Tanggal 8 April 2006 adalah hari yang paling diingati dalam
sejarah kerana pada hari itulah aku ditugaskan untuk cover kapal kargo milik
malaysia selendang ayu. pada hari itu juga adalah pengalaman pertama utk
tugasan cover kapal kargo kerana banyak kejadian lanun yang menghantui
pelayar-pelayar dari Malaysia Apabila tugasan di mesir sudah tamat pihak SIB
diberi tugasan baru dan Major ravi telah mengarahkan aku,bahtiar dan ramzul utk
mengendali kes ini.
Apabila kami ditugaskan tanpa membuang masa kami terus bersiap
utk ke pelabuhan labuan dimana tempat kami akan berlepas. perjalanan menaiki
helikopter milik ATM Augusta 109E lancar tanpa sebarang masalah.petang
menyinsing dan ketibaan kami disambut baik oleh krew kapal kargo selendang ayu
yang difahamkan akan berlayar ke bahamas utk penghantaran perubatan dan
keperluan bantuan mangsa ribut disana.Pihak Malaysia begitu perihatin utk
membantu walaupun bahamas adalah dibawah pemerintahan amerika namun atas dasar
keperimanusiaan kerajaan kita tetap membantu.
Aku,ramzul dan bahtiar di bawa ke dok yang menjadi tempat
berehat yang berkeluasan 30 kaki dan berkatil tingkat hmm..bolehla walaupun
bukan 5 star selesa la jugak. tapi salah seorang kene la tidur di lantai
berlapikkan kain saja dan orang itu adalah aku sebab memang dah biasa dengan
lantai-lantai ni.Aku termenung seketika diatas tilam tempat bahtiar berbaring
ramzul diatas pon tgh berbaring keadaan aku yang termenung itu disedari bahtiar
lalu dia menegur. “weh apsal ko termenung bro”? sapa bahtiar sambil menolak
bahuku. “Aku bukan apa aku hairan kenapa sampai nak kene cover kapal ni cube
kamu tengok tadi ramai yang jadi pak guard depa senjata pon ada.
Jawab aku dengan penuh hairan. “Entah la aku pon pelik juga
kenapa kita nak terlibat sekali kalau dah ada yang cover kapal ni”? sampuk
ramzul yang aku dan bahtiar ingat dah bermimpi indah. tiba-tiba bahtiar
menempik dalam nada yang sederhana “weii.. bukan ke kalau nak ke bahamas to
kene lalu segitiga tu baru sampai sana”? “ha ah la mesti kene lalu segitiga
setan tu..ahh sudah menyesal la pulak aku join cover ni” kata ramzul.
Aku hanya boleh membisu dan berfikir. Benar kata-kata bahtiar
memang kapal ni akan melalui segitiga bermuda jika mahu sampai ke bahamas.Aku
cuma tenteramkan mereka yang nampak gelisah..”segitiga je beb bukan segi empat
ke segi lima yang korank risau apehal”? seloroh aku.. “ye la kamu jangan cakap
sembarangan dah lalu nanti baru kamu tau penangan tempat tu”. kata-kata ramzul
seperti meningkatkan lagi kerisauan bahtiar yang dari tadi seperti gelisah tak
tentu pasal. ” dah.. cukup dengan segitiga korank.. ingat misi kita apa
disini..
kita lakukan dengan profesional pasal dengan tempat puaka tu
memang senjata kita tak lut pada mereka tapi apa guna kita ada Allah yang maha
Esa? sekuat2 mana jin yang ada didunia ni tidak tertanding kuasa yang Allah
ada.. tadah tangan kita mohon dengan penuh yakin pasti Allah tidak akan biarkan
hambanya yang didalam kesusahan” madah aku dengan penuh yakin.
Perjalanan kami ke bahamas berjalan hampir 3 minggu lamanya
kerana kapal ini kerap singgah di pelabuhan-pelabuhan utk mencari bekalan
makanan dan pelepasan dari negara-negara yang telah kami masuki utk memastikan
apa yang kami bawa bukan barang2 haram yang boleh membawa ancaman kepada
negara-negara tersebut. apabila tiba di setiap perairan ada saja tentera marin
ataupon penguatkuasa laut yang datang utk memeriksa. jika ada keraguan kapal
kami ditahan sementara utk pengesahan.
Apabila kapal kami tiba di lautan atlantik satu detik hati yang
begitu risau apabila melihat sekitar lautan yang tiada pulau bermakna kami
berada di tengah-tengah lautan atlantik yang luas dan menurut kapten kapal
inilah dia laluan segitiga bermuda. bahtiar dan ramzul seperti kerisauan
melihat sesama sendiri. ketika berada di bilik kawalan kapal saya bertanya
kepada kapten yang bernama zulfakar. ” apa… kapten tak berasa risau melalui
laluan ni”? tanyaku dengan penuh berani.
“ini pertama kali saya mengikuti laluan ni… sebelum ini kawan
saya yang juga kapten kapal bernama john barios penah melalui laluan ini dan
selepas dia menghantar barang di miami sesampainya beliau di pelabuhan para
petugas menemui hanya dia seorang sahaja di atas kapal yang lain telah tiada
walaupon semasa belayar sebanyak 30 crew yang menyertai pelayaran itu dari
england.. dan beliau disahkan gila kerana setiap saat beliau mengatakan ada
makhluk ganjil yang sedang mengganas di pertengahan laut atlantik seperti
menunggu utk membaham kapal-kapal yang melalui laluan ini. sebab itulah saya
juga mencari jawapan segala kebenaran yang dia katakan” kata beliau dengan nada
yang sedikit kesedihan.
Aku terdiam dan hanya menghayati kesdihan kapten zul yang benar2
terasa dengan apa yang terjadi dengan sahabatnya itu. aku kembali ke bahagian
tengah kapal dan melihat ke ke lautan yang sedikit berkabus. sut yang kami
pakai mengelakkan daripada terasa kedinginan yg melampau tatkala angin lautan
atlantik yang melanda sekala sekala deras.Ramzul dan bahtiar sudah melakukan
rondaan sekeliling bersama dengan pasukan keselamatan yang ditugaskan menjaga
keselamatan kapal ini. kebanyakannya melayu dan seorang adalah berbangsa singh.
Kapal Columbus Muncul depan
Mata
Dalam penghayatan aku di
lautan tiba2 bahtiar menggoncang bahuku dengan laju ”weiii.. korang nampak tak
kat sana?” tuju jari bahtiar ke selatan laut. aku dan ramzul pantas melihat..
namun aku dan ramzul tak dapat melihat apa2 kecuali kabus yang semakin tebal
dan hitam. ”mana taka ada apa2 pon” pintas ramzul. ”ada aku mmg nmpak tadi”
yakin kata2 bahtiar itu. ”apa yang kamu nampak” kata ku. ”aku nmpak kapal”
jawab bahtiar.
“Ahhh.. kapal pon mau
kecoh ka? biasa la kapal memang lalu sini” pintas ramzul lagi. ” takk.. aku
nampak kapal zaman portugis” yakin bahtiar lagi. ”biar betul kamu ni bahtiar”?
tanya ku dengan penuh kepastian.Aku sekali lagi mengamati betul2 apa yang
bahtiar katakan, mataku melihat sekeliling apakah benar dakwaan bahtiar tadi,
kabus semakin lama semakin tebal dan hitam.
Tiba2 mataku terpandang
satu objek di selatan laut yang berada di dalam kabus2 semakin lama semakin
objek itu menampakkan diri dan sah ianya sebuah kapal perang lama.. ”Ramzulll..
minorrr” jerit aku meminta ramzul teropong. Ramzul segera memberi padaku beliau
pun sudah dapat melihat kapal tersebut.
Aku melihat kapal
tersebut dengan teropong.. semakin lama semakin dekat dan apabila ternampak
satu nama dikapal tersebut aku terus diselubungi keresahan.. mana taknya nama
kapal tersebut dikenali sebagai SANTA MARIA kapal perang yang pernah dinaiki
oleh kapten columbus pada tahun 1492 dan pernah melaui perairan atlantik ini
utk mendarat di bahamas.
Hati aku sekali lagi
berdegup detap apakah ini realiti kerana apa yang ternampak dimata disaksikan
juga oleh para krew kapal yang lain..
Mereka semua terpegun
dengan kapal yang sudah berusia beratus lamanya belayar setara dengan kapal
yang sedang kami naiki ini.. bahkan dari tadi kami rasakan seperti kelajuan
kapal yang berada 500 meter dari kapal kargo kami ini setara sahaja. Sekali
lagi teropong diarah ke kapal berusia beratus tahun itu dengan tujuan ingin
melihat penghuni dan crew kapal tersebut apakah ada penghuninya. tiada nmpak
sebarang kelibat manusia pun didalam kapal tersebut.
Kelibat
dinasor
Tiba-tiba siren kapal
kargo kami kedengaran.. aku pantas naik ke dek pengemudi yang melihatkan kapten
zulfakar dalam keadaan cemas.. ”apa yang terjadi kapten”? “entahlah saya tak
pasti tetapi tadi saya ternampak seekor binatang yang besar sedang melintas
didepan kapal seperti dinosour tengkuknya panjang dan pantas menenggelamkan
diri” kata kapten zul. aku melihat kembali di luar.. kapal santa maria itu
masih ada dan seiring dengan kapal ini.
Awan tiba2 gelap di depan
kami seperti ada ribut yang mahu melanda petir sekali sekala menyambar
disertakan dengan guruh namun tanda2 hujan tidak kelihatan. Ramzul dan bahtiar
kedua2anya seperti terpaku apabila dipanggil nama seperti tiada respon dari
mereka.Aku turun dan membaca bismillah kemudian dihembus kemuka mereka..
alhamdulillah mereka sedar.. ” apa yang kita nak buat ni?” kata bahtiar. angin
semakin kencang.. para krew kapal bertempiaran sesama sendiri mencari perlindungan
tatakala kapal seperti hilang keseimbangan… para pasukan keselamatan pun bnyak
yang tergolek dan kami berpaut di sisi kapal aku melihat kedepan ”ahh kapal ni
tak bergerak ni...
Kabus itu yang datang
menghampiri” kata ku. sebab aku kata begitu kerana melihat di awan terdapat
beberapa ekor burung yang tidak bergerak dan masih berada di posisi sama begitu
juga kapal santa maria yang seiring dengan kapal kami tidak seperti bergerak
langsung. ramzul dan bahtiar masih berpaut dengan senjata masing2 dah jatuh kemana
aku pon tak tau dengan keadaan kapal yang tidak stabil. ”ya Allah.. apa yang
mahu kamu berikan ini aku dan rakan2 tetap tabah utk hadapinya” kataku di hati
kecil”. Dengan tak semana2 ada satu gelombang yang muncul didepan kapal
merempuh kami dan kesemua krew termasuk aku dan rakan2 tersungkur jatuh dan
muntah semuntah2nya ya Allah azab nya keadaan ini seperti nak tercabut nyawa
ketika gelombang itu merempuh kapal kami.
kilat terus sambar
menyambar dan kabus hitam tebal itu semakin hampir baru kami semua krew nak
berdiri teguh kembali sekali lagi gelombang itu muncul dan menghentam kami..
Ahhh.. terbaring kembali dan muntah2 kami lagi dan senaknya hanya Allah sahaja
yang tahu. aku gagahkan utk berdiri tatkala krew2 yang lain sudah seperti tak
mampu utk berdiri termasuk rakan2 ku ramzul dan bahtiar.. aku terus meluru ke
dek kapten melihatkan mereka juga dah terbaring dilantai dengan muntah2 yang
berselerakan. aku papah kapten zulfakar dan terus kapten itu berkata “cepat
AZAN.. tengok tuu” kapten menunjuk jari ke depan ..
Ya Allah kabus hitam itu
menyerupai seperti sekujur tubuh manusia yang besar dengan gagah datang kearah
kami.. dengan mulutnya terbuka luas seperti gembira mahu menjamah kami..
tatkala itu muncul satu pusiran air laut yang besar dibelakangnya.. hanya Allah
yang mengetahui apa yang terjadi kepada kami ini dan hanya dialah sahaja
penyelamat kami.
Memohon
Pertolongan Allah
Aku memberanikan diri dan
terus kedepan kapal mengadap kabus lembaga itu dengan penuh kemarahan yang
sedang mara dengan hanya 200 meter sahaja .. kapal ini tak bergerak. tangan
kananku ditekup ke telinga dan dengan nafas panjang aku Azan dengan hati yang berserah
padaNYA dan berkata hati ku ALLAH MAHA BESAR… ALLAH MAHA BESAR .. biarlah
nyawaku diambil lembaga ini dan selamatkanlah nyawa rakan-rakanku diatas kapal
ini.. tengahku bertarung nyawa dedepan kapal terdengar pula dibelakang suara
yang ramai melaungkan Azan.. wpt.dan apabila didalam kapal itu bergema
Azan..
Selesai Azan telingaku
seperti dengan jelas terdengar dari mana datangnya tetapi dekat di telinga satu
ayat berbunyi ” Wa ja ‘alna mim baini aidihim saddaw wa min kholfihim saddan fa
agsyaina hum fa hum laa yubsiruun ”
diulang banyak kali dan
sememangnya jelas di anak telinga ini dan dengan sepontan aku mengikutinya dan
krew2 yang hampir pon melafazkannya dengan izin Allah segala kabus hitam hilang
dari pandangan termasuk kapal santa maria yang berada seiring dengan kami
diikuti pula cahaya matahari yang terang seperti menghalau kabus2 hitam itu
terus menguasai lautan.
Pusaran air juga hilang
dari pandangan yang terlihat hanyalah sebuah lautan yang membiru. aku melutut
kesyukuran dengan peluh membasahi seluruh tubuh menadah tangan sambil berkata ”
TIADA SANGSI LAGI ENGKAULAH MAHA PENCIPTA DAN PENYELAMAT KAMI YA ALLAH SYUKUR
KEHADRATMU” krew2 yang lain memapahku ke dok kapal kerana menyedari bertapa
tidak bermayanya aku
Keadaan pulih seperti biasa
ramzul dan bahtiar seperti tidak percaya dengan apa yang aku lakukan diatas
kapal ini dan tak seberapa lama kemudian kapal kami tiba di pelabuhan bahamas
dengan penuh cerita yang terjadi dan mereka juga memahaminya melihat situasi
kami yang sedikit tidak teruurus.wpt. apabila barang2 kargo di serahkan kami
bermalam hampir tiga hari di bahamas macam-macam cerita yang kami dengar dari
mulut penduduk itu sendiri perkara yang sama pernah terjadi kepada kapal yang
lain dan yang bernasib baik lepas yang tidak akan hilang begitu sahaja.
Lautan atlantik pernah
digelar seperti jalan mati oleh penjelajah lama yang bernama kapten columbus
seorang kapten yang pernah mengemudi kapal santa maria yang kami jumpai di
tengah lautan atlantik.perjalanan pulang kami tempuhi dengan selamat apabila
kebanyakan krew kapal berwirid dan berzikir. kami juga berjemaah beramai2
ditengah2 kapal bacaan yassin juga tidak terlepas dan apabila dibaca ayat 1-9
yassin itulah dia ayat yang didengar dicelah2 telinga semasa berhadapan dengan
musibah yang terjadi.
Yang baiknya apabila ahli
pasukan keselamatan yang berbangsa sigh mahu memeluk islam kerana melihat kebesaran
yang benar dari Allah yang maha esa sehingga terbuka pintu hatinya utk memeluk
islam. syukur alhamdulillah.. perjalanan kami selamat ke tanah air selepas 3
minggu belayar dari bahamas dan membawa pengalaman yang tak ternilai semasa
berada di lautan Atlantik..ALLAH MAHA BESAR… ALLAH MAHA BESAR.. wassalam…
sumber
sumber
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.