Keterangan
1. Lalai
- Orang yang solat dalam keadaan lalai ,hatinya masih mengingati
hal-hal dunia ketika solat. Memang sukar bagi kita untuk mendapat
kekusyukan dalam solat, tetapi golongan yang lalai ini tidak cuba
berusaha untuk mendapat kusyuk dalam solat. Mereka hanya solat sambil
lewa dan tidak mengambil berat dalam hal-hal solat. IMAM AL-GHAZALI
menyatakan bahawa orang yang tidak khusyuk sembahyangnya adalah dikira
sia-sia belaka, kerana tujuan solat itu selain untuk mengingati Allah
SWT, ia juga berfungsi sebagai alat pencegah dari perbuatan keji dan
mungkar. Apabila lalai ketika menunaikan solat bererti orang tersebut
tidak akan berasa gerun ketika melakukan perkara keji dan mungkar.
2. Riak
- Orang yang solat bukan kerana Allah tetapi kerana menunjuk-nunjuk
kepada manusia, apabila orang melihatnya dia merasa senang tetapi bila
dia keseorangan dia merasa malas.
3. Bakhil -
Orang yang solat tetapi dalam masa yang sama dia tidak mengeluarkan
zakat. Cinta pada hartanya sehinggakan kedekut untuk bersedekah kepada
yang memerlukan.
Sumber: ahmadraje.blogspot.com
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.