Cara mandi wajib yang sah masih sering menjadi persoalan di
kalangan umat Islam antaranya, remaja yang baru baligh, perempuan yang datang
haid, lelaki yang keluar air mani, wanita yang keluar darah nifas, suami isteri
yang bersetubuh (jimak) dan sebagainya.
Sebab anda perlu Mandi Wajib
Bertemu dia khitan atau bersetubuh (masuknya zakar sehingga
terbenam kepalanya ke dalam faraj).
Keluar mani walaupun sedikit.
Mati melainkan mati syahid.
Keluar haid bagi perempuan.
Keluar nifas (darah yang keluar mengiringi bayi ketika
perempuan bersalin).
Wiladah atau melahirkan anak.
Rukun Mandi Wajib
(cukup 3 rukun ini, mandi wajib anda Sah)
Niat
Menghilangkan najis di badan sama ada yang jelas (‘ayni)
atau tidak jelas (hukmi)
Menyampaikan air ke seluruh anggota badan dari hujung rambut
sehingga ke hujung kaki.
Jenis Niat Mandi Wajib
1. Keluar mani atau keluar haid dan nifas
“Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala”.
“Sahaja aku mandi daripada haid kerana Allah Taala”.
2. Mandi disebabkan bersetubuh antara suami dan isteri
“Sahaja aku mandi junub kerana Allah Taala”.
3. Mandi disebabkan keluarnya darah nifas
“Sahaja aku mandi daripada nifas kerana Allah Taala”.
Bahasa Arab
Sunat Ketika Mandi Wajib
mengadap kiblat
membaca basmalah
membasuh dua tapak tangan
mengambil wuduk terlebih dahulu sebelum mandi
menggosok seluruh anggota badan dengan tangan
berturut-turut (muwalat) tanpa putus-putus
tertib dengan mendahulukan perkara yang perlu didahulukan
membasuh sebanyak tiga kali
Cara-cara Mandi Wajib
Bersihkan tubuh dan hilangkan kotoran dan perkara-perkara
yang boleh menghalangkan air sampai ke anggota badan semasa mandi hadas selepas
ini.
Setelah selesai mandi biasa, di sunatkan mengambil wuduk
dahulu sehingga membasuh telinga sahaja dan tidak perlu membasuh kaki lagi.
basuhan kaki akan dilakukan akhir mandi nanti. Perkara ini tidak dilakukan pun
tidak mengapa kerana ia merupakan perkara sunat sahaja.
Duduk bertinggung bagi yang berkemampuan. Ini bertujuan
untuk membuka semua anggota yang zahir dan mudah untuk mengalirkan air ke
kawasan-kawasan sulit tersebut seperti qubul atau dubur. Kalau berdiri pun
tidak menjadi masalah, yang paling penting ialah air dapat sampai kepada semua
bahagian anggota badan.
Niat dahulu sebelum mandi (Lihat dalam bahagian Fardhu Mandi
di atas). Bagi sesiapa yang tidak pandai dalam bahasa arab boleh dalam bahasa
melayu.
Sunat memulakan mandian disebelah kanan dahulu dan
seterusnya disebelah kiri.
Mulakan mandi wajib dengan mengalirkan air mutlak di salah
satu anggota badan dan disertakan dengan niat mandi hadas sepertimana
dinyatakan di bahagian fardhu mandi.
Gosot atau sapu di semua anggota badan yang zahir iaitu
dirambut, kepala, telingga, hidung, mata, mulut, tengkok, ketiak, tangan, jari,
kuku, badan, pusat, qubul, dubur, kaki, pelipat-pelipat kaki dan tangan, kuku
kaki, jari kaki dan sebagainya. Ini bertujuan untuk menyampaikan air di seluruh
anggota badan.
Akhir sekali basuh kaki sebagai penyudahnya, kerana semasa
mengambil wuduk tadi kita tidak membasuh kaki.
copyright
No comments:
Post a Comment