Tanah
Rahmat
Bagi
kedua-dua pihak Islam dan Yahudi, tanah yang didiami oleh Palestin dan Israel
sekarang merupakan tanah yang istimewa, yang telah ditentukan oleh Allah sejak
ribuan tahun lampau.
Bagi
umat Islam, di tanah inilah terbinanya Masjidil Aqsa, iaitu masjid ketiga
paling mulia di dunia ini, setelah Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.
Bagi
penganut Yahudi pula, tanah tersebut merupakan “Tanah Yang Dijanjikan Tuhan”
kepada mereka. Di situlah nenek moyang mereka berasal (Bani Israel), dan di
situlah kampung halaman mereka. Mereka percaya, di tanah itulah terletaknya
Bukit Zion, dan situlah tertanamnya Temple of Solomon, iaitu kuil suci mereka.
Atas
kedua-dua sebab inilah, tanah tersebut menjadi rebutan antara Muslim dan Yahudi
sejak dari dahulu, hinggalah membawa kepada pertumpahan darah sekarang.
Bagaimana
dengan Kristian pula? Kristian juga, menganggap tanah tersebut sebagai tanah
suci. Di Temple of Nazareth, yang terletak di tanah tersebut, merupakan tempat
kelahiran Nabi Isa. Di tanah itulah Nabi Isa menyampaikan ajarannya, dan di
tanah itu jugalah Nabi Isa disalib (mengikut kepercayaan kristian).
Sejarah
Awal
Sebenarnya
sejarah bani Israel wujud sedari zaman Nabi Ibrahim lagi. Namun, kita susuri
sedari kependudukan Bani Israel itu di Mesir, sepertimana yang diutuskan Nabi
Musa a.s kepada mereka. Kita tahu melalui alQuran, bahawa Firaun dan
tenteranya mengejar Nabi Musa dan kaumnya sehingga ke Laut Merah, di mana
ketika itu Nabi Musa menggunakan mukjizatnya membelah dan menyeberangi lautan tersebut.
Setelah
itulah Nabi Musa dan kaumnya Bani Israel mendiami tanah Palestin tersebut. Kita
boleh baca sendiri dalam alQuran, betapa kaum ini semakin lama semakin “besar
kepala”, meminta yang pelbagai dari Nabi Musa dan sebagainya. Kita juga boleh lihat
kisah Talut dan Jalut yang berlaku setelah kewafatan Nabi Musa, sebagaimana
yang diceritakan di dalam alQuran di surah alBaqarah.
Setelah
Talut menawan kembali tanah palestin tersebut dari kekuasaan Jalut, tampuk
pemerintahan Palestin disambung pula oleh Nabi Daud. Seterusnya disambung oleh
Nabi Sulaiman, dengan bala tenteranya dan kegemilangan kerajaannya (termasuk
haiwan, jin dan angin). Palestin dimiliki oleh Bani Israel, sehinggalah lebih
kurang 60 tahun sebelum kelahiran Nabi Isa. Pada tempoh ini, kerajaan Rom
menekan kependudukan Bani Israel di tanah Palestin tersebut, sehinggalah
akhirnya tanah Palestin dijarah oleh tentera Rom dan kaum Bani Israel diusir
keluar lalu. Lalu tersebarlah kaum Bani Israel, atau dikenali sekarang sebagai
Yahudi, ke serata dunia.
Sejak
dari itu, tanah Palestin menjadi milik kerajaan Rom. Sehinggalah setelah
kelahiran Nabi Isa, seterusnya kewujudan agama Kristian. Lebih kurang pada
tahun 300 Masihi, kerajaan Rom di bawah pemerintahan Raja Constantine yang
menjadikan Constantinople sebagai pusat pemerintahan, mengalami Kristianisasi.
Sejak dari tempoh tersebut, kerajaan Rom menguasai Palestin.
|
|
Kedatangan
Islam
Palestin
kekal di bawah milik kerajaan Rom sehinggalah kelahiran Nabi kita Muhammad
s.a.w. Setelah Rasulullah berjaya menubuhkan Empayar Islam, beliau wafat pada
632 Masihi. Seterusnya empayar Islam semakin berkembang, dan Palestin berjaya
ditawan dari kerajaan Rom pada tahun 638 Masihi. Maka sedari itulah Palestin
menjadi milik Islam, sebagai tanah suci yang ketiga selepas Makkah dan Madinah.
Sepanjang
dari tempoh tersebut, kerajaan Rom yang telah menjalani Kristianisasi,
mengalami pelbagai perubahan dari sudut struktur pemerintahan. Bangsa-bangsa
asal Eropah seperti Vikings, Magyar dan sebagainya dikristiankan, dan
pemerintahan dikuasai oleh golongan Church.
Sejak
dari 1000 Masihi, tentera Kristian telah melakukan pelbagai usaha menawan
kembali Palestin. Pada tahun 1063, Pope Alexander II memberikan “fatwa”
mengerahkan penganut Kristian untuk berjuang mendapatkan kembali Palestin, dan
barangsiapa yang berjuang diberikan status kemuliaan dan pengampunan tertinggi.
Itulah yang dikenali sebagai Perang Salib (Crusades)
Akhirnya
pada tahun 1099, tentera Salib berjaya menawan Palestin, dan menguasai tanah
suci tersebut selama hampir 200 tahun.
Menawan
Semula
Setelah
Palestin ditawan, kerajaan Islam yang sedia ada konflik dalaman pada ketika
itu, semakin hilang semangat. Keadaan berlanjutan sehinggalah lahirnya seorang
pemimpin agung, yang dikenali sebagai Salahuddin Al Ayyubi. Salahuddin Al
Ayyubi, menyatukan masyarakat Arab yang ketika itu berpecah belah akibat
perbezaan mazhab dan aliran, seterusnya membawa tentera Islam menyerang kembali
Palestin. Akhirnya, pada sekitar tahun 1187, ibunegara Palestin berjaya
ditawan, dan pada tahun 1291 kubu terakhir tentera Salib di tanah suci tersebut
berjaya dimusnahkan.
Sejak
itulah tanah suci Palestin kekal di bawah pemerintahan Islam dengan aman damai.
Malahan, penduduk asal Palestin iaitu Yahudi/Bani Israel dibenarkan pulang ke
kampung halaman mereka, walaupun masih ramai yang bermastautin di luar.
Kerajaan Islam berkembang meluas, hinggalah masuk ke era pemerintahan Turki
Uthmaniyyah.
Zaman
Turki Uthmaniyyah mengalami kejatuhan sejak dari abad ke-19 lagi. Proses
modenisasi semakin berlaku, dan kebergantungan terhadap kuasa barat semakin
wujud. Krisis-krisis dan konflik dalaman melemahkan lagi kekuasaan empayar
Turki Uthmaniyyah. Khalifah pada masa tersebut hanyalah pada namaEmpayar Islam
semakin lemah, di bawah kekuasaan barat seperti Britain dan Perancis.
Perang
Dunia Pertama
Akhirnya,
pada tahun 1914, tercetusnya perang dunia pertama. Perang dunia pertama terdiri
daripada 2 kuasa besar, iaitu Pakatan Bertiga Britain-Perancis-Russia menentang
Pakatan Pusat iaitu Jerman dan Austria/Hungary. Setelah perang berterusan,
negara-negara lain seperti Amerika Syarikat dan Italy menyertai Pakatan
Bertiga, manakala Kerajaan Turki Uthmaniyah pula menyertai Pakatan Pusat.
Berada
di bawah Pakatan Pusat, kerajaan Turki Uthmaniyyah diserang hebat oleh Pakatan
Bertiga Britain-Perancis-Russia. Kerajaan Islam Timur diserang dan
ditawan oleh Britain. Kerajaan Islam Barat yang menjangkaui sehingga ke
Algeria, Sudan dan negara-negara utara Afrika, dikuasai oleh Perancis. Kerajaan
Islam juga diserang dari utara, oleh Russia, menyaksikan Russia menawan kawasan
utara kerajaan Islam.
Perlu
diberi perhatian, pada ketika ini, masih belum wujud negara bangsa, kerajaan
Islam adalah disatukan di bawah satu pemerintahan khalifah, manakala setiap
kawasan pula ditadbir oleh gabenor masing-masing.
Perpecahan
Negara Arab
Pada
ketika tempoh inilah, kerajaan Turki Uthmaniyyah mengalami konflik yang semakin
hebat. Britain melalui perisiknya yang dikenali sebagai Lawrence of Arabia,
menyuburkan semangat nasionalisma di negara-negara Arab. Pejuang
kebangsaan/nasionalisma Arab pula menyerang kerajaan Turki Uthmaniyyah.
Pemerintah Arab ketika itu, Emir Faisal 1, berpaling tadah dan memihak kepada
Britain. Sejak dari itulah kerajaan Arab menjadi tali barut Britain.
Pada
tahun 1915, Britain mula menduduki kawasan Iraq. Akhirnya pada 1917, Britain
menduduki semula kawasan Palestin. Tentera Britain, diketuai General Allenby,
memasuki Palestin pada 9 Disember 1917 lalu memberi ucapan – “hari ini, perang
salib sudah berakhir”.
Pada
1917, Britain mengisytiharkan Deklarasi Balfour, iaitu perjanjian antara
kerajaan Britain dengan ketua persatuan Yahudi Britain ketika itu, yang mana
antaranya menjanjikan tanah Palestin kepada Yahudi. Penempatan Yahudi di
Palestin meningkat, dari 50,000 sebelum itu kepada mencecah setengah juta,
manakalan penduduk Islam Palestin ketika itu hampir mencecah 1.4 juta.
Wakil
dari Yahudi ketika deklarasi tersebut, merupakan seorang Yahudi bernama Chaim
Weizzmann. Weizzman juga merupakan seorang saintis, malahan saintis pertama
yang menghasilkan bahan kimia acetone, seterusnya acetone digunakan sebagai
cordite, iaitu sejenis bahan letupan yang menyumbang besar kepada kejayaan
Britain dalam perang tersebut. Weizzman mendesak setiausaha luar Britain ketika
itu, Arthur Balfour, supaya diadakan Deklarasi tersebut. Kerana terhutang budi
ke atas sumbangan Weizzman, kerajaan Britain bersetuju. Pada mulanya, Britain
menawarkan tanah di Uganda kepada Weizmann, namun Weizmann menolak dan mahukan
Palestin. Dikatakan, Weizmann bertanya kepada Balfour,
|
“Encik
Balfour, katakanlah saya menawarkan Paris dan London kepada encik, yang mana
satukah yang encik mahukan?”
“Tetapi,
kami sememangnya sudah memiliki London!”
“Betul
itu, tetapi ketika London masih lagi sebuah kawasan paya, kami telahpun
memiliki tanah Palestin!”
Akhirnya,
British membenarkan kaum Yahudi berhijrah ke tanah Palestin.
Pada
tahun 1919, Emir Faisal I ketika itu pula menandatangani perjanjian antara beliau
dengan Chaim Weizzmann, menyatakan sokongan sepenuhnya beliau dan
kerajaan Arab kepada Deklarasi Balfour.
Akhirnya
pada tahun 1919, berakhirnya Perang Dunia Pertama. Kerajaan Islam Turki
Uthmaniyyah menerima tamparan hebat setelah kehilangan kawasan-kawasannya yang
luas, termasuklah Palestin. British dan Perancis mula menjalankan kolonisasi di
tanah-tanah jajahannya. Dari situ wujudlah negara bangsa, apabila
sempadan-sempadan digariskan memisahkan sempadan agama.
Kejatuhan
Turki Uthmaniyyah.
Pada
tahun 1918, tentera kolonial Britain menduduki pusat pemerintahan Turki
Uthmaniyyah, iaitu Istanbul. Pada tahun 1922, setelah tamat Perang Dunia
Pertama, sebuah Persidangan Lausanne diadakan, yang antaranya mempunyai
beberapa tuntutan seperti – sistem khalifah ditamatkan, khalifah mestilah
dibuang negeri, harta khalifah dirampas, dan kerajaan turki baru akan
ditubuhkan atas dasar sekular. Ya, persidangan tersebut menjanjikan kemerdekaan
ke atas negara Turki.
Seorang
ahli Parlimen Turki pernah bertanya kepada Lord Curzon, ketua perunding pihak
pakatan ketika itu – “Kenapa hanya Turki dimerdekakan, sedangkan negara-negara
Arab yang lain masih di bawah pemerintahan kolonial?”
Lord
Curzon menjawab – “Hakikatnya Turki telah dimusnahkan dan tidak akan bangkit
lagi, kerana kita telah menghancurkan kekuatannya – Khalifah dan Islam.
Dalangnya
utamanya, Mustafa Kamal Attartuk. Dia mengeluarkan ugutan ke atas kabinet turki
ketika itu, lalu merombak parlimen sedia ada yang tidak bersetuju dengan
persidangan tersebut. Parlimen kedua yang ditubuhkan juga tidak bersetuju
dengan persidangan tersebut. Akhirnya, Mustafa Kamal Attartuk mengadakan
konspirasi politik lalu merampas tampuk pemerintahan.
3
Mac 1924, kerajaan khalifah secara rasminya ditamatkan. Pada pagi hari tersebut
juga, khalifah terakhir, khalifah Abdul Mejid II, diusir keluar dan dibuang
negeri. Mustafa Kamal Attartuk mengambil mengambil takhta, dan proses
pengsekularan bermula.
Holocaust
Keadaan
berterusan, sehinggalah naiknya seorang pemerintah Jerman ketika itu, iaitu
Adolf Hitler. Ketika tercetusnya perang dunia kedua oleh beberapa sebab, Hitler
melaksanakan pelan pemusnahan kaum yang dikenali sebagai Action T4. Pelan ini
merencanakan pembunuhan euthanasia beramai-ramai keatas golongan tertentu,
majoritinya Yahudi.
Setelah
tamat Perang Dunia Kedua, dianggarkan seramai hampir 6 juta Yahudi di seluruh
Eropah mati dibunuh.
Setelah
mengalami kerugian yang besar, Britain berundur dari Palestin dan tanah-tanah
jajahannya yang lain pada 1948.
Penglibatan
Amerika Syarikat
Amerika
Syarikat, selaku kuasa besar dunia setelah Perang Dunia Kedua, memainkan
peranan penting dalam penubuhan negara Israel. Pada asalnya, Israel tidaklah
wujud sebagai sebuah negara yang hakiki. Setelah holocaust yang dilakukan oleh
Hitler tamat, jumlah penduduk Yahudi yang ada adalah sedikit, serta mereka
hidup dalam kesusahan dan ketakutan.
Pada
ketika itulah, Persatuan Yahudi Amerika mengutuskan tuntutan kepada Presiden US
ketika itu, Harry Truman. Pada November 1947, tuntutan tersebut dibawa ke
persidangan PBB lalu PBB mendeklarasi pemisahan Palestin. Pada 16 May 1948,
kerajaan sementara Israel ditubuhkan di Palestin, dengan sokongan dari PBB.
Presiden Harry Truman menyokong sepenuhnya penubuhan Israel, maka wujudlah
penempatan Israel di tanah Palestin sehingga kini. Presiden Israel yang pertama
– Chaim Weizmann.
Palestin
Sekarang
Sejak
dari holocaust, ramai Yahudi berhijrah ke Amerika atas dasar terbuka negara
tersebut terhadap mereka, serta ramai juga yang pulang ke tanah air di Israel.
Yahudi di Amerika diterima dengan tangan terbuka, bantuan dan pekerjaan
diberikan kepada mereka atas dasar belas kasihan akibat holocaust tersebut.
Dari situlah, Yahudi di Amerika berkembang dan memegang tampuk ekonomi dan
pentadbiran Amerika. Amerika, selaku kuasa besar dunia setelah Perang Dunia
Kedua, memberikan sokongan tanpa putus-putus kepada negara Israel, yang
didirikan di atas tanah Palestin yang dirampas secara haram.
Sehingga
kini, Israel terus-terusan menyerang Palestin dalam usaha meluaskan
sempadannya. Palestin pula berjihad, dalam usaha menawan kembali Masjidil Aqsa.
Sejak kerajaan khalifah Islam tumbang, tiada sesiapa lagi yang mahu menyokong
Palestin. Negara-negara Islam yang lain tunduk takut dan akur kepada Amerika.
Sampai bila keadaan ini akan berakhir? Hanya 2 – sama ada Palestin akan terus
dihapuskan dan Masjidil Aqsa dimusnahkan dalam usaha mereka mencari Temple of
Solomon, ataupun tertegaknya kembali kerajaan khalifah Islam menyokong
perjuangan Palestin.
Di
mana kita? Kita boleh berdiam diri tidak berbuat apa-apa, sekaligus menjadikan
kesudahan yang pertama tadi sebagai realiti.
Ataupun,
kita boleh berusaha melakukan sedaya upaya menyokong perjuangan Palestin, yang
membawa kepada kesudahan yang kedua.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.