8 Pahala Besar yang Allah SWT telah tawarkan
Rasulullah SAW telah bersabda
: Hamba Allah yang paling hampir dengan Allah SWT adalah ketika hamba
yang sujud kepada Allah SWT, oleh yang demikian marilah kita memperbanyakkan
sujud kepada Allah SWT dalam semua perkara- Kita sujud kepada Allah SWT disaat
membina rumah tangga- Kita sujud kepada Allah SWT semasa melakukan perniagaan-
kita sujud kepada Allah SWT semasa bertugas di pejabat- Kita sujud kepada Allah
SWT semasa memakai pingat-pingat kebesaran/ciptaan manusia – Kita sujud kepada
Allah SWT semasa meguruskan jenazah, segala-galanya kita mengharapkan
keberkatan dan kerahmatan daripada Allah SWT, kita tidak jadikan semua
arahan Allah SWT sebagai peluang perniagaan dan memeras untung sesama umat
Islam.
Ingikah anda pahala
haji ?
Rasulullah SAW telah bersabda
: Menunaikan umrah semasa bulan Ramadhan mendapat pahala sebagaimana pahala
haji.
Ingikah anda membina rumah di
dalam Syurga ?
Rasulullah SAW telah bersabda
: Sesiapa membina masjid untuk Allah, Allah SWT akan membina baginya sebuah
Mahligai di dalam Syurga.
Ingikah anda
keredhaan Allah SWT ?
Rasulullah SAW telah bersabda
: sesiapa yang makan dan minum yang disertakan dengan pujian kepada Allah SWT
akan mendapat keredhaan daripada Allah SWT.
Ingikah anda doa
dimakbulkan ?
Rasulullah SAW telah bersabda
: Doa diantara azan dan iqamah tidak akan ditolak.
Ingikah anda mendapat
pahala puasa selama setahun ?
Rasulullah SAW telah bersabda
: Sesiapa berpuasa setiap bulan sebanyak 3 hari,maka dia akan mendapat pahala
seperti berpuasa setahun.
Ingikah anda pahala sebesar
bukit ?
Rasulullah SAW telah bersabda
: Sesiapa berada disisi jenazah dan menunaikan solat jenazah keatasnya
serta menguburkannya dia akan mendapat pahala seperti 2 Qirat, sahabat bertanya
apakah itu 2 Qirat, Rasulullah SAW menjawab : 2 Qiraat adalah 2 bukit yang
besar.
Ingikah anda bersahabat
dengan Rasulullah SAW di dalam Syurga ?
Rasulullah SAW telah bersabda
: Sesiapa memelihara anak yatim dia akan bersahabat dengan Rasulullah SAW
sebagaimana rapatnya jari telunjuk dengan jari tengah.
6 Kebesaran Dan Keagongan Solat Di Sisi Allah SWT
1-Tanda Perintah Allah SWT
yang mencintai hambanya.
Solat adalah diantara
perbuatan malaikat yang Allah jadikan sebagai tugas suci Para Malaikat. Ada
diantara malaikat yang Allah SWT perintahkan sujud dan bertasbih kepadaNya
sampai hari Kiamat. Sebagai membuktikan Allah SWT ingin memuliakan manusia
melebihi malaikat maka Allah SWT perintahkan manusia melakukan amalan suci
solat yang difardukan keatas kita sekarang.
2-Talian Suci diantara
makhluk dan pencipta.
Dalam solat kita berada dalam
keadaan suci rohani dan jasmani, kita berinteraksi dengan Allah SWT tanpa
memakai pangkat dan tanpa berlandaskan hawa-nafsu. Hubungan kita adalah
hubungan yang Maha Penting, segala urusan dunia yang kita lakukan diluarkan
solat kita persembahkan kepada Allah SWT agar dinilai dan dikritik oleh Allah
SWT pada hakikatnya, walaupun kita tidak sebut satu-persatu tetapi sebenarnya
apa yang ada di dalam hati kita dan apa yang kita pakai semasa solat sudah
cukup memberi nilai kepada kiraan Allah SWT. Oleh itu kekusyukkan solat juga
adalah bertolak dari perbuatan dan pekerjaan diluar solat. Jika baik amalan dan
pekerjaan diluar solat maka senanglah baginya untuk mendapat khusyuk di dalam
solat, begitulah disebaliknya.
3-Solat adalah penyejuk hati
di Sisi Allah SWT.
Apabila solat yang
dipersembahkan kepada Allah SWT sebagai lambang kesucian amalan dan pekerjaan
seharian, maka solat tersebut adalah penyejuk hati kepada pandangan Allah SWT
yang menembusi tujuk lapis bumi dan langit.
Perbuatan yang penuh beradab
dan berakhlak semasa solat serta bacaan yang mengandungi sebutan makhraj yang
betul, bacaan yang amat teratur akan dirakamkan oleh Jibrail A.S. dan disimpan
di Luh Mahfuz. Solat tersebut mendapat pujian daripada Allah SWT serta para
malaikat.
4-Mikraj kepada Allah SWT.
Solat yang kita lakukan
dengan penuh sifat kerohanian adalah Mikraj atau Pendakian Roh (hubungan
kerohanian) kita untuk bertemu dengan Allah SWT semasa solat.
Pada saat kita berdiri dan
membaca serta melakukan solat sebenarnya Roh kita telah mendaki alam Roh
(hubungan kerohanian) dan berada dihadapan Allah SWT, bayangkan satu hari satu
malam, lima kali Roh (hubungan kerohanian) kita berada mengadap Zhat Allah SWT.
Apakah kita masih sanggup menipu Allah SWT dicelah-celah waktu selain daripada
solat ?. Maha Suci Allah SWT dalam memfardukan Solat kepada kita semua.
5-Solat Adalah Kunci Khazanah
Kepada Segala Kekayaan Allah SWT.
Solat merupakan kunci
penggerak kehidupan dan penghubung kepada segala perbuatan dan amalan seharian
kita semua. Ramai orang melakukan solat hajat setelah barang milik mereka
hilang atau apabila ada hajat seperti untuk menghadapi peperiksaan, memulakan
perniagaan dan sebagainya. Apakah semua hajat tersebut telah diredhai oleh
Allah SWT dan telah menepati seratus-peratus dengan apa yang Allah SWT gariskan
di dalam Al-Quran dan As-Sunnah sehingga kita sanggup menjadikan keputusan dan
hajat kita adalah sama dengan hajat dan keputusan Allah SWT.
Sebenarnya solat lima fardu
adalah kenci penyelesaian kepada segala permasalahan tersebut. Solat Lima Fardu
sebenarnya adalah pengukur Allah SWT untuk menerima dan memakbulkan segala
permintaan hambaNya. Jika setiap malam dan siang kita memperolehi khazanah
milik Allah SWT, pasti jumlahnya setiap bulan dan tahun kita akan mendapat
Bonus Rahmat dan Ihsan Allah SWT.
6-Menepati Kehendak Allah
SWT.
Solat adalah satu ibadat yang
paling mencukupi prinsip-prinsip penghambaan dan prinsip-prinsip ketuhanan.
Allah SWT adalah pencipta pasti berada di kedudukan yang amat betul dan
manusia sebagai seorang hamba juga tidaklah keterlaluan.
Qiam, Sujud, Rukuk dan
Tahiyat adalah perbuatan yang paling mulia. Jika kita lihat dalam pemujaan
lain, Tuhan dijadikan berbagai fahaman dan manusia pula dijadikan hamba yang
keterlaluan. Oleh yang demikian Solat merupakan Ibadat dan Cara
penghubung yang paling sesuai dalam beribadat kepada Allah SWT Yang Maha
Pencipta.
Rujukan dan Rumusan daripada
:
Berdialog dengan Allah SWT,
m/s: 32-40.
Cara mudah membina Mahligai di Syurga
Dengan membaca surah
Al-Ikhlas 10 kali Allah SWT telah membina Mahligai untuk anda di Akhirat.
Dengan membaca لا حول ولا قوة إلا با لله Allah SWT akan memberi khazanah kekayaan di Syurga
nanti.
Sila baca dan bantulah saya untuk
sama-sama mencari pahala serta Amal Jariah di Jalan Allah SWT.
Betapa banyaknya pahala bagi
mereka yang menggunakan kepakaran IT untuk meletakkan kalimah Allah SWT di
tempat yang paling tinggi.
Semoga Allah SWT membuka hati
kita semua untuk beribadat kepada Allah SWT dalam semua keadaan dan masa.
No comments:
Post a Comment