Bertangguh.
Senario yang biasa antara kita. Andai mempunyai hati yang lembut, insya-Allah
mudah menghadam betapa pentingnya masa. Post ini ditujukan khas buat diri.
Mencari inspirasi daripada Al Quran agar mengetuk hati yang leka.
Astagfirullah.
Andai
dalam filem P-Ramlee, antara dialognya,
“Selagi
tak tutup mata, kerja, kerja, kerja.”
Dan
saya adaptasi menjadi,
“Selagi
tidak muhasabah tentang ajal, tangguh, tangguh, tangguh.”
Kerana
adakalanya kita begitu yakin,
“Selalu
ada kehidupan pada hari esok.”
Dengan
mindset sebegitu, kita akan sentiasa mencari hari esok untuk tangguhkan perkara
yang perlu didahulukan pada hari ini. Kerana, tiada kesedaran dalaman untuk
sedar bahawa, ajal boleh tiba bila-bila masa. Dan hati yang keras akan menyekat
hidayah dan taufiq untuk sedar tentang itu. Seperti dalam firman Allah,
“Maka
tidak pernahkah mereka berjalan di bumi, sehingga hati (akal) mereka dapat
memahami, telinga mereka dapat mendengar? Sebenarnya bukan mata itu yang buta,
tetapi yang buta ialah hati yang di dalam dada” (Surah Al-Hajj: 46)
Ini
pula ayat tentang bagaimana mereka yang diberi penunjuk tetapi tidak mahu ikut.
Kemudian, menyesal.
Dan
(sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu
menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina,
sambil merayu): “Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan
sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dahulu) maka kembalikanlah kami
ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik sesungguhnya kami sekarang
telah yakin”. (Surah As Sajdah: 12)
Hidup
Adalah Untuk Persembah Amal Kepada Allah
Insya-Allah
saya adaptasi daripada video Making Every Second Count oleh Abu Ameenah Bilal Philips. Ayat dalam
doa iftitah mengetuk jiwa saya,
“Sesungguhnya sembahyangku,
ibadatku, hidupku dan matiku kuserahkan hanya pada Allah, tuhan seru sekalian
alam.”
Hakikatnya,
sebagai orang beriman, ini adalah prinsip penting untuk dipasak dalam hati, dan
minda. Yakni, dalam segala hal, apa yang kita lakukan adalah untuk Allah.
- Solat awal untuk Allah.
- Makan tengah hari untuk Allah – jaga kesihatan daripada penyakit gastrik.
- Jaga anak untuk Allah.
- Berkahwin untuk Allah.
- Menulis untuk Allah.
Insya-Allah,
andai prinsip itu terhadam di jiwa, kita tidak akan sewenang-wenangnya
mensia-siakan masa. Kerana orang beriman adalah antara orang yang beruntung,
seperti yang dinyatakan dalam Al Quran,
“Sesungguhnya manusia itu
benar-benar dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman &
mengerjakan amal soleh, dan mereka saling menasihati supaya mentaati
kebenaran serta saling menasihati supaya menetapi kesabaran.” (Surah Al
Asr: 2-3)
Hakikatnya,
kita tidak akan ada masa untuk mensia-siakan masa. Tambahan lagi, tiap zarah
masa yang kita luangkan, akan ditanya di akhirat nanti.
Daripada Muaz bin Jabal, Rasulullah
s.a.w bersabda maksudnya : Tidak akan berganjak kedua-dua kaki seorang hamba
pada hari kiamat sehingga dia ditanya tentang empat perkara :
1 Tentang umurnya untuk apa
dihabiskan,
2 Tentang masa muda untuk apa dipergunakan
3 Tentang hartanya daripada mana dia dapatkan dan berlanjakan
4 Tentang ilmu apa yang telah dia amalkan
2 Tentang masa muda untuk apa dipergunakan
3 Tentang hartanya daripada mana dia dapatkan dan berlanjakan
4 Tentang ilmu apa yang telah dia amalkan
(Hadis Riwayat At-Tarmidzi)
Inspirasi
Kata-kata Hikmah Tentang Masa
1.
Pepatah Arab menyebut,
“Masa ibarat pedang. Jika kita tidak
memotongnya, dia akan memotong kita.”
Masa
diumpamakan seperti pedang. Andai kita tidak memanfaatkan pedang itu , ia akan
memotong kita. Dalam soal masa, andai kita tidak menggunakan masa dengan baik,
masa akan memotong kita. Masa akan mendahului kita.
2.
Hadis tentang jangan bertangguh,
Dari
Ibnu Umar RA berkata : Rasulullah SAW memegang bahu saya seraya
bersabda : “Jadilah engkau di dunia seakan-akan orang asing atau pengembara”,
Ibnu Umar berkata : “Jika kamu berada pada waktu petang hari jangan tunggu pagi
hari, dan jika kamu berada pada waktu pagi hari jangan tunggu petang hari,
gunakanlah kesihatanmu untuk (persiapan saat) sakitmu dan kehidupanmu untuk
kematianmu.” (Hadis Riwayat Bukhari)
3. Seorang
penyair Arab al-Syarif al-Murtadha berkata:
“Kita
mengagumi setiap hari yang berlalu, sedang hari yang berlalu itu sebenarnya
makin menyusutkan umur kita.”
4.
Sebaik-baik manusia.
Rasulullah
S.A.W bersabda yang bermaksud: “Sebaik-baik manusia menurut pandangan Allah
(Islam) ialah orang yang panjang umurnya dan baik pula perbuatannya, sedang
seburuk-buruk manusia ialah orang yang panjang umurnya tetapi buruk pula
perbuatannya.” (Hadis Riwayat Ahmad dan al-Hakim)
Tip
Menghargai Masa
Ia
adalah extract yang saya ambil daripada video Making
Every Second Count oleh Abu Ameenah Bilal Philips.
Kata beliau,
“Ada
orang yang berkata, andai merancang itu adalah seperti mencabar Allah. Kerana
siapa yang tahu apa yang kita rancang bakal jadi.”
Namun
begitu, kita boleh gunakan firman Allah,
“Kemudian
apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka
bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang
bertawakkal kepadaNya.” (Surah Ali Imran: 159)
Andai
setelah kita merancang, serahkan segalanya kepada Allah. Merancang dengan
menulis tugasan juga antara salah satu bentuk doa.
Mengapa
Masih Tidak Berubah?
Tiap
apa yang berlaku ke atas kita adalah daripada Allah. Buruk baik adalah daripada
Allah.
“Dialah
yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) – untuk menguji dan
menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya dan
Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang
bertaubat).” (Surah Al Mulk: 2)
Maka,
janganlah bersedih andai kita masih tidak berubah. Boleh jadi, Allah tidak buat
kita berubah kerana kita telah lakukan dosa kepada Allah. Lantas, apabila kita
tidak ingat Allah, Allah berikan ilham fujur (buruk) kepada kita, sebagai asbab
untuk kita sentiasa ingat Allah. Serta, insya-Allah menyesali perbuatan kita.
Dengan
itu, ia akan menjadi turning point untuk berubah ke arah kebaikan. Insya-Allah.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.