Perkara-Perkara Penting Ketika Melakukan Persetubuhan @ jima’
1. Bertaubat dan Memohon Keampunan
Di malam pertama Islam menganjurkan kepada pasangan suami
isteri supaya membersihkan diri dari dosa dan noda yang pernah dilakukan
sebelum ini sama ada zahir dan batin. Oleh itu mereka disarankan supaya memohon
taubat kepada Allah sama ada dengan sembahyang sunat taubat atau beristiqfar
kepadanya.Diharapkan pertemuan buat kali pertama,ini benar-benar memberi makna
dalam membina kehidupan baru yang dapat mengabdikan diri kepada Allah.
2. Amalan Semasa Masuk Bilik / Rumah
Semasa masuk rumah atau bilik bacalah doa terlebih dahulu
iaitu :
Dan dahulukan kaki kanan apabila masuk bilik / rumah
tersebut.
3. Sembahyang Sunat di Bilik Tidur
Seterusnya apabila suami isteri sudah berada di bilik tidur
maka sunat keduanya sembahyang sunat dua rakaat. Selesai sembahyang sunat,
bacalah surah Al-Fatihah, surah Al-Ikhlas dan selawat Nabi sebanyak tiga kali
dan diiringi dengan doa seperti berikut :
Ya Allah, berilah rezeki kepada mereka daripada ku dan
berilah rezeki kepada aku daripada mereka. Dan jadikanlah kemesraanku dan kasih
sayangku bagi mereka. Dan jadikan kami semua saling cinta mencintai.
4. Beramah Mesra
Selepas itu si suami hendaklah memusingkan badannya dan
hadapkan mukanya tepat kepada isterinya dan duduk bertindih peha seraya memberi
salam kepadanya.
Ini adalah sebagai mukaddimah untuk berbual mesra antara
suami dan isteri supaya ianya benar-benar merasa gembira dan mesra.
5. Meletak tangan kanan di atas ubun-ubun isteri
Selepas itu suami hendaklah meletakkan tangan kanannya di
atas ubun-ubun isterinya bertujuan memohon keberkatan dan kebaikan dan bacalah
doa seperti berikut:-
Adab Melakukan Persetubuhan
- Bersedia dan dalam keadaan selesa
Suami isteri hendaklah memastikan pasangan masing-masing
dalam keadaan bersedia, tempat yang selesa dan masa yang sesuai. Suami isteri
juga hendaklah mengambil kira dan tidak melakukan hubungan kelamin ketika
pasangan berada dalam keadaan berikut;
Sedang sakit yang memudaratkan
Keletihan
Kesedihan
Kekenyangan (baru lepas makan) atau pun sedang kelaparan.
Ini untuk mengelakkan dari pasangan merasa benci, kecewa,
marah, sedih dan tertekan.
- Lucut Pakaian Kesemuanya Di Waktu Bersetubuh
Di antara adab-adab bersetubuh iaitu janganlah mendatangani
isterinya selagi isterinya belum melucutkan semua pakaiannya. Kedua-duanya
hendaklah berselimut di dalam satu kain selimut sebaik-baiknya kedua-duanya
melucutkan pakaian.
Tetapi janganlah kedua-duanya bertelanjang bogel di waktu
melakukan persetubuhan kerana kepada Allah sepatutnya kamu lebih-lebih lagi
rasa malu. Adalah Rasullullah S.A.W di waktu dia mendatangani isterinya, dia
menutupi kepadanya.
Suaranya diperlahankan dan dia berkata “bertenang”. Suami
yang hendak mendatangani isterinya, sepatutnya dia dan isterinya tertutup di
dalam satu kain selimut. Tidak menjadi soalan sama ada mereka menghadap Kiblat
ataupun tidak. Beginilah tegasnya Al Khatab.
- Bercumbu cumbuan
Di antara sunnah Islam ialah bercumbu cumbuan, bersuka ria
dan bergurau senda dengan isteri terlebih dahulu. Rasulullah s.a.w. pernah
berjenaka atau bergurau senda dengan isteri-isterinya. Beliau menyelami
peringkat peringkat akal mereka dalam pekerjaannya dan tingkah laku, sehingga
al Nasai, Abu Daud dan Ibn Majah ada meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w.
pernah berlumba lari dengan isterinya `Aisyah menang satu hari dan Rasulullah
s.a.w. menang beberapa hari, maka baginda berkata : “Ini lawan itu” Saiyidina
Omar, walaupun terkenal kasar pernah berkata bahawa seseorang lelaki sebaiknya
menjadi seperti seorang kanak-kanak ketika berada di sisi keluarganya. Apabila
mereka menuntut sesuatu daripadanya, hendaklah dia menjadi seorang lelaki. Di
dalam dua hadis sahih Bukhari dan Muslim, hadis yang diriwayatkan oleh Jariah
bin Wahab al Khazai, bermaksud :
“Apakah kamu mahu mendengar tentang ahli neraka, dia ialah
setiap orang yang keras, megah dan angkuh”
Di dalam riwayat Abu Daud : “Tidak masuk syurga orang yang
megah dan angkuh”
Maksudnya orang yang bersikap kasar terhadap ahli
keluarganya dan angkuh dengan dirinya. Dalam hadis Rasulullah s.a.w. yang
diriwayatkan oleh Jabir : “Kenapakah kamu tidak mengahwini anak dara, dia
bermesra denganmu dan kamu pula bermesra dengannya”
Tetapi sederhana di dalam beramah-mesra adalah baik seperti
sederhana di dalam lain-lain hal juga.
Sunat dimulai dengan menyebut nama Allah s.w.t. atau dengan
membaca `Bismillah’ kemudian membaca surah Al-Ikhlas serta membaca takbir
“Allahu-Akbar” dan tahlil. Kemudian menyebut :
Dan baca doa terlebih dahulu sebelum memulakan hubungan
kelamin, bagi melindungi mereka dan zuriat mereka dari gangguan syaitan. Doanya
seperti berikut;
Sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh al-Syaikhan
(Bukhari dan Muslim), daripada Ibn Abbas”
“Jika seorang dari kamu apabila mendatangi keluarganya (mahu
menyetubuhi isterinya) lalu berdoa :
Beginilah doa yang tersebut di dalam hadis yang telah
diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a. daripada Nabi s.a.w. dengan sabdanya
yang berbunyi :
Ulamak-ulamak fiqh bersalahan pendapat tentang makna “tidak
boleh dirosakkannya oleh syaitan buat selama-lamanya.” Ada di antara mereka
berpendapat, bahawa syaitan tidak mampu hendak merosakkan akidah anak yang akan
dilahirkan nanti. Ertinya syaitan tidak boleh menggoda agama kanak-kanak ini,
hingga dia menjadi kafir. Pendapat ini memberi artikulasi masa depan anak yang
akan dilahirkan ke dunia. Yang mana dia telah ditulis di masa dia masih di
dalam kandungan lagi, bahawa dia akan mati kelak di dalam keimanan. Golongan
ulamak yang lain pula berpendapat, bahawa yang dikehendaki dengan hadis tadi,
iaitu dengan berkat doa ini, anak yang akan dilahirkan nanti akan menjadi hamba
Allah yang ikhlas.
Apabila hampir mengeluarkan mani (inzal), maka katakan di
dalam hati tanpa menggerakkan dua bibirmu:
- Kemudian dia mengelakkan diri dari mengadap qiblat. Dia
tidak mengadap ke arah qiblat kerana dia seorang yang berjunub, sebagai
menghormati qiblat.
- Kemudian apabila si suami mahu menamatkan persetubuhan
itu, hendaklah dia perlambatkan sedikit untuk memberi peluang kepada isterinya
sampai ke puncaknya, kerana inzal atau pancutan mani si isteri mungkin terlewat
dan merbahaya kepada syahwatnya …
- Kemudian jika terlalu lambat mungkin menyakitkan isterinya
pula. Ketidaksamaan di segi tabiat inzal ini akan menimbulkan kegelisahan,
sekalipun suami mendahului, isterinya, sebaliknya persamaan masa inzal lebih
melazatkan. Kalau suami berdiam diri selepas inzal, mungkin isterinya malu
walaupun dia (isteri) belum sampai ke peringkat tersebut.
- Persetubuhan patut dilakukan empat malam sekali, jika
suami mampu berbuat demikian. Itu lebih adil, difahamkan daripada bilangan
isteri yang dibenarkan kahwin seramai empat orang. Boleh pula dikurangkan dari
kadar tersebut. Ya, sebenarnya boleh ditambah atau dikurangkan mengikut kadar
keperluan dalam menjaga diri melalui perkahwinan, kerana menjaga diri melalui
perkahwinan itu menjadi kewajipan.
- Memberi penghargaan – Suami isteri digalakkan mengucap
syukur pada Allah S.w.t kerana diberi nikmat dan kepuasan dalam melakukan
hubungan kelamin. Suami isteri juga harus saling berterima kasih kepada
pasangan dengan ucapan, ciuman dan pelukan. Penghargaan yang diberi akan
menyuburkan kasih sayang dan meningkatkan kendiri (self esteem).
- Bersederhana – Hubungan kelamin @ jima’ yang baik ialah
yang dilakukan dalam keadaan sederhana mengikut keperluan dan kemampuan suami
isteri sama ada dari segi kekerapan ataupun teknik yang digunakan.
- Suami isteri dilarang melakukan hubungan kelamin yang
boleh memudaratkan kesihatan dan emosi seperti menyiksa dan memukul pasangan
sebelum melakukan jima’. Pasangan suami isteri dinasihatkan tidak menonton
video lucah atau meniru aksi yang bertentangan dengan nilai kemanusiaan.
- Tidak menyebarkan rahsia – Suami isteri haram menyebarkan
rahsia hubungan kelamin kepada orang lain walau dengan apa cara sekalipun.
Rasulullah S.a.w bersabda yang maksudnya,
“Sesungguhnya sejahat-jahat manusia di sisi Allah pada hari
Kiamat ialah seorang lelaki yang melepaskan hajatnya kepada isterinya dan
isterinya melepaskan hajatnya kepadanya kemudian dia menyebarkan rahsia itu.”
(Hadith Riwayat Muslim)
Sunat-sunat [ Cara Bersetubuh Dalam Islam ]
1. Suci daripada hadas kecil, tegasnya sunat terlebih dahulu
mengambil air sembahyang.
2. Mandi dan memakai wangi-wangian.
“Sesungguhnya Allah itu baik dan menyukai kebaikan, bersih
dan menyukai kebersihan”. (Hadith Riwayat Tirmizi)
3. Memakai pakaian yang mengghairahkan tegasnya pakaian
menimbulkan nafsu syawat (lelaki atau perempuan).
4. Sunat melakukan persetubuhan pada hari Jumaat atau
malamnya, malam Khamis dan malam Isnin.
5. Sunat bersetubuh diwaktu sihat, jangan waktu terlalu
lapar atau terlalu kenyang.
6. Sunat bersetubuh dengan bersenda gurau dan bermain-main
terlebih dahulu supaya dapat membangkitkan syawat seterusnya jika memperolehi
anak, insyaAllah akan cerdik (berakal). Kemesraan mesti ada, dan proses ini
penting untuk mengurangkan kesakitan, perasaan gemuruh, gementar, malu, takut
dan rasa tertekan.
7. Sunat bersetubuh dalam satu selimut dan di atas satu
hamparan elakan daripada telanjangbogel tanpa penutup kain.
8. Sunat membaca bismillah dan doa sebelum dan sesudah
bersetubuh.
9. Selesai bersetubuh sunat disegerakan mandi junub jika
tidak dapat dilakukan atas sebab-sebab tertentu sunat membasuh kemaluan dan
mengambil air sembahyang (wuduk).
Imam Al-Ghazali berkata :
“Setengah ulamak menyatakan sunat bersetubuh pada hari
Jumaat dan Malamnya, berpandukan salah satu ta’wil daripada sabda Rasulullah
s.a.w. bermaksud “Allah merahmati orang yang mandi dan memandikan isteri (Pada
hari Jumaat)”.
Perkara yang haram [ Cara Bersetubuh Dalam Islam ]
1. Haram jima’ ketika isteri haid, nifas dan wiladah. Jika
bersetubuh pastikan putus haid, nifas dan wiladah dan selepas mandi hadas
besar.
“Mereka bertanya kepadamu tentang haidh, katakanlah: “Haidh
itu adalah suatu kotoran”, oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari
wanita di waktu haidh, dan janganlah kamu mendekati mereka, sebelum mereka
suci, apabila mereka telah suci, maka campurilah mereka itu di tempat yang
diperintahkan Allah kepadamu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang
taubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri.” (Surah Al-Baqarah : Ayat
222)
Dari Masruuq b.Ajda’i berkata:
“Aku telah bertanya kepada ‘Aisyah tentang sesuatu yang
boleh dilakukan seorang suami terhadap isterinya yang sedang Haid.” ‘Aisyah
menjawab, Apa saja boleh, kecuali kemaluannya (bersetubuh). (Riwayat Bukhari)
2. Haram jima’ melalui jalan belakang (melalui dubur)
walaupun isteri. “Terkutuklah orang yang menyetubuhi isteri diduburnya.”
(Hadits Riwayat Abu Dawud dan an-Nasa’i dari Abu Hurairah.)
3. Haram jima’ membawa ayat-ayat Al-Quran nama-nama Allah,
Nabi. Malaikat dan lain lain seperti azimat.
4. Haram jima’ dalam masjid / surau.
5. Haram jima’ sedang berpuasa di bulan Ramadhan.
6. Haram jima’ sedang dalam ihram haji atau ihram umrah.
7. Haram jima’ di tempat terbuka (tempat awam).
Tambahan Cara Bersetubuh Dalam Islam.
Boleh mendatangi dari arah mana pun untuk bersetubuh, tidak
kira depan, tepi atau belakang, asalkan sasarannnya ialah lubang faraj, dan
bukannya lubang dubur.
Dari Jabir b. Abdulah berkata, bahawa orang-orang Yahudi
(beranggapan) berkata, Apabila seseorang menyetubuhi isterinya pada kemaluannya
melalui belakang maka mata anaknya (yang lahir) akan menjadi juling. Lalu
turunlah ayat suci demikian:
“Isteri-isteri kamu adalah ladang bagimu maka datangilah
ladangmu itu dari arah mana saja yang kamu sukai”. (Surah Al Baqarah – ayat
223)
Bersetubuh @ berjima’ dengan isteri adalah satu ibadah dan
mendapat pahala jika melakukannya. Rasulullah s.a.w. bersabda: “…..dan apabila
engkau menyetubuhi isterimu, engkau mendapat pahala”.
Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, adakah seseorang
dari kami mendapat pahala dalam melampiaskan syahwat?
Nabi menjawab: “Bukankah kalau dia meletakkan (syahwatnya)
di tempat yang haram dia akan berdosa? Demikian pula kalau dia meletakkan
(syahwatnya) pada jalan yang halal maka dia mendapat pahala.” (Hadits Riwayat
Muslim).
Dan jika mahu mengulangi jima’ , hendaklah dibasuh dahulu
zakar. Seperti mana sabda Rasulullah S.a.w yang bermaksud, “Apabila di antara
kamu telah mencampuri isterinya kemudian dia akan mengulangi persetubuhannya
itu maka hendaklah dia mencuci zakarnya terlebih dahulu.” (Hadits Riwayat
Baihaqi)
No comments:
Post a Comment