. Tidak mustahil satu hari nanti kerana kerap diamalkan maka Tuhan tidak pula menambahkan kekayaan duniawinya tetapi sebaliknya mengurniakannya nur, taufik dan hidayah sehingga akhirnya dia ikhlas beramal kerana Allah s.w.t.
"Amalkan selawat yang mudah difaham. Dan kita akan TERASA dekat dengan Rasulullah, rasa dekat dihati".

Wasallam.

No comments: