Nabi saw bersabda, “Apabila kamu minum, janganlah bernafas di dalam bejana (bekas minuman) atau meniupnya". (HR Bukhari)
Kajian mengatakan bahawa
apabila kita meniup makanan, karbon dioksida yang sepatutnya
dikeluarkan dari badan akan melekat pada makanan/minuman dan masuk
semula ke dalam badan. Udara ini tidak sepatutnya masuk semula ke dalam
badan kerana ia akan menyebabkan tulang rapuh, lemah badan dan pelbagai
masalah lagi.
Di sebuah Majlis Kimia
di Indonesia, ada yang menjelaskan secara teori, apabila kita hembus
nafas pada minuman, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide dan
apabila bercampur dengan air H20, ia akan menjadi H2CO3 (asid karbonat),
iaitu sejenis dengan cuka dan menyebabkan minuman itu menjadi acidic.
Ini membahayakan tubuh kita.
*Daripada pelbagai sumber
-------------------------------------------------------------------------------------
Sebuah riwayat dari Tsumamah bin Abdullah menyebutkan, "Dahulu Anas bin
Malik RA pernah bernafas di dalam bejana dua kali atau tiga kali, dan
dia mengira Nabi SAW pernah melakukan hal itu." (HR. Bukhari)
Riwayat lain dari Abu Qatadah dan bapanya mengatakan bahawa Rasulullah
SAW bersabda, "Apabila salah seorang di antara kamu minum, maka
janganlah ia bernafas di bejana (gelas)."
"Dan jika salah seorang dari kamu buang air kecil maka janganlah ia
memegang dzakar (kemaluannya) dengan tangan kanannya, jika membersihkan
maka jangan membersihkan dengan tangan kanannya." (HR. Bukhari).
Sebahagian ulama mengatakan bahawa larangan bernafas di dalam bejana
ketika minum sama seperti larangan ketika makan dan minum, sebab hal itu
boleh menyebabkan keluarnya ludah sehingga boleh menjejaskan kebersihan
air minum tersebut. Keadaan ini apabila dia makan dan minum dengan
orang lain.
Adapun bila ia makan sendirian atau bersama keluarganya atau dengan
orang yang tidak terganggu dengan caramu tersebut, maka hal itu tidak
mengapa.
Imam Ibn Hajar Al-Asqalani pernah berkata, "Dan yang lebih bagus adalah
menguatkuasakan larangan hadis Nabi tersebut, sebab larangan itu bukan
untuk menghormati orang yang layak dihormati ataupun untuk mendapat
penghargaan dari orang lain."
Imam Al-Qurtubi menambah pula, makna larangan itu adalah supaya bejana
dan air tersebut tidak tercemar dengan air liur atau pun bau yang tidak
sedap. (Fathul Bari, 10/94).
Demikianlah penjelasan para ulama kita. Para pakar kontemporari pun
telah berusaha mengorek hikmah atas larangan tersebut. Mereka mengatakan
ini adalah petunjuk yang indah yang diajarkan oleh Nabi kita Muhammad
SAW dalam menyempurnakan akhlak.
Sumber republika.co.id
-------------------------------------------------------------------------------------
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.