Rasulullah bersabda: “Sampaikan dari ku walaupun sepotong
ayat." Hadith Riwayat Bukhari
Soal Jawab Agama Berkaitan..
niat qada sembahyang dan waktu bilakah kita patut menqadanya sebelum atau selepas waktu yang wajib.
Antara soalan yang diajukan:
1. Asalamualaikum.
bagaimanakah caranya saya perlu membayar
sembahyang yang telah saya tinggalkan sejak saya berumur 15 tahun hingga
kini 46 tahun? saya tidak tahu jumlah yang telah tertinggal .Selepas masuk
islam tiada siapa yang menyedarkan saya tentang perkara ini, kini saya dah
kahwin dan mempunyai 3 orang anak. walaupun saya bahagia di dunia ini, saya
amat sangat ingin mencari bekalan untuk hari mati..
2. Asalamualaikum Ustaz soalan saya
bagaimanakah cara nya menqadakan sembahyang yang telah lama tertinggal
,bolehkah pihak tuan menerangkan bagaimana cara dan waktu untuk membuat qada’
solat dan berikan contohnya seperti solat isyak?
3.
Assalamualaikum,Tolong jelaskan cara untuk sembahyang qadha’,
waktunya(selepas atau sebelum sembahyang waktu) & niatnya ?. Ada waktu yang
tidak boleh sembahyang qadha?. Terima kasih.
Qadha solat boleh dilakukan oleh seseorang yang :
1. Terlupa
2. Tertidur
Solat qadha’ boleh dilakukan pada bila-bila masa termasuk
dalam waktu yang diharamkan solat dan seeloknya-eloknya dilakukan selepas
selesai menunaikan solat fardhu.
Contohnya: Solat
Qadha Zohor dilakukan sebaik sahaja selesai menunaikan solat fardhu Zohor dan
seterusnya.
Niat solat qadha’ ialah Sahaja
Aku qadha’ solat Zohor 4 rakaat kerana AllahS.W.T.
Begitulah seterusnya bagi qadha’ solat fardhu yang lain..
1. Solat fardu yang tertinggal atau tidak
didirikan pada waktunya perlu diganti (qadha’). Cara melakukannya adalah sama
seperti solat fardu yang telah ditinggalkan. Sebagai contohnya, jika tertinggal
Solat Zuhur yang mempunyai 4 raka’at, maka solat qadha’ bagi Solat Zuhur
tersebut juga mestilah sama seperti Solat Zuhur yang didirikan dalam waktunya.
Apa yang membezakan di antara kedua solat ini hanyalah pada niatnya sahaja (di
dalam takbir; Ada’an/Qadha’an).
2. Niat Qadha’
bagi solat fardu lima waktu:
1. Solat maghrib:
“Sahaja aku solat fardu maghrib tiga rakaat qadha’ kerana
Allah Ta’ala”
2. Solat Isyak:
“Sahaja aku solat fardu Isyak empat rakaat qadha’ kerana
Allah Ta’ala”
3. Solat Subuh:
“Sahaja aku Solat Fardu Subuh dua rakaat qadha’ kerana Allah
Ta'ala”
4. Solat Zuhur:
“Sahaja aku solat fardu Zuhur empat rakaat qadha’ kerana
Allah Ta'ala”
5. Solat Asar:
“Sahaja aku solat fardu Asar empat rakaat qadha’ kerana
Allah Ta'ala”
3. Jika anda
tertinggal Solat Fardu Subuh, anda sudah boleh meengerjakan solat qadha’
untuknya sebaik sahaja matahari telah terbit. Ringkasnya, ia sudah boleh
dikerjakan sebaik sahaja telah tamat waktunya.
Selamat beribadat. Wallahu 'alam
Sumber:
No comments:
Post a Comment