Saturday, July 5, 2014

Tewas Godaan Hawa Nafsu



Godaan Hawa Nafsu di Bulan RamadanAssalamualaikum... Bulan Ramadan 1435H / 2014 kini bermula. Bulan penghulu segala bulan yang mulia dan penuh dengan keberkatan. Bulan dimana kita semua umat Islam diwajibkan berpuasa sebulan dan menunaikan zakat fitrah.

Walaupun sepanjang bulan Ramadan ini syaitan dan iblis dirantai namun ianya bukanlah bermakna kita akan terlepas serta tiada langsung dugaan dan godaan keatas keteguhan iman dalam diri sepanjang bulan Ramadan ini.
Segalanya kini bergantung pada hati, keimanan dan keazaman diri. Selain menahan diri dari lapar dan dahaga, sudah pastinya cabaran terbesar adalah menahan dan melawan godaan hawa nafsu dalam diri.

Godaan Hawa Nafsu Di Bulan Ramadan

Sudah kita sedia maklum, dibulan Ramadan adalah bulan untuk kita memperbanyakkan amal ibadat dan jariah serta memperlahankan segala aktiviti rutin harian yang biasa. Namun ada perkara yng sebaliknya berlaku, bulan Ramadan inilah juga bermulanya pesta jualan makanan, pakaian, perabot, peralatan dan sebagainya.
Bazar Ramadan serta tawaran hidangan Buffet Ramadhan ada dimana-mana sahaja. Manakala jualan murah dengan potongan harga berganda yang mengujakan pula menjadi promosi besar-besaran disetiap premis, pasaraya serta gedung jualan.
Inilah keistimewaan di bulan Ramadan namun ianya menjadi satu cabaran dan dugaan buat kita umat Islam iaitu menahan dan melawan godaan hawa nafsu agar tidak berlebihan dan melakukan pembaziran berbelanja dibulan Ramadan.
Sewajarnya ia dijadikan kekuatan diri agar tidak tewas lalu mengikut godaan hawa nafsu dengan bersifat boros, bermewah, menunjuk-nunjuk mahupun iri hati tetapi sentiasa bersederhana dan mengelak pembaziran dalam apa jua keadaan.
Puasa sepatutnya mengajar kita berjimat tetapi bermurah dalam sedekah dan amal jariah kepada insan lain yang lebih memerlukan bantuan kerana di bulan Ramadan ini ganjaran pahala berlipat ganda nilainya. Ingatlah... Sekaya atau semewah mana pun kita, kita semua tetap sama, terpaksa juga berpuasa dibulan Ramadan ini. 

Jangan Sia-Siakan Ramadan Ini

Seperti yang kita semua ketahui, Ramadan adalah bulan yang penuh kemurahan rezeki dan keberkatan. Namun jika kita tersilap langkah lalu tewas dan tergoda dengan godaan hawa nafsupasti ianya akan menjadi sebaliknya.

Alangkah ruginya kita... Ramadan tahun ini menjadi sia-sia. Kemenangan yang sepatutnya disambut di bulan Syawal hanyalah terlihat didepan mata sesama manusia tetapi tidak bermakna dan bernilai disisi Allah SWT.
Tewas Godaan Hawa NafsuTewas Godaan Hawa NafsuTewas Godaan Hawa Nafsu
 Bunga mawar cantik dan harum mewangi namun awas! ianya berduri...
Terima kasih bersama Relaks Minda... Semoga Ramadan ini mendidik kita agar tidak tewas dengan godaan hawa nafsu diri.

No comments: