Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah s.a.w bersabda,
maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah hari Jumaat. Pada
hari itu Adam diciptakan dan pada hari itu juga dia dikeluarkan dari syurga.
Pada Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang
beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan
permintaannya.” (HR Muslim).
Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesungguhnya hari Juma‘at
adalah penghulu segala hari dan hari yang paling besar di sisi Allah Subhanhu
wa Ta ‘ala iaitu hari yang lebih besar daripada hari raya Adha dan hari raya
Fitrah, pada hari Jum‘at itu terdapat lima kejadian iaitu hari yang dijadikan
Adam ‘alaihissalam dan Baginda di turunkan daripada syurga ke muka bumi, dan
pada hari itu juga wafatnya Adam ‘alaihissalam, dan Allah mengurniakan satu
saat di mana doa-doa dikabulkan kecuali doa-doa maksiat, dan hari Jum‘at juga
akan terjadinya hari Kiamat”. (HR Ibnu Majah)
Ibnu Abbas Radhiyallahu ‘anhu berkata, Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Hari
ini (Jumaat) adalah hari besar yang Allah tetapkan bagi Umat Islam, maka siapa
yang hendak menghadiri solat Jumaat hendaklah mandi terlebih dahulu.” (HR. Ibnu
Majah)
Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang membaca surah
al-Kahfi pada hari Jumaat, dia akan disinari cahaya di antara dua Jumaat.” (HR
Hakim)
Rasulullah s.a.w bersabda, "Perbanyakkanlah
membaca selawat padaku pada malam dan hari Jumaat, maka siapa yang membaca
selawat untukku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali (Allah akan
memberinya rahmat 10 kali) ". (HR Al Baihaqi)
Rasulullah s.a.w bersabda, "Sesungguhnya harimu
yang paling utama adalah hari Jumaat. Maka perbanyakkanlah selawat kepadaku
pada hari itu, kerana selawatmu ditunjukkan kepadaku.
Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, bagaimana selawat
kami ditunjukkan kepadamu sedangkan tubuhmu telah hancur?
Rasulullah s.a.w. menjawab: Sesungguhnya
Allah mengharamkan tubuh para Nabi bagi bumi (tidak hancur)." (HR Abu
Daud, Nasa'i dan Ibnu Majah).
Rasulullah bersabda maksudnya : “Sesiapa yang berwuduk
dan kemudian dia pergi ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat, lalu mendengar
dan tidak bercakap (ketika khutbah dibacakan), maka diampuni dosa-dosanya yang
ada di antara hari Jumaat itu dan hari Jumaat berikutnya”. (HR Muslim)
Rasulullah s.a.w bersabda, "Pada hari Jumaat
terdapat satu waktu, tidaklah seorang hamba Muslim memohon sesuatu kepada Allah
melainkan Allah akan mengabulkannya. Carilah ia di
akhir waktu selepas asar.” (HR Abu Daud)
Rasulullah s.a.w bersabda, "Tidaklah seseorang
Muslim itu meninggal dunia pada hari jumaat atau pada malam Jumaat melainkan
Allah menyelamatkannya dari fitnah kubur (soalan di dalam kubur). (HR
At-Tirmizi)
Rasulullah s.a.w bersabda, "Solat lima waktu,
Jumaat ke Jumaat dan Ramadhan ke Ramadhan, semuanya adalah penghapus dosa-dosa
di antara kedua-duanya selagi mana dijauhi dosa-dosa besar.” (HR Muslim)
Dari Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda: "Ganjaran
bagi segala kebajikan digandakan pada hari Juma'at". (HR ath-Thabarani)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.