Ambil Iktibar Dari 3 Jutawan Kosmetik Ini | Terlajak puteh
nampak. Saya juga antara yang tak ketinggalan melihat rancangan ini. Mahu juga
terkinja-kinja menonton kekayaan tiga insan yang sentiasa menjadi buah mulut
rakyat Malaysia.
Mereka ini tidaklah setaraf dengan beberapa ikon kesayangan
negara seperti Siti Nurhaliza, Tony Fernandez, Tan Sri Mokhtar, Emma Maembong,
Shaheizy Sam mahupun Dato M Daud Kilau, tetapi semua gerak geri dan kata-kata
yang keluar dari mulut mereka ini jadi satu alat pemasaran yang luar biasa.
Ambil Pengajaran dari 3 'Taikun' Kosmetik Negara Ini
Moh kita ambil pendekatan positif melihat titik persamaan
antara ke tiga-tiga taikun kosmetik negara ini. Antaranya ialah:
1. Jatuh. Mereka pernah jatuh dengan sangat teruk. Tetapi
bangkit dengan semangat luar biasa. Lihat satu demi satu, Datuk Alif pernah
dihina kerana hanya mempunyai sijil SPM dan berniaga di pasar malam. Keanehan
manusia ini dari awal sememangnya ditentang habis-habisan di media sosial.
Dengar suara sahaja “terlajaaak larrrrissss” memang buat
kita terus nak tukar channel. Tetapi gimik suara dan pendekatan iklan luar
biasa beliau akhirnya membawa duit ke poketnya sendiri. Ada sahaja gimik iklan
yang tak masuk akal. Kalau dari Bangi nak ke KL tu hangin sungguh ada
papan-papan billboard tulis Wajah Kosmetik Yang Dipercayai. Kau gila nak letak
muka lelaki dengan alat-alat solek jadi aksesori dalam gambar tu? Tapi Datuk
Alif buat. Dan dia berani terus buat dan berjaya!
Bagi Puan Rita Sosilawati pula, kisah kematian ibunya yang
cukup tragis dan menggemparkan negara. Sebut sahaja tentang ibu beliau, pasti
semua ingat. Dan kita pula tak pernah terfikir bagaimana wanita ini mahu
kembali bangkit untuk meneruskan legasi ibunya dengan wajah ibunya yang sering
kali muncul di sebalik produk-produk tersebut.
Orang kata, yang melemahkan kita itulah yang akan menguatkan
kita. Akhirnya Puan Rita bangkit dan kini mempunyai rangkaian kosmetik antara
yang paling kukuh di Malaysia.
Sekali pasang tv keluar pula wajah wanita ini. Dulu saya
sendiri pernah kata, dah kenapa stesen tv3 ini dah kena beli dengan perempuan
ini ke macammana. Sekejap sekejap keluar, Qu Puteh Qu Puteh. Bagi lelaki kacak
yang tak pernah putih seumur hidup seperti saya ini, ini satu pertandingan
antara hidup dengan mati. Menyampah nengoknya. Itu dululah.
Kini, saya lihat strategi mempasakkan perkataan itu dalam
kepala rakyat Malaysia(walau ejaannya pun tak betul) tetap berjaya. Anak saya
sendiri pun pandai sebut Qu Puteh Qu Puteh Barulah Putih! Hebat Dato Seri Dr.
Vida. Beliau ini juga mempunyai kisah tragis yang sangat besar dalam hidupnya
apabila dua anak lelakinya meninggal dunia akibat dari kebakaran rumahnya
sendiri.
Dato Seri Dr. Vida kembali bangkit dan membangunkan
produknya dengan membawa semangat anak-anaknya untuk terus berjaya dan membantu
anak-anak yang lain.
2. Bersama. Jika kalian lihat Instagram ke tiga-tiga taikun
ini, kalian akan perasan satu perkara yang berlaku diluar kotak pemikiran kita
sendiri. Logiknya mereka ini adalah pesaing di dalam industry yang sama.
Tetapi, mereka kerap kali berjumpa dan bermesyuarat. Setiap kali ke tiga-tiga
ini bergambar dan gambarnya dipampang di dalam insta masing-masing, saya terus
terfikir strategi perniagaan bangsa cina yang sangat hebat. Antaranya ialah:
Mereka akan berbincang produk mana sesuai dengan syarikat
mana.
Mereka akan membuat keputusan syarikat mana dengan gimik
pemasaran yang bagaimana.
Mereka akan membahagikan produk laris dengan kesesuaian
pemilik syarikat mana.
Kau orang nampak tak? Mereka tidak bersaing, malah mereka
saling menguat antara satu sama lain.
Ini yang sedang dibuat oleh sebuah syarikat penerbitan Indie
(bukan Hindi) dan saya sangat suka cara mereka. Mereka bangkit bersama. Bantu
kawan-kawan lain dan berjaya bersama-sama.
Dalam industry hari ini, memang sudah tak boleh untuk
bergerak sendiri. Dengan mudah kalian akan tumbang jika ada pesaing yang sama
hebat dengan kalian. Maka cara paling baik ialah dengan bersama.
3. Kreatif dan Bina Pengaruh. Mereka sentiasa menunjuk
kekayaan dan kekuasaan. Ini yang orang melayu pantang. Takut kena curi, takut
orang kata riak, takut mata syaitonirojim. Waima Dato Seri Dr Vida yang
mempunyai beberapa koleksi mahkota juga kalian tegur baik punya. Ya salah satu
kegemaran rakyat Malaysia ialah menegur-negur perbuatan orang lain. Anak jiran
kampung sebelah yang kau tak kenal pun kau boleh cerita kisah dia dari lahir
sampailah dia kahwin.
Ok, kita sambung. Mereka bertiga ini (pada fikiran saya)
tidak menunjuk-nunjuk pada zahirnya. Tetapi kekuasaan mereka pada media sangat
kuat. Maka, segala apa yang diceritakan akan jadi bahan untuk ditunjuk dan
dikongsi kepada semua.
Kadang-kadang post itu hanya untuk memberitahu yang mereka
sangat sukakan sesuatu pada masa lalu, dan kini sudah pun mendapatinya (rujuk
kepada post Dato Aliff dengan kereta Rolls Royce). Sama juga dengan kita, nak
sangat makan kat kedai kak leha dangdut, jadi hari tu kawan kita belanja dan
kita pun selfie gitu. Lebih kurang sahaja sebenarnya Cuma mood kau orang tak
sebanyak orang yang memang kaya dengan cas-cas positif di kepala.
Untuk kuat dalam arus media, kau kena kreatif. Kau kena
pastikan orang sentiasa positif dengan apa yang kau ‘tunjuk’. Lihat akaun
sosial media mereka bertiga ini, semuanya ada tag line dengan ‘background’
kemewahan mereka. Semua itu adalah strategi pemasaran untuk mendapatkan
pengaruh. Jika kalian perasan, ada produk mereka yang sama, ada juga yang
memang niche. Dan yang niche itulah kekuatan mereka masing-masing.
Ingat kawan-kawan, pengaruh dibina dengan kuasa, harta dan
kata-kata. Zaman ini mudah sahaja, kalian ada kepakaran dan buat dengan
betul-betul, kalian akan (atau pasti) akan berpengaruh dengan sayap yang cukup
lebar. Saya pernah bersembang dengan salah seorang jurujual mereka, sama ada
benar atau tidak, katanya salah seorang dari tiga taikun ini jualannya pada
setiap jam ialah sebanyak RM1,200. Setiap jam Bro! Kau kali dengan 24 jam,
dapat RM28,000 sehari. Kali lagi dengan 30 hari, jualan sebulan ialah RM864,000
woi.
Gunakanlah media sosial untuk meraih kebaikan, bukan dengan
membuka aib dan berkata tidak baik. Stay positif kawan!
Kawan-kawan, bab riak takbur bagai itu bukan hal kita pun.
Mereka dapat apa yang mereka inginkan. Kita pun takat dapat sebut kau riak kau
riak kau riak! Itu sahaja, kau sebut kau riak tu ada dapat mahkota? Ada dapat
rolls Royce? ada? Ada boleh taja TRW? Sudah-sudahlah jadi penunggang agama.
Cewah.
Nak hidup dan jadi orang hebat kena harungi satu perjalanan
susah, kalau tengok kaki pun tak nampak kerana perut membesar bagai juara tak
adalah susah benar hidup kita tu. Kena harungi satu fasa kehidupan yang ala-ala
baru nak bernafas semula dek kerana kegagalan itu ini. Gitu. Kau faham ke tak
faham ni sebenarnya? Ha Barulah dapat hidup senang. Bak kata Imam Ghazali,
Untuk dapat sesuatu yang kau suka, kena sabar dengan apa yang kau benci.
Yang kau suka itu kesenangan.
Yang kau benci itu kesusahan.
Yang buat kau senang hari ini ialah perjalanan susah kau
masa lalu. Mereka ini Tuhan uji dengan ujian paling berat untuk mereka terima.
Tuhan juga hanya uji mereka yang sesuai sahaja dengan ujian-ujiannya. Tak semua
dapat ujian macam tu kawan, jadi reda dan berusahalah untuk kita juga berjaya.
Tak semestinya kita kena berjaya macam depa, kalau kita pun
sama je habis takkan nak tukar Bapa Brownies Kebangsaan cakap, Qu Brown Qu
Brown Barulah Brownies. Tak, semua tu tak semestinya sama.
Kawan-kawan,
Ada orang memang berjaya dengan jadi cikgu. Walau tak dapat
rumah besar, dia dapat 10,000 anak murid yang sentiasa panggil dia cikgu sampai
dia mati.
Ada orang memang berjaya jadi doktor, walau dia tak kaya
raya, tapi dia punya saham akhirat merawat pesakit pasti sebesar-besar gunung
yang melimpah-limpah kebaikannya.
Ada orang memang berjaya jadi penulis, mungkin dia juga tak
kaya raya macam depa. Tapi penulisan dia buat jiwa kaya, buat orang terkesan
dan mahu jadi baik. Cewah. Ha ha ha. Nak jugak.
Masa saya kecil dulu saya selalu tanya emak, apa yang emak
nak dari aye (saya)? Emak saya kata, tanya diri sendiri nak jadi apa, emak nak
awak jadi baik. Itu sahaja.
Bukan susah nak jadi baik. Kaya miskin senang susah semua
boleh jadi baik. Kita pun boleh jadi baik. Nak jadi baik mula dengan hati,
kemudian otak, kemudian perlakuan dan perkataan. Senang woi. Ha, yang duk kata
riak riak takbur takbur sesuka hati ni tanya balik dalam hati masing-masing,
“aku ni baik sangat ka sampai Tuhan beri aku seketul hati yang senangnya tuduh orang begitu begini, yang
lancar sahaja cakap itu ini dan yang mudahnya bersangka-sangka”
Ada eloknya kita belajar melihat mereka berjaya daripada
kita hanya berjaya cakap-cakap mahu kaya.
Oleh: Khairul Hakimin Muhammad
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.