Allah
SWT menjelaskan kedudukan manusia, bahawa di antara seorang manusia dengan
seorang manusia yang lain, seorang muslim dengan seorang muslim yang lain tidak
ada kasta atau dibezakan darjat kemuliaannya (mengikut kedudukan sosial),
sebagaimana Dia berfirman di dalam surah al-Hujurat, 49:10 dan 13, al-Taubah,
9:71 dan Ali ‘Imran, 3: 195.
Hal
itu ditegaskan pula oleh Rasulullah SAW melalui sabdanya,
“Wahai
sekalian manusia, Rabb kamu ada satu dan ayah kamu adalah satu. Ingat! Tidak
ada kelebihan bagi orang Arab ke atas orang yang ajam (bukan Arab), tidak pula
bagi orang ajam ke atas orang Arab.
Tidak
ada kelebihan bagi orang berkulit merah ke atas orang berkulit hitam, tidak
pula bagi orang yang berkulit hitam ke atas orang berkulit merah, kecuali
dengan ketakwaan.
Manusia
berasal daripada Adam dan Adam berasal daripada tanah.” (Hadis Riwayat Ahmad)
Sabdanya
pula,
“Jika
seseorang datang melamar (anak perempuan dan ahli keluarga) kamu, sedangkan
kamu redha pada agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah dia. Jika kamu tidak
melakukannya, nescaya akan terjadi fitnah di muka bumi dan kerosakan besar.”
(Hadis Riwayat At-Tarmizi)
Nabi
SAW menikahkan Zainab binti Jahsy Al-Qurasyiyah dengan Zaid bin Harisah r.a,
pembantu baginda. Menikahkan Fatimah binti Qais dengan Usamah, anak angkat
baginda.
Menikahkan
Bilal bin Rabah r.a. dengan adik perempuan Abdurrahman bin Auf. Jika dilihat
dari segi kedudukan sosial di antara pasangan-pasangan itu, terdapat perbezaan
yang sangat ketara.
Akan
tetapi, Allah SWT sudah menjelaskan bahawa,
“Lelaki
yang baik itu bagi wanita yang baik, dan wanita yang baik itu bagi lelaki yang
baik.” (Surah al-Nur: 26)
Perkara
yang menjadi dasar pertimbangan Rasulullah dalam menikahkan seseorang dengan yang
lainnya, adalah kesetaraan dalam agama sehingga baginda tidak menikahkan wanita
muslimah dengan lelaki kafir, wanita terhormat dengan lelaki derhaka.
Al
Quran tidak mempertimbangkan kesetaraan selain daripada itu, tidak
mempertimbangkan keturunan dan kerjaya, tidak kekayaan tidak kemiskinan, hamba
sahaya atau hamba merdeka.
Bahkan
baginda membolehkan lelaki hamba sahaya menikahi wanita yang disegani dan kaya
raya, selama mana lelaki itu orang muslim yang baik. (Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah,
Zadu’l Ma’adi fi Hadyi Khayri’l ‘Ibadi, Juz 5, t.t.: 158-160).
-
dapatan daripada Al Quran Al Karim Terjemahaan & Tajwid Berwarna (Al
Haramain 7 Dalam 1)
Lelaki
Yang Baik Untuk Perempuan Yang Baik …
“Lelaki
yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang
berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula (lazimnya)
tidak ingin berkahwin dengannya melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki
musyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang-orang yang
beriman.” (Surah An Nur:3)
“(Lazimnya)
perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan
lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya)
perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki
yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik.
Mereka
(yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh
orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari
Allah) dan pengurniaan yang mulia.” (Surah An Nur: 26)
Allah
menegaskan bahawa perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik, begitu
juga sebaliknya.
Rumahtangga
yang berdasarkan ajaran Islam ialah sebuah rumahtangga yang di dalamnya terdiri
daripada perempuan yang baik-baik (isteri solehah), dengan lelaki yang
baik-baik (suami soleh).
Apabila
isteri (yang baik tadi) tiba-tiba berbuat zina (nauzubillah min zalik), maka
tidak seharusnya suami (yang baik tadi) mempertahankannya sebagai isteri.
Apabila
suami (yang baik tadi) tiba-tiba melakukan perbuatan zina (nauzubillah min
zalik), maka tidak layak untuk isteri yang baik tadi, bertahan untuk menjadi
isterinya. Inilah makna 2 firman Allah SWT di atas.
-
petikan buku Menjemput Jodoh, Memikat Sahabat tulisan Muhammad Muhyidin
.Alhamdulillah
– segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.