Thursday, September 20, 2012

Bagaimana nak lakukan Solat Sunat Taubat


Cara nak melakukan Solat Sunat Taubat 2 rakaat:-

1) Sebelum sembahyang, istighfar 70x.
Astagfirullah..boleh. Nak panjang lagi, Astagfirullahala'zim pun boleh....Nak panjangkanlah lagi istighfar -Astaghfirullahal ‘adzim al-ladzii laailaaha illa huwal hayyul qayyuumu wa atuubu ilaih pun boleh.

2) Boleh dilakukan bila-bila masa cuma bukan waktu tahrim (waktu dilarang) solat. Tiada jumlah yang khusus. Namun menurut Ustaz, waktu terbaik ialah pada tengah malam.

3) Sah solat sunat taubat sambil duduk (walaupun kita mampu berdiri) kerana ini ialah solat sunat. Namun sembahyang berdiri itu lebih baik dari sembahyang duduk.

4) Lafaz niat solat sunat taubat
أصَلِّي سُنَّةَ التَوبَةِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
Sahaja aku solat sunat taubat 2 rakaat kerana Allah Taala
5) Bacaan yang disyorkan selepas Al Fatihah:
i. Rakaat pertama : surah Al Kafirun
ii. Rakaat kedua   : surah Al Ikhlas
@
i. Rakaat pertama : surah Ayatul Kursi 11x 
ii. Rakaat kedua   : surah Al Ikhlas 11x
@ ayat terpilih(yang paling baik)
i. Rakaat pertama : ayat 135-138 surah Al Imran
ii. Rakaat kedua   : ayat 110-113 surah An Nisa'

6) Sewaktu rukuk...lebihkan bacaan tasbih. Begitu juga sewaktu sujud. Kalau sebelum ini kita baca 3x sahaja..tambah jadi 11x.

7) Di rakaat ke2, sewaktu sujud akhir baca lah doa di bawah sebanyak 40x 


 *Biarlah dahi tersentuh di bumi Allah dengan merendah diri, dengan rasa bersalah, mudah-mudahan Allah SWT gugurkan dosa-dosa kita"

8) Selepas salam, kita beristighfar dan berdoalah. Ustaz beritahu di bawah ini 

disebut Penghulu Istighfar (Ya Allah, Engkaulah Tuhanku tiada Tuhan melainkan Engkau yang menjadikan aku dan akulah hambaMu dan aku sentiasa dalam genggaman (kuasa)Mu dan aku terikat dengan perjanjian denganMu semampuku. Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu daripada kejahatan yang aku lakukan. Aku kembalikan kepadaMu segala nikmat yang Engkau berikan kepadaku dan aku kembali kepadaMu dengan dosaku, oleh kerana itu ampunilah aku, kerana tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau).  

~ Wallahu'alam~

P/S Imam Ghazali kata, tanda hati kita sudah mula hitam, pertama, bila kita buat dosa, kita tak rasa bersalah. Kedua, hilang kemanisan beribadah dan ketiga, hati tak makan nasihat.

No comments: