Cinta Rasul, Tahukah Anda?
Inilah pohon yang memahami cinta buat Nabinya Muhammad SAW صلى الله عليه
وسلم. Pohon yang
diberkati.
✔ Sehingga
sekarang pokok ini masih hidup lagi di Jordan. Sebab itu ianya digelar
"the only living sahabi" atau "sahabat Nabi yang masih
hidup".
Sedikit sejarah mengenainya...
✔
Ketika Rasulullah صلى الله عليه وسلم
keluar ke Syam bersama Maisarah -pekerja Sayyidatuna Khadijah ra- untuk
berniaga, Baginda صلى الله عليه وسلم
pernah berteduh di bawah pohon ini sebelum sampai ke sana.
✔
Semasa Baginda صلى الله عليه وسلم
berteduh di bawahnya, dahan dan ranting² pohon ini bergerak menaungi Baginda صلى الله عليه
وسلم daripada cahaya
matahari.
✔
Seorang paderi yang melihat kejadian ini datang bertemu Maisarah & menunjukkan kepadanya pohon tempat teduhan Rasulullah صلى الله
عليه وسلم itu dengan berkata:
"Hanya seorang Nabi sahaja yang berteduh di bawah pohon ini."
✔
Pohon ini terletak di tengah padang pasir bernama Buqa'awiyya di negara Jordan.
Dari segi geografi, ia berdekatan dengan kota Bosra di Syria. Sebagaimana kita
tahu, Rasulullah S.A.W 2 kali tiba di Bosra
1. Ketika bersama bapa saudaranya Abi Talib sewaktu berumur
12 tahun & bertemu dengan Rahib Buhaira dan terserlah tanda kerasulan
baginda di belakang bahu sepertimana tercatat dalam kitab injil tentang tanda
kerasulan nabi akhir zaman.
2. kali kedua rasulullah ke bosra membawa barang dagangan
saidatina khadijah. apa yg menarik..selepas dari tanah Tabuk hingga ke Bosra
sejauh lebih 500km..kita tidak akan berjumpa dengan pokok seumpama di atas.
>>>>Lihatlah sampai hari ini ia tetap subur
walaupun berada di tengah² padang pasir yang kering kontang. Tiada tumbuhan
hidup sepertinya. ALLAH menghidupkannya dengan kehendak-NYA jua, ALLAHU ALLAH.
No comments:
Post a Comment