Di antara banyak peperangan yang paling dahsyat adalah Perang
Khandaq. Semasa itu kaum Yahudi Madinah melakukan pengkhianatan dengan
musyrikin Mekah yang terdiri atas berbagai golongan, dan bergabung menjadi satu
untuk menghancurkan umat Islam di Madinah.
Halangan dilakukan oleh tentara gabungan itu, didukung dengan
sabotaj dari dalam oleh orang-orang Yahudi. Umat Madinah sudah mulai dihinggapi
kelemahanan dan putus asa, kelaparan dan kehilangan semangat, sementara setiap
masa tentera musuh bakal menyerbu dengan sengit.
Dalam kekalutan itulah muncul satu nama ke permukaan, nama
yang tadinya tidak terlalu diperhitungkan milik seorang mualaf muda kelahiran
negeri Parsi. Ia adalah Salman yang dikenali al Farisi sesuai tanah tumpah
darahnya. Pemuda ini menyarankan agar digali parit panjang dan dalam
mengelilingi kota Madinah.
Rasulullah menyambut cadangan itu dengan gembira. Dan itulah
awal kebangkitan semangat umat Islam untuk mempertahankan kedaulatannya dan
awal kehancuran musuh-musuh umat Islam.
Sejak itu nama Salman al Farisi meningkat naik. Di zaman
pemerintahan Umar bin Khattab, Salman mendaftarkan diri untuk ikut dalam
ekspedisi ketenteraan ke Parsi. Ia ingin membebaskan bangsanya dari genggaman
kezaliman Kisra Empayar Parsi yang mencekik rakyatnya dengan penindasan dan
kekejaman. Untuk membina istana Iwan Kisra sahaja, ribuan rakyat jelata
terpaksa dikorbankan, tidak setitik pun rasa kasihan terselit di hati sang
raja.
Di bawah pimpinan Panglima Sa’ad bin Abi Waqash, tentera
muslim akhirnya berhasil menduduki Parsi, dan membawa rakyatnya dengan
bijaksana menuju kedamaian Islam. Di Qadisiyah, keberanian dan keperwiraan
Salman al Farisi sungguh mengagumkan sehingga kawan dan lawan menaruh menaruh
hormat padanya.
Tapi bukan itu yang membuat Salman menitiskan air mata
keharuan pada waktu ia menerima kedatangan utusan Khalifah dari Madinah. Ia
merasa jasanya belum sebesar mana, namun Khalifah telah dengan teguh hati
mengeluarkan keputusan bahawa Salman diangkat menjadi amir negeri Madain.
Umar secara bijak telah mengangkat seorang amir yang berasal
dari suku dan daerah setempat. Oleh sebab itu ia tidak ingin mengecewakan
pimpinan yang memilihnya, lebih-lebih ia tidak ingin dimurkai Allah kerana
tidak menunaikan kewajibannya secara bertanggung jawab.
Maka Salman sering berbaur di tengah masyarakat tanpa menampilkan
diri sebagai amir. Sehingga banyak yang tidak tahu bahawa yang sedang keluar
masuk pasar, yang duduk-duduk di kedai kopi bergaul dengan para kuli itu adalah
sang gabenur.
Pada suatu siang yang terik, seorang pedagang dari Syam
sedang kesusahan mengurus barang bawaannya. Tiba-tiba ia melihat seorang lelaki
bertubuh tegap dengan pakaian lusuh.
Orang itu segera dipanggilnya; “Hai, kuli, kemari! Bawakan
barang ini ke kedai di seberang jalan itu.” Tanpa membantah sedikitpun, dengan
patuh lelaki berpakaian lusuh itu mengangkut bungkusan berat dan besar tersebut
ke kedai yang dituju.
Semasa sedang menyeberang jalan, seseorang mengenali kuli
tadi. Ia segera menyapa dengan hormat, “Wahai, Amir. Biarlah saya yang
mengangkatnya.” Si pedagang terperanjat lalu bertanya pada orang itu, “Siapa
dia?, mengapa seorang kuli kau panggil Amir?”.
Ia menjawab, “Tidak tahukah Tuan , kalau orang itu adalah
gabernur kami?”. Dengan rasa cemas lalu membongkok-bongkok ia memohon maaf pada
‘ kuli upahannya’ yang ternyata adalah Salman al Farisi .
“Ampunilah saya, Tuan. Sungguh saya tidak tahu. Tuan adalah
amir negeri Madain, “ ucap si pedagang. “ Letakkanlah barang itu, Tuan. Biarlah
saya yang mengangkutnya sendiri.” Salman menggeleng, “Tidak, pekerjaan ini
sudah aku sanggupi, dan aku akan membawanya sampai ke kedai yang kau
maksudkan.”
Setelah sekujur badannya penuh dengan keringat, Salman
meletak barang bawaannya di kedai itu, ia kemudian berkata, “Kerja ini tidak
ada hubungannya dengan jawatanku. Aku sudah menerima dengan rela perintahmu
untuk mengangkat barang ini kemari. Aku wajib melaksanakannya hingga selesai.
Bukankah merupakan kewajiban setiap umat Islam untuk meringankan beban
saudaranya?”
Pedagang itu hanya menggeleng. Ia tidak mengerti bagaimana
seorang berpangkat tinggi bersedia disuruh sebagai kuli. Mengapa tidak ada
pengawal atau tanda-tanda kebesaran yang menunjukkan kalau ia seorang
gabernur?.
Ia barangkali belum tahu, begitulah seharusnya sikap seorang
pemimpin menurut ajaran Islam. Tidak bersombong diri dengan kedudukannya, malah
merendah di depan rakyatnya. Kerana pada hakikatnya, ketinggian martabat
pemimpin justeru datang dari rakyat dan bawahannya.
(Sumber: Kisah Orang-orang Sabar Karangan Nasiruddin M.
Ag/Pz)
http://baca-blogspot.blogspot.com/
PROGRAM SALING BANTU SESAMA INSAN
LIHAT DISINI :http://goo.gl/92gtW
PROGRAM SALING BANTU SESAMA INSAN
LIHAT DISINI :http://goo.gl/92gtW
No comments:
Post a Comment