|
Azan disebut juga dengan Bang yakni seruan atau
laungan yang dilakukan untuk memberitahu kepada
orang-orang muslim bahawa sudah masuk waktu sembahyang.
Azan dilakukan di setiap tiba waktu sembahyang, yang
boleh melakukan laungan azan hanya orang lelaki sahaja,
orang perempuan tidak boleh melaungkan seruan azan.
Kalimah-kalimah Seruan Azan atau Bang ialah:-
-
Allahu Akbar Allahu Akbar. (2X)
-
Asyhadu alla illahaillallah. (2X)
-
Asyhadu anna Muhammadar rasulullah. (2X)
-
Haiyaalas solah (2X)
-
Haiyaalal falah. (2X)
-
Allahu Akbar Allahu Akbar.
-
La
ilahaillallah.
-
-
Maksudnya:
-
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar.
-
Aku menyaksikan bahawa Tiada Tuhan melainkan
Allah.
-
Aku menyaksikan bahawa Muhammad itu pesuruh
Allah.
-
Marilah Sembahyang.
-
Marilah kepada kejayaan.
-
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar.
-
Tiada Tuhan melainkan Allah.
|
|
Tambahkan
"Assolaatu khairun minan naum" (2X)
maksudnya
"Sembahyang itu lebih baik dari Tidur"
pada Azan Subuh selepas
"Haiyaalal
falah" (2X)
|
|
Sunat Di Waktu Menyeru/Melaungkan Azan
- 1.
Berwudhu'
- 2.
Menghadap ke arah Kiblat
- 3.
Berdiri sewaktu menyeru Azan atau Qamat
- 4.
Dilakukan di tempat yang tinggi.
- 5.
Muadzin hendaklah menyaring dan mengeluarkan
suaranya.
- 6.
Mengulang-ulang lafaz syahadatain
- 7.
Muadzin menutup kedua telinganya dengan jari
telunjuk ketika mengucapkan "Haiyaalas solah" sambil
memalingkan muka kearah kanan, dan ketika
mengucapkan
"Haiyaalal
falah"
berpaling ke arah kiri.
Menjawab seruan Azan:
Jika
kita mendengar seruan Azan yang dilaungkan muadzin (tukang
azan @ bilal), hendaklah kita menyahut, mengikut atau
menjawab apa yang diucapkan dalam Azan yang diserukan
oleh muadzin dengan perlahan-lahan, cuma pada bacaan:-
"Haiyaalas
solah"
dan
"Haiyaalal
falah"
maka kita ucapkan
"Laa
haulawala quwwata illa billa hil alyyil aadzim"
maksudnya "Tiada daya upaya dan kekuatan ku kecuali
dengan pertolongan Allah".
"Assolaatu
khairun minan naum"
maka kita ucapkan
"Syadaqta
wa barirta waana mina syaahidiin" maksudnya
"
Benarlah dan mendapat kebaikanlah engkau dan aku
adalah daripada yang menyaksikan".
Qamat disebut juga dengan Iqamah yakni ucapan atau
bacaan yang dilakukan ketika sudah hampir melakukan
serta memulakan sembahyang.
|
-
Allahu Akbar Allahu Akbar. Asyhadu alla
illahaillallah. Asyhadu anna Muhammadar
rasulullah. Haiyaalas solah Haiyaalal falah.
Qadqamatis solah Qadqamatis solah. Allahu Akbar
Allahu Akbar. La ilahaillallah.
-
-
Maksudnya:
-
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar.
-
Aku menyaksikan bahawa Tiada Tuhan melainkan
Allah.
-
Aku menyaksikan bahawa Muhammad itu pesuruh
Allah.
-
Marilah Sembahyang.
-
Marilah kepada kejayaan.
-
Sesungguhnya sudah hampir mengerjakan sembahyang.
-
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar.
-
Tiada Tuhan melainkan Allah.
|
Menjawab bacaan Qamat:
Jika kita sembahyang berjemaah, maka yang
membacakan Qamat itu cuma seorang sahaja contohnya
muadzin (tukang azan @ bilal), tidak perlu lagi
kita Qamat. Bagaimanapun untuk beroleh pahala
hendaklah kita menyahut, mengikut atau menjawab
apa yang diucapkan dalam Qamat yang dibacakan oleh
muadzin dengan perlahan-lahan, cuma pada bacaan:-
|
"Haiyaalas
solah Haiyaalal falah"
maka
kita ucapkan
"Laa haulawala quwwata illa billa hil alyyil aadzim"
maksudnya
"Tiada daya upaya dan kekuatan ku kecuali dengan
pertolongan Allah".
"Qadqamatis
solah Qadqamatis solah"
maka
kita ucapkan
"Aqaamahallahu
wa adaamahaa"
maksudnya
"Semoga
Allah menjadikan Solat ini berdiri terus dan kekal"
Selepas habis sahaja azan dan iqamah, kita di sunatkan
membaca doa selepas azan sebagai mendoakan selamat
sejahtera atas junjungan kami Muhammad dan keluarganya
dan sahabat-sahabat baginda.
DO'A SELEPAS AZAN DAN IQAMAH
|
|
Allahumma rabba hazihid da' watittamah.
Wassolatil qaimah. Ati saiyidana Muhammadanil
wasilata wal fadhilah. Wassyarafa waddarajatal
'aliatar rafi'ah. Wab'athhul maqamal mahmudal
lazi wa'adtah. Innaka laatukhliful mi'ad.
Rabbighfirli waliwalidaiya (3X). Warhamhuma
kama rabbayani saghira. Wasollallahu 'ala
saiyidini Muhammadiw wa'alihi wasahbihi
wassallam.
|
-
Maksudnya:
-
Ya Allah, Wahai Tuhan yang telah
mensyariatkan seruan azan dan sembahyang
yang akan didirikan. Kurniakanlah kedudukan
yang tinggi dan terpuji yang engkau telah
janjikan kepada junjungan kami Nabi Muhammad
dan kehormatan, sesungguhnya Engkau tidak
memungkiri janji. Ya Allah ampunilah aku
serta ibubapaku dan kurniakanlah rahmat
kepada keduanya sebagaimana kedua mereka
memelirara akan daku. Dan selamat sejahtera
atas junjungan kami Muhammad dan keluarganya
dan sahabat-sahabat baginda.
|
|
|
|
No comments:
Post a Comment