Sunday, August 17, 2014

Kesan Selepas Ribut di Sungai Siput


Gambar2 kesan selepas ribut di sungai siput.

Sejak ribut melanda pada ahad 10.08.2014 lalu, kebanyakan penduduk di Sungai Siput terutamanya penduduk kampong sentosa mengalami trauma kerana apa yang telah mereka alami sekarang adalah mimpi ngeri yg tidak akan kami lupakan hingga ke akhir hayat.

Walaupun tiada kehilangan nyawa tetapi kemusnahan harta benda amat lah di rasai kerana kebanyakan kami bukan lah orang senang yg dengan mudah menggantikan kembali apa yg telah musnah,kami mengharap bantuan yg setimpal daripada pihak yang bertanggungjawab spt drpd kerajaan tempatan serta parti politik yang mampu membela nasib rakyat....malang bertambah malang kerana sehingga ke hari ini..kami hanya di beri ganti atap yang rosak sahaja tanpa sesen pun wang tunai yang kami terima...

Pelbagai usaha yang beberapa penduduk lakukan untuk mendapatkan bantuan bagi menggantikan perkakas rumah spt kipas,tikar yang musnah,televisen serta beberapa alatan komputer juga turut musnah tetapi hampa,hampa dan terus hampa kerana aduan yang kami buat kepada ketua kampong,ketua cawangan sertan ADUN & PARLIMEN, JKM hanya ibarat mencurah air di atas daun keladi..pelbagai alasan diberikan yang menandakan ketidak seriusan mereka untuk membantu..(itu yg kami rasa lah..)

 Tiada kata yang dapat kami bicarakan selain mengharapkan belas ehsan daripada pihak terbabit untuk meringankan beban kami penduduk yang masih lagi di dalam kesusahan yang amat ketara..

Maaf jutaan maaf sekira tulisan ini tidak 100% benar serta ada unsur2 negatif kepada sesuatu pihak..
Tetapi yang BENAR adalah berniat baik untuk menyedarkan mereka2 ini agar menjalankan tanggungjawab yang telah di amanahkan oleh kerajaan dan rakyat ketika pru13 dahulu..


No comments: