بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ
ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Selawat Fatih ini mampu membukakan asrar (rahsia) ajaib yang menghairankan oleh akal sesiapa yang dapat membacanya seratus kali setiap hari. Ramai yang mempertikaikan selawat ini tetapi mengejar sesuatu fadhilat itu tidak salah.
Sememangnya naluri manusia inginkan
sesuatu sebagai imbuhan, umpamanya pahala dan fadhilat membaca sesuatu
selawat. Itulah hikmah diwujudkan fadhilat.
Rasulullah SAW bersabda bahawa ulama itu
pewaris Nabi. Tidaklah menjadi kesalahan kalau nak diamalkan kerana ia
masih lagi ibadat dan tidak ada pula isi yang berunsurkan apa-apa yang
menentang Al-Quran dan As-Sunnah.
.
Ustaz Haji Ahmad Tunggal, Pengerusi Jamaah Wirid Khaujakan Johor, menulis dalam bukunya “Amalan Kecemerlangan Rohani” (1993) seperti berikut:
.
Yang membuka apa yang tertutup
– Dunia ini asalnya tidak ada dan masih tertutup. Maka dijadikan dunia
ini adalah disebabkan wujudnya Nabi Muhammad SAW. Kalaulah tidak ada
Nabi Muhammad SAW tidaklah akan wujud dunia ini. Allah menjadikan Nabi
Muhammad SAW sebagai rahmat bagi sekalian alam. Rahmat dan kenabian
bagi sekalian makhluk termasuk manusia, jin dan binatang. Hati manusia
juga pada mulanya tertutup dengan syirik, tertutup dengan kezaliman dan
kejahilan.
.
Iman, Islam dan akhlak tertutup, semuanya itu dibuka oleh Nabi Muhammad SAW dengan dakwah yang berpandukan kitab Al Quran. Terbukalah kebenaran akidah dan syariat Islam, terbukalah akhlak dan budi pekerti yang luhur, terbukalah keadilan sosial dan terbukalah sebuah negara Islam yang dipimpin oleh Nabi Muhammad SAW yang membuka apa yang tertutup.
.
Dan penyudah (penamat) apa yang telah lalu
– Tidak ada Nabi lagi sesudah Nabi Muhammad SAW Juga sebagai penutup
berlakunya peristiwa Israk dan Mikraj dan penutup kitab suci Al Quran.
.
Dan yang menolong kebenaran dengan kebenaran
– Pertolongan Nabi Muhammad SAW yang benar ialah Al Quran. Di dalamnya
mengandungi segala kelengkapan termasuk akidah, syariat, akhlak, ibadat,
bermasyarakat bernegara, falsafah dan mistik. Manusia tidak akan
mengetahui kebenaran tersebut tanpa pertolongan Nabi SAW .
.
Dan yang menunjukkan jalan-Mu yang lurus
– lalu yang ditunjukkan oleh Nabi SAW adalah jalan yang lurus, betul
dan tegak. Ertinya jalan yang lurus itu adalah ialah jalan Islam, jalan
selamat sejahtera dan bahagia. Mustakim selain dari makna lurus boleh
diertikan yang tetap dan teguh pendirian dalam melaksanakan perintah
Allah. Selain dari Nabi SAW penolong kebenaran ia juga memimpin.
Memipin ke jalan yang lurus sejahtera dan selamat.
Amalkan selawat Fatih, yang diamalkan oleh
Syeikh Qadir Al-Jailani.
Kelebihan Dan Fadhilat Selawat Fatih:
Selawat Fatih juga mempunyai keistimewaan yang
tersendiri seperti mana yang telah disusun oleh para ulamak terdahulu. Antara
kelebihan Selawat Fatih ialah :
1.
Berkata sebahagian ulamak Maghribi, berselawat sekali dengan Selawat
Fatih menyamai 10 000 atau 600 000 yang lain.
2.
Dibaca 11 kali selepas solat fardhu, Allah akan mengampunkan
dosa-dosa kecil dan aman tenteram jiwanya.
3.
Dibaca 21 kali setiap hari, luas rezeki dan keluarganya selamat
dari kesusahan.
4.
Sesiapa beristiqamah berselawat Fatih 40 hari, dosanya akan
diampuni Allah.
5.
Sesiapa mengamalkan dengan istiqamah, nescaya akan terbuka
rahsia keajaiban, menghilangkan dukacita, mendapat hidayah dan
tercapai segala hajat. Dan akan menjadi ahli syurga, walaupun
hanya membaca sekali seumur hidup.
6.
Kebanyakan daripada arifin menyebut bahawasanya selawat ini dapat
membukakan asrar (rahsia) ajaib yang terhairan oleh akal sesiapa yang dapat
membacanya 100 kali setiap hari,
7. Sesungguhnya sesiapa yang tekun membacanya setiap hari 100 kali dibukakan baginya banyak daripada hijab.
Dan hasil baginya daripada anwar. Dan ditunaikan segala keinginannya;
dengan qadar yang tidak diketahui melainkan oleh Allah Ta’ala.
.
8. Selawat ini bermanfaat kepada orang Mubtadi, Mutawassith dan Muntahi.
.
9. Sesiapa yang berselawat dengan Selawat Fatih ini sekali dalam hidupnya nescaya tidak akan dijilat api neraka.
.
10. Sesiapa membacanya 1000 kali pada malam Khamis dan Jumaat atau Isnin akan dihimpunkan bersama-sama Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam.
Caranya adalah membacanya selepas bersolat 4 rakaat,
1) Baca surah al-Qadr,
2) Baca al-Zalzalah,
3) Baca al-Kafirun,
4) Baca Ma-’uzatain.
Seeloknya diasapkan dengan gaharu ketika membaca Selawat Fatih.
.
Oleh kerana banyaknya fadhilat Selawat Fatih ini, maka marilah kita amalkan membacanya secara istiqamah.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa
yang benar)\
No comments:
Post a Comment