Manusia Yang Sanggup Terjun Ke Neraka.
Adi bin Hatim r.a meriwayatkan sebuah hadis Rasulullah s.a.w katanya, baginda bersabda yang bermaksud :
“Tidak
ada seorang pun antara manusia di akhirat kelak kecuali dia akan
berhadapan dengan Allah. Antara manusia dan Tuhan tidak ada jurubahasa”.
(Hadis Riwayat Muslim)
Pertemuan
dengan Allah di akhirat adalah sesuatu agenda utama manusia ketika
dibangkitkan di Mashyar kelak, setelah kita berusaha keras dengan
beribadat bersungguh-sungguh kepadaNya.
Orang-orang
yang beriman lagi soleh bukan saja dapat bertemu Allah malah dapat
menatap wajah Yang Maha Agung. Sementara orang-orang yang menderhaka
penciptaNya juga dapat bertemu dengan Allah tetapi tidak dapat menatap
wajahNya. Sekiranya golongan ini gagal menatap wajah Allah, apatah lagi
golongan-golongan yang kufur kepadaNya.
Walaubagaimanapun
mereka pasti bertemu denganNya tanpa jurubahasa ataupun perantara. Yang
dimaksudkan bertemu Allah itu ialah mereka pasti berhadapan dengan
mahkamah Allah (Mahkamah Qadhi Rabbul Jalil) itu tidak memerlukan
bantuan malaikat untuk menjalan tugas pendakwaan, maupun sebarang juru
bahasa untuk menterjemahkan segala perbuatan keji dan kemungkaran yang
dilakukan oleh manusia.
Segala
urusan daripada Hari Pendedahan segala rahsia perbuatan mungkar dan
keji itu, segala penyerahan catatan akan dilakukan Allah sendiri.
Rasulullah s.a.w menjelaskan bahawa setiap hamba pasti berdepan dengan
Allah di akhirat.
Dalam
hadis yang lain Rasulullah s.a.w menjelaskan mengenai Hari Pendedahan
yang dilakukan oleh Allah terhadap hambaNya di akhirat, ada di kalangan
manusia yang memohon kepada Allah supaya segala keburukan diri mereka
tidak didedahkan di khalayak ramai kerana tidak sanggup menanggung malu
yang amat sangat. Ada antara mereka menganggap lebih baik mereka terus
dicampakkan ke neraka asalkan tidak didedahkan perbuatan mereka yang
keji dan hodoh.
Di
akhirat nanti, akan ada manusia yang sudah bersedia untuk terjun ke
bawah neraka daripada dimalukan dikhalayak ramai. Begitulah keadaan
gawat yang berlaku di Mahsyar apabila Allah melaksanakan sesi Yaumul
“Ardh.
Sumber: attazkirah.wordpress.com
No comments:
Post a Comment