Kencing atau bahasa
sopan membuang air kecil ini sudah bukan suatu perkara yang asing lagi
bagi umat manusia. Setiap manusia melakukan aktiviti ini untuk
mengeluarkan sisa-sisa metabolisme tubuh (mengeluarkan kotoran tubuh).
Dalam melakukan aktiviti inipun kita dituntut melakukannya dengan benar
dan sesuai aturan.
Hadis yang diriwayatkan
oleh Aisyah RA berkata bahawa Rasulullah SAW tidak pernah kencing sambil
berdiri semenjak diturunkan kepadanya Al-Quran.
Secara kesihatan kencing
berdiri adalah penyebab utama penyakit batu karang karang pada semua
penderita penyakit tersebut dan merupakan salah satu penyebab penyakit
lemah syahwat bagi sebagian lelaki.
Dari segi agama,
kebanyakan orang yang biasanya kencing berdiri kemudian mereka akan
mendirikan solat, ketika akan rukuk atau sujud maka terasa ada sesuatu
yang keluar dari kemaluannya, itulah sisa air kencing yang tidak habis
keluar ketika kencing sambil berdiri, apabila perkara ini terjadi maka
solat yang dikerjakannya tidak sah kerana air kencing adalah najis dan
salah satu syarat sahnya solat adalah suci dari hadas kecil maupun hadas
besar.
Umumnya kita memandang
ringan terhadap cara dan tempat buang air, mungkin kerana pertimbangan
waktu atau situasi dan kondisi yang mengharuskan (terpaksa) untuk
kencing berdiri tanpa menyangka keburukannya dari sisi sunah dan
kesihatan. Orang dulu mempunyai budaya melarang anak kencing berdiri
sehingga kita sering mendengar pepatah “Guru kencing berdiri, murid
kencing berlari”, kerana memang terdapat efek negatif dari kencing
berdiri.
Kebiasaan orang kencing
berdiri akan mudah lemah batin, kerana sisa-sisa air dalam pundi-pundi
yang tidak habis terpancar menjadikan kelenjar otot-otot dan urat halus
sekitar zakar menjadi lembik dan kendur. Berbeza dengan buang air
mencangkung, dalam keadaan bertinggung tulang paha di kiri dan kanan
merenggangkan himpitan buah zakar.
Ini memudahkan air
kencing mudah mengalir habis dan memudahkan untuk menekan pangkal buah
zakar sambil berdehem-dehem. Dengan cara ini, air kencing akan keluar
hingga habis, malahan dengan cara ini kekuatan sekitar otot zakar
terpelihara.
Ketika buang air kencing
berdiri ada rasa tidak puas, kerana masih ada sisa air dalam kantong
dan telur zakar di bawah batang zakar. Ia berkemungkinan besar
menyebabkan batu karang. Kenyataan membuktikan bahawa batu karang yang
berada dalam ginjal atau kantong dan telur zakar adalah disebabkan oleh
sisa-sisa air kencing yang tidak habis keluar. Endapan demi endapan
akhirnya mengkristal/mengeras seperti batu karang.
Jika anda meneliti sisa
air kencing yang tidak dibersihkan dalam bilik mandi, anda bayangkan
betapa keras kerak-keraknya. Bagaimana jika itu ada di kantong kemaluan
Anda?? perkara ini juga merupakan salah satu yang menyebabkan penyakit
lemah syahwat pada lelaki selain dari penyebab batu karang.
Demikian hikmahnya Rasulullah SAW melarang kencing berdiri.
Sehingga Nabi Saw sering
mengingatkan dalam sabdanya: “Hati-hatilah dalam masalah kencing kerana
kebanyakan siksa kubur dikeranakan tidak berhati-hati dalam kencing”.
Hadis riwayat Ibnu Abbas ra., ia berkata:
Rasulullah saw. pernah melalui dua buah kubur, lalu beliau bersabda:
Ingat, sesungguhnya
dua mayat ini sedang disiksa, namun bukan kerana dosa besar. Yang satu
disiksa kerana dia dahulu suka mengadu domba, sedang yang lainnya
disiksa kerana tidak membersihkan dirinya dari air kencingnya. Kemudian
beliau meminta pelepah daun kurma dan dipotongnya menjadi dua.
Setelah itu beliau
menancapkan salah satu pada sebuah kuburan dan yang satunya lagi pada
kuburan yang lain seraya bersabda: Semoga pelepah itu dapat meringankan
siksanya, selama belum kering. (Shahih Muslim No.439)
Adab Buang Air Kecil Dan Memasuki Tandas
Maka ada baiknya kita
belajar adab-adab dan sunnah-sunnah di tandas (bilik air) berikut agar
kita banyak mendapatkan manfaat baik di dunia (kesihatan) maupun di
akhirat (agama) yang telah diajarkan Rasulullah SAW:
1. Buang air
mencangkung (tidak berdiri jika tidak terpaksa/darurat), agar kotoran
boleh keluar lancar sehingga tidak menjadi penyebab batu karang mahupun
lemah syahwat
2. Menggunakan alas kaki
Menurut kajian di
Amerika Syarikat di dalam kamar mandi/bilik air ada sejenis virus dengan
type Americanus yang masuk melalui tapak kaki orang yang ada di bilik
air tersebut. Dengan proses waktu yang panjang virus tersebut naik ke
atas tubuh dan ke kepala merosak jaringan otak yang menyebabkan otak
lemah tak mampu lagi mengingat, blank semua memori otak sehingga
nyanyuk. Sandal hendaknya diletakkan di luar bilik air, jangan di dalam
bilik air, kerana semakin kotor, lembab dan tidak mengenai sasaran
kebesihan.
3. Masuk kamar mandi /bilik air dengan kaki kiri dan keluar dengan kaki kanan
Inilah sunnah yang
diperintahkan oleh Nabi, dan juga disunnahkan untuk membaca doa sebelum
masuk kamar mandi (doa dibaca di luar bilik mandi) dan setelah keluar
dari bilik mandi. Berbeza jika kita masuk masjid dan rumah, masuk masjid
atau rumah dengan kaki kanan dan keluar dengan kaki kiri.
4. Beristinjak dengan air dan dengan tangan kiri
Beristinjak (bersuci dan
membersihkan kotoran) dengan air, bukan dengan tissue atau lainnya
kecuali jika tidak ditemukan air ketika dihutan, padang pasir dsb. Boleh
gunakan tissue tapi harus dibilas lagi dengan air setelahnya. Syarat
kebersihan dan kesucian dari najis menurut syariat adalah hilang warna,
hilang bau, dan hilang rasa dari najis tersebut. Beristinjak juga
disunnahkan dengan tangan kiri, inilah pembahagian tugas dari tangan,
bagaimana tangan kiri untuk urusan ‘belakang’ sedangkan untuk makan
& minum disunnahkan dengan tangan kanan, jangan dicampuradukkaan,
tangan yang untuk urusan belakang itu juga untuk makan. Dan Nabi
melarang makan & minum dengan tangan kiri.
5. Jangan merancang/merencana sesuatu di bilik air
Nabi sangat melarang
merancang atau membuat suatu rancangan/idea/inspirasi di dalam bilik
air, kerana bilik air adalah markas syaitan sebagaimana doa kita ketika
hendak masuk bilik air: “Allahumma inni a’udzubika minal khubutsi wal
khabaits”, Yaa Allah, aku berlindung kepada-Mu dari godaan syaitan
laki-laki maupun perempuan”.
Kerana dikhuatiri
rancangan / idea / inspirasi yang didapati berasal dari bisikan syaitan
yang kelihatannya baik tapi setelah dijalankan ternyata banyak
mudarat/keburukannya. Begitu juga setelah keluar bilik air, baca
istighfar dan doa keluar bilik air. Secara adab dan budaya pun sangat
tidak baik, sambil buang kotoran mencari idea/inspirasi atau
merancangkan sesuatu yang baik apalagi sesuatu itu menyangkut hajat
hidup orang ramai. Disunahkan juga untuk menyegerakan keluar bilik air
apabila hajat sudah selesai, bukan malah bernyanyi-nyanyi apalagi sambil
baca buku atau akhbar.
6. Ketika buang
air dilarang menghadap atau membelakangi kiblat, apabila lubang bilik
air menghadap kiblat hendaklah ketika buang air badan agak diserongkan
sedikit
Apabila sunnah diamalkan
walaupun dalam bilik air maka kita ini juga namanya ibadah. Betapa
sayangnya setiap hari kita ke bilik air beberapa kali tapi tidak
mendapatkan pahala ibadah dengan menghidupkan sunnah. Padahal salah satu
maksud dan tujuan manusia diciptakan adalah untuk ibadah.
Wallahualam,
*Sumber dari dirihamba.blogspot.com
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.