Jika
kamu bertawakal kepada Allah dengan betul, maka akan dianugerahkan
rezeki kepada kamu sebagaimana burung diberikan rezeki. Maka marilah
kita renungkan bagaimana Allah menganugerahkan rezeki kepada burung dan
bagaimana Allah membekalkannya dengan teknik yang baik sekali.
Allah
telah memberikan kepada burung dalam gambar di atas teknik yang unik,
sehingga dapat memudahkan dirinya melihat ikan yang berada di dalam air
dan menentukan kedudukannya yang tepat dan melaksanakan semua hitungan
yang tepat untuk menangkap dan memastikan kejayaan pada masa menerkam.
Semua itu berlaku pada otak seekor burung yang kecil.
Dan para ulama sangat kagum dengan teknik hitungan yang tepat tersebut
dan mereka berkata, "Bagaimana mungkin alam memberikan kemampuan pada
burung keistimewaan tersebut?"
Kami sampaikan bahawa itu semua bukanlah alam yang memberikan, namun Allah
SWT yang telah berfirman, "Ialah (Tuhan) yang telah memberikan kepada
tiap-tiap sesuatu bentuk kejadiannya, kemudian memberinya petunjuk."
(Surah Taha: 50).
Maksudnya: memberikan akal, naluri (naluri) dan kudrat semulajadi untuk kelanjutan hidupnya masing-masing.
Terdapat banyak lagi gambar-gambar yang menyeru orang-orang yang beriman untuk memuji Pencipta yang Maha Kuasa!
- terjemahan dari republika.co.id
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.