.
Qiamullail bermaksud beribadah malam
iaitu bangun pada 2/3 malam atau sekurang-kurangnya 1/3 akhir malam,
bermula dari pukul 2.30 hingga terbit fajar pertama untuk beribadat
kepada Allah SAW. Waktu ini adalah masa teristimewa dan turunnya Rahmat
Allah SWT ke bumi dan amat sesuai untuk Qiamullail dengan melakukan
solat-solat sunat dan berzikir kepada Allah SWT.
.
Sabda Rasulullah SAW: “Sehampir-hampir
masa seseorang hamba Allah kepada Tuhannya ialah pada waktu tengah
malam yang terakhir, maka kalau kamu berminat menjadi seorang dari
orang-orang yang mengingati Allah pada saat yang tersebut, maka
hendaklah kamu lakukannya.” (At-Tirmizi)
Ibadah Qiamullail sangat digalakan di
dalam Islam. Qiamullail boleh dikerjakan secara berseorangan atau secara
beramai-ramai. Orang yang mengamalkan Qiamullail akan diangkat darjat
dan dihapuskan dosa2 mereka.
.
Nabi SAW bersabda; “Hendaklah
kamu bersolat malam. Sesungguhnya ia amalan orang yang soleh sebelum
kamu, amalan yang mendekatkan kepada Tuhanmu, penghapus kesalahan dan
pencegah dosa.” (HR; Muslim)
.
.
Hebatnya Malam
Malam adalah waktu paling istimewa dan hebat. Allah SWT menyifatkannya sebagai malam yang berkat. Firman Allah SWT;
وَآيَةٌ لَّهُمُ اللَّيْلُ نَسْلَخُ مِنْهُ النَّهَارَ فَإِذَا هُم مُّظْلِمُونَ ﴿٣٧
“Dan lagi dalil yang terang (tanda kebesaran Allah) untuk mereka (berfikir) ialah malam; Kami hilangkan siang daripadanya, maka dengan serta-merta mereka berada dalam gelap-gelita;” (Yaa Siin 36:37)
.
Firman Allah SWT:
وَمِنَ اللَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِ نَافِلَةً لَّكَ عَسَىٰ أَن يَبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامًا مَّحْمُودًا ﴿٧٩
“Dan
bangunlah pada sebahagian daripada waktu malam serta dirikan solat
Tahajud padanya sebagai solat tambahan bagimu. Semoga Tuhanmu membangkit
dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.” (Surah al-Isra’: 79)
.
Banyak perkara-perkara kerohanian berlaku
pada waktu malam, contohnya Nabi Muhammad SAW mengalami Israk dan
Mikraj pada waktu malam, al-Quran turun pada malam Lailatul Qadar,
Allah SWT berdialog dengan Nabi Musa a.s. setelah baginda bermunajat
selama 40 malam di Bukit Tursina juga berlaku pada waktu malam.
Kitab-kitab terdahulu juga diturunkan pada waktu malam, Nabi Ibrahim
a.s. menemui hakikat ketuhanan pada waktu malam dan Baginda mendapat
perintah Allah mengorbankan anaknya Ismail a.s. pun berlaku pada waktu
malam.
.
Terdapat keistimewaan dan kekuatan luar biasa pada waktu malam.
- Menghidupkan dan membuka mata batin/hati sebagaimana Nabi Ibrahim a.s. menemui hakikat ketuhanan yang sebenar.
- Dapat mendatangkan tumpuan atau kekhusyukan
- Dapat muhasabah kekuatan diri
- Mewujudkan keikhlasan dan kejujuran dalam beramal.
- Menghindari sifat riak kerana hanya melibatkan hubungan kita dengan Allah SWT sahaja.
.
.
Nas Keutamaan Mengamalkan Qiamullail
Orang-orang yang melalui malam hari dengan bersahur dan berdiri untuk
Tuhan mereka itu maksudnya ialah orang-orang yang berqiamullail di
malam hari semata-mata kerana Allah Ta’ala. Allah SWT juga bersaksi dan
mengakui bahawa mereka itu ialah orang-orang yang beriman. Firman Allah Taala :
إِنَّمَا يُؤْمِنُ بِآيَاتِنَا الَّذِينَ إِذَا ذُكِّرُوا بِهَا خَرُّوا سُجَّدًا وَسَبَّحُوا بِحَمْدِ رَبِّهِمْ وَهُمْ لاَ يَسْتَكْبِرُونَ , تَتَجَافَى جُنُوبُهُمْ عَنِ الْمَضَاجِعِ يَدْعُونَ رَبَّهُمْ خَوْفًا وَطَمَعًا وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ , (السجدة : 15-16)
“Sesungguhnya
yang sebenar-benar beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami hanyalah
orang-orang yang apabila diberi peringatan dan pengajaran dengan
ayat-ayat itu, mereka segera merebahkan diri sambil sujud (menandakan
taat patuh), dan menggerakkan lidah dengan bertasbih serta memuji Tuhan
mereka, dan mereka pula tidak bersikap sombong takbur. Mereka
merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana
mengerjakan solat Tahajjud dan amal-amal soleh); mereka sentiasa berdoa
kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaanNya) serta
dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredaanNya); dan mereka selalu
pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepada mereka.”
.
Apabila manusia mendekatkan diri kepada
Allah maka Allah SWT mengatur dan menjamin kehidupannya. Rasulullah SAW
menerangkan bahawa, Allah SWT berfirman:
“Manusia menjadi hampir
dengan Daku apabila dia melakukan perbuatan yang Daku sukai iaitu amalan
fardhu yang diperintahkan kepadanya. Dia kemudian terus berusaha
mendekatkan dirinya dengan-Ku dengan melakukan amalan sunat, sehingga
Daku mencintainya. Apabila Daku mencintainya, maka Daku menjadi
pendengarannya yang dia gunakan untuk mendengar. Daku juga menjadi
penglihatannya yang dia gunakan untuk melihat, tangan yang dia gunakan
untuk memegang dan kaki yang dia gunakan untuk berjalan. Apabila dia
memohon sesuatu kepada-Ku, pasti Daku kabulkan. Apabila dia memohon
perlindungan, pasti Daku memberikan perlindungan kepadanya.” (HR; Bukhari;)
.
Berkata Salman Al-Farisi, Rasulullah SAW. telah bersabda: “Hendaklah
kamu mengerjakan Qiamullai, kerana ia ibadah kelaziman orang-orang
soleh sebelum kamu dan juga menghampirkan kamu kepada Tuhan kamu, yang mengkafaratkan bagi kesalahan-kesalahan, mencegah dari berbuat dusta dan membuang penyakit dari tubuh badan.”
.
Berkata Abdullah bin Muslim, Rasulullah SAW bersabda: “Wahai
manusia! Kamu tebarkanlah salam, berjamulah makanan, hubungilah
silaturrahim, dan kerjakanlah solat waktu malam dikala manusia sedang
tidur, nescaya kamu akan masuk syurga dengan selamat.” (Hadis Riwayat Tirmizi)
.
Dan berkata Suhal b. Saad : Telah datang Jibril kepada Rasulullah SAW, lalu berkata: “Hai
Muhammad! Hiduplah atas apa cara yang tuan hamba mahu kerana tuan hamba
akan mati, kerjakanlah apa yang tuan hamba mahu kerana dengannya tuan
hamba akan dibalas, dan cintailah sesiapa yang tuan hamba mahu kerana
tuan hamba akan meninggalkannya. Dan ketahuilah bahawa kemuliaan seseorang mukmin itu ialah Qiamullai dan harga dirinya ialah terkayanya (tidak meminta-minta) dari manusia.”
.
.
WAKTU AFDAL QIAMULAIL
Adalah lebih afdal dilewatkan Qiamullail sehingga kepada salah satu pertiga yang akhir dari malam.
Rasulullah SAW bersabda: “Pada setiap malam, Allah Azzawajalla turun ke langit dunia ketika berbaki sepertiga malam yang akhir. Maka Allah berfirman: “Sesiapa
yang berdoa kepada-Ku, pasti akan Kukabulkan, dan siapa yang memohon
kepada-Ku, pasti akan Kuberi, dan siapa yang mohon ampun kepada-Ku pasti
akan Kuampuninya.” (H.R. Malik, Bukhari, Muslim, Tirmidzi, dan yang lainnya)
Maksud hadis ini : Bahawasanya pintu rahmat Allah itu terbuka pada malam hari seluas-luasnya, khususnya pada akhir-akhir malam. Segala permohonan diterima pada ketika itu.
Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a.
katanya, Rasulullah SAW telah menyuruh kami mengerjakan solat malam dan
baginda menggalakkannya sehingga ia bersabda: “Hendaklah kamu mengerjakan solat malam itu walaupun satu rakaat.” (Al-Tibrani)
.
.
DOA QIAMULAIL
.
AMALAN QIAMULAIL
Ada beberapa perkara yang perlu diberi
perhatian sebelum menunaikan solat malam, antaranya membersihkan diri
sebelum tidur, mengambil wuduk dan tidur menghadap kiblat.
- Solat malam perlu dikerjakan sekurang-kurangnya dua rakaat dan boleh dilakukan sebanyak mungkin rakaat mengikut kemampuan.
- Ketika Qiamullail digalakkan melakukan solat sunat seperti berikut:-
3. Disamping itu beramallah juga dengan amalan seperti membaca Al-Quran, berzikir, beristighfar, berdoa dan sebagainya.
.
.
FADILAT QIAMULAIL
- Sentiasa mendapat keredaan dan pengawasan Allah SWT.
- Memudahkan menyeberangi jambatan siratulmustakim.
- Waktu mustajab doa dikabulkan Allah SWT.
Jabir mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Pada
malam hari, ada satu saat (yang berkat) yang jika seseorang Muslim
menepati saat itu dan berdoa kepada Allah meminta keberkatan dunia dan
akhirat, nescaya Allah kabulkan doanya. Saat itu wujud pada setiap
malam.”
.
HIKMAH QIAMULAIL
Bangun bersolat dan bertasbih pada sebahagian malam akan;
- Ayat-ayat bacaannya lebih sempurna dan betul.
- Membawa kesan iman yang mendalam,
PENUTUP
Rasulullah SAW meminta umat Islam bangun
beribadat pada tengah malam dan Baginda sendiri melakukannya dengan
bersungguh-sungguh. Aishah meriwayatkan: “Bahawa
Rasulullah SAW bangun sebahagian daripada malam bersolat hingga bengkak
kedua-dua kakinya, maka aku (Aishah) berkata kepada Baginda: Mengapa,
Ya Rasulullah, tuan hamba melakukan ini semua? Bukankah tuan hamba telah
diampunkan perkara terdahulu dan terkemudian?”
Jawab Baginda SAW: “Bukankah aku ini hamba yang bersyukur.”
.
Lihatlah walaupun Rasulullah SAW itu
maksum dan telah diampunkan segala dosa dan kesalahannya, Baginda tetap
bangun Qiamullail sebagai tanda bersyukur kepada Allah SWT pada
sebahagian akhir malam untuk bersolat hingga bengkak kedua-dua kaki
Baginda SAW.
Adakah kita yang mengaku umatnya masih
berasa sombong dengan pekara2 lagha (sia-sia), tanpa mahu menauladani
sunnahnya meraih Qiamullail sepanjang Ramadhan al-Mubarak ini.
Sekiranya kita ada berqiamullail, yang
utamanya adalah keikhlasan beramal. Janganlah pula menceritakannya
kepada orang lain kerana akan jadi su’mah ataupun riya’, seterusnya
mungkin mengakibatkan kehilangan pahala (bergantung kepada niatnya).
InsyaAllah bila ikhlas beramal hanya kerana Allah SWT semata2, akan
beroleh ganjaran pahala di dunia dan juga di akhirat.
.
والسلام
.
By;
shafiqolbu
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.