السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Ramadhan
adalah madrasah agung yang memberi peluang kita mempelajari banyak
pekara daripadanya. Ramadhan merupakan titik tolak kepada perubahan diri
seseorang ke arah yang lebih baik.
Dalam bulan Ramadan ini kita perlu
merebut peluang di mana ibadat sunat yang dilakukan itu diberi ganjaran
ibadat fardu. Manakala ibadat fardhu pula diberi ganjaran 70 kali ganda.
Cara terbaik untuk muhasabah diri dalam
bulan yang mulia ini ialah dengan melihat bagaimana amalan sepanjang 24
jam kita melayari hariannya.
.
p/s: Waktu yang dinyatakan di bawah
berdasarkan waktu solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Sila sesuaikan
dengan waktu solat di tempat/kawasan anda.
.
.
A) 1/3 AKHIR MALAM (MULAI 2.30 PAGI)
.
1. Qiamullail
Dalam waktu 1/3 akhir malam,
iaitu antara jam 2.30 pagi hingga terbit fajar, adalah masa teristimewa
dan turunnya Rahmat Allah ke bumi. Waktu ini amat sesuai untuk
Qiamullail iaitu melakukan solat-solat sunat dan berzikir kepada Allah
SWT.
Orang yang mengamalkan qiamullail akan diangkat darjat dan dihapuskan dosa2 mereka. Nabi SAW bersabda; “Hendaklah
kamu bersolat malam. Sesungguhnya ia amalan orang yang soleh sebelum
kamu, amalan yang mendekatkan kepada Tuhanmu, penghapus kesalahan dan
pencegah dosa.” (HR; Muslim)
Banyak keterangan tentang hadis-hadis keistimewaan 1/3 malam, ‘Rahmat Allah turun ke langit dunia’, pentafsiran tentang kalimah ‘turunnya’ Allah,
kaifiyat berqiamullai, boleh pelbagaikan amalan ketika qiamullail,
bukan setakat melakukan solat tahajud, tapi membaca al-Quran, dengan
memahami isi kandungannya, berzikir dan beristighfar muhasabah diri
serta menangis mengenangkan dosa-dosa.
Apa yang lebih penting dalam Islam ialah
melakukan ibadat itu biar sedikit tetapi istiqamah yakni dibuat
berterusan dan falsafah di sebalik qiamullail terkandung sifat ikhlas di
mana kita beribadat seorang diri pada waktu orang lain nyenyak tidur di
tilam yang empuk.
.
.
2. Solat-solat sunat yang harus didirikan ialah:
.
“Dan bangunlah pada sebahagian dari
waktu malam serta kerjakanlah “solat tahajjud” padanya, sebagai solat
tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari
akhirat di tempat yang terpuji”. (Al-Isra’; 79)
Dari Ubadah bin Shamit RA dari Rasulullah SAW : “Sesiapa
yang bangun pada malam hari dan mengucap “Tiada Tuhan selain Allah.
Tidak ada sekutu baginya. Dia Pemilik Kerajaan dan segala puji hanya
untukNya. Dia Maha Kuasa. Segala pujian hanya untuk Allah. Segala
Keagungan hanya untuk Allah. Tiada tuhan selain Allah. Allah Maha Besar.
Tiada daya dan kuasa kecuali dengan izin Allah.” Kemudian mengatakan
“”Ya Allah Ampunkan Kami” atau berdoa kepada Allah, maka doanya akan
dikabulkan dan apabila dia berwudhuk dan mengerjakan solat malam
(tahajjud), maka solatnya akan diterima.” (Hadis riwayat Bukhari).
.
Di antara Fadhilat Lainnya :
1. Mendapat pengawasan Allah dan menampakkan kesan ketaatan di wajahnya.
2. Dikasihi oleh para ahli ibadah dan orang mukmin.
3. Percakapannya menjadi hikmah dan bijaksana.
4. Dimudahkan hisab ke atasnya.
5. Mendapat catatan amal dari tangan kanan.
6. Doanya akan dikabulkan oleh Allah SWT.
2. Dikasihi oleh para ahli ibadah dan orang mukmin.
3. Percakapannya menjadi hikmah dan bijaksana.
4. Dimudahkan hisab ke atasnya.
5. Mendapat catatan amal dari tangan kanan.
6. Doanya akan dikabulkan oleh Allah SWT.
.
.
Bertujuan untuk bertaubat dengan
sebenar-benar taubat kepada Allah SWT menyesal dan tidak akan mengulangi
dosa yang disesalkan itu lagi.
Dari Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda : “
Tuhan Kami, Pemberi Berkat, Yang Maha Kuasa, turun setiap malam hingga
ke langit yang paling dekat dengan kita (langit dunia) pada akhir 1/3
malam dan Dia berfirman ; Sesiapa yang
berdoa kepadaKu, akan Aku Kabulkan. Sesiapa yang meminta sesuatu dariKu,
akan Kuberikan. Sesiapa yang memohon kemapunan kepadaKu, akan Aku
ampunkan.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.)
.
.
Solat ini dilakukan tidak terhad kepada
urusan perjodohan sahaja tetapi dalam skop yang lebih luas adalah untuk
mendapatkan petunjuk, terutama bila seseorang dalam memutuskan tindakan
yang terbaik dan kelancaran urusan seharian.
.
.
Rasulullah SAW pernah bersabda, “Kalau
boleh didirikan setiap malam, kalau tidak boleh, seminggu sekali, kalau
tidak boleh sebulan sekali, kalau tidak pun setahun sekali, paling2
tidak sekali seumur hidup.” Allah menjanjikan keampunan dosa yang lalu dan akan datang untuk mereka yang mengerjakan solat ini.
.
.
Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa
yang mempunyai hajat dari Allah SWT atau daripada seorang manusia, maka
hendaklah ia berwuduk dengan sebaik-baiknya kemudian dia bersolat dua
rakaat.” (Riwayat At-Tarmizi)
Imam Ahmad meriwayatkan dengan sanad shahih dari Abu Dardak bahawa Nabi SAW bersabda: “Sesiapa
berwudhuk dan menyempurnakannya, kemudian bersembahyang dua rakaat
dengan sempurna, maka dia diberi Allah apa saja yang diminta baik cepat
ataupun lambat.”
.
.
Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan Solat Witir walaupun sekali. Sabda Rasullulah SAW dari Abu Hurairah: “Sesiapa yang tidak berwitir, maka bukanlah dia termasuk golongan kami.” (Diriwayatkan oleh Ahmad dan Abu Daud)
Abu Hurairah pernah berkata: “Rasulullah
SAW berwasiat kepadaku tiga perkara agar jangan ditinggalkan puasa tiga
hari tiap bulan, dua rakaat dhuha dan witir sebelum tidur.”
Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya
Allah SWT. menganugerahkan kepada kamu solat yang lebih baik daripada
bersedekah beberapa ekor unta yang sempurna dan baik iaitu Solat
Witir.” (Hadis Riwayat al-Turmudzi dan al-Hakim r.a.)
Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan solat ini tanpa keuzuran dan umat Islam amat dituntut melakukannya.
Bagaimanapun, paling minimum qiamullail ialah menunaikan solat witir satu rakaat.
.
.
B) 1/3 AKHIR MALAM (5.30 PAGI)
1. Bersahur
Rasulullah SAW bersabda;“Seelok-elok sahur seorang mukmin itu ialah dengan buah tamar.” – (Hadis riwayat Ibn Hibban).
Anas bin Malik r.a. berkata telah bersabda Rasulullah SAW: “Sahurlah kamu sekelian, sesungguhnya dalam sahur itu ada keberkatannya.” (HR. Muslim).
“Semua
sahur adalah berkat, maka janganlah kamu meninggalkannya, walaupun di
antara kamu hanya meneguk air. Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya
berselawat atas orang-orang yang melakukan sahur.” (HR. Ahmad, dan al-Mundziri)
Menurut Ibnu Hajar al-Asqalani yang
dimaksudkan dengan berkat itu ialah ganjaran pahala dari Allah. Sahur
akan menguatkan lagi semangat dalam berpuasa serta dapat membantu
seseorang itu untuk melakukan apa juga bentuk ibadat sepanjang ibadat
puasa dilaksanakan.
Nabi SAW. bersabda: “Jadikanlah
makan diwaktu sahur sebagai penolong melakukan puasa diwaktu siang. Dan
istirahat di tengah hari sebagai penolong untuk melakukan shalat malam
kamu.”
.
.
2. Membaca Al Quran
Sementara menanti masuk Subuh, membaca al-Quran kerana Rasulullah SAW pernah bersabda, “Membaca al-Quran adalah ibadat sunat yang paling afdal.”
Anas meriwayatkan daripada Zaid bin Thabit: “Kami
telah bersahur bersama-sama dengan Nabi, kemudian Baginda bangun untuk
mengerjakan solat. Aku (Anas) bertanya, berapa lama tempoh antara azan
dengan sahur itu? Zaid menjawab sekadar bacaan 50 ayat al-Quran.”
.
.
C) PENGHUJUNG MALAM (WAKTU IMSAK – 5.40 PAGI)
.
1. Bersugi
Berhenti makan berat 10 minit sebelum
Subuh (Imsak) supaya dapat bersugi membersihkan mulut dan sempat
bersedia dengan tenang untuk ke masjid bersolat jamaah.
Walaubagaimana pun sekiranya seseorang
itu terlewat bangun untuk makan sahur dipenghujung waktu, masih lagi
diharuskan makan dengan kadar segera.
Rasulullah SAW bersabda: “Apabila
salah seorang dari kamu mendengar azan subuh padahal bekas minuman
masih di tangannya, maka janganlah ia meletakkannya sehingga dia
menyelesaikan meminumnya”. (HR. Abu Daud dan Ibnu Majah).
.
2. Minum Sedikit Air
Beberapa minit sebelum Subuh minumlah
segelas air masak/zam-zam bagi melegakan kerongkong selepas bersugi dan
membersihkan mulut dari sisa-sisa makanan yang masih ada.
.
.
D) SUBUH / FAJAR (AZAN SUBUH – 5.50 PAGI)
1. Solat Sunat Rawatib Sebelum Subuh (Solat Sunat Fajar)
Sabda Rasulullah SAW; “Solat dua rakaat (sebelum) Solat Subuh itu lebih baik daripada dunia dan segala isinya.” (HR; Muslim)
Sayyidah ‘Aisyah dalam hadis muttafaq ‘alaih menyatakan: “Tidak ada nafilah, solat sunnah, yang sangat dijaga pelaksanaannya oleh Nabi Saw. melebihi dua rakaat fajar.” (HR. Bukhari dan Muslim)
.
2. Solat Subuh Berjemaah
Daripada Abu Hurairah, Nabi SAW bersabda: “Sesiapa
yang keluar ke masjid pada waktu pagi atau petang, Allah SWT akan
sediakan kepadanya di syurga tempat berteduh pada setiap kali ia
keluar.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).
.
3. Membaca Al Quran
Membaca al-Quran kerana Rasulullah SAW pernah bersabda, “Membaca al-Quran adalah ibadat sunat yang paling afdal.”
Bersabda Rasulullah SAW, “Sesiapa
membaca satu huruf kitab Allah, memperoleh satu kebajikan. Saya tidak
mengatakan Alif lam mim itu satu huruf, tetapi alif satu huruf, lam satu
huruf dan mim satu huruf.” (HR; al-Tirmizi)
.
4. Berselawat
Kelebihan atau keistimewaan selawat antara lain dijelaskan Allah menerusi firman-Nya yang bermaksud: “Sesungguhnya
Allah dan para malaikat-Nya selawat kepada Nabi. Hai orang-orang yang
beriman berselawatlah kamu kepadanya dan ucaplah salam penghormatan
kepadanya.” (Surah Al-Ahzab: 56).
Banyak kelebihan lain kepada orang yang
berselawat kepada Rasulullah SAW, Allah akan menunaikan segala hajatnya,
menghapuskan sepuluh kesalahan (dosa) dan mengangkat sepuluh darjatnya
dan memperolehi syafaat Rasulullah SAW pada hari kiamat.
”Berselawatlah kamu kepadaku, kerana selawat itu menjadi zakat (penghening jiwa pembersih dosa) bagimu.” (Riwayat Ibnu Murdawaih).
“Sesiapa berselawat kepadaku dalam sehari seribu kali, maka ia tidak akan mati sehingga ia digembirakan dengan syurga.” (Riwayat Abus Syaikh dari Anas).
”Orang yang bakhil ialah yang bila disebut namaku kepadanya, lalu ia tidak mahu berselawat kepadaku.” (Riwayat Tirmizi).
.
.
E) SYURUK – (7.12 PAGI)
1. Membaca Al-Ma’thurat
Sesiapa yang membaca di waktu pagi, akan
dipelihara oleh Allah hingga ke waktu petang. Dan sesiapa yang
membacanya di waktu petang akan dipelihara hingga ke waktu pagi.
.
2. Berwirid Sehingga Terbit Matahari
Kita juga boleh bertasbih, bertahmid, beristighfar, berselawat dan berdoa.
Sabda Rasulullah SAW.: “Para
malaikat berselawat bagi setiap orang yang selesai solat dan masih ia
tetap di tempat solatnya itu. Malaikat pun berdoa: “Ya Allah, berikanlah
kepadanya rahmat dan keampunan-Mu.…” begitulah keadaannya selama mana
orang itu tidak batal wuduknya atau ia keluar dari masjid.” Hadis Riwayat Muslim.
.
.
F) ISYRAQ – (7.24 PAGI)
1. Membaca Doa Solat Sunat Isyraq
Sebelum mendirikan solat Isyraq bacalah doa berikut:
اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِىْ اَقَالَنَا يَوْمَنَا هَذَا وَلَمْ يُهْلِكْنَا بِذُنُوْبِنَا.
Segala pujian bagi Allah yang telah memberikan kami hari ini dan tidak memusnahkan kami kerana dosa-dosa yang dilakukan.
.
Solat Sunat Isyraq dua rakaat ini
dikerjakan selepas waktu Syuruk iaitu setelah matahari naik anggaran
setengah galah (4 hasta atau 1.5 meter), lebih tepatnya kira-kira 12
minit setelah terbit matahari.
Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa
solat Subuh berjemaah, kemudian duduk berzikir kepada Allah sehingga
naik matahari dan mengerjakan solat dua rakaat (Solat Sunat Isyraq).
Maka adalah baginya pahala seperti pahala Haji dan Umrah yang
sempurna.” (Hadis Riwayat, At-Tirmidzi r.a.)
.
.
G) PAGI – (7.45 PAGI)
Mula keluar bekerja/belajar…
1. Itqan atau Tekun Berkerja/Belajar
Setiap pekerjaan yang baik adalah suatu
ibadah. Walaubagaimana pun sewaktu belajar / berkerja hendaklah
diniatkan sebagai ibadah dan berkhidmatlah dengan sebaik atau seikhlas
mungkin.
.
2. Solat Sunat Dhuha – (10.00 Pagi)
Waktu rehat pagi boleh diguna melakukan solat sunat ini…
Rasulullah SAW bersabda lagi, “Solat
Dhuha itu mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran (kemiskinan), dan
tidak ada yang akan memelihara solat Dhuha kecuali hanya orang-orang
yang bertaubat.”
Daripada Abu Dzar r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: “Hendaklah
masing-masing di antara kamu setiap pagi bersedekah untuk setiap ruas
tulang badanmu. Maka tiap kali bacaan tasbih adalah sedekah, setiap
tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, dan setiap takbir
adalah sedekah. Menyuruh kebaikan adalah sedekah, mencegah keburukan
juga adalah sedekah. Dan sebagai ganti daripada itu semua, cukuplah
mengamalkan dua rakaat solat Dhuha.” (HR Ahmad, Muslim dan Abu Daud)
.
3. Membaca Al Quran
Tips Khatam Membaca 30 Juzuk Al Quran:
Baca sedikit tetapi selalu. Satu juzuk selalunya mengandungi 20 mukasurat; Jadi lakukanlah pembacaan seperti berikut:
- Bacalah 4 mukasurat selepas Subuh (20 minit)
- Bacalah 4 mukasurat selepas Zuhur (20 minit)
- Bacalah 4 mukasurat selepas Asar (20 minit)
- Bacalah 2 mukasurat selepas Isyak (10 minit)
- Bacalah 6 mukasurat selepas Tarawih (30 minit)
.
.
H) TENGAHARI – (1.00 T.HARI)
Waktu rehat tengahari boleh diguna melakukan pelbagai ibadah termasuk qailullah, membaca Al Quran, tazkirah dan solat…
1. Qailullah
Qailullah ialah tidur sebentar sebelum
masuk waktu solat Zuhur; dengan kadar masanya antara 10 hingga 30 minit.
Tidur ini disunatkan sebagai memudahkan untuk bangun menunaikan solat
sunat di tengah malam. Sekiranya tidur tanpa berniat untuk bangun pada
tengah malam maka tidaklah mendapat sebarang pahala pada tidur tersebut.
Rasulullah SAW bersabda: “Memakan
sahur itu boleh memberi kekuatan untuk berpuasa pada siang hari dan
qailullah (tidur sekejap) pada siang hari (sebelum Zuhur) boleh memberi
kekuatan untuk qiamullail.” Hadis riwayat Ibnu Abbas.
Khalifah Umar bin Khattab pernah mengingatkan agar tidak terlalu banyak tidur; “Sekiranya kamu tidur siang hari, maka akan melalaikan hak masyarakat; jika kamu tidur malam, kamu melalaikan hak Allah.”
Oleh kerana itu haruslah mengimbangi dan menggunakan waktu tidur siang
yang hanya seketika (bukan sepanjang hari) walaupun pada musim panas
atau bulan Ramadan.
.
2. Solat Sunat Rawatib Sebelum Zuhur (1.21 Petang)
Dari Ibnu Umar ra berkata, “Aku
menjaga 10 rakaat dari nabi SAW: 2 rakaat sebelum solat Zuhur, 2 rakaat
selepasnya, 2 rakaat selepas solat Maghrib, 2 rakaat selepas solat
Isyak dan 2 rakaat sebelum solat Subuh.” (HR Muttafaqun ‘alaihi)
Daripada Aisyah r.a.; “Bahawa jika Rasulullah SAW tertinggal solat empat rakaat sebelum Zuhur, maka Baginda SAW melakukannya selepas Zuhur (waktu Asar).” (Hadis riwayat Turmizi r.a.)
.
3. Solat Fardu Zuhur
Sabda Rasullullah SAW,
“1. Solat Zuhur jika tergelincir matahari, maka bertasbihlah segala sesuatu kepada Tuhannya.
2. Solat Asar itu ialah saat ketika Nabi Adam a.s. memakan buah khuldi.
3. Solat Maghrib itu adalah saat Allah menerima taubat Nabi Adam a.s. Maka setiap mukmin yang bersolat Maghrib dengan ikhlas dan kemudian dia berdoa meminta sesuatu pada Allah maka pasti Allah akan mengkabulkan permintaannya.
4. Solat Isyak itu ialah solat yang dikerjakan oleh para Rasul sebelumku.
5. Solat Subuh adalah sebelum terbit matahari.Ini kerana apabila matahari terbit, terbitnya di antara dua tanduk syaitan dan di situ sujudnya setiap orang kafir.”
Daripada kitab Durratun Nasihin, Rasulullah SAW. bersabda: “Sesiapa
solat lima waktu berjemaah, maka baginya lima perkara (hadiah): Pertama
dia tidak ditimpa kefakiran di dunia. Kedua, Allah SWT membebaskannya
daripada seksa kubur. Ketiga, dia akan menerima kitab amal dengan tangan
kanan. Keempat, dia akan melalui jambatan (siratulmustakim) seperti
kilat menyambar dan kelima, Allah SWT. memasukkannya ke dalam syurga
tanpa hisab dan seksa.”
.
4. Solat Sunat Rawatib Selepas Zuhur
Daripada Ummu Habibah yakni Ramlah binti Abu Sufyan radhiallahu ‘anhuma, katanya: “Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:“Tiada
seorang hamba pun yang Muslim yang bersolat kerana Allah Ta’ala setiap
hari dua belas rakaat sebagai solat sunnah yang bukan diwajibkan,
melainkan Allah akan mendirikan untuknya sebuah rumah dalam syurga,
atau: melainkan untuknya akan didirikanlah sebuah rumah dalam syurga.” (Riwayat Muslim)
.
.
I) PETANG – (4.39 PETANG)
.1. Solat Asar
Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang mendengar azan tetapi ia tidak hadir, maka tidaklah sempurna solatnya kecuali disebabkan keuzuran.” (Riwayat Ibn Majah).
.
2. Membaca Al-Ma’thurat
Allah menyempurnakan nikmatnya ke atas
orang yang membacanya, termasuk mencukupkannya apa yang sangat
diperlukan dari urusan dunia dan akhirat serta mendapat keselamatan dari
segala sesuatu.
.
3. Menyediakan Bahan Berbuka dan Bersahur
Rasulullah SAW sering
menggalakkan umat Islam menyediakan makanan berbuka kepada orang yang
berpuasa meskipun dengan hanya beberapa biji tamar atau segelas air.
Sabda Baginda SAW : “Sesiapa
yang menjamu orang yang puasa akan mendapatkan pahala seperti pahalanya
orang yang berpuasa tanpa mengurangi pahalanya sedikitpun.” (HR. Ahmad, Tirmidzi, bn Mâjah, Ibn Hibban dan dishahih kan oleh Imam Tirmidzi)
.
.
J) MAGHRIB – (7.28 MALAM)
1. Berbuka Puasa dengan Buah Kurma dan Segelas Air Terlebih Dahulu
Rasulullah SAW mengisi perut dengan sedikit makanan seperti kurma dan air saja, setelah itu baru Baginda SAW melaksanakan solat Maghrib. Tetapi apabila makan malam sudah dihidangkan, maka terus dimakan, jangan solat dahulu.
Disunatkan berbuka dengan tiga butir kurma dan segelas air. Anas bin Malik berkata: “Rasulullah
SAW berbuka puasa sebelum solat (Maghrib) dengan rutab (buah kurma
ranum). Jika tiada rutab, Baginda akan berbuka dengan tamar (kurma
kering) dan jika tiada tamar, Baginda minum beberapa teguk air.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)
Sekiranya tiada kurma, bolehlah digantikan dengan manisan, buah-buahan atau makanan yang belum terkena api.
.
2. Memperbanyakkan Doa
Disarankan berdoa apa saja yang dihajati
sewaktu berbuka kerana ia antara waktu yang mustajab (makbul) berdoa.
Rasulullah SAW. bersabda: “Sesungguhnya
doa yang tidak ditolak bagi orang berpuasa itu ialah ketika dia berbuka
Allah dan malaikatnya mengucapkan selawat (berdoa dan memohon daripada
Allah akan keampunan dan keredaan) ke atas mereka yang bersahur.” – (Hadis riwayat At-Tabrani dan Ibn Umar).
.
3. Solat Fardhu Maghrib Berjemaah
Allah mengurniakan ganjaran pahala 27
kali ganda daripada solat bersendirian kepada orang yang mendirikan
solat berjemaah. Daripada Ibnu Umar r.a. katanya; Rasulullah SAW.
bersabda: “Solat jemaah itu lebih utama pahalanya daripada solat sendirian sebanyak 27 darjat.” (Riwayat Bukhari dan Muslim r.a.)
Rasulullah SAW. bersabda: “Solat seorang lelaki dengan berjemaah, lebih baik daripada solat bersendirian di rumah selama empat puluh tahun.”
.
4. Solat Sunat Rawatib Selepas Maghrib
Dari Ibnu Umar ra berkata, “Aku
menjaga 10 rakaat dari nabi SAW: 2 rakaat sebelum solat Zohur, 2 rakaat
selepasnya, 2 rakaat selepas solat Maghrib, 2 rakaat selepas solat
Isyak dan 2 rakaat sebelum solat Subuh.” (HR Muttafaqun ‘alaihi)
.
.
K) 1/3 AWAL MALAM – (8.40 MALAM)
1. Solat Fardu Isyak Berjemaah
Sabda Rasulullah SAW: “Mahukah
kamu, aku tunjukkan perbuatan yang jika kamu lakukan, nescaya Allah
akan menghapuskan segala kesalahan dan mengangkat kamu ke darjat yang
tinggi? Iaitu melengkapkan wuduk meskipun secara terpaksa (kerana sejuk
atau panas), memperbanyakkan langkah ke masjid dan menunggu satu solat
sesudah solat yang lain. Itulah pendinding kamu..” (Hadis sahih)
Sabda Nabi SAW.:“Sesiapa
solat Isyak berjemaah, maka seolah-olah ia solat separuh malam dan
sesiapa yang menghadiri solat Isyak dan Subuh berjemaah, maka
seolah-olah ia telah beribadat sepanjang malam.” (Riwayat Muslim)
.
2. Solat Sunat Rawatib Selepas Isyak
Daripada Ummu Habibah yakni Ramlah binti Abu Sufyan radhiallahu ‘anhuma, katanya: “Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:“Tiada
seorang hamba pun yang Muslim yang bersolat kerana Allah Ta’ala setiap
hari dua belas rakaat sebagai solat sunnah yang bukan diwajibkan,
melainkan Allah akan mendirikan untuknya sebuah rumah dalam syurga,
atau: melainkan untuknya akan didirikanlah sebuah rumah dalam syurga.” (Riwayat Muslim)
.
3. Tarawih dan Witir Berjemaah
Dalam bulan Ramadhan ini, menunaikan solat tarawih sudah dikira sebagai qiamullail. Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang bangun (qiamullail) pada bulan Ramadan dengan keimanan dan pengharapan akan diampun dosanya yang terdahulu.” (HR; Bukhari dan Muslim).
Bagi makmum yang mengerjakan solat
Tarawih disyorkan supaya sentiasa bersama imamnya itu sehinggalah
selesai samada sebanyak 20 rakaat mahupun 8 rakaat. Sabda Rasulullah SAW:
“Apabila seseorang menunaikan solat bersama imamnya sehinggalah imam
itu (selesai dan) beredar, dikirakan untuknya (makmum) pahala qiyam
semalaman” (HR; an-Nasaei).
.
4. Tadarus Al Quran dan Tadabbur Maknanya.
Disebutkan dalam hadis riwayat Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda: “Tidak
berkumpul satu kaum di suatu rumah dari rumah Allah (masjid) yang
membaca al-Quran dan saling mempelajarinya antara mereka melainkan
diturunkan ke atas mereka ketenangan, diselubungi rahmat, dikelilingi
malaikat rahmat dan Allah mengingati mereka pada siapa di sisi-Nya.” (Hadis riwayat Muslim)
Rasulullah SAW bersabda: “Bacalah oleh kamu al-Quran, sesungguhnya (al-Quran) itu datang pada hari kiamat menjadi syafaat kepada pembacanya.” (Hadis riwayat Abu Umamah dan Muslim)
.
.
L) 2/3 MALAM – (11.00 MALAM)
-
1. Berdoa dan Berniat
Berdoa sebelum tidur sambil berniat untuk bangun awal di samping berniat puasa untuk hari esok.
Doa Sebelum Tidur
اَللَّهُمَّ أَنْتَ خَلَقْتَ نَفْسِىْ وَأَنْتَ تَتَوَفَّاهَا. لَكَ مَمَا تُهَا وَمَحْيَاهَا، إِنْ أَحْيَيْتَهَا فَاحْفَظْهَا، وَإِنْ أَمَتَّهَا فَاغْفِرْلَهَا. اَللَّهُمَّ إِنِّى أَسْأَلُكَ الْعَافِيَةَ.
Ya Allah!
Dikaulah yang menciptakan diriku dan Dikaulah juga yang mematikannya.
Untuk-Mulah kematian dan kehidupan diriku. Oleh kerana itu, apabila
Dikau menghidupkannya, maka Dikau jagakanlah ia dan apabila Dikau
mematikannya, Dikau ampunilah ia. Ya Allah daku memohon kesejahteraan
dari-Mu.
.
Ketika mahu melelapkan mata, Baginda SAW meletakkan tangan kanannya di bawah pipi kanannya dan sekali lagi berdoa:
بِاسْمِكَ اَللَّهُمَّ أََحْيَا وَأَمُوتُ. اَللَّهُمَّ قِنِىْ عَذَابِكَ يَوْمَ تُبْعَثُ عِبَادَكَ.
Dengan
nama-Mu ya Allah, daku hidup dan daku mati. Ya Allah! Pelihara-lah daku
daripada azab-Mu pada hari Dikau bangkitkan semua hamba-Mu.
.
2. Tidur
Tidur berpatutan adalah ibadah. Ulama terkemuka berkata, kehidupan manusia sehari-hari dibahagikan kepada tiga iaitu:
- Lapan jam untuk taat dan beribadat kepada Allah,
- Lapan jam untuk bekerja dan mencari nafkah,
- Lapan jam lagi untuk beristirehat dan tidur.
Waktu beristirehat ini termasuklah ‘qualiti time’ bersama
ahli keluarga dan masa tidur yang sebenar-benarnya yang diperlukan oleh
manusia hanyalah empat jam sahaja. Sebagaimana Firman Allah SWT: “Mereka
merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana
mengerjakan solat Tahajud dan amal-amal soleh); mereka dengan perasaan
takut (akan kemurkaan-Nya); dan mereka selalu pula mendermakan
sebahagian dari apa yang Kami berikan kepada mereka.” (Surah As Sajdah: 16)
Kajian sosiologi mendapati masyarakat dan golongan yang sedikit tidur iaitu antara 3 hingga 5 jam lebih panjang umur mereka.
.
.
M) WAKTU LAPANG / SELINGAN
1. Berzikir Dan Beristighafar
Hendaklah kita berusaha mencari lailatul
qadar kerana pahala beribadat pada malam ini adalah menyamai 1,000 bulan
atau 84 tahun. (al-Qadr: 3)
Ini adalah bonus yang Allah bagi kepada
umat Nabi Muhammad yang rata-rata umur mereka ialah sekitar 60 ke 70
tahun berbanding umat terdahulu yang usia mereka mencecah beribu tahun.
Malam ini pula dikatakan berlaku pada malam ganjil 10 terakhir Ramadan. Ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW: “Carilah lailatul qadar pada malam ganjil 10 malam terakhir.” (HR; Bukhari)
.
2. Menghadiri Majlis Ilmu/Membaca Buku-buku Ilmiah
Bagi mereka yang berkesempatan, boleh
juga menghadiri majlis ilmu, mengulangkaji kitab-kitab agama, sirah nabi
dan sebagainya. Bagaimanapun, kita boleh juga membaca buku-buku
akademik contohnya berkaitan sains dan teknologi. Yang penting ia
memberi manfaat kepada diri dan masyarakat. Membaca buku-buku begini pun
turut diberi ganjaran pahala oleh Allah SWT.
Tuntutan menghadiri majlis ilmu ini sejajar sunnah Rasulullah untuk amalan umatnya. Rasulullah pernah bersabda bermaksud: “Jadilah
kamu orang yang berilmu atau orang yang belajar dan orang yang
mendengar. Jangan kamu menjadi golongan yang keempat (bukan daripada
tiga golongan), maka hendaklah kamu tinggalkan.”
.
3. Beriktikaf di Masjid atau Surau
Iktikaf adalah amalan baik yang amat
disunatkan kepada umat Islam melakukannya. Lebih-lebih lagi pada bulan
Ramadan. Maksud iktikaf ialah mendampingi masjid, bertujuan untuk
membersihkan hati dengan mengingati Allah dan taqarrub (berdamping)
dengan Allah Yang Maha Pencipta dengan hati yang ikhlas.
Allah amat menyukai hamba-hamba-Nya yang
sentiasa berusaha bertaqarrub kepada-Nya. Ia boleh dilakukan setiap kali
berada di masjid iaitu semasa menunggu waktu solat Isyak misalnya, kita
berniat beriktikaf. Dengan niat begini, kita sudah pun beroleh pahala.
.
4. Bersedekah
Lebihkan bersifat pemurah dan dermawan
iaitu banyak memberi, bersedekah dan menolong. Sedekah yang paling utama
adalah sedekah pada bulan Ramadhan. Bersedekah bukan hanya memberi
wang, tetapi termasuklah membantu kariah surau/masjid menyediakan dan
memasak makanan berbuka dan sahur atau mengajak orang lain berbuka puasa
di rumah kita terutama kepada golongan fakir miskin.
Rasulullah SAW bersabda: “Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada bulan Ramadhan.”
Pada bulan Ramadhan ini, elok
dilipat-gandakan amalan sedekah tanpa berkira-kira kerana sedekah
merupakan amalan yang berterusan selagi harta itu dimanfaatkan.
Janganlah kita sendiri kita campakkan diri kita ke lembah kebinasaan
kerana kebakhilan kita sendiri.
Penutup
Ramadhan bukanlah bulan biasa. Ibadah
umum seperti bekerja mencari rezeki dan belajar memang tidak boleh
dihentikan namun biarlah kita cuba tambahkan ibadah khusus sedaya
mungkin sebab Ramadhan ialah bulan ibadah, barakah dan makfirah.
Ramadhan dikenali juga sebagai bulan
prestasi, dimana Allah SWT memberikan kesempatan kepada orang-orang
mu’min untuk memperbaiki darjatnya di sisi Allah SWT.
Alangkah ruginya andai kita langsung
tidak mencuba untuk merebut peluang keemasan ini umpama sudah terhidang
di depan mata tetapi masih enggan memanfaatkannya dan sudah diberi modal
tetapi tidak mahu menggunakannya!
Pendek kata, rebutlah peluang Ramadhan
yang ada kerana belum tentu kita akan bertemunya lagi pada masa akan
datang. Pada waktu negara dalam keadaan yang masih lagi aman, manfaatkan
keamanan ini dengan menambahkan amalan kita.
Moga-moga kita dapat mengecapi nikmat Lailatul Qadar dan Rahmat Allah Yang Maha Khaliq pada Ramadhan tahun ini . Amin!
.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.