Diriwayatkan di dalam
Hikayat Merong Mahawangsa, disuatu masa, dunia ini didiami oleh ratusan jutaan
burung-burung dari pelbagai jenis dan warna.Seiring alam dan juga dada langit
berubah-ubah warnanya apabila kumpulan burung-burung yang berjumlah berjuta-juta
terbang ke sana dan ke mari.Sebentar berwarna kuning,sebentar lagi berwarna
kemerahan dan juga kehitaman dan begitulah silih berganti.Alam bertukar dalam
kesukacitaan dunia ketika itu. Burung-burung ini berpenghulukan dua ekor burung
yang teramat besar di dunia ini.Seekor burung Jentayu dan seekor burung Garuda.Dikatakan
kedua-dua ekor ini mengaku bersaudara dan beramat kasih antara satu sama lain.
Burung Jentayu
merupakan burung sakti yang cantik dan membawa unsur air.Bulunya berwarna putih
kebiruan dan ekornya laksana ekor burung merak.Di atas kepalanya terdapat
jambul seperti sebuah mahkota yang berkilauan umpama intan.Manakala burung
Garuda seekor burung sakti yang hebat.Memebawa unsur api dengan bentuk seperti
helang.Berbulu kuning keemasan dan mempunyai tanduk di kepala yang menyala
seperti api.
Kedua-dua burung ini
tugasnya menerima amanah Allah mengatur kehidupan burung-burung yang
lain.Mereka sering dilihat berputar-putaran di langit menigtari alam sambil
membawa dua hawa sejuk dan panas.Adapun di dalam erat persaudaraan itu terselah
perbezaan antara keperibadian kedua-dua ekor burung ini.Jentayu amat meredah
diri,manis pertuturan dan sikapnya,dan juga berdikari.Manakala Garuda panas
baran dan amat mencintai kekayaan dunia.
Di dalam kerajaan
manusia terbahagi kepada 3 kerajaan yang besar. Kerajaan Rom di barat meliputi
benua Eropah dan Asia Utara.Kerajaan Raja Sulaiman ditengah-tengah meliputi Afrika,Timur
Tengah,Asia Tengah,India,dan Nusantara.Kerajaan China ditimur meliputi
Indon-china,China dan juga timur jauh.
Tersebut pada suatu
hari,sedang Jentayu dan Garuda berbual-bual,timbullah satu hal musabab.Garuda
amat berbangga dengan kehebatannya dan ingin mengaut segala kekayaan dunia
untuk dirinya.Jentayu kemudian mengingatkan Garuda bahawa tugas mereka adalah
memenuhi amanah Allah .Sebagai penguasa Mergastua di muka bumi ini dan setiap
diri makhluk mempunyai banyak kelemahan.Nasihat Jentayu itu rupa-rupanya
menyakiti hati Garuda.Lantas dengan ketika itu juga Garuda memerangi Jentayu
dengan segala kesaktian.Jentayu tidak mahu mencetuskan huruhara.Kemudian
Jentayu meminta maaf kepada Garuda,tetapi Garuda tidak memaafkan Jentayu dan
memetuskan hubungan persaudaraan mereka.
Jentayu berduka lara
lantas terbang jauh ke kaki langit.Dalam perjalanan itu, Jentayu singgah di
Negeri Rom dan bertemu dengan Merong Mahawangsa, sepupu Maharaja Rom yang
menyelamatkan dirinya daripada memakan buah Megabayu yang beracun.Sebagai tanda
berterima kasih,Jentayu mengubah dirinya menjadi sebilah panah sakti dan
mengingatkan Raja Merong Mahawangsa agar melapaskan anak panah itu saat raja
itu dalam bahaya.
Setelah
bertahun-tahun pemergian Jentayu, tidak sedetik di hati Garuda terkenangkan
saudaranya itu.Tiba-tiba pecah berita Maharaja Rom akan mengahwinkan puteranya
dengan puteri Maharaja China .Mendegar berita itu,Raja Sulaiman berasa hairan
bagaimana Allah mengatur jodoh manusia sekalipun kedua-dua mempelai berasal
dari negara yang berbeza dan jauh jaraknya antara satu sama
lain."Ketentuan Allah tiada siapa yang dapat menghalangnya"
Garuda yang ketika
itu berada di balai penghadapan itu terdengar madah Raja Sulaiman itu.Garuda
percaya bahawa dirinya dapat menghalang perkahwinan antara putera Rom dan
Puteri Maharaja China dengan menggunakan kesaktiannya.Garuda juga bersumpah di
hadapan Raja Sulaiman,sekirannya dia gagal menghalang perkahwinan antara putera
Rom dan Maharaja China, dia akan mengurung dirinya di dalam kawah gunung berapi.Raja
Sulaiman cuba memberi nasihat kepada Garuda bahawa jangan bersikap sombong.
Garuda lansung tidak
mempedulikan nasihat Raja Sulaiman.Dia bertekad menghalang perkahwinan itu
kerana dia berasa dapat berbuat sedemikian.Langkah pertamanya ialah menyerang
istana Maharaja China.Terlalu ramai bala tentera China yang terkoban.Garuda
mematahkan tingkat atas pagoda istana dan terus membawa puteri Maharaja China
ke Pulau Langkawi .
Rombongan mempelai
putera Rom sudah memasuki Tanjung Harapan. diketuai oleh Raja Merong Mahawangsa
sebagai paman kepada putera Rom.Burung Rajawali yang sedang berlegar di langit
terbang ke Pulau Langkawi untuk menyampaikan khabar kepada Garuda bahawa
mempelai putera Rom sudah tiba di Teluk Benggala.
Di Teluk Baggala
itu,Garuda menyerang dan memusnahkan Jong bahtera Rom yang berjumlah 100 buah
lengkap bersenjata.Anak panah umpama hujan menuju ke arah Garuda.Namun tidak
berupaya melukakannya.Garuda memuntahkan api dari paruhnya menyebabkan habis
kesemua bahtera hancur terbakar.Putera Rom jatuh ke laut dan hilang dari
pandangan.
Di saat genting
itu,Raja Merong Mahawangsa melepaskan anak panak kesaktiannya.Anak panah itu
luncur ke udara umpama kilat putih membelah langit,berputar-putar menjadi
Jentayu berhadapan dengan sahabat lamanya,Garuda.
Peperangan sengit
sudah tidak dapat dielakkan lagi.Satu pertarungan hidup dan mati.Setitis air
mata Jentayu jatuh ke bumi.Pertempuran bermula.Halilintar sabung
menyabung.Ombak beralun tujuh hasta,manakala seluruh Nusantara sudah gempa
dengan dengan api lahar naik membuak-buak akibat tekanan kuasa sakti Garuda dan
Jentayu.
Pertarungan itu ama
memeranjatkan Garuda kerana kekuatan Jentayu seimbang dengan dirinya.Dengan
Seekor Burung Helang dalam pertempuran itu, Jentayu dan Garuda masih sempat
berhubung secara laduni.
"Bersungguh
benar abang Garuda ingin menghapuskan kita" keluh Jentayu. "Aku akan
hapuskan siapa yang berani menghalang rancangan ku,termasuk dirimu
Jentayu"!!! mata Garuda sudah menyorot ganas.
Mereka bertarung
dengan kesaktian yang amat hebat. Jentayu berfikir bahawa sahabtanya Garuda
tetap akan membunuhnya.Jentayu sengaja membuka ruang.Tikaman susuh kiri Garuda
terbenam ke ulu hati Jentayu.Jentayu kehilangan nyawanya di tangan saudaranya
sendiri.Sebelum menghembuskan nafas terakhir,setitis air mata jentayu jatuh ke
dalam laut disambut sang Tiram dan disimpan menjadi mutiara.Jasad Jentayu jatuh
ke dalam laut Khalzum.Di dasarnyalah Jentayu bersemadi.
Garuda bersorak
riang.Terbang mengitari alam mengkhabarkan berita kejayaanya.Raja Sulaiman
mendapat ilham bahawa Putera Maharaja Rom hanyut terdampar di laut Selat Melaka
dan bertemu puteri Maharaja China di Pulau Langkawi.Raja Sulaiman menitahkan
agar Pagoda itu dibawa ke istana baginda.
Sebaik sahaja dibuka
pintu Pagoda itu,Keluarlah putera Maharaja Rom dan Puteri Maharaja China
menghadap Raja Sulaiman.Garuda merasa amat malu akan tindakannya lalu terbang
ke lautan pasifik dan menghumbankan dirinya ke dalam sebuah kawah di sebuah
pulau.
No comments:
Post a Comment