Thursday, September 20, 2012

Mimpi Bukan Mainan Tidur Lagi...


Setiap orang pasti bermimpi sama ada ia sedar@tidak, sama ada ingat@lupa apa yang dimimpikan. Kalau akal pergi sekali, dia akan ingat...Kalau akal tak pergi sekali..dia akan lupa. Mimpi sudah dikaji orang. Yang handal, yang hebat bab mentakwil mimpi ialah Muhammad Ibnu Sirin (ada kitabnya).Sebenarnya apabila kita tidur, ramai yang mengangan-angankan mimpi yang baik2.

Firaun juga bermimpi yang amat menakutkan, akan ada seorang Rasul yang menentangnya. Nabi Allah Yusof juga bermimpi.....11 planet bintang, matahari dan bulan tunduk kepadanya..Nabi Yusof mentadbirkan mimpi raja Mesir ..Nabi Ibrahim mimpi sembelih anaknya...Dan berbagai peristiwa lagi..Mimpi menjadi petunjuk ...kadang2 menggembirakan, kadang2 menakutkan

Rasulullah Sollallahu Alaihi Wassalam bersabda:
"Apabila hari kiamat sudah hampir, maka mimpi-mimpi orang-orang beriman hampir-hampir benar"

Kalau nak mimpi yang benar...kena jaga perkataan. Bercakap benar walaupun dalam keadaan bersenda gurau. Mimpi orang Islam...1 juzuk daripada 46 kenabian...ertinya 1/46 kenabian (ada kebenarannya) selama mana tidak diberitakan pada orang.

MIMPI TERBAHAGI 3:
 1) Mimpi menyukakan iaitu mimpi dari Allah.
Mimpi sembahyang, baca quran, mimpi tawaf, mimpi menziarahi sahabat2, mimpi ke Mekah, mimpi makan, mimpi tidur...dll
2) Mimpi menakutkan iaitu mimpi yang diganggu syaitan.
Syaitan masuk dari sebelah kiri...dibawanya "filem-filem" yang menakutkan. Tu sebab kena tidur mengiring ke kanan. Ambil wuduk kerana malaikat diarahkan  menjaga kita, duduk sebelah.
3) Mimpi psikologi, benda terlintas dlm hati.
Umpama siang tadi nak beli kereta, malam memandu kereta. Terbawa2 dalam mimpi (bisikan diri sendiri)

Nabi SAW pernah menjelaskan..."Mimpi yang baik itu ialah suatu berita gembira dari Allah".
Umpama mimpi  bertemu Nabi SAW..mencium tangan Baginda...kebahagiaan bakal menjelma@ jika bermimpi berjumpa orangtua kita (atau sesiapa saja) yang telah meninggal dunia dalam keadaan pakaian mereka putih bersih, tidak reput...mereka berbahagia di alam barzakh

Apabila kita berwuduk sebelum tidur, roh kita akan naik ke tempat yang tinggi dan bertemu dengan roh orang-orang yang mati; bercakap dan berbual.Sampai masa, roh kita akan balik..roh orang mati pun nak ikut balik namun tak dibenarkan (ditahan). Roh kita (roh orang belum mati) akan dihantar balik semula ke bumi sehingga suatu masa yang akan ditentukan.

Perlu diingat, roh orang-orang yang mati TIDAK TURUN ke bumi. Jika kita bertemu dengan orang yang mati itu balik, maka BUKAN orang itu yang balik.Rohnya TIDAK TURUN . Mungkin gangguan makhluk halus yang menyerupai orang yang mati itu ingin mengganggu ketenteraman kita. Dah itu tugas dia.
Mimpi itu sesuatu yang akan menunjukkan peristiwa yang akan berlaku pada masa akan datang. Ia bukan ramalan.Ia umpama simptom@tanda-tanda. Contoh : mendung adalah tanda hujan akan turun. Mimpi ini perlu ditakwil oleh mereka yang arif dalam hal ehwal mimpi sebelum terbit matahari selepas solat Subuh. Kenapa perlu sebelum terbit matahari selepas solat Subuh??? Supaya mimpi itu dapat diceritakan dengan jelas...kerana jika menunggu hingga siang (lambat) bimbang terlupa ceritanya satu persatu

Kedua-dua situasi (mimpi baik & mimpi yang buruk) TIDAK BOLEH diceritakan pada semua orang.  Mengapa???? Pertama, jika mimpi menggembirakan...menyebabkan kita menerima kebaikan, bimbang orang akan dengki pada kita Jika mimpi yang tak baik pula...orang akan ketawakan kita.

JIKA BERMIMPI YANG MENYUSAHKAN
1- bangun dan ludah sebelah kiri 3x bertujuan menghina syaitan (ludah isyarat ~ jangan ludah betul2, nanti terbangun dan mengamuk le partner cik laki/cik bini sebelah kita tu!)
2- baca A'uzubillahhiminassyaitonnirojim...wamin syarri maa roaitu (Aku berlindung dari syaitan yang direjam dan dari kejahatan apa yang aku mimpikan)
3- beralih tidur dan solat 2 rakaat@
4- kalau malas nak solat...beralih tempat tidur, ludah sebelah kiri 3x dan bacalah ayat di atas tadi.

MEREKA YANG BOLEH DIKONGSI MIMPI KITA
~ Kita boleh bercerita mimpi kita kepada (labib) orang berakal dan (habib) orang boleh dipercayai simpan rahsia iaitu  isteri,suami, ibu, ayah, nenek.
~ JANGAN cerita kepada orang2 perempuan yang bukan-bukan ,seteru (musuh) dan orang jahil.
~ Sebaik-baik mimpi ialah mimpi pada waktu sahur (1@2@3 pagi)
~ Jangan sekali-kali tipu kata mimpi walhal tak mimpi

Sabda Rasulullah Sollallahu Alaihi Wassalam;
"Barangsiapa bermimpi dan menipu dalam mimpinya, di akhirat nanti Allah SWT perintahkannya supaya mengikat biji gandum"  (Itulah balasan orang yang menipu dalam bermimpi)

TAKWIL MIMPI MENGENAI SUSU
 Nabi SAW pernah bermimpi susu dan ghamis(jubah)
@susu ~ tanda-tanda ilmu
@pakai ghamis (jubah) ~ kuat agamanya
@minum susu unta ~ dapat harta yang halal
@minum susu lembu ~ negeri itu takkan kemarau
@minum susu biri2~kesenangan dan sihat tubuh badan
@minum susu binatang liar ~ berlaku keraguan, syak pada agama
@minum susu binatang buas~ dikeji orang
@minum susu singa~ senang tapi dimusuhi orang
@susu singa jantan ~ menang peperangan
@minum susu anjing~ ketakutan
@minum susu kucing~ sakit
@minum susu harimau ~ ada musuh

ADAB-ADAB SUPAYA TIDUR KITA DAPAT MIMPI YANG BAIK
1. bercakap mesti benar, jangan temberang
2. tidur mengiring dilambung kanan, sebelah kanan
3. baca surah As-Syams ~ Wasshamsi wad dhuhaha..... sampai habis
4. baca surah Al Lail~  Wallaili iza yaghsha...sampai habis
5. baca surah At Tin ~ Wattini wazzaitun..sampai habis
6. baca surah Al-Ikhlas 
7. baca surah Al-Falaq
8.baca An-Nas
9. doa

~ Wallahu'alam~

P/S Sumber ~ Ceramah Dato Ustaz Ismail b. Kamus

No comments: